Pada yang tak berapa tahu atau masih tertanya2...
Sebenarnya arwah anakku adalah anak sulungku yang baru berusia 2 bulan setengah sewaktu pemergiannya di bulan Ramadhan 2019 yang lalu. Anak ini telah kami nanti selama lebih 4 tahun.
Masih teringat waktu dia dilahirkan, aku berada di dalam bilik bersalin itu. Ibunya terpaksa ambik epidural bagi meredakan kesakitan. Masuk dari jam 12pm. Jam 6 lebih barulah anakku dilahirkan. aku pulak pagi tu masih kerja dan perlu ke seremban. sepantas kilat aku memandu dari KL ke Seremban dan kembali semula ke KL.
Aku taknak terlepas detik kelahiran cahaya mata kami.
Masih terngiang kata2 doktor.. itu aje kepalanya. walaupun dekat, tapi jaraknya masih jauh.
apabila menyaksikan kelahiran anak, maka tahulah kita akan pengorbanan ibu kita dahulu. skala kesakitan itu tak dapatlah digambarkan sebab aku pun tak pernah beranak.
Aku buat air selusuh, bagi minum dan bagi sapu sikit untuk mudah bersalin. waktu isteri aku bertarung tu aku relax je. tengok darah pun aku relax aje. Namun aku sendiri mengalirkn air mata sewaktu tubuh comel itu dilahirkan. Segala puji bagi Allah...
Aku potong tali pusatnya.
Selepas dibersihkan, aku azankan dia....azan ni adalah azan yang paling susah aku nak habiskan.. sebabnya aku azan dalam menangis, tak tahu sedih atau gembira...
esoknya, aku sendiri tahnikkan anakku ini.....
aku masih kerja lagi waktu hari kedua dan ketiga, ada kursus yang telah didaftarkan lama sebelum itu.
lepas tu, hari hari bawa dia ke klinik sebab kuning. hinggalah hari ketujuh dia kena masuk hospital sebab bacaan tak turun2. berat pun susut 180 gram....
aku ingat itu hari ketujuh sebab sebelum ke hospital, aku cukurkan rambutnya..untuk aku sedekahkan nilai emas seberat rambut itu....
bulan ramadhan 2019, aku baru saja pulang dari johor jam 2 pagi, dan sempat menciumnya sebelum aku tidur. dan subuh itu sempat aku potongkan kukunya sebelum dia pergi meninggalkan kami beberapa jam sebelum itu.
tak perlulah aku ceritakan tentang pemergiannya.
cuma perlu tahu yang anakku tak sakit apa. pemergiannya mengejut setelah tak sedarkan diri di pusat jagaan. tiada unsur jenayah, dan sebab2 pemergian itu kami tidak ketahui.
kini anakku dah tiada.... ....berada di alam sana..tanpa perlu melalui ujian dunia ini lagi..
anakku berada lebih lama di alam rahim berbanding di alam dunia.
jujurnya memang sedih, namun aku redha atas pemergiannya...
setiap hari, malah hingga kini aku sentiasa teringat akan teletahnya.
senyuman, tangisan, jeritan, ketawa, semua masih ada dalam ingatanku setiap saat.
malah waktu waktu tengah malam begini, aku akan termenung teringatkannya. merindui saat saat kita bersama biarpun cuma 2 bulan 20 hari. kini 16 disember, telah genap 7 bulan anakanda pergi.
namun masih terlalu lama untuk kita ditemukan kembali di akhirat............
masih juga teringat ingat tentang kenangan kita bersama.
harta yang ada tidak mampu membawamu kembali.
juga tidak mampu beri kebahagiaan yang datang bersama dirimu.
dunia ini persinggahan.
kita semua akan mati.
abah rindukan anak abah, sangat2.
ZARIN
17\12\2019
Nilai
Rest In Peace
Kehidupan singkat seorang manusia yang bukan lagi seorang jurutera. *saya seorang lelaki.
*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Selasa, 17 Disember 2019
Isnin, 20 Mei 2019
Anak syurga
Baru beberapa hari yang lalu aku update berkenaan kehidupan aku.
Aku baru saja kehilangan anak tunggalku pada khamis lalu...
Aku lakukan sendiri dari memandikan hinggalah mengebumikan..
Terima kasih atas doa kalian.
Zarin
Nilai
20/5/2019
Aku baru saja kehilangan anak tunggalku pada khamis lalu...
Aku lakukan sendiri dari memandikan hinggalah mengebumikan..
Terima kasih atas doa kalian.
Zarin
Nilai
20/5/2019
Isnin, 13 Mei 2019
Update terbaru - apa cerita?
Sekarang 13 Mei 2019, jam 12.40 pagi.
Hari kelapan kita berpuasa.
Lama gila dah aku tak update blog ni. Dari suka2 aku nak menulis, sampaikan aku jadi malas sebab aku perasan sibuk.
Dari aku belum kahwin, sampailah anak dah keluar sorang. tapi isteri masih seorang.
Minta maaflah pada yang banyak komen, aku tak sempat nak baca... lagipun kebanyakan jawapan bagi soalan korang tu dah banyak kali aku jawabkan. cuma kena skrol ke atas sikit lah dalam komen2 yang lain.
Gadis2 yang nak berkenalan pun, minta maaf lah. abang dah berpunya. korang lambat siapa suruh...
Jadi.... apa perkembangan sekarang?
Aku masih di syarikat yang sama setelah 7 tahun, 2012 ke 2019.
Jawatan aku bertukar dah 4 kali. dari jurutera, kepada project lead, kepada pengurus care center, dan akhir sekali kepada pengurus kawasan - Area Manager. Dari 7 tahun bekerja, 4 tahun adalah di peringkat pengurusan.
selain itu aku juga berada dalam ahli jawatankuasa teknikal SIRIM. sekarang dah dipindahkan di bawah jabatan standard malaysia.
dalam 7 tahun bekerja ni, aku juga dah pergi temuduga ke syarikat-syarikat lain dan juga JPA untuk post PTD dan juga Jurutera JKR J41. saja ambik pengalaman dan test market dalam temuduga.
ada yang dapat, tapi tak sesuai. yang kerajaan pula tak dapat setelah mereka tahu aku bekerja dengan pangkat sekarang. mereka beri keutamaan pada yang belum bekerja. selain itu, mereka juga kata - awak boleh survive di luar dan pergi lebih jauh. kami tak akan sekat kebolehan awak. lagipun sanggup ke potong 70% gaji sekarang semata-mata nak bermula semula di dalam kerajaan?
power ayat dia. sebenarnya aku suka pergi ke mana2 temuduga dan update skill. kadang2 aku pun perlu temuduga orang. secara tak langsung teknik2 terkini dapat dipelajari.
selain itu aku juga sedang sambung pengajian dalam MBA. dah setahun lebih berlalu. kalau ikutkan jadual, hujung tahun ni insyaAllah habislah belajar. konvo mungkin tahun depan.
umur aku hujung tahun ni, akan masuk 31 tahun.
macam-macam permainan politik aku dah perhati, dan dah kena dalam kehidupan makan gaji ni. apa seterusnya? kita rancang hidup macam biasa, biarlah selebihnya Allah menentukan.
buat pembaca setia, cuba update apa yang kehidupan korang dah beri kat komen. ada masa, aku reply, okay?
ZARIN
Nilai
13/5/2019
Isnin, 30 Oktober 2017
Ini mungkin post yang terakhir...
Setahun dua ni, aku memang agak sibuk.
Kuranglah masa nak menulis di blog. Kebanyakan masa aku cuma tulis di facebook saja. Trafik memang tak ada sebabnya facebook tak ramai kawan - cuma dalam 800+, tak seperti orang lain beribu-ribu,
Hidup kita ni, tak lama.
Sekejap saja, dah dekat dua tahun blog ni sepi. Aku pun dah jadi manager selama tiga tahun - 2 tahun selepas aku mula kerja, aku naik pangkat.
Banyak yang aku nak kongsi, terutama untuk golongan muda yang baru mula nak kerja dan kenal dunia.
Jangan buat silap, fikir betul2 apa keputusan nak diambil sebelum buat sesuatu. Apa kesannya, jangka pendek, jangka panjang etc.
Cuma, aku tak berapa ada masa.
Aku juga akan sambung pengajian ke peringkat sarjana (masters) pulak lepas ni jadi mungkinlah aku lebih sibuk.
Jadi, ini mungkin post aku yang terakhir untuk tahun ni.
Kalau ada masa, adalah entry baru.
Terima kasih atas pembaca yang tak henti-henti komen di post aku yang top tu - soal kereta, review kereta dan motor, serta kredit kad.
ZARIN
Petaling Jaya
30/10/2017
Selasa, 12 Julai 2016
Honda Civic FB - Ride the Dream!
Honda Civic yang baru dilancarkan baru baru ni mendapat sambutan hangat. Hangat memuji ada, hangat mengeji pun ada (akibat masalah enjin yang dilaporkan beberapa bulan sebelum Malaysia launch). Tak kurang juga jadi isu hangat antara kapitalis hartanah dengan peminat kereta. Terpulang.. kita bising bising pun, tak dapat apa. rumah tak beli, kereta pun tak beli, jadi? :)
Tapi tak kiralah, tengah bulan puasa hari tu aku pergi pandu uji Civic generasi ke 10 (Civic FC) ni untuk first hand experience...
Satu perkataan: Splendid!
Oleh sebab itu, maka review ni sedikit panjang..Jangan risau, tak banyak bahasa teknikal dalam ni. orang yang tak reti pasal kereta pun boleh faham..
1. Rupa bentuk
Rupa bentuk dah banyak berubah dari Civic FD, FB hinggalah yang terkini, namun masih mengekalkan identiti honda. Bentuk yang standard, masih cantik. Agak rendah sebenarnya berbanding yang lama. Bahagian belakang nampak sedikit overdone untuk sedan 5 pintu. Kalau untuk hatchback atau coupe (2 pintu) lebih 'masuk'. Model yang baru ni tak ada foglamp belakang - sedikit mengecewakan pabila toyota dan proton pun dah ada. Tapi hal kecil aje. Sebab features lain lebih banyak untuk compensate apa yang dia tak ada. Satu dia tak bagi, sepuluh dia bagi.
2. Enjin, transmission dan handling
Dua jenis enjin ditawarkan, 1.8NA dan 1.5turbo. Aku tak bawa yang 1.8 NA tapi 1.5. Yang 1.5turbo ni.....pikap dia menangkap. tekan sikit aje dah pergi jauh. Sebagai perbandingan:
1.5 turbo: 173 @ 5500rpm
1.8 NA 141 @ 6500rpm - bermakna 1.8 kena tekan lebih lagi untuk dapat maximum power (yang masih lagi rendah dari 1.5)
Aku kagum dengan CVT yang honda pakai. Tak bising, power loss tak terasa, dan juga smooth.
Pedal shifter pun wujud untuk model 1.5 (1.8 tak ada) dan boleh naik sampai gear ke 7.
Top speed, aku tak cuba. untuk mengelakkan risiko sebab aku bawa kereta orang. Honda claim top speed ialah 200kmh.
Panel meter di dashboard pemandu ialah 100% digital (rujuk gambar). Kelajuan pula dia tak pakai meter senggat, tapi terus tunjuk berapa kelajuan semasa.
Sekiranya korang adalah kaki racing, maka tak adalah 'feel' melihat senggat digital/analog tu menaik sebab hanya nombor yang akan keluar. Juga standard untuk Honda apabila ada strip yang berwarna putih, hijau atau merah yang menunjukkan eko bergantung pada cara pemanduan.
Handling, stereng yang sangat responsif..aku personally suka. finishing untuk kabin pun ada feel premium, dan stereng tu juga cukup selesa digenggam tak kiralah besar mana tangan kita.
saiz tayar: 215/55/16 untuk 1.8 dan 215/50/17 untuk 1.5 turbo.
3. Kabin
Luas, selesa, ergonomic bagi pemandu tapi sedikit seksa bagi penduduk belakang disebabkan oleh bumbung yang rendah..kalau lalu bumper tak mustahil penumpang belakang terhantuk bumbung.
Kerusi bagi model 1.8 ialah fabrik manakala 1.5 adalah kerusi kulit. terdapat aircond vent untuk tempat duduk belakang - nice.
HU (head unit- radio) pakai 7 inch display.boleh connect phone bluetooth, mp3, usb dan juga HDMI port... tiada GPS melainkan model 1.5 premium. tak sempat aku nak test GPS dia tadi.
Airbag - 6 airbag termasuk side curtain.
Dan di ruang gear tu, kawasan tu ditinggikan sikit (setinggi paha). Kalau pernah tengok kereta mahal, kat situ selalunya ada button kawalan yang cukup canggih. untuk civic ni, takde butang apa sangat melainkan electronic handbrake, eco button dan juga auto brake assist.
dan aku tahu, kewujudan 'sempadan' di gear console ni akan menyebabkan isteri dari tempat duduk penumpang tak boleh bergerak rapat ke tempat duduk pemandu. jadi tak boleh lah main wayang.. kalau nak tukar pemandu, dua dua kena keluar kereta.
4. Ruang bonet
Pro: 519liter - sangat luas..lebih luas dari prevé dan forte yang ruangnya sekitar 500-510liter.
Con: Kerusi belakang tak boleh dilipat kedepan, (dalam gambar di bawah ada satu palang melintang) jadi ruang bonet tak boleh diperluaskan lagi.
5. Extra features:
a. Electric Handbrake - bukan handbrake atau handbrake kaki, tapi hanya button.
b. Parking sensor - kiri kanan depan belakang
c. Movement sensor - yang ni aku lupa apa gunanya melainkan untuk keselamatan budak budak yang tertidur dalam kereta, dan untuk kesan pergerakan dalam kereta sekiranya kereta dipecah masuk
d. Satu lagi sensor aku tak ingat nama. antara kegunaan dia ialah apabila tayar tak berada di atas tanah maka alarm akan berbunyi.contoh: kena tunda, kena jack untuk curi rim, malah kalau park di tempat yang tak level (berbukit) pun dia akan berbunyi. aku rasa yang ini pakai pressure sensor.
e. walk away autolock - sekiranya kita dan kunci kereta berada 2 meter dari kereta selepas keluar, kereta akan auto lock. - tapi aku macam tak berapa gemar features ni sebab dah memang tabiat aku lepas kunci kereta aku akan tarik door handle check samaada kereta dah kunci atau tak...bila dia auto lock, kau akan paranoid, sama ada dah kunci ke belum kereta ni?
f. push start button dan reverse camera adalah standard buat semua varian.
g. kereta auto start remote. dari jauh boleh start enjin dan juga buka aircond (praktikal dalam cuaca panas malaysia ni) - standard pada semua varian
h. electric seat adjuster - standard semua varian.
i. electrochromic mirror - 1.5turbo sahaja.
j. ada aircond belakang
selain dari itu features standard seperti ESC, ABS, EBD, brake assist, emergency stop signal ada pada model ni.
oh ya. auto brake assist hanya ada pada model civic dan HRV sahaja. fungsi? tekan butang untuk brek tanpa menekan brek. tak faham? sekiranya di traffic light, walaupun gear masih D, kita akan tekan brek kaki, betul? dengan auto brake assit ni cuma perlu tekan butang di kanan tombol gear, dan kita tak perlu tekan brek lagi. rehatkan kaki, kereta akan auto assist untuk anda.
6. Harga, maintenance dan warranty
Harga on the road adalah seperti berikut
1.8S : RM 113 800
1.5TC : RM 127 800
1.5TCP : RM 135 80
yang mana roadtax untuk 1.8 lebih mahal dari 1.5 walaupun 1.5 turbo lebih berkuasa.
Ansuran bulanan, 90% loan selama 9 tahun ialah antara RM1300 sebulan untuk 1.8 hingga RM 1700 untuk 1.5 turbo. lebih kurang itulah. bergantung pada bank juga.
Maintenance
Hasil perbincangan dengan SA tadi, katanya 1.5 turbo perlu diselenggara lebih kerap dari 1.8, dan setiap servis mungkin menelan kos 400-500 sekali servis pada 8000-10000 km. siapa yang nak beli, jangan lupa factor in kos ni sekali.
Warranty
5 tahun, perbatuan tak terhad. Percuma caj upah untuk 5 kali servis.
7. Tempoh menunggu
Setakat ni yang aku tanya tadi...anggaran adalah 2 bulan menunggu....siapa nak beli buat raya, tak sempat dah. raya tahun depan boleh lah.
8. Pakej extra
Boleh dapatkan bodykit modulo yang didatangkan dengan body kit beserta spoiler dengan tambahan harga RM 4.5k+.
Jadi bagaimana?
Pendapat aku:
Civic FC ni adalah kereta yang lengkap, selesa dan praktikal. Cuma soal mampu atau tak ajelah.
Kalau tanya aku...disebabkan masa aku lebih banyak di atas motor sekarang, maka tak berbaloilah untukku bayar 1700 sebulan untuk kegunaan hanya pada hujung minggu. Biarlah kita bayar mahal untuk sesuatu yang kita boleh enjoy dan guna sepuasnya...
Yang penting, dengan nilai yang ditawarkan dengan harga tu, aku rasa kereta ni sangat sangat berbaloi pada yang mampu untuk memilikinya.
boleh hubungi Sales Advisor Azlan: 012 2846 545 untuk keterangan lanjut.
p/s: harapnya sedikit sebanyak membantu.
Langgan:
Catatan (Atom)