*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Khamis, 29 Oktober 2015

Dulu zaman makcik dulu....

Di bawah adalah status Facebook aku 14/10/2015.

..sekarang ni, kos hidup dah banyak meningkat. banyak orang komplen kata gaji fresh grad kecik sangat. berapa kecik? kalau kita nak banding, lain industri, lainlah gaji dia. senang cerita kalau nak buat kayu ukur, kita ambik gaji orang kerajaan.

gaji jurutera kerajaan, RM 2300+. campur elaun semua mungkin dapat lah 3000+. kalau swasta mungkin lah basic pun dah 3000, tapi banyak yang takde elaun, dan 3000 tu pun pendapatan bercukai. 

kalau kerja di firma kecil, mungkin gaji pokok baru dalam 2300, lepas tu guna claim projek la baru cukup 2800. claim tu pulak untuk kerja lebih masa, mileage semua. pendek kata bila dibahagi dengan masa, gaji tu lagi kecik dari technician atau buruh kasar.

balik pada topik, kos hidup dah jauh meningkat. minyak naik, barang naik, rumah naik, tol naik. bila kita sebagai orang muda komplen, akan adalah orang tua yang bercakap melalui "pengalaman".

" korang orang muda kena bersyukur..gaji baru kerja pun dah 2300. dulu makcik mula2 kerja gaji baru 800. tahun 80an. masa tu susah.. blablabla"

kadang kadang aku fed up bila dengar cerita macam ni. tak ada siapa yang tak bersyukur, cuma kita kena pakai matematik lah kalau nak buat perbandingan.

"berapa harga rumah masa tu? rumah teres 2 tingkat harga 50,000. kalau masa tu gaji 800, kalau ikut harga sekarang rumah yang sama dah 500,000, ada ke gaji budak sekarang 8,000? kalau ikut gaji 2300, dinisbahkan dengan tahun 80an dulu, berapa sepatutnya harga rumah tu sekarang? dan lagi hutang bukan 15-20 tahun macam dulu, tapi 30-40tahun, yakni dua kali ganda.. jadi kos hidup tu memang meningkat.."

dan gaji 80 an tu gaji diploma/stpm..sekarang ni orang ada degree....

bila dia tengok aku pakai kereta, dia pun sound balik. "budak sekarang senang, kerja kerja terus beli kereta...slip gaji sebulan pun boleh....dulu kena ada downpayment....."

boringlah makcik....kereta saya bukan import pun..dulu kereta import pun baru berapa ribu. sekarang tak import pun 50 ribu....yang import berapa? dulu loan berapa tahun? sekarang loan berapa tahun?

siapa pernah kena dengan orang tua camni? 

updated 15/10: pagi ni aku lalu tol, dah naik 50sen. dulu takde tol makcik!

"takpelah..kau nanti belilah rumah dulu..beli kereta buat apa.."  satu ni ajelah yang buat aku senyum.... :)

apapun..walau banyak mana rumah yang kita ada..sistem bank tu kajilah dulu. sama ada betul2 islamik atau pun blanket islamic aje. aku pun nak setelkan loan rumah2 tu cepat sikit...biar tak tambah rumah tapi elakkan sistem yang seolah riba..

Nak duduk rumah macam ni?


Ini di Nilai Spring. Harga dalam 1.8 juta. Nak duduk sini?

Masa yang hilang yang tak sempat aku nak kejar.

Banyak sangat nak tulis, tapi takde masa.

Sekali sekala aku akan kongsikan apa yang aku ada tulis dalam facebook untuk tatapan korang.

Sebabnya aku tak approve semua orang jadi kawan, jadi ada yang tak dapat nak baca pun.

Nantikan lah ya. 4 bulan sekali aku update lah blog ni

Sabtu, 20 Jun 2015

Dulu aku suka tuang kelas. Hasilnya?

Antara aku dan kawan kawan yang lain, aku ni boleh dikira tak berapa power dalam result dulu.

Sebab aku banyak main dan ponteng kelas. Masa diploma kat UiTM Penang dulu, aku pernah kena bar dari masuk final exam sebab kehadiran tak sampai 80%. Masa tu aku punya kehadiran dalam 60% ke bawah.

Memang cari pasal. Dah lah semester 6. Dah nak grad pun.

Kemudian masuk UiTM Shah Alam pun aku buat perangai lagi. Kelas pagi semua mesti aku tuang.
Lecturer degree ni dia tak strict sangat. Mungkin sebab dia fikir budak degree ni dah besar panjang, boleh fikir sendiri.

Nak gagal dalam hidup, tak perlu gagalkan dari lecturer pun. Sendiri pun boleh kasi gagal.

Masa degree dulu semua kelas aku tuang. Sebabnya aku jenis suka tidur siang. Sudahnya malam takleh tidur. Aktiviti malam tu selalunya aku main PES. atau main Counter Strike.

Lepas subuh baru tidur. Tu yang kelas pukul 8 sampai 12 semua kelaut.

Lagipun, masa degree tu, aku takde kenderaan nak ke kelas. Dari rumah sewa kat seksyen 7 sampailah ke engineering twin tower tu, ada lah dalam 2km. 

Nak berjalan tu aku malas. Masa tu pulak baru putus cinta, maka takde semangat nak ke kelas. 

Cari awek lain? kat fakulti aku tu awek yang cun boleh dikira dengan jari. Yang ada pun dah diambil orang.

Takde semangat langsung.

Kelas yang aku minat pun, cuma kelas teori. Sebab teori ni kau cuma perlu faham konsep. Dalam exam nanti goreng ajelah.......

Kelas yang aku malas kalau ada calculation atau derivation.
Calculation dia pulak panjang dan berkait.

Contohnya soalan 1a soalan calculation. Soalan 1b akan bersambung dari jawapan dalam 1a tu. Kalau soalan pertama dah salah, maka lupakanlah nak jawab soalan seterusnya.

Ada yang jenis soalan 1a kena derive formula. Soalan 1b, gunakan formula tu untuk kira.

Ini aku selalu dapat kosong. Formula kami banyak nak kena ingat. Panjang panjang pula tu.....

Dan aku selalu hantar kertas kosong. tulis nama dengan nombor matriks je.

#####################################################

Tapi ini semua kisah lama. Bila dah kerja, satu pun aku tak guna!

Yang dibawa dan diguna, cumalah teori teori yang kita belajar tu. Kalau ada calculation pun yang simple simple aje.

Dan bila dah kerja, susan nak adjust balik masa tidur dengan masa kerja. Kadang kadang lewat jugalah. Tapi company aku kerja sekarang ni memang fleksibel. Kerja siap dan ada kualiti, cukup..

Bila fikir balik......tak patut aku buat camtu masa student dulu. Aku tak pernah merasa 4flat. Paling rendah 2.74. paling tinggi 3.94.

Cukuplah tu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..
Rumah, kereta, family...aku cuma bercadang nak ada anak anak sendiri nanti.

Alhamdulillah.

Selamat beribadah di bulan ramadhan. Kalau korang main PES, bangunlah tahajjud sekali.

ZARIN
20 Jun 2015
3 Ramadhan 1436


Selasa, 26 Mei 2015

Kad kredit V2

Salam sejahtera semua.

Update pantas untuk kali ni,

kita rujuk kembali artikel lama saya di bawah:

Kenapa saya suka guna kad kredit?

Setakat hari ni, selepas setahun setengah pakai kad kredit,
ini point yang saya dah kumpul.

Macam yang saya dah kata sebelum ni untuk kad ni,

RM 1 = 5 point untuk hari biasa di petronas
RM 1 = 8 point untuk hari minggu

Jadi jumlah point saya yang tak banyak ni:

Kalau RM 1 = 1 point, seolah-olah saya dah keluar RM104,537
Kalau RM 1 = 5 points, paling minimum saya spend, RM 20k+
Kalau RM 1 = 8 points, paling minimum saya keluar, RM 13k (tak sedar langsung)


Tapi ada juga tempat yang mana saya dapat 1 point je. ada dapat 8. Jadi mungkin total yang lebih realistik: RM 20k+ dalam masa setahun


Boleh lah claim barang dapur sikit untuk rumah saya nanti.. What gift can I redeem?

Tak perlu keluar duit banyak sangat nak beli kelengkapan rumah!


ZARIN
Petaling Jaya
26/5/2015