*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Sabtu, 28 Mac 2009

Sekitar Earth Hour 09 - Permatang Pauh

Earth Hour

Tempat yang aku tinggal di Permatang Pauh ni, iaitu di sekitar kawasan Pangsapuri Idaman ada menganjurkan (menyokong sebenarnya) kempen Earth Hour 09 oleh WWF. Setakat ni, di kawasan ni elok sangat, sambutan pun bagus. Tepat jam 8.30 malam, seluruh bekalan elektrik di blok tempat aku tinggal diputuskan. Ngam-ngam lepas aku save kerja kat laptop aku. Kalau tidak…..

Hampir semua rumah teres dan apartment yang berada di sekitar kawasan ni telah menutup lampu mereka. Yang bestnya, pada 11.30 malam (sekarang ni la), ada yang tak bukak-bukak lagi lampu diorang. Bagus. Tidur terus la tu kot. Maklumlah kat sini hujan. Memang best la tidur walaupun tanpa kipas.

Apa-apa pun, harap supaya kempen ni berjaya. Manalah tahu, walaupun tenaga yang kita jimatkan tak seberapa, tapi apabila digandakan dengan berjuta yang lain, agak-agaknya berapa Mega, Giga atau TeraWatt yang dapat dijimatkan?

Cuma satu sahaja dalam fikiran aku, kita digalakkan memasang lilin - untuk candle light dinner la kononnya malam ni (Utusan Malaysia baru-baru ni). Tapi, apabila pembakaran dilakukan, berapa banyakkah gas karbon yang akan dibebaskan ke angkasa?

Kalau macam tu, baik pasang lampu je..Jangan lagi teruk sudah lah..

Khamis, 19 Mac 2009

3 minggu yang menyeksakan

Entri kali ini akan aku buat dalam bentuk point saja. 3 minggu yang akan datang termasuk minggu ini adalah minggu kritikal buatku.

1. Report bisnes ikan pelik belut yang dahulunya aku pernah cerita, Jumaat ini kena hantar.

2. Report Final Project aku, jugak Jumaat ni kena hantar.

3. Aku mempunyai kuiz paper electronics, Jumaat ni juga.

4. Aku juga ada test LAN (Local Area Network) JUMAAT juga, tapi pada waktu malam.

5. Dan aku juga mempunyai kuiz dan test untuk subjek microprocessor. Lama-lama aku yang kena proses jadi micro.

6. Dan untuk penghabisan minggu ini pada Sabtu, Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar yang aku harus hadiri – ianya adalah salah satu dari program Biro Tatanegara. Terbang $$$$$$ tuisyen aku akibat aku terpaksa batalkan kelas kerana program ini.

Minggu depan

1. Ahad – Aku kembali mengajar.

2. Isnin – Presentation bisnes belut tadi. Seronok. Slide show pun aku belum buat, dan paling best, aku adalah pelajar Kejuruteraan, tapi di UiTM setiap pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran business management selama dua semester. Universiti lain baru nak buat, (kalau ada). Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana aku adalah General Manager, I have to practice!

3. Isnin malam – Test Digital Electronics. Aku tak study apa lagi.

4. Khamis malam – Aku ditugaskan jadi emcee (MC atau pengacara) bagi program di UiTM Penang ni. Majlis itu akan dihadiri oleh ADUN Seberang Jaya – Datuk Arif Shah Omar Shah. Bagaimanapun masih dalam perbincangan.

Minggu depan-depan (minggu lusa – aku tak tahu nak terang macam mana) atau minggu ketiga

1. Presentation Final Year Project. Kali ni best, aku harap aku boleh bercakap dengan lancar. Dan mendapat markah yang banyak!

Itu sahaja. Kalau jadi Final Year Student, memang sibuk terutama akhir-akhir sem ni. Awal-awal sem taknak kacau pulak? Jadi mungkin aku akan sunyi-sepi sehingga kerja aku dibereskan...

Aku berharap supaya urusan aku dipermudahkan…..

p/s: “If wishes were horse, beggars would ride”

Isnin, 16 Mac 2009

Fikir Sejenak #3 Rotan – Patut dikembalikan

Aku adalah salah seorang insan yang bertuah di bumi ini. Kenapa?

Aku sempat untuk melihat alam persekolahan di dua zaman yang berbeza. Antara rotan dibenarkan dan rotan diharamkan. Aku menyorot kembali zaman-zaman persekolahan rendah aku dahulu.

Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa (SKTS) (1995-2000)

Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa (SKTS), namun ia sudah bertukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS) apabila Setiawangsa mempunyai kawasan parlimennya sendiri. Dahulu Setiawangsa terletak dalam mukim Setapak pada sesiapa yang belum tahu.

Ketika aku darjah tiga, guru besarnya iaitu Cikgu Zakaria bin Mohamad Jana (ingatan aku bagus, bukan?) adalah seorang yang gemar berdiplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau tidak gemar merotan. Namun apabila aku di darjah 4 (1998), guru besar baru iaitu Cikgu Ruslan bin Madon (1998 – kini) adalah seorang guru besar yang bengis dan menakutkan. Beliau tidak akan teragak-agak untuk merotan di depan khalayak ramai. Dan kaedah itu aku kira berkesan. Cuma sekarang aku tak pasti beliau masih dengan rotannya atau tidak. 11 tahun menjadi guru besar bukanlah tempoh yang sekejap.

Kill one to warn hundreds – Bunuh satu untuk bagi amaran beratus yang lain.

Kini SKTS sudah menjadi sekolah harapan negara. Cikgu yang pernah mengajar aku dahulu kini masih lagi di situ. Aku pasti akan menziarahi mereka nanti. Cikgu Zahidah, Cikgu Zation Dahari (ini adik Mokhtar Dahari), Cikgu Nahariza (suka tarik sideburn bila aku bersalah), Cikgu Norhan, Cikgu Kamarul, Cikgu Zulkifli dan lain-lain sudah pasti akan aku kenang. Ingin aku tuliskan nama semua cikgu tetapi panjang sangat. Berbuat baiklah kepada guru. Besar pahala mereka kerana kita mengamalkan ilmu mereka sehingga kita mati.

Dan aku bangga aku dapat bersekolah di situ biarpun status itu hanya dicapai setelah aku tamat Darjah 6. Siapa lagi yang menaikkan nama sekolah sekarang kalau bukan kami yang terdahulu?

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa (SMKTS) (2001-2005)

Alam persekolahan ini adalah antara yang paling mencabar. Aku hampir menjadi mangsa pertama rotan oleh Ustaz Sayuti akibat tidak menghafal tauhid di dalam mata pelajaran agama. Dan sehingga kini aku masih ingat, Tauhid Rububiyyah dan sebagainya, terima kasih kepada Ustaz dan rotannya.

Namun sekolah ini masih baru waktu aku melangkah. Aku adalah generasi keempat. Dan pencapaian SPM belum lagi ada, kerana yang paling tua pun baru Tingkatan Empat!

Semasa aku Tingkatan Dua, hukuman disiplin menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Bagi siswa, kau dikehendaki membuka baju, dan memakai ‘rantai’ yang bertulis ‘Saya tidak akan melakukan kesalahan lagi’. Selain itu, rotan turut singgah di kaki. Bagi perempuan, hanya perlu memakai rantai tersebut. Dan akhirnya hukuman ini dimansuhkan setelah mendapat aduan daripada ibu bapa.

Bagi aku, rotan itu perlu, buka baju itu yang tak perlu. Ibu bapa kini terlalu defensif terhadap anak mereka.

Ingin aku ingatkan di sini, atas dasar kasihan terhadap masa depan pelajar yang dibuang sekolah, sekolah ini lah yang mengambil mereka sebagai pelajar kembali. Dan situasi ini cukup tidak menyenangkan buat pengawas sebagai salah satu badan disiplin di sekolah. Disiplin pelajar sedia ada belum dapat dikawal, masalah lain pula tiba. Namun inilah cabaran kepada kami.

Apa yang aku lihat, pelajar ini dengan rambut panjang berekor, malah berbelang – diwarnakan. Apa yang lebih menyedihkan, ibu bapa mereka juga begitu. Sudahlah berumur, berpakaian sendat dan berambut perang, apabila anaknya ditegur, ibu bapa akan turut marah. Bukan marah pada anaknya, tapi marah pada cikgu di sekolah.

Datuk Alimuddin Mohd Dom menyatakan supaya ibu bapa merotan sendiri anak mereka. Aku kira itu akan berjaya hanya jika ibu bapa tersebut bukan dari golongan seperti di atas ini.

Satu ketika dahulu, apabila kita melakukan kesalahan, cikgu akan merotan. Apabila bapa dapat tahu, bapa akan menambah rotan itu dua kali ganda. Mengapa? Beliau mahu mengajar supaya anaknya menjadi manusia. Tugas paling berat cikgu disiplin ialah – memanusiakan manusia. Dan hasilnya ialah manusia yang bertamadun. Namun yang dikesalkan, anak-anak mereka tidak diberikan pengajaran yang sama. Malah segala kemewahan dilimpahkan kepada anak-anak ini. Mengapa?

“Bapak tak mahu kau susah macam bapak dulu.”

Lama-kelamaan, terbitlah satu ungkapan menyindir iaitu – Anakku Sazali. Mahukan kita menjadi begini? P Ramlee telah menyindir sebahagian daripada kita tentang zaman ini berpuluh-puluh tahun dulu.

Malah, Nabi sendiri telah berpesan:

“Didiklah anakmu sebaik-baiknya, mereka akan melalui zaman yang sangat berbeza daripada zamanmu.”

Lalu apakah tindakan yang akan kita ambil kepada anak-anak kita nanti? Ibu bapa ada jawapannya. Namun, bukan semua ibu bapa berkesempatan menjaga kebajikan anak sendiri lantaran kebanyakan ibu bapa banyak menghabiskan masa di luar – bekerja. Justeru, adalah penting bagi memberikan kembali kuasa merotan kepada guru-guru – dengan tujuan mengajar, bukan melepaskan geram, membalun anak murid tak tentu fasal.

Aku dapat lihat, era generasi yang tidak bermoral ini bermula sekitar 2003, ini kerana aku bersekolah di bandar, dan gejala negatif begitu cepat sekali tersebar di bandar. Ibu bapa mereka adalah usahawan yang cukup berjaya. Berkereta besar, anak juga berkereta besar, dan tanpa lesen, mereka dibenarkan memandu.

“Saman? Nak takut apa, bapaku kawan rapat orang berkenaan. Aku boleh lepas punya.”

Atau pun, sekolahku berhampiran dengan kuarters polis dan tentera. Aku sangat menghormati mereka kerana mereka bekerja siang malam menjaga keamanan. Namun yang menyedihkan, anak-anak mereka, menunggang motorsikal tanpa lesen, bertiga, dan tanpa topi keledar.

“Saman? Ayah aku polis, nak takut apa?”

Apabila malam, berdesing telinga mendengar mereka merempit di tengah-tengah malam. Inilah generasi yang pada aku, tidak boleh dibanggakan langsung. Pernah sekali mereka terjatuh sewaktu mengambil selekoh, aku dan kawanku yang lain, bertepuk tangan sebelum membantu. Bagus sekali persembahan kau itu. Dan kau telah mendapat ‘trofi’ yang paling berharga di tubuh badanmu. Trofi yang kekal.

Pernah sewaktu temuduga untuk jawatan Ketua Pengawas, apabila ditanya tentang masalah disiplin sekolah kami, aku menjawab bahawa tahap disiplin pelajar di sekolah ini sudah berada di tahap yang teruk dan membimbangkan namun kita boleh perbaiki. Dan sahabat aku menjawab – Disiplin di sekolah ini masih terkawal jika dibandingkan dengan sekolah lain di bandar ini.

Dan semestinya jawapan kedua lebih disukai cikgu.. Jika dibandingkan dengan sekolah yang lebih teruk, sekolah yang teruk juga mampu kelihatan baik. Dan dia dipilih sebagai Ketua Pengawas. Tahniah! Namun aku tak berdendam kerana aku telah belajar sesuatu yang baru kali ini. Dan menimba pengalaman melalui pengalaman orang lain.

Pada aku, rotan patut dikembalikan kepada guru. Dan aku harap aku berjaya mendidik anakku nanti. Kepada ibu bapa, betapa ‘berkuasa’ nya anda di dunia ini, anda tidak berkuasa lagi sewaktu anda menjawab di akhirat tentang anak-anak anda. Jagalah mereka baik-baik agar mereka mampu menjaga anda ‘nanti’.

Entri kali ini begitu panjang. Jika anda mampu membaca hingga barisan ini, terima kasih dari saya dan tahniah kepada anda.

Sabtu, 14 Mac 2009

Anak - anak semakin pandai!

Bayangkan ini adalah anda dan ibu bapa anda..
Bayangkan ini adalah anda dan ibu bapa anda..

Perhatikan gambar di atas. Kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu dan bapa pelajar ini. Situasi yang masih aku belum gapai. Dan aku sangat mencemburui beliau. Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal.

Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.

- Utusan Malaysia Jumaat 13 Mac '09 -

Dahsyat. Bukanlah satu yang mengejutkan andai berita anak-anak kita mendapat 20+ A1 pun satu masa nanti. Namun situasinya tidak sama dengan semasa 20 tahun dulu. Untuk mendapat satu A pun susah, lebih-lebih lagi seandainya pelajar tersebut adalah dari luar bandar. Kini bukanlah mustahil. Tuisyen berada di mana-mana.

Mereka yang merupakan pelajar sekolah kawalan dan berasrama, itu adalah satu kelebihan buat dirinya. Mereka memang tidak mempunyai tuisyen, tetapi mereka mempunyai prep. Itu tuisyen lah..... Cuma nama je lain. Prep kalau dilihat, lebih baik berbanding tuisyen. Kenapa?

  1. Prep percuma. Tuisyen kena bayar.
  2. Yang mengajar prep - cikgu sekolah, yang kebanyakannya terdiri dari pemeriksa sendiri.T rick-trick semua dalam tangan.
  3. Yang mengajar tuisyen, boleh jadi orang macam aku ni - pelajar yang cari duit lebih.
  4. Soalan diajar masa prep - kebanyakannya soalan yang mungkin keluar, dan disoal berulang-ulang yang ditukar nilai saja. Soalan tetap sama. Alah biasa tegal biasa.
  5. Sekolah asrama je ada prep. Sekolah harian macam aku - tiada prep. Kelas tambahan saja tak cukup untuk orang yang malas buat latihan kat rumah macam aku ni.

Kesilapan aku semasa SPM dulu.

Tidak ke tuisyen

Pelajar-pelajar lain semuanya ke tuisyen terutamanya tuisyen Tunas kat tempat aku tu - semuanya sebab cikgu Venn (Venkateswaran Ramiah) baik cikgu ni. Satu-satunya subjek yang aku pergi tuisyen ialah subjek FIZIK dan aku dapat A untuk FIZIK.

Addmath? Wargh takutnya!

Dulu senior aku sering menakut-nakutkan aku tentang susahnya subjek ni. Dan aku cuma lulus dua kali sepanjang dua tahun belajar subjek ni. Tapi yang hairannya di Universiti aku belajar ADDMATH yang berkali-kali ganda susah dari ni, boleh pulak skor? Jadi jangan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Addmath = senang. Begitu juga dengan subjek-subjek lain. Tiada yang susah.

Honeymoon terlalu lama.

Orang lain setahun (form 4), aku? Sampai nak exam pun masih honeymoon lagi. Lama sangat. Time trial pun banyak fail lagi.

Tapi yang paling tak patut - aku malas.

Dulu aku tidak tidur malam (kononnya) untuk belajar. Aku cuma tumpukan pada subjek yang aku suka. Yang aku tak suka - Addmath, Kimia, Biologi. 3 subjek ni aku tak dapat skor. Lain daripada tu, dapat A.

Jadi, jangan anak tirikan subjek-subjek lain. Luangkan masa yang sama untuk 'mereka'.



Jumaat, 13 Mac 2009

Charlie

Sudah tiga tahun aku menetap di Pulau Pinang – biarpun bukan penduduk tetap, namun Penang tetap akan berada di dalam ingatan aku. Antara yang paling best untuk dikenang ialah – Charlie.

Menatang apa Charlie ni? Nama orang ke?

Tak lah. Charlie tu nama manja untuk sejenis serangga ‘peliharaan’ kami kat sini. Sebenarnya Charlie tu sejenis kumbang atau pun nama sebenar dia kumbang Rove. Dipanggil juga semut semai. Badan pun besar sikit je daripada semut, tapi kecil sikit dari kerengga. Dia tak menggigit macam semut api atau kerengga, jangan risau….

Apa yang perlu dirisaukan ialah, jangan sentuh dia je. Kalau tersentuh, jaga-jaga. Boleh melecur badan. Tak percaya? Cuba lah sentuh.

Sepanjang duduk kat Penang, aku sudah banyak kali terkena dengan Charlie – selain nyamuk, diorang ni pun peminat setia aku agaknya. Banyak koleksi parut akibat Charlie ni kat badan aku. Terbaru, pagi ni. Bangun dari tidur, belakang badan aku pedih-pedih. Bila mandi, kena air, tak terkira sakitnya. Pesanan aku, jika terasa ada benda merayap di badan, kalau nyamuk, pasti kita akan menepuk sampai mati nyamuk tu. Tapi kalau Charlie ni? JANGAN kalau tak nak jadi macam aku. Aku ingatkan nyamuk, jadi aku menepuk hancur Charlie ni di belakang badan aku. Habislah.....

Satu lagi, kalau Charlie ni merayap atas kulit kita, jejak yang dia tinggalkan pun dah mampu memberi parut pada kita.

Cute tak serangga kami ni?
Cute tak serangga kami ni?

Charlie ni merembeskan cecair berasid dari badan dia bila dia rasa terancam, kalu terkena cecair tu, habislah kulit kita. Gadis-gadis sila ambil perhatian. Kalau terkena di muka, parutnya akan hilang dalam masa yang singkat. Tapi kalau terkena badan, lama jugak nak bagi sampai hilang parut tu. Cukup dia lalu je. 'Tapak kaki' yang dia tinggalkan akan menjadi parut anda. Kau pasti tak mahu keayuan kau dicacatcelakan dengan parut yang tak sepatutnya kan? Bagi jejaka pula, bila lagi nak nampak ganas macam Squall Leonhart?


Squall Leonheart
Jejak perjalanan Charlie akan menjadi garisan parut itu..

Bila terkena, cepat-cepatlah basuh dengan air. Lalukan lama-lama bawah air tu. Tapi budak kampus aku ni guna cara klasik – sapu ubat gigi. Atau pun, pergi je klinik ambik ubat. Free je.

Ini ada sedikit info:


According to BugGuide: “Paederus species contain a toxic chemical (pederin) in their hemolymph which causes contact dermatitis in humans, usually as a result of slapping the beetle and crushing it against exposed skin. The affected area becomes red, swollen, and itchy, causing the skin to peel when scratched. Outbreaks of Paederus dermatitis have occurred in Africa, Asia, and South America.” The adults are attracted to artificial lights.


Pada sape-sape yang baru nak kenal Charlie ni, kenallah mereka sebelum mereka kenal anda. Kalau kau bangun pagi-pagi, rasa pedih-pedih, welcome to the club!