Saya dah balik dari Korea.
Tapi sibuk yang amat tak sempat nak update blog.
Jangan bosan membaca..
Kehidupan singkat seorang manusia yang bukan lagi seorang jurutera. *saya seorang lelaki.
*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Khamis, 10 April 2014
Khamis, 20 Februari 2014
Why I love my beard
It has been countless times where I was told by my boss to shave
in Korea. It is not easy to live with beard, unless you are a grandpa, a beggar
or a homeless.
Beard has widely regarded as being messy and unkempt, and
having a face as clean as baby’s bottom is encouraged. Doing business is easy
with clean face. Working with Korean is also easier with clean face. It is a business standard conduct. But if you are an artist, it doesn't matter.
Rabu, 19 Februari 2014
Fakta ringkas tentang Korea
Fakta ringkas tentang Korea (dari kacamata saya)
Pengalaman itu mahal. Melihat negara dan budaya orang itu
mahal. Kos kapal terbangnya pun mahal.
1.
Rakyat yang peramah.
Pergilah ke pasar, ke kedai, tanya arah
jalan atau apa saja. Perhatikan cara mereka bercakap. Cara bercakap yang sangat
bersungguh-sungguh, pasti akan membuat anda terpinga-pinga seketika.
2.
Orang gemuk adalah spesies terancam.
Sehingga 2009, hanya 3.5% sahaja rakyat
Korea berusia 15 tahun ke atas yang gemuk. Susah nak jumpa orang yang gemuk
berjalan di khalayak umum kerana memang sikit jumlahnya.
3.
Mabuk adalah perkara biasa.
Kebergantungan Korea kepada alkohol ialah
di tangga ke 12 daripada 188 negara.
Jadi……………that explains it.
4.
Kepadatan penduduk Korea adalah antara tertinggi
di dunia iaitu 505 orang bagi setiap kilometer persegi. Malaysia pula cuma 91
orang per kilometer.
5.
Nak kerja di sini, bercukurlah.
Janggut dan misai adalah sesuatu yang bukan
kebiasaan di sini. Sekiranya ada janggut dan teringin bekerja di sini, lupakan
sajalah hasrat tu.
6.
Nak teman wanita Korea? Sila jadi kaya. Peluang
anda lebih cerah. Rujuk fakta #11.
7.
Nak teman lelaki Korea? Sila jadi cantik. Rujuk
fakta #16.
8.
Babi adalah sumber protein utama sekitar 70-80%.
9.
Kopi adalah kegemaran rakyatnya.
10. Atas
faktor sejarah, majoriti rakyatnya tak suka Jepun kerana Jepun pernah menjajah Korea.
Barang Jepun tidak diterima dengan baik di
sini. Juga sama di Jepun, barang Korea tak diterima dengan baik di sana.
11. Kehidupan
sebenar di Korea sangat menekan akibat kos hidup yang tinggi.
Budak sekolah rendah pun ada jadual waktu
dari 8 pagi hingga 10 malam. Pekerja
kolar putih di Korea juga bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Jangan
percaya drama-drama indah yang anda lihat di TV.
12. Orang
Islam di sini cuma 0.2% sahaja. Majoriti adalah yang tak beragama 43% diikuti Kristian
32%.
13. Seperti
Proton di Malaysia, KIA dan Hyundai di Korea juga menjual kereta yang tak cukup
aksesori untuk pasaran tempatan.
Siapa kata Proton je buat camtu?
14. Sistem
pengangkutan awamnya sangat sofistikated dan efisien.
15. Korea
tiada sumber galian untuk ekonomi. Cuma ada arang batu, graphite, plumbum dan
sumbernya terhad.
Tapi ekonomi mereka adalah yang ke 15 di
dunia berdasarkan KDNK dan kuasa beli. Sebagai perbandingan, Malaysia di tangga
34. Bagaimana mereka boleh ke depan?
16. Pembedahan
plastik memang dah jadi budaya. Dan tak ada yang pelik. Sila hati-hati
sekiranya anda jatuh cinta.
17. Bahasa
Inggeris hanya mula diajar di peringkat menengah rendah bagi sekolah kerajaan dan seawal sekolah rendah bagi sekolah swasta.
18. Untuk hidup seorang di sini sekurang-kurangnya pendapatan harus bersamaan 1 juta won atau 1 ribu USD.
19. Harga minyaknya bermula dari RM 6 hingga RM 7 seliter. Jika di Malaysia kita guna RON 95 dan 97, di sini mereka guna RON 91 dan 94.
20. Gadis Korea putih gebu belaka.
Zarin
Seodameun-gu
19 Februari 2014
18 Rabi'ul Akhir 1435
Selasa, 11 Februari 2014
Tunai, atau aset? - Tunai -
Sambungan dari entri yang lalu.
Jika kita telah berjaya simpan 3 bulan pendapatan kasar, jadi kita dah berjaya dilatih menyimpan dan telah lulus ujian pertama. Sekiranya terjadi apa-apa pada kita, 3 bulan kita boleh hidup dengan simpanan tu. Pendek kata, untuk bayar kereta, untuk makan, semuanya cukup untuk 3 bulan.
Jika kita telah berjaya simpan 3 bulan pendapatan kasar, jadi kita dah berjaya dilatih menyimpan dan telah lulus ujian pertama. Sekiranya terjadi apa-apa pada kita, 3 bulan kita boleh hidup dengan simpanan tu. Pendek kata, untuk bayar kereta, untuk makan, semuanya cukup untuk 3 bulan.
Dengan syarat, kita kena kawal duit keluar jangan lebih dari
duit masuk setiap bulan.
Kemudian lebihkan pulak simpanan jadi 6 bulan.
Orang yang simpan banyak tunai ni, akan jadi lebih yakin.
Sebab kalau jadi apa-apa pun, dia dah bersedia dengan tunai. Tunai adalah
pelampung yang boleh menyelamatkan dia kalau kena campak dalam laut walau tak
pandai berenang sekalipun.
Jadi, simpanan nak banyakkan tunai ke asset?
Isnin, 3 Februari 2014
Soalan selepas soalan?
Hidup ni tak boleh nak lari dari soalan.
Tak kira dari diri sendiri, atau pun dari orang lain.
Kalau ikut pengalaman saya sebagai seorang manusia, soalan yang famous sejak 2-3 tahun ni ialah seperti di bawah. Kalian pun mesti lebih kurang juga kan.
Masa tengah belajar, selalunya orang akan tanya:
“Bila nak habis belajar?”
Dah habis belajar, dalam tempoh menganggur tu:
“Bila nak kerja?”
Selepas dapat kerja, tak sampai berapa lama:
“Bila nak kahwin?”
Setelah bertemu jodoh, lepas cukup setahun:
“Bila nak bertiga?”
Dah bertiga:
“Bila nak berempat?”
Soalan ni semuanya tak habis-habis. Selepas satu, satu yang datang. Kadang-kadang memang merimaskan, terutama bagi kaum wanita, lebih-lebih lagi kalau usia dah nak masuk 3 series.
Nasib baik saya lelaki. Tu pun tak dapat lari juga.
Tapi kalau dilihat dari sudut positif, sebenarnya bagus kalau ada banyak soalan. Sebab kita
akan cuba cari jawapan. Dan soalan-soalan ni sebenarnya adalah target atau gol dalam hidup ni.
Kalau rasa sesat, hilang arah tujuan hidup, tanyalah diri sendiri. Apa yang kita mahu?
Berikut adalah beberapa contoh soalan yang patut semua orang ada.
Dalam kerjaya:
1. Nak kerja apa?
2. Apa target jawatan dalam 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun?
3. Berapa lama nak kerja? Bersara awal, atau kerja sampai pencen?
Dalam kewangan/pengurusan harta:
1. Berapa pendapatan sebulan nak dapat?
2. Berapa jumlah wang keluar?
3. Berapa jumlah simpanan? Dalam tempoh berapa tahun?
4. Umur berapa nak beli rumah?
Untuk diri sendiri:
1. Umur berapa nak kahwin, dengan siapa?
2. Berapa orang anak?
3. Umur berapa nak pergi haji?
4. Berapa kali nak ke masjid dalam seminggu?
Soalnya, semua kat atas ni berkait rapat dengan disiplin. Dan rasanya ibu kepada semua soalan di atas ialah:
Apa yang harus dibuat untuk capai target-target ni?
Soalan-soalan ni memang penting, tapi yang lebih penting adalah jawapan. Jawapan yang kita bagi tu lah target sebenar. Soalan-soalan ni cuma pendorong aje.
Dan kalau kita perasan, banyak soalan yang saya contohkan tu berkait rapat dengan UMUR,
iaitu MASA. Sebabnya, makin lama kita berlengah, makin lama masa yang kita rugi, dan makin jauh lah target tu dengan kita.
Jadi rancanglah dari sekarang, sementara masih muda. Sementara masih ada tenaga.
Sebab hidup ini sangat singkat, dan masa yang ada pun tak lama, dan tak akan menunggu kita.
Pejam celik pejam celik, tahu-tahu esoknya kita dah nak mati.
Soalan terakhir, dah sedia ke kita untuk mati?
Pejam celik pejam celik, tahu-tahu esoknya kita dah nak mati.
Soalan terakhir, dah sedia ke kita untuk mati?
Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
3 Februari 2014
2 Rabi'ul Akhir 1435H
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
3 Februari 2014
2 Rabi'ul Akhir 1435H
Langgan:
Ulasan (Atom)
