*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Ahad, 4 Julai 2010

Hati hati dengan eskalator – terutama jika anda buas

Pernah bayangkan kaki anda jadi macam ni?

Ini bukan bekas gigitan anjing, singa, jerung, harimau mahupun dinosaur. Tapi ini adalah mangsa eskalator.

Perkara di atas terjadi pada aku sewaktu aku ke sebuah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman siang tadi.

Tengok gambar jelah ye, baru senang faham.

Aku turun melalui eskalator, sebelum sandalku tersangkut sesuatu. Sedar-sedar saja dah jadi macam ni.

Itu sandal sebelah lagi yang masih elok. Perhatikan sandal aku ada lebihan ruang di bahagian jari – ini yang menyelamatkan kaki aku.

Kalau korang perasan, kat sini alas hitam pada hujung eskalator tu dah tercabut pada tempat sandal aku termasuk dalam tu.

Pihak berkenaan kelam kabut membetulkan keadaan – lebih-lebih lagi bila aku bawa keluar kamera. tau pun takut kalau aku saman dia dengan bukti cukup..

Serta merta dia minta kami sekeluarga duduk di kerusi yang sediakan. Psiko pandai. kami pun pandai juga psiko dia balik dengan tak mahu duduk. Saja nak tengok apa tindakan dia…Panik juga tu..

Sebenarnya pakai sandai ni merbahaya. Perhatikan tumit aku ada satu tali lagi kan? tali ni akan menyukarkan kita nak tanggalkan sandal tu dalam sekelip mata. Dalam kes aku, aku bertuah kerana sandal aku tu aku beli saiz besar sikit. Mujur longgar, jadi tadi ada ruang untuk lepaskan kaki..

Eskalator normal – perhatikan alas hitam itu tidak rongak seperti yang mula-mula tadi. jadi tak ada gap untuk selipar tersepit celah-celah tu.

Sandal aku baru berjaya dikeluarkan.

terbelah sandal aku. Kalaulah kaki aku yang termasuk…….

ini dia eskalator rongak tadi.

Sandal yang keras bukan main pun boleh jadi macam ni. Sandal ni aku beli dengan harga RM35 setelah potongan harga dari RM50. Aku jaga bukan main sandal ni…..Sebabnya untuk dapat sesuatu yang mahal bukannya mudah walaupun semua orang kata family aku kaya....Dibeli dalam 5 bulan lalu. Siddiq pun ada sepasang yang sama tapi kami bukan kekasih.

Gambaran sandal yang lebih jelas. Eiiii mujur bukan kaki.

Lagi satu.

penyelia bertugas ganti sandal aku tu dengan selipar ni – harganya RM 20 kot tak silap (paling mahal kat situ). Nak mintak yang sama tapi tak jul kat kedai dia. Tak padan dengan apa yang aku rugi.

Mujur jadi pada aku. Kalau terjadi pada keluargaku yang lain, atau si dia ke, macamana?

Fikir-fikir semula, selipar aku dia boleh la ganti walaupun murah, kalau kaki aku yang kena, boleh ke dia ganti?

p/s: tu baru Allah tarik selipar, belum tarik kaki lagi……

Rabu, 23 Jun 2010

Sebab aku tak tahu jalan kereta di KL

Satu hari kawan aku yang sama-sama menuntut di Shah Alam yang berasal dari kedah mahu jalan-jalan ke KL. Lalu dia tanya jalan mana yang harus diambil jika mahu ke tempat tujuannya.

Aku diam. berfikir. Aku tak tahu sebenarnya jalan mana walaupun telah hampir 22 tahun menetap di KL. aku selalu ikut short cut atau lagi senang naik LRT. Naik bas, jem juga – lebih malang kalau kena berdiri.

Nama jalan, tak tahu, tapi landmark jalan, tahu. kalau aku beritahu pada diorang ni landmark tu adakah diorang tahu? Jadi aku kata lah aku tak tahu...

“Kata orang KL tapi tak tahu jalan kat KL,” *tersindir aku*

Sebenarnya, ada beberapa jalan di KL yang telah aku lupakan dan tidak mahu lalu lagi akibat fobia dengan kesesakan jalan raya yang betul-betul menguji perasaan.

Ada antaranya yang telah 10 tahun aku tak lalu disebabkan tak mahu meredah kesesakan.

Antara jalan-jalan tersebut:

1. Jalan Chow Kit. Aku tak tahu kat mana pasar chow kit pun (teruk kan aku?)

2. MRR2 menghala ke ampang dan cheras. Jem tak payah cakap macamana. Jadi aku tak tahu ada restoran Linda Onn di situ.

3. Federal Highway. Aku selesa lalu ikut NKVE damansara atau DUKE saja kalau mahu ke Shah Alam.

4. Jalan Tunku Abdul Rahman. Lebih selesa naik LRT.

5. Jalan Ampang. Aku rela ikut Jalan Yap Kwan Seng dan ambil jalan jauh sebab lebih cepat.

6. Jalan Bukit Bintang. Ini juga, aku rela naik LRT dan monorel.

7. Jalan Tun Razak. Tak boleh buat apa-apa kerana jalan ini ialah tulang belakang di KL ni.

Ada beberapa lagi jalan yang aku tak ingat nama.

Ada juga jalan yang berpotensi sesak teruk walaupun bukan pada waktu puncak lagi 10 5 tahun. Antaranya ialah jalan yang aku tak suka lalu tapi terpaksa lalu:

1. Jalan Jelatek – terpaksa lah lalu jalan ni walaupun jem macam haram pagi2. Itu pun Datum Jelatek belum dibangunkan lagi (cadangan kondominium di belakang LRT jelatek dekat bengkel mara). Kalau kondo tu naik nanti, anggaran kereta penduduk kondo (paling kurang 4000 unit + kereta sedia ada = kiralah sendiri!

2. Jalan besar dekat rumah aku di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Nak keluar rumah pun payah disebabkan ada gerai haram kat situ. Kereta parking kiri kanan terutama waktu budak-budak balik sekolah.

3. Jalan Datuk Keramat. Pasar tu bila nak pindah? Kan Keramat Mall dah bertahun dah siap? Satu lagi….jalan kat kawasan ni asyik berlubang je. Kesian penduduk kat sini.

Untung siapa yang kerja dekat rumah dan tak perlu lalu jalan-jalan tu.

Satu lagi yang buat aku rasa nak marah dengan orang KL ni.

Selalunya bila traffic light hijau kereta depan kita lembab je nak jalan, tapi bila lampu tukar kuning tahu pulak dia nak cepat... Last2 dia sorang je lepas.

Come on! Dah la kat KL ni traffic light banyak bagai….Putrajaya pun sama jugak…jalan sikit punya lurus tapi simpang sikit punya banyak…

Sebab tu aku malas nak memandu kat KL ni. Naik LRT pulak, manusia tak ada sivik….

*Ini lah agaknya tanda-tanda negara nak maju..

p/s: kajian menunjukkan lebih dari 2 tahun usia kita (purata 75tahun) dihabiskan dalam kereta dan menunggu di traffic light. Itu 75, kalau usia kita kurang dari itu?

Isnin, 21 Jun 2010

Hari untuk bapa

Hari ini hari bapa..

Ku percaya di luar sana akan ramai blogger atau di facebook masing-masing mengucapkan penghargaan kepada bapa masing-masing.

Tidak ketinggalan aku juga. Walaupun aku tahu bapaku (kebanyakan lelaki juga) tidak kisah sama ada hari ini hari bapa atau pun tidak, tapi aku tetap mahu ucap selamat hari bapa. Kebanyakan lelaki memang begitu. Hari jadi sendiri juga bapaku tak pernah ambil kisah, selalunya orang ingatkan, baru dia teringat.

Sebagai bapa, mereka pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak, namun ada ketikanya keadaan tidak begitu memihak pada mereka seperti tekanan kerja dan kewangan menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan.

Namun jika dikenang kembali siapa yang membawa kita ke dunia ni, anda tahu jawapannya apa. Semakin membesar, semakin kita harus faham apa yang mereka mahukan buat kita.

Pada yang sudah tiada bapa, doakanlah mereka kerana sebagai anak hanya itu yang mampu anda lakukan untuk meringankan seksa kubur mereka. Berazamlah untuk jadi bapa yang lebih baik atau sebaik mereka.

Sudah 2 3 hari bapaku mengadu tak sihat. Kesal kerana selain menemaninya ke klinik, aku tidak mampu buat apa-apa.

Jumaat, 18 Jun 2010

Expo barangan buatan Malaysia 2010 - Syurga bagi perempuan!

Tadi tengahari aku ke PWTC tempat di mana dilangsungkan Ekspo Barangan Buatan Malaysia 2010.

Ekspo diadakan dua tingkat, satu tingkat untuk barangan makanan dan satu lagi barangan bukan makanan seperti katil, beg tangan, kasut wanita, tali pinggang wanita, aksesori wanita (kan dah cakap ini syurga perempuan!). Depan pintu masuk lagi dah terpampang pameran beg tangan. Pandai betul pilih tempat..

Nasib baik aku tak berbini lagi kalau tak bankrup aku.

Yang lelaki punya satu pun aku tak jumpa. Mungkin terlepas pandang kerana sikit sangat agaknya.

Itu di tingkat 3. Di tingkat 4 pula lebih kepada barangan makanan. Di sini macam-macam makanan aku cuba free, macam-macam air aku minum tapi langsung tak beli.

Dari segi kemeriahan, boleh tahan. Cuma dari segi tempat, berbanding tahun lalu di KLCC, acara tahun ini kalah banyak perkara. Boleh diperbaiki lagi untuk tahun hadapan.

Selasa, 16 Mac 2010

Kemarau oh kemarau..


Titisan yang cukup berharga waktu ni
Titisan yang cukup berharga waktu ni

Hari ini sudah dua minggu berturut-turut hujan turun selepas kemarau hampir tiga minggu. Lebat hujannya sampaikan rumah aku di tingkat dua pun habis kena tempias walaupun tingkap sudah ditutup semua. Masuk ikut mana? Lubang angin. Hebat dan lebat hujan ni.

Walaupun dah hujan lebat, tapi kesannya baru dirasa sekarang. Rumah kawan-kawanku di tingkat atas, dan di sebelah serta di depan, takde air, mungkin tekanan terlalu rendah. Akibatnya rumah aku lah jadi ‘tangki air’ simpanan. Syukur ada air. Jangan sampai habis dah la kan. Huhu.

Tepat tujuh pagi setiap hari, aku sebagai tuan rumah pun terpaksa juga ambil nombor untuk ke tandas. Merasa jugak ye macam dalam adegan cerita Bujang Lapok Allahyarham P Ramlee dulu. Kalau sekejap, takpe. Lama-lama, 'masak' jugak lah, terutama yang ada urusan ‘urgent’ dengan tandas.

Tak lama lagi, air pasti akan ada kembali bila pam dah dibaiki. Kemarau oh kemarau. Kalau jadi banjir time musim hujan ni, aku akan tukar jadi – Tengkujuh oh tengkujuh. Hehe.