*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2012

Perhentian – Part 2


Okay, bahagian yang kedua sudah siap. Maaflah lambat, tiga hari saya demam. Ni pun masih menggigil lagi bila malam dan pagi. Doakan saya cepat sembuh.

Chalet-chalet di sini agak murah, dalam RM30-50 untuk penginapan ala kadar. Jika mahu mewah, anda boleh memilih untuk bermalam di Shari La atau Senja Bay. Kedua-dua chalet ini menawarkan bekalan elektrik 24 jam, manakala chalet-chalet lain hanya 12 jam.

Hari Pertama

OK, jadi aktiviti petang itu ialah ke kincir angin. Ramai yang dah tahu kan yang Pulau Perhentian ni ada daya tarikan sendiri iaitu kincir angin dan juga panel solar bagi penjanaan tenaga elektrik. Oleh kerana pulau ini terletak di kawasan yang berangin (terutama musim monsun), maka ia adalah satu cara terbaik untuk menjana elektrik.

Kincir angin tu terletak di Pulau Perhentian Kecil.

Isnin, 20 Februari 2012

Perhentian - Part 1


Kali ni saya nak kongsi sikit pengalaman jadi backpacker ke Pulau Perhentian pada 14 – 16 Februari 2012. Kalau orang lain suka pergi berkumpulan, saya pula senang pergi sorang-sorang.

Kelebihan berjalan seorang – lebih mudah, tak banyak kerenah dan soal masa lebih fleksibel.
Keburukan pula – sunyi dan merbahaya kalau jadi apa-apa.

Terpulang kalau anda lebih suka yang mana. Saya pun suka juga berjemaah tapi lihat dengan siapa kita bergerak. Kali ni semua kawan tak dapat ikut, dan ada yang merancang untuk pergi bulan 3. Masa tu dah dikira lewat pada saya dan agak mahal. Pulau Perhentian menjadi pulau yang mahal pada bulan Mac-September dan murah pada bulan-bulan lain.

Pulau Perhentian – Day 1

Naik : Hentian Putra                                                        
Turun : Stesen bas aka Jeti Kuala Besut
Tempoh perjalanan: 9.00 malam - 5.50 pagi  (berhenti rehat sejam di Merapoh)
Tambang – RM 40 sehala (Mahligai 2 tingkat)

* Hanya ada dua syarikat bas terus ke Jeti Kuala Besut iaitu Mahligai dan Mutiara. Bas lain (Transnasional, Sani, Perdana etc. tak pergi)



Sebaik saja tiba di Jeti Kuala Besut, saya disapa seorang lelaki bermotosikal. Dia rupanya pekerja di salah sebuah syarikat bot untuk ke Pulau Perhentian. Biasalah bila ada bas berhenti di situ, kebanyakan penumpang yang turun di Kuala Besut mesti nak ke pulau.

Very nice timing.