*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Jun 2014

Takaful - Perlindungan kepada kewangan kita

Salam hujung minggu.

Dah lama rasanya saya tak tulis soal kewangan.

Kali ni kita bincang soal takaful/insurans.

source
Cakap pasal takaful, kita selalunya sangat menolak (reluctant) dan rasa pun macam dengar tak dengar. Kalau ada orang telefon (telemarketer) cakap pasal takaful, selalunya kita akan jawab, 

"oh saya dah ada polisi" walaupun tak ada pun sebenarnya.

atau pun 

"maafle saya tak minat, terima kasih", letak telefon cepat-cepat, block number terus.

Dua jawapan paling femes. Hatta saya dulu pun selalu sangat berpegang pada dua skema jawapan ni setiap kali orang tanya. Hehe.

Kalau ada booth insurans pun, kita akan mengelak dari lalu kat situ. Sanggup lalu jalan jauh beb!

Tapi....

Tahukah anda, selain nyawa, takaful juga boleh bertindak sebagai satu bentuk perlindungan kewangan?

Perlindungan kewangan atas pemilikan harta benda

Berapa ramai yang kat sini ada takaful?
Atau pun tak sedar pun dia ada takaful?

Macam mana pula kita kata kita tak sedar pun kita ada takaful? Dan macam mana pulak takaful boleh beri perlindungan kewangan?

Okay, sekarang ni, siapa yang dah beli rumah? Kalau anda beli rumah secara pinjaman bank dalam 10 tahun kebelakangan ni, memang SAH yang anda dah ada takaful. Takaful untuk beli rumah dipanggil Mortgage Term Reducing Takaful (MRTT) atau pun kalau pinjaman konvesional kita panggil Mortgage term Reducing Assurance (MRTA).

Secara bahasa mudahnya kita boleh kata MRTT/MRTA ni akan bayarkan semua baki hutang kita sekiranya kita hilang upaya kekal/ sakit ilat tak mampu bekerja / meninggal dunia.

Jadi hutang-hutang rumah yang kita belum habis bayar tu, takaful ni akan bayarkan semua. Dan selamatlah ahli keluarga kita daripada kena tanggung hutang rumah kita yang beratus ribu/juta tu. 

Kalau tak ada takaful tapi cuma beli satu rumah, takde hal. Small matter orang kata.
Tapi kalau tak ada takaful tapi beli banyak rumah, siapa agaknya nak tanggung?

Jadi dah terjawab soalan-soalan yang tadi tu: 

siapa yang tak perasan dia ada takaful?    dan jugak
macam mana takaful melindungi kewangan kita?

Itu soal harta dari sudut pemilikan rumah. Kewangan kita dah dilindungi sebabnya waris kita tak perlulah gunakan harta pusaka kita untuk bayar semua hutang tu tadi. Selain rumah, ada juga bank yang offer takaful jenis ni untuk kereta. (",)

pssttt: dah berapa biji rumah yang korang ada? semua ada MRTT tak?

Yang paling penting, nyawa

Yang ni, kita kena pegang takaful adalah satu bentuk perlindungan. Perlindungan yang mana satu kumpulan orang setuju untuk bantu-membantu dalam risiko ahli yang lain melalui satu sistem sumbangan.

Hari ni semua bayar satu amaun untuk polisi yang ada medical card. Esok lusa salah sorang ahli jatuh sakit. Jadi sumbangan yang kita kumpul tadi, kita akan berikan pada ahli yang sakit tadi tu. Konsep yang diguna di sini adalah tolong menolong. Bahasa mudah lah tu supaya semua orang faham.

Kalau yang sakit tadi masuk hospital, bil-bil hospital tu dah setel. Kita cuma bayar amaun yang hanya sekelumit saja dari bil yang beribu tu.  

Jadi kat sini lah yang saya kata, di samping perlindungan kesihatan, duit kita pun selamat dari nak bayar bil yang mahal-mahal ni - Perlindungan kewangan.

"bro, company aku dah kaver aku. Kalau aku mati dia bayar, sakit pun dia bayar. Bukan aku aje. Anak isteri aku pun dia kaver beb."

Dulu.....saya pun begini lah. Mana tak seronok, company dah cover insurans diri sendiri. Kalau saya mati, cover sampai dekat suku juta. Dah cover anak isteri. Anak sampai 5, in patient, out patient semua dia cover. Isteri nak beranak pun dia cover! Boleh buat anak ramai-ramai.

Tiap tahun untuk bil hospital, full claim kalau ada surgery, auto renewal pula tu. Memang power company yang saya kerja sekarang ni.

Jadi saya sendiri pun tak rasa perlu ada takaful. Buat apa nak beli banyak-banyak kalau dah company kita cover ye tak?

Bila dah lama kerja, saya pun terfikir dua tiga soalan.

1. Jujurnya, saya pun tak tahu sampai bila saya nak kerja situ. Kerja makin lama makin serupa tahi. Bos pun makin lama makin tak best. Lama-lama mungkin kita akan chow.

2. Kalau chow, dapat company baru yang cover macam company lama, takde masalah. tapi macam mana pula kalau company baru tak power macam yang lama?

3. Selagi kita kerja, memang dia akan cover. Kalau dah pencen macam mana? Polisi dah takde. Kalau masuk hospital lepas pencen memang scary. Silap-silap duit EPF bayar habis kat bil hospital aje. Kerja swasta mana ada pencen! Kerja kerajaan okay le.

4. Tu kalau sempat pencen. Macam mana pulak kalau tengah kerja jatuh sakit ke, atau jadi apa-apa yang membuatkan saya tak boleh kerja lagi? Kalau kemalangan kat tempat kerja mungkinlah SOCSO boleh cover pencen. Tapi kalau tak? Mungkin company pun akan masukkan dalam medical board dan disuruh berhenti. Mintak dijauhkan, Na'uzubillahi min zaalik.

Ni antara soalan yang saya fikir. Inilah kebarangkalian yang ada dan mungkin berlaku. Mungkin terlalu jauh saya analyse, risiko-risiko ni memang kena fikir dalam-dalam, sebab saya seorang engineer.

Setakat ni dulu rasanya, siapa nak tahu pasal takaful dan teringin nak ada polisi takaful, bolehlah hubungi saya dalam kotak di sebelah kanan page ni. Saya contact balik kemudian. Saya boleh ajar, dan clearkan semua keraguan anda, sampai faham, insyaAllah.

Zarin
21 Jun 2014
22 Sya'aban 1435
Kuala Lumpur




Rabu, 14 Julai 2010

Apa kekayaan sebenarnya?


30 Julai 2010 ni aku akan ke hospital lagi.
Asyik-asyik hospital. Bosan dah doktor tu tengok muka hensem aku ni.
Tadi aku goreng telur untuk makan malam. Bab bubuh garam aku masih fail lagi. Jadi telur dadar tadi sedikit tawar pada bapaku tapi tidak pada aku. Aku suka tawar-tawar sikit. Pada dia tawar sangat, pada aku sedang elok saja.
Lalu aku terfikir sesuatu.
Kata seorang yang rapat denganku, mungkin aku yang sakit ini akan hidup lebih lama daripada orang lain yang sihat.
Aku kata soal usia bukan hal kita untuk tentukannya. Tapi kata-katanya logik juga.
Aku fikir, mungkin dengan sakit ni, aku lebih sedar dan conscious dengan kesihatan sendiri. Pemakanan aku jaga. Masin-masin sangat aku elak, minuman manis aku tak suka.
Lagipun, setiap 6 bulan kesihatan aku akan diperiksa semula secara berkala. Bukankah itu lebih baik dari mereka yang sihat tapi tak pernah buat medical checkup?
Dan setiap pagi selepas bangun aku akan buat push up 20 kali untuk kekalkan stamina
Ke kelas aku berjalan kaki. 3 ke 4 km pergi dan balik. Kelas di tingkat 13 aku naik tangga kerana lif selalu lambat. Turun juga guna tangga.
Petang-petang aku main basketball. Kadang-kadang main futsal di seksyen 16. Keluar juga peluh kan. Boleh lah sementara masih muda. Dah tua-tua takkan nak main lagi…
Minum, menu pilihan ialah air suam. Lagipun hanya dengan air suam saja yang kita boleh nampak sama ada kedai makan itu menggunakan air bersih atau tidak. Lagipun tempat aku selalu makan tu air suam dia bagi free.
Tapi itu semua ikhtiar sahaja, namun lebih baik menjaga kesihatan daripada tidak.
p/s: Health is wealth – money is not.