*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 18 Jun 2010

Expo barangan buatan Malaysia 2010 - Syurga bagi perempuan!

Tadi tengahari aku ke PWTC tempat di mana dilangsungkan Ekspo Barangan Buatan Malaysia 2010.

Ekspo diadakan dua tingkat, satu tingkat untuk barangan makanan dan satu lagi barangan bukan makanan seperti katil, beg tangan, kasut wanita, tali pinggang wanita, aksesori wanita (kan dah cakap ini syurga perempuan!). Depan pintu masuk lagi dah terpampang pameran beg tangan. Pandai betul pilih tempat..

Nasib baik aku tak berbini lagi kalau tak bankrup aku.

Yang lelaki punya satu pun aku tak jumpa. Mungkin terlepas pandang kerana sikit sangat agaknya.

Itu di tingkat 3. Di tingkat 4 pula lebih kepada barangan makanan. Di sini macam-macam makanan aku cuba free, macam-macam air aku minum tapi langsung tak beli.

Dari segi kemeriahan, boleh tahan. Cuma dari segi tempat, berbanding tahun lalu di KLCC, acara tahun ini kalah banyak perkara. Boleh diperbaiki lagi untuk tahun hadapan.

Selasa, 16 Mac 2010

Kemarau oh kemarau..


Titisan yang cukup berharga waktu ni
Titisan yang cukup berharga waktu ni

Hari ini sudah dua minggu berturut-turut hujan turun selepas kemarau hampir tiga minggu. Lebat hujannya sampaikan rumah aku di tingkat dua pun habis kena tempias walaupun tingkap sudah ditutup semua. Masuk ikut mana? Lubang angin. Hebat dan lebat hujan ni.

Walaupun dah hujan lebat, tapi kesannya baru dirasa sekarang. Rumah kawan-kawanku di tingkat atas, dan di sebelah serta di depan, takde air, mungkin tekanan terlalu rendah. Akibatnya rumah aku lah jadi ‘tangki air’ simpanan. Syukur ada air. Jangan sampai habis dah la kan. Huhu.

Tepat tujuh pagi setiap hari, aku sebagai tuan rumah pun terpaksa juga ambil nombor untuk ke tandas. Merasa jugak ye macam dalam adegan cerita Bujang Lapok Allahyarham P Ramlee dulu. Kalau sekejap, takpe. Lama-lama, 'masak' jugak lah, terutama yang ada urusan ‘urgent’ dengan tandas.

Tak lama lagi, air pasti akan ada kembali bila pam dah dibaiki. Kemarau oh kemarau. Kalau jadi banjir time musim hujan ni, aku akan tukar jadi – Tengkujuh oh tengkujuh. Hehe.

Selasa, 7 Julai 2009

Tukar atau tidak...

Minggu ni aku teruskan sesi pembelajaran aku di peringkat ijazah sarjana muda bagi kejuruteraan elektrik.

masalahnya bermula.

Aku telah memohon unuk menukar program kepada kejuruteraan elektronik. untuk pengetahuan, elektrik dan elektronik adalah cabang yang berbeza biarpun mereka ni ibarat adik beradik.

Kalau aku ambik elektrik. major (pengkhususan) aku adalah kejuruteraan kuasa (power engineering). bagi aku ini adalah satu peluang baik. Di mana ada bangunan di situ orang perlukan jurutera kuasa. Yang bestnya, mereka boleh join orang Civil engineering untuk rekabentuk sesebuah bangunan.

manakala kalau aku ambik elektronik, aku boleh 'jump' ke bidang elektronik pure, intrumentasi, elektronik komputer atau elektronik komunikasi. Aku boleh kata elektronik bersangkut paut dengan teknologi moden bagi memudahkan keje manusia yang semakin malas ni. kalau aku genius. banyak benda yang aku boleh cipta, dan apa lagi, jual la! baru leh kaya..

Siapa boleh tolong aku buat keputusan?

Khamis, 2 Julai 2009

Aku harus berubah!

Sebulan lebih berlalu, kini tiba masa untukku melanjutkan pelajaran.

Hidup senang? Itu yang ku mahu. Course aku susah? Takkan ada senang kalau tak susah.

Ramai mahu senang tanpa bersusah-susah. Dulu aku juga begitu. Proses membetulkan arah pemikiran itu cukup sukar bagiku.

Apa yang ku tahu, hidup ini biar berkat, rezeki halal, tanpa diragui. Percaya kataku, kau juga begitu bukan?

Cuba untuk menukar apa yang sudah menjadi kebiasaan, cukup menyeksakan. Ini dinamakan buang tebiat. Taklah, kidding.

Kau selalu bangun awal. Dan kau kerja siang selama 3 tahun misalnya. Shif diwujudkan dan kau ditukarkan ke shif malam. Bagaimana mahu biasakan? Ia pasti mengambil masa.

Begitu juga aku. Alam pelajar yang aku lalui, segala kesibukan itu membuatkan aku biasa berjaga malam. Dan aku susah mahu lena malam biarpun hujan mencurah-curah. Menghabiskan kerja dalam suasana tenang. Tanpa gangguan. Siang, aku jadi kelawar atau burung hantu. Dapat ku bayangkan 3-4 tahun lagi, andai ini yang aku teruskan, aku akan menghadapi masalah besar.

Sleep disorder. Minta dijauhkan dariku.....

Rabu, 1 Julai 2009

Aktiviti lepak - sekali sekala

Tadi malam Siddiq SMS aku.'

"Ko free x mlm ni? Diorg ajak mkn."

"Katne?"

"Kat Melati."

Settt..

9 malam gerak. Aku, Siddiq, Farid & Hazwan.

Aku drive sebab diorang tau parents aku tak bagi aku naik kereta member2..Kalau aku drive sendiri ok pulak. Pagi tadi diorang gi Sungai Sendat pun aku takleh ikut. Diorang fobia sebab anak kawan diorang ada yang meninggal time baya2 aku sebab eksiden. Al-Fatihah.

Kata kat Melati. Pastu tukar plan nak makan Cendol Wahab pulak. Tapi entah camana gi kat Uptown Danau Kota. Mali's Corner. Harga RM1 mahal dari harga standard. Standard la KL. Mana ada murah.

Tengah beratur amek order, ternampak figura ini di premis yang sama. Disebabkan beliau tokoh terkenal, aku ambil gambar kenangan.

Rashid Sidek dan kawannya
Rashid Sidek dan kawannya

Nasi lemak yang aku makan berharga RM5.00. Sekali dengan air teh panas kena RM 6.60. Boleh la.. Sekali sekala makan mahal.

Kemudian, ada plan baru menanti.

Durian di SS2 yang hanya bayar RM10 tapi makan puas-puas. Yang bestnya, tanpa teragak-agak aku terus setuju. Lalu Hazwan menjadi 'GPS' untuk bawa kami ke sana. Setengah jalan ke sana, aku berasa lain. Apasal aku ambik jalan nak gi PJ ni?

Rupa-rupanya SS2 yang dimaksudkan tu kat PJ. AKu ingat SS2 Wangsa Maju!

Kat sana, kami balun durian puas-puas. Cuma hampa bila perut aku dah setengah penuh akibat nasi lemak tadi. Ini semua pasal last minit punya plan.

Perut aku meragam. Jadi aku cari tandas. Ada stesen minyak kulit kerang tapi hampeh tandas dia kunci. Lalu terpandang Balai Polis Sea Park, Farid dan aku pun tak teragak-agak ke 'bank' di sana. Banduan di dalam lokap bosan sangat agaknya. Menyanyi lagu yang tanpa irama.

Kuning, pekat, manis dan berlemak!
Kuning, pekat, manis dan berlemak!

Disebabkan perut meragam, aku menyerah awal. Tak terdaya dihabiskan durian itu. Yang 3 orang lagi tu still standing.

11.45, kami pulang. Jam 12, sampai KL. 15 minit bawak, sakit perut punya pasal. Sampai di rumah, aku muntah. Cheiss! Keluar balik durian & nasi lemak tadi. Rugi RM 16.60 aku.

p/s: Masa nak hantar Hazwan ke rumah, terlihat konco-konco lelaki bawak besi dan tanpa baju meluru ke arah satu kawasan. Gaduh kot?