*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Ahad, 15 November 2015

Proton Iriz Exec : Review Yang Tertunda

Proton Iriz 1.3 Manual Executive [OTR RM 46,888] Test Drive Review - Betul2 ONZ!

*Review ni aku dah postkan di facebook aku tahun lalu pada 28 September. Baru sekarang aku ingat nak share sini.

Pertama sekali, ingatkan nak test drive 1.6 premium. Kat showroom yang aku pergi ni cuma ada 1.3 manual test drive unit.

Sehari dua ni dah ramai orang test drive 1.6 premium yang pakai CVT dan ada review. Jadi elok juga, tak banyak orang keluarkan pasal 1.3 manual ni. Jadi boleh lah baca sini.

Mula-mula masuk 1.3 manual, aku pulas kunci. enjin tak hidup. rupanya.....untuk manual kena tekan clutch dulu baru boleh pulas kunci. manakala untuk yang start button (premium) macam biasa, tekan brek sebelum tekan start button.

Proton sangat titikberatkan safety untuk model model terbaru sekarang ni.

Safety features Proton bukan hanya untuk premium auto saja, tapi jugak untuk basic manual. Model proton sebelum ni (saga, preve, inspira, suprima, exora) asyik-asyik auto aje yang dapat premium dan benda2 canggih.. Kali ni penggemar manual boleh berpuas hati. Tiada diskriminasi!

[Handling]

Seperti biasa, benda handling ni adalah Proton punya fortē... start aje kereta, aku terus masuk selekoh patah 90 darjah pada kelajuan tinggi, dan menariknya kereta ni tak membuang. rasa macam skid tapi sebenarnya tak.

Kalau korang di setiawangsa, turun bukit traffic light sebelah petronas tu yang aku buat drift tadi. aku kona ke kiri, masuk ke highway duke. Handling memang mantap!


Noise: 8/10 (senyap)
Vibration: 9/10 (tak ada rasa gegar)
Harshness: 7/10 (masih smooth)
Handling: 8/10

[Pickup / pecutan / acceleration / top speed]

Ini mungkin berbeza lah bagi setiap orang, bergantung pada varian apa yang dia test. Untuk 1.3 Manual ni, boleh dikatakan enjin sangat pikap pada gear 1-2-3. masuk gear 4-5 lebih sesuai untuk cruise aje.

Enjin tak bising. Senyap. Sama ada enjin senyap ataupun soundproofing bagus, tak pasti. asalkan kita tak dengar bising, cukuplah, ye tak?

Walaubagaimanapun kalau Iriz automatik yang guna CVT, mungkin bunyinya akan lebih bising. (Sama macam Preve aku - klik untuk baca)

Top speed....aku bukannya test kat test track kat shah alam sana, cuma di highway duke yang banyak kereta dan tengah hujan masa tu.

Disebabkan ini, maka aku cuma mampu tekan hingga 150kmh. selalunya kereta saiz ni, 130-140 stering dah goyang. untuk yang ni, langsung tak ada goyang, siap boleh lepas tangan.

Kalau kena speed trap masa aku pecut tadi pun dia takkan tahu kereta mana sebab plate depan hanya tulis IRIZ.............. (limit duke adalah 90kmh - aku bawa 150kmh)

Dan untuk enjin 1.3 dengan body frame yang besar pun mampu pergi 150kmh, rasanya mantap juga - tu aku belum tekan sampai lantai lagi.

Pikap? mungkin enjin 1.3 kurang power untuk orang yang suka pecut. tapi cukuplah untuk kegunaan sehari-hari. minyak pun lebih jimat.

[Ruang kabin]

Untuk saiz lelaki biasa seperti aku, 173cm, 78kg, boleh rasa selesa. kerusi pemandu mendakap tubuh pemandu, ketinggian steering pun ergonomic (boleh adjust, apa ada hal). Cuma cermin sisi ambik masa sikit nak bagi biasa.

Untuk penumpang belakang, 3 orang boleh masuk takde masalah, ruang kaki pun luas, lutut orang belakang takkan kena kerusi depan melainkan lah kalau dia tu tinggi sangat.

[power window]

Sampai di tol duke, aku pun buka lah tingkap nak bayar tol....

"Malangnya"....tingkap proton takde masalah. semua smooth...

takleh nak kutuk lagi..


[extra features]

Tengok pada brochure, kalau nak puas hati ambillah yang premium (top variant) atau sekurangnya executive (middle variant). yang standard (basic variant) terlalu basix ..

beberapa highlight:


1. free Yes wifi setahun

2. ada 2 USB charger untuk charge HP/apa - apalah

3. ruang letak cawan sampai 7 (nak buat apa banyak2?- preve pun ada 6 aje)
4. 1.3 punya varian takde audio kontrol di steering, sangatlah tak patutttt
5. semua model 1.3+1.6 ada ABS, EBD, brake assist, Electronic Stability Control, Traction control, hill hold assist (untuk manual pun!). safety features memang power....
6. tak sempat study habis untuk features, keseronokan memandu kereta adalah pada engine dan handling maka aku tak ulas untuk benda lain....


[kesimpulan]

Berbaloi, jimat minyak, handling +stability sangat top.
cuma harga mungkin mahal sikit.
Tapi untuk kereta yang lebih canggih, lebih luas dan lebih selamat (★★★★★ ANCAP) harga top spec pada RM 63k tu mungkin lebih berbaloi dari P2 miyabi (Perodua Myvi) yang top spec pun dah RM 55k..lepas tu takde canggih camni..

****************************

Aku ke showroom Proton minggu lepas, dan stok Iriz asyik habis aje.
Nampaknya Iriz dah semakin diterima. Dan khabarnya ramai pengguna Myvi trade in pakai Iriz disebabkan ciri keselamatan Proton.

Syabas!

Zarin
Singapore
15 November 2015

Khamis, 29 Oktober 2015

Dulu zaman makcik dulu....

Di bawah adalah status Facebook aku 14/10/2015.

..sekarang ni, kos hidup dah banyak meningkat. banyak orang komplen kata gaji fresh grad kecik sangat. berapa kecik? kalau kita nak banding, lain industri, lainlah gaji dia. senang cerita kalau nak buat kayu ukur, kita ambik gaji orang kerajaan.

gaji jurutera kerajaan, RM 2300+. campur elaun semua mungkin dapat lah 3000+. kalau swasta mungkin lah basic pun dah 3000, tapi banyak yang takde elaun, dan 3000 tu pun pendapatan bercukai. 

kalau kerja di firma kecil, mungkin gaji pokok baru dalam 2300, lepas tu guna claim projek la baru cukup 2800. claim tu pulak untuk kerja lebih masa, mileage semua. pendek kata bila dibahagi dengan masa, gaji tu lagi kecik dari technician atau buruh kasar.

balik pada topik, kos hidup dah jauh meningkat. minyak naik, barang naik, rumah naik, tol naik. bila kita sebagai orang muda komplen, akan adalah orang tua yang bercakap melalui "pengalaman".

" korang orang muda kena bersyukur..gaji baru kerja pun dah 2300. dulu makcik mula2 kerja gaji baru 800. tahun 80an. masa tu susah.. blablabla"

kadang kadang aku fed up bila dengar cerita macam ni. tak ada siapa yang tak bersyukur, cuma kita kena pakai matematik lah kalau nak buat perbandingan.

"berapa harga rumah masa tu? rumah teres 2 tingkat harga 50,000. kalau masa tu gaji 800, kalau ikut harga sekarang rumah yang sama dah 500,000, ada ke gaji budak sekarang 8,000? kalau ikut gaji 2300, dinisbahkan dengan tahun 80an dulu, berapa sepatutnya harga rumah tu sekarang? dan lagi hutang bukan 15-20 tahun macam dulu, tapi 30-40tahun, yakni dua kali ganda.. jadi kos hidup tu memang meningkat.."

dan gaji 80 an tu gaji diploma/stpm..sekarang ni orang ada degree....

bila dia tengok aku pakai kereta, dia pun sound balik. "budak sekarang senang, kerja kerja terus beli kereta...slip gaji sebulan pun boleh....dulu kena ada downpayment....."

boringlah makcik....kereta saya bukan import pun..dulu kereta import pun baru berapa ribu. sekarang tak import pun 50 ribu....yang import berapa? dulu loan berapa tahun? sekarang loan berapa tahun?

siapa pernah kena dengan orang tua camni? 

updated 15/10: pagi ni aku lalu tol, dah naik 50sen. dulu takde tol makcik!

"takpelah..kau nanti belilah rumah dulu..beli kereta buat apa.."  satu ni ajelah yang buat aku senyum.... :)

apapun..walau banyak mana rumah yang kita ada..sistem bank tu kajilah dulu. sama ada betul2 islamik atau pun blanket islamic aje. aku pun nak setelkan loan rumah2 tu cepat sikit...biar tak tambah rumah tapi elakkan sistem yang seolah riba..

Nak duduk rumah macam ni?


Ini di Nilai Spring. Harga dalam 1.8 juta. Nak duduk sini?

Masa yang hilang yang tak sempat aku nak kejar.

Banyak sangat nak tulis, tapi takde masa.

Sekali sekala aku akan kongsikan apa yang aku ada tulis dalam facebook untuk tatapan korang.

Sebabnya aku tak approve semua orang jadi kawan, jadi ada yang tak dapat nak baca pun.

Nantikan lah ya. 4 bulan sekali aku update lah blog ni

Sabtu, 20 Jun 2015

Dulu aku suka tuang kelas. Hasilnya?

Antara aku dan kawan kawan yang lain, aku ni boleh dikira tak berapa power dalam result dulu.

Sebab aku banyak main dan ponteng kelas. Masa diploma kat UiTM Penang dulu, aku pernah kena bar dari masuk final exam sebab kehadiran tak sampai 80%. Masa tu aku punya kehadiran dalam 60% ke bawah.

Memang cari pasal. Dah lah semester 6. Dah nak grad pun.

Kemudian masuk UiTM Shah Alam pun aku buat perangai lagi. Kelas pagi semua mesti aku tuang.
Lecturer degree ni dia tak strict sangat. Mungkin sebab dia fikir budak degree ni dah besar panjang, boleh fikir sendiri.

Nak gagal dalam hidup, tak perlu gagalkan dari lecturer pun. Sendiri pun boleh kasi gagal.

Masa degree dulu semua kelas aku tuang. Sebabnya aku jenis suka tidur siang. Sudahnya malam takleh tidur. Aktiviti malam tu selalunya aku main PES. atau main Counter Strike.

Lepas subuh baru tidur. Tu yang kelas pukul 8 sampai 12 semua kelaut.

Lagipun, masa degree tu, aku takde kenderaan nak ke kelas. Dari rumah sewa kat seksyen 7 sampailah ke engineering twin tower tu, ada lah dalam 2km. 

Nak berjalan tu aku malas. Masa tu pulak baru putus cinta, maka takde semangat nak ke kelas. 

Cari awek lain? kat fakulti aku tu awek yang cun boleh dikira dengan jari. Yang ada pun dah diambil orang.

Takde semangat langsung.

Kelas yang aku minat pun, cuma kelas teori. Sebab teori ni kau cuma perlu faham konsep. Dalam exam nanti goreng ajelah.......

Kelas yang aku malas kalau ada calculation atau derivation.
Calculation dia pulak panjang dan berkait.

Contohnya soalan 1a soalan calculation. Soalan 1b akan bersambung dari jawapan dalam 1a tu. Kalau soalan pertama dah salah, maka lupakanlah nak jawab soalan seterusnya.

Ada yang jenis soalan 1a kena derive formula. Soalan 1b, gunakan formula tu untuk kira.

Ini aku selalu dapat kosong. Formula kami banyak nak kena ingat. Panjang panjang pula tu.....

Dan aku selalu hantar kertas kosong. tulis nama dengan nombor matriks je.

#####################################################

Tapi ini semua kisah lama. Bila dah kerja, satu pun aku tak guna!

Yang dibawa dan diguna, cumalah teori teori yang kita belajar tu. Kalau ada calculation pun yang simple simple aje.

Dan bila dah kerja, susan nak adjust balik masa tidur dengan masa kerja. Kadang kadang lewat jugalah. Tapi company aku kerja sekarang ni memang fleksibel. Kerja siap dan ada kualiti, cukup..

Bila fikir balik......tak patut aku buat camtu masa student dulu. Aku tak pernah merasa 4flat. Paling rendah 2.74. paling tinggi 3.94.

Cukuplah tu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..
Rumah, kereta, family...aku cuma bercadang nak ada anak anak sendiri nanti.

Alhamdulillah.

Selamat beribadah di bulan ramadhan. Kalau korang main PES, bangunlah tahajjud sekali.

ZARIN
20 Jun 2015
3 Ramadhan 1436