*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Ahad, 9 November 2014

Kekecewaan, apa yang kau perlu buat?

Dalam buku kehidupan yang serba singkat ni, kau adalah penulis buku kisah kau sendiri.

Yang berbeza bagi setiap orang ialah, kau punya kisah tu kisah indah atau pun tak indah.

Kita selalu suka tengok buku cerita kisah orang lain, tapi pada masa sama kita lupa buku kita ni dah tertulis setakat mana.

Pernah ke kau orang rasa down dalam hidup? Terutama kalau lepas buat satu satu kesilapan yang rasanya macam tak boleh nak rewind kesalahan tu?

Aku ada. Bukan sekali dua. Tapi banyak kali.

Yang buat kau rasa apalah hidup ni celaka sangat? Kenapa benda kecik ni pun boleh buat kau rasa macam nak hentak kepala kat dinding? Atau boleh jadi kalau kau seorang ego, kau akan kata, kenapalah orang lain ni semua teruk teruk belaka?

Muhasabah diri.

Kesialapan (ganti kata kesilapan) yang korang lakukan tu sebenarnya adalah pelajaran berguna. Siapa yang tak buat silap maka dia tak belajar seumur hidup dia.

Ada masa kau gagal periksa.
Ada masa kau tak dengar kata ibubapa.
Ada masa kau putus cinta.

Lalu bagaimana pembawaan kau untuk hari esok?

Guna permikiran yang sama?
Melihat dari sudut sebelumnya?
Atau cuba berfikir dari perspektif berbeza?

Cuba lihat buku masing masing, dah berapa banyak yang kau tulis. Dan adakah kisah itu kisah baik atau pun tak baik?

Zarin
Kuala Lumpur
9 November 2014

Jumaat, 19 September 2014

2 tahun yang lama, atau sekejap?

2 tahun, bukan tempoh yang sekejap. Lama, Tapi rasanya sekejap.

18 September 2014, cukup 2 tahun aku dalam syarikat Jerman ni.

Hasil 2 tahun..

Macam-macam aku belajar, banyak negara aku dah singgah bekerja, ramai orang dah aku jumpa, dan dunia ni bukannya sempit. Walaupun dengan kepesatan ICT, dunia dirasakan jadi semakin sempit, tapi ICT cuma di alam maya. Realitinya, banyak benda yang kita belum tahu selagi tak teroka sendiri.

Dan hidup aku pun dari seorang pelajar yang banyak buat masalah dan selalu ponteng kelas, dah jadi orang yang lebih bertanggungjawab (konon).

Pada usia 26 tahun ni, orang kata masih mentah di dalam industri. Pengalaman masih kurang. Tak power. Baby lagi. Tapi bila dah bergaul dengan rakan sekerja sama-sama manager level yang rata-ratanya berumur 15 tahun lebih tua dari aku, maka....

Aku rasa aku lebih tua dari umur sebenar. 

Tapi tak bermakna aku berfikir kolot dan rigid macam sesetengah orang tua..Aku fikirkan semula idea-idea lama, dengan cara orang muda. Cara yang muda, kurang kompleks, dan juga lebih ringkas. Cara orang malas, tapi hasilnya sama.

Ramai kawan-kawan aku yang mana ideologi sebagai pekerja, cari kerja yang bagus. Kerja berapa bulan, lompat. Kemudian berapa bulan, lompat lagi. Gaji dah makin tinggi, tapi tak puas-puas lagi.

Ada juga pekerja yang bila dah duduk kerja dan rasa selesa di situ, dia akan stay di situ saja. Kerja tak seberapa, harapkan increment yang banyak bila sampai cukup tahun. Pekerja yang begini takkan berkembang jauh.

Ada kawan aku yang berotak bisnes, dan genuine Gen Y dan tak suka kerja yang terbatas masa, maka mereka buat bisnes sendiri. Ada jual produk sendiri, ada buat bisnes sewa kereta, ada yang jadi agen insurans, ada yang jadi pelakon dan banyak lagi kerja sendiri.

Aku?

Aku sasarkan hidup yang balance. Ada kerja tetap, sambil-sambil tu aku ada beberapa business sebagai pendapatan tambahan. Dan jugak ada rumah2 untuk disewakan.

Disebabkan aku engineer, jadi macam dah tertanam dalam kepala, biarlah apa yang aku buat ni dapat tolong orang. Tipulah kalau kata duit tu tak penting. Penting! Tapi bukanlah keutamaan aku sekarang.

Tak bermakna aku dah kaya. Tidak. Makan gaji memang boleh hidup senang, tapi takkan boleh kaya, melainkan kau berada di kerusi CEO.

Aku lebih berotak investor. Aku bukan berotak bisnes.
Atau mungkin aku berotak bisnes, tapi aku lebih pada strategic planning, bukan executor.

Aku lebih berotak manipulatif dan kreatif berbanding berotak opportunist. Tapi itu lebih baik dari berotak pasif dan tunggu peluang datang.

Cuma, kalau nak bisnes full time, aku tak ada masa. Aku sibuk bekerja, dan jugak masa aku lebih pada family. Duit, aku boleh cari. Anak dan isteri sekarang kalau hilang, belum tentu boleh ada semula, melainkan kalau aku kawin lagi.


2 tahun seterusnya?

Aku tak mungkin akan berada dalam company ni selamanya. Biarpun appraisal bagus macam mana pun, pangkat naik pun, aku takkan pencen di sini.

2 tahun lagi, aku sasarkan peluang tu bukan setakat datang, tapi aku yang cipta.

Sebelum umur aku 35, aku harap aku dah naik haji. Beranak 4 dan beristeri satu.

Income? Rezeki yang ada, aku ambillah. Tapi tak mustahil sebelum 40 aku akan jadi jutawan.

Pada umur sekarang, dalam masa 2 tahun ni, dah hampir suku telah tercapai. Jadi pasal duit, boleh tunggu dulu.

Selebihnya, aku serah pada Tuhan.

Aku ada target, aku cuba.
Dapat tak dapat, itu atas izin Dia.

Zarin
19/9/2014
Petaling Jaya

Isnin, 25 Ogos 2014

Hampir 35,000 views walaupun blog aku ni kuat 'tidur'

Salam semua, dan bertemu lagi kita.

Lately aku sibuk teramat. 

Soal kerja, soal kahwin, soal takaful, soal diri sendiri, yang mana bila aku nak cerita pun tak tahu ada sempat ke tidak.

Nampaknya blog aku ni kekal begini lah. Tidurnya lama, bangunnya sekejap. 

Satu tahun berapa post aje. Apa pun aku harap kalian jangan bosan, sebab kalau korang komen, aku gerenti akan balas punya.

Malas nak cakap banyak, lihatlah statistik di bawah. Tidur-tidur pun, dalam 3 bulan, dah naik 10,000 views dari 20k + ke 30k +.

Mohon jangan samakan blog ni dengan blog mainstream yang lain huhu. blog ni takde gambar gadis cantik untuk korang datang selalu, aku faham....




Semoga bertemu lagi. Kekal steady!

Zarin

Petaling Jaya
Poskod aku lupa
25.8.2014


Selasa, 15 Julai 2014

Mengapa aku benci Puduraya (atau Pudu Sentral)?

..hari ni aku ke puduraya. jam 7.45 dah sampai sini. disebabkan hari cuti dan juga puasa, maka jalan sangat lah lengang sebab warga kota tidur semula.

Satu benda yang aku benci dengan puduraya ni, parking tak ada. lepas diubahsuai dengan kos 30juta (kalau tak silap, mungkin lebih) beberapa tahun dulu, parking pun dah jadi sikit. pudu dah dinaik taraf jadi pudu sentral, jugak jadi UTC (urban transformation center) mengikut kepala otak najib masa tu.

Kat sini nak daftar perniagaan boleh, nak buat ic pun boleh, dah jadi macam one stop center. usaha yang bagus. tapi bila parking selalu penuh siapa yang nak pergi? kadang-kadang bangang jugak orang kerajaan ni fikir idea. nak buat macam-macam tapi fikir separuh separuh. nak buat UTC tapi ambik ruang parking. bila orang ramai tak pergi, dia salahkan rakyat balik, "kita dah sediakan kemudahan tapi rakyat taknak guna". ini double standard dan ini serius.

Mungkinlah dia nak galakkan orang naik pengangkutan awam jadi parking dikurangkan. tapi faham ke diorang ni kalau balik kampung mestilah penumpang akan bawak beg yang besar. beg yang besar tu kalau naik LRT kat KL ni orang pasti akan pandang kau semacam je sebab ruang untuk manusia dah jadi ruang letak beg. dah la LRT selalu penuh.

Bayangkan lah pulak kalau ada sedara datang dari kampung. kat sana manalah ada LRT ni semua. manalah mereka tahu nak naik. kalau naik pun confirm 90% sesat punya. jadi sedara mereka yang orang KL kenalah hantar. masalahnya bila nak hantar, parking tak ada. mungkinlah dia nak suruh kita drop and go aje depan pudu.

Cuma..

Siapa yang familiar dengan pudu ni pasti akan tahu yang jalan di depan pudu ni tak boleh berhenti, jadi macam mana lah nak drop orang? mesti kena naik atas baru turunkan penumpang. masalahnya parking tak ada.

Di pudu ni yang kelihatan cumalah mat indon dan juga mat bangla, juga tak lekang di mata ialah mamat yang belum apa apa lagi dah tanya, "abang nak gi mana?" padahal aku ni beg apa pun tak bawak.

datang mat saleh, harga tiket elok-elok rm30 boleh jadi rm40. aku kata korang menipu, korang kata mana ada, ini taktik meniaga, different target market maa!

Di gerai-gerai sini, ada kedai kain, ada kedai buku, ada juga marry brown, ada gerai jajan juga cikedis, yang mana bukan semuanya orang kita punya. boleh kata yang jual kain datang dari pakistan. yang jual makanan datang dari indonesia. ada juga yang berbangsa cina cuma kalau orang cina ni payah nak beza sama ada memang cina sini atau china mari.

Cina sini ke china mari ke, sama-sama tak tau cakap melayu.

India sini atau india mari, lagi susah nak beza sebab kebanyakan india mari, tahu cakap melayu. 
india sini, tak tahu cakap melayu. dah terbalik.

Perangai orang kita pulak, kalau dah dapat tapak meniaga atas kuota bumi, dia sewakan pada bangsa lain. Ini ajekah yang korang nak banggakan?

ini cuma sekelumit dari isi kota yang aku dah duduk selama 26 tahun ni.

apa nak jadi dengan UTC, aku tak pasti.
apa nak jadi dengan pudu, aku tak tahu.
apa nak jadi dengan Malaysia, korang lebih tahu.

Salam Nuzul Quran.

Zarin
15 Julai 2014
17 Ramadhan 1435
Kuala Lumpur

Sabtu, 5 Julai 2014

Germany vs France

Tengah malam tadi berlangsung perlawanan suku akhir antara jerman dan juga perancis.

Jadi aku pun ambillah peluang keluar, lepak kat mamak di Wangsa Walk.

Game yang seimbang. Walaupun hati rasa panas tengok mueller yang suka dive. dah la tu, berlakon jatuh buat-buat sakit. Walaupun aku nak jerman menang tapi tak suka la menang cara macam ni.

Lantak diorang la.

aku cuma menyokong aje. bukanlah sebab aku kerja syarikat germany maka aku sokong germany...mungkin kalau germany jumpa brazil ke colombia ke aku akan sokong yang lain pula.

Jarang sekali keluar malam. Selalunya aku jenis tak keluar malam. Tapi harini 3 pagi baru sampai rumah. Memang legend.

Salam 1-0!

Layan Brazil vs Colombia pulak.