*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Rabu, 14 Julai 2010

Apa kekayaan sebenarnya?


30 Julai 2010 ni aku akan ke hospital lagi.
Asyik-asyik hospital. Bosan dah doktor tu tengok muka hensem aku ni.
Tadi aku goreng telur untuk makan malam. Bab bubuh garam aku masih fail lagi. Jadi telur dadar tadi sedikit tawar pada bapaku tapi tidak pada aku. Aku suka tawar-tawar sikit. Pada dia tawar sangat, pada aku sedang elok saja.
Lalu aku terfikir sesuatu.
Kata seorang yang rapat denganku, mungkin aku yang sakit ini akan hidup lebih lama daripada orang lain yang sihat.
Aku kata soal usia bukan hal kita untuk tentukannya. Tapi kata-katanya logik juga.
Aku fikir, mungkin dengan sakit ni, aku lebih sedar dan conscious dengan kesihatan sendiri. Pemakanan aku jaga. Masin-masin sangat aku elak, minuman manis aku tak suka.
Lagipun, setiap 6 bulan kesihatan aku akan diperiksa semula secara berkala. Bukankah itu lebih baik dari mereka yang sihat tapi tak pernah buat medical checkup?
Dan setiap pagi selepas bangun aku akan buat push up 20 kali untuk kekalkan stamina
Ke kelas aku berjalan kaki. 3 ke 4 km pergi dan balik. Kelas di tingkat 13 aku naik tangga kerana lif selalu lambat. Turun juga guna tangga.
Petang-petang aku main basketball. Kadang-kadang main futsal di seksyen 16. Keluar juga peluh kan. Boleh lah sementara masih muda. Dah tua-tua takkan nak main lagi…
Minum, menu pilihan ialah air suam. Lagipun hanya dengan air suam saja yang kita boleh nampak sama ada kedai makan itu menggunakan air bersih atau tidak. Lagipun tempat aku selalu makan tu air suam dia bagi free.
Tapi itu semua ikhtiar sahaja, namun lebih baik menjaga kesihatan daripada tidak.
p/s: Health is wealth – money is not.

Selasa, 6 Julai 2010

Fikir Sejenak #11 - Atas dan bawah

Semalam bermula semester baru. aku ke kampus seperti biasa berjalan kaki kerana basikal aku dah lama terbiar jadi angin tayar tak sempat nak isi.

Disebabkan semalam adalah hari pertama maka kebanyakan kelas masih belum bermula, pensyarah cuma masuk untuk bagi taklimat sikit kemudia kelas pun berusrai.

Untuk pulang ke rumah, aku harus melalui Unit Kenderaan Universiti. Semasa berjalan tu, aku ditegur oleh pemandu pihak universiti yang aku tak kenal pun siapa…

Oleh kerana dia dah tegur maka aku pun mesra melayan beliau. (Mungkin kerana aku berpakaian lusuh macam orang biasa jadi senang untuk beliau dekati.

Lalu kami pun berbual. Melalui perbualan itu, aku mendapat tahu banyak perkara. Sebenarnya sejak di semeter akhir di Penang lagi aku lebih rapat dengan orang bawah daripada orang atas kerana orang atas tak pandang aku pun…

Rugilah mereka kerana mereka tak tahu apa keperluan dan yang lebih penting apa keupayaan orang di bawah ni.

Kebanyakan orang lebih suka bergaul dengan orang besar-besar, namun aku pula lebih suka bergaul dengan orang kecil-kecil..

Orang besar-besar memang mampu membantu kita di saat dalam pekerjaan kita, namun orang bawah juga sangat penting.

Apa yang aku belajar semalam ialah:

Orang atas mempunyai kuasa, tetapi tenaga kerja datangnya dari orang yang di bawah. Tanpa orang bawah, orang atas tiada apa-apa.

Jadi jikalau aku ada rezeki menjadi orang ternama satu hari nanti, hati orang di bawah ini mesti dijaga.


p/s: Bila dah mati semuanya akan duduk 7 kaki di bawah tanah.

Ahad, 4 Julai 2010

Hati hati dengan eskalator – terutama jika anda buas

Pernah bayangkan kaki anda jadi macam ni?

Ini bukan bekas gigitan anjing, singa, jerung, harimau mahupun dinosaur. Tapi ini adalah mangsa eskalator.

Perkara di atas terjadi pada aku sewaktu aku ke sebuah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman siang tadi.

Tengok gambar jelah ye, baru senang faham.

Aku turun melalui eskalator, sebelum sandalku tersangkut sesuatu. Sedar-sedar saja dah jadi macam ni.

Itu sandal sebelah lagi yang masih elok. Perhatikan sandal aku ada lebihan ruang di bahagian jari – ini yang menyelamatkan kaki aku.

Kalau korang perasan, kat sini alas hitam pada hujung eskalator tu dah tercabut pada tempat sandal aku termasuk dalam tu.

Pihak berkenaan kelam kabut membetulkan keadaan – lebih-lebih lagi bila aku bawa keluar kamera. tau pun takut kalau aku saman dia dengan bukti cukup..

Serta merta dia minta kami sekeluarga duduk di kerusi yang sediakan. Psiko pandai. kami pun pandai juga psiko dia balik dengan tak mahu duduk. Saja nak tengok apa tindakan dia…Panik juga tu..

Sebenarnya pakai sandai ni merbahaya. Perhatikan tumit aku ada satu tali lagi kan? tali ni akan menyukarkan kita nak tanggalkan sandal tu dalam sekelip mata. Dalam kes aku, aku bertuah kerana sandal aku tu aku beli saiz besar sikit. Mujur longgar, jadi tadi ada ruang untuk lepaskan kaki..

Eskalator normal – perhatikan alas hitam itu tidak rongak seperti yang mula-mula tadi. jadi tak ada gap untuk selipar tersepit celah-celah tu.

Sandal aku baru berjaya dikeluarkan.

terbelah sandal aku. Kalaulah kaki aku yang termasuk…….

ini dia eskalator rongak tadi.

Sandal yang keras bukan main pun boleh jadi macam ni. Sandal ni aku beli dengan harga RM35 setelah potongan harga dari RM50. Aku jaga bukan main sandal ni…..Sebabnya untuk dapat sesuatu yang mahal bukannya mudah walaupun semua orang kata family aku kaya....Dibeli dalam 5 bulan lalu. Siddiq pun ada sepasang yang sama tapi kami bukan kekasih.

Gambaran sandal yang lebih jelas. Eiiii mujur bukan kaki.

Lagi satu.

penyelia bertugas ganti sandal aku tu dengan selipar ni – harganya RM 20 kot tak silap (paling mahal kat situ). Nak mintak yang sama tapi tak jul kat kedai dia. Tak padan dengan apa yang aku rugi.

Mujur jadi pada aku. Kalau terjadi pada keluargaku yang lain, atau si dia ke, macamana?

Fikir-fikir semula, selipar aku dia boleh la ganti walaupun murah, kalau kaki aku yang kena, boleh ke dia ganti?

p/s: tu baru Allah tarik selipar, belum tarik kaki lagi……

Rabu, 23 Jun 2010

Sebab aku tak tahu jalan kereta di KL

Satu hari kawan aku yang sama-sama menuntut di Shah Alam yang berasal dari kedah mahu jalan-jalan ke KL. Lalu dia tanya jalan mana yang harus diambil jika mahu ke tempat tujuannya.

Aku diam. berfikir. Aku tak tahu sebenarnya jalan mana walaupun telah hampir 22 tahun menetap di KL. aku selalu ikut short cut atau lagi senang naik LRT. Naik bas, jem juga – lebih malang kalau kena berdiri.

Nama jalan, tak tahu, tapi landmark jalan, tahu. kalau aku beritahu pada diorang ni landmark tu adakah diorang tahu? Jadi aku kata lah aku tak tahu...

“Kata orang KL tapi tak tahu jalan kat KL,” *tersindir aku*

Sebenarnya, ada beberapa jalan di KL yang telah aku lupakan dan tidak mahu lalu lagi akibat fobia dengan kesesakan jalan raya yang betul-betul menguji perasaan.

Ada antaranya yang telah 10 tahun aku tak lalu disebabkan tak mahu meredah kesesakan.

Antara jalan-jalan tersebut:

1. Jalan Chow Kit. Aku tak tahu kat mana pasar chow kit pun (teruk kan aku?)

2. MRR2 menghala ke ampang dan cheras. Jem tak payah cakap macamana. Jadi aku tak tahu ada restoran Linda Onn di situ.

3. Federal Highway. Aku selesa lalu ikut NKVE damansara atau DUKE saja kalau mahu ke Shah Alam.

4. Jalan Tunku Abdul Rahman. Lebih selesa naik LRT.

5. Jalan Ampang. Aku rela ikut Jalan Yap Kwan Seng dan ambil jalan jauh sebab lebih cepat.

6. Jalan Bukit Bintang. Ini juga, aku rela naik LRT dan monorel.

7. Jalan Tun Razak. Tak boleh buat apa-apa kerana jalan ini ialah tulang belakang di KL ni.

Ada beberapa lagi jalan yang aku tak ingat nama.

Ada juga jalan yang berpotensi sesak teruk walaupun bukan pada waktu puncak lagi 10 5 tahun. Antaranya ialah jalan yang aku tak suka lalu tapi terpaksa lalu:

1. Jalan Jelatek – terpaksa lah lalu jalan ni walaupun jem macam haram pagi2. Itu pun Datum Jelatek belum dibangunkan lagi (cadangan kondominium di belakang LRT jelatek dekat bengkel mara). Kalau kondo tu naik nanti, anggaran kereta penduduk kondo (paling kurang 4000 unit + kereta sedia ada = kiralah sendiri!

2. Jalan besar dekat rumah aku di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Nak keluar rumah pun payah disebabkan ada gerai haram kat situ. Kereta parking kiri kanan terutama waktu budak-budak balik sekolah.

3. Jalan Datuk Keramat. Pasar tu bila nak pindah? Kan Keramat Mall dah bertahun dah siap? Satu lagi….jalan kat kawasan ni asyik berlubang je. Kesian penduduk kat sini.

Untung siapa yang kerja dekat rumah dan tak perlu lalu jalan-jalan tu.

Satu lagi yang buat aku rasa nak marah dengan orang KL ni.

Selalunya bila traffic light hijau kereta depan kita lembab je nak jalan, tapi bila lampu tukar kuning tahu pulak dia nak cepat... Last2 dia sorang je lepas.

Come on! Dah la kat KL ni traffic light banyak bagai….Putrajaya pun sama jugak…jalan sikit punya lurus tapi simpang sikit punya banyak…

Sebab tu aku malas nak memandu kat KL ni. Naik LRT pulak, manusia tak ada sivik….

*Ini lah agaknya tanda-tanda negara nak maju..

p/s: kajian menunjukkan lebih dari 2 tahun usia kita (purata 75tahun) dihabiskan dalam kereta dan menunggu di traffic light. Itu 75, kalau usia kita kurang dari itu?

Isnin, 21 Jun 2010

Hari untuk bapa

Hari ini hari bapa..

Ku percaya di luar sana akan ramai blogger atau di facebook masing-masing mengucapkan penghargaan kepada bapa masing-masing.

Tidak ketinggalan aku juga. Walaupun aku tahu bapaku (kebanyakan lelaki juga) tidak kisah sama ada hari ini hari bapa atau pun tidak, tapi aku tetap mahu ucap selamat hari bapa. Kebanyakan lelaki memang begitu. Hari jadi sendiri juga bapaku tak pernah ambil kisah, selalunya orang ingatkan, baru dia teringat.

Sebagai bapa, mereka pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak, namun ada ketikanya keadaan tidak begitu memihak pada mereka seperti tekanan kerja dan kewangan menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan.

Namun jika dikenang kembali siapa yang membawa kita ke dunia ni, anda tahu jawapannya apa. Semakin membesar, semakin kita harus faham apa yang mereka mahukan buat kita.

Pada yang sudah tiada bapa, doakanlah mereka kerana sebagai anak hanya itu yang mampu anda lakukan untuk meringankan seksa kubur mereka. Berazamlah untuk jadi bapa yang lebih baik atau sebaik mereka.

Sudah 2 3 hari bapaku mengadu tak sihat. Kesal kerana selain menemaninya ke klinik, aku tidak mampu buat apa-apa.