*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Ahad, 1 Ogos 2010

Ada apa pada sebuah blog yang buat aku suka nak baca? (pada aku sekurang-kurangnya)

Aku akui aku bukanlah blogger yang tegar, cekap, mantap dan berkarisma.

Jujurnya boleh dikatakan entri-entri dalam blog aku yang berusia hampir dua tahun ni terbahagi kepada dua. Kisah harian dan cetusan pemikiran.

Entri berbentuk kisah harian atau jurnal aku biasanya ditulis serta merta tanpa rujukan mana-mana, dan kebiasaannya entri ni sangat merapu. Maaflah pada pembaca sekalian (walaupun tak ramai, anda sangat bernilai pada saya).

Tapi entri yang berbentuk pendapat selalunya akan dibuat dalam bentuk draf dan dibaca semula beberapa kali sebelum di publish untuk mengelakkan kesalahan fakta. Dan yang paling penting, hasil tulisan itu adalah tulisan aku yang ASLI.

Bukan petik idea orang lalu olah semula seolah-olah kitalah yang lebih faham.

Berbalik pada tajuk, aku sangat mengagumi beberapa blog yang pada aku adalahgenuine, tanpa pengambilan fakta yang diolah semula dari blog-blog lain (copy, paste, edit dan tambah isi ikut ayat sendiri). Antara yang genuine, tu, lihat di blogroll sebelah kanan blog ni okay? Hanya itu yang wajib dibaca oleh aku setiap kali membuka internet.

Bukanlah mengata apa, tapi kebanyakan blog lain lebih kepada memberitahu sesuatu yang sudah aku tahu. Tips-tips seperti penjimatan minyak contohnya, atau pengurusan (menguruskan) badan, memilih jeans hatta pakaian lain pun, adalah isi yang sama yang boleh diperoleh dari majalah-majalah fesyen di luar sana.

Siapa copy paste siapa? Aku pun tak tahu kerana sekarang kita hidup dalam dunia tanpa sempadan. Siapa-siapa pun boleh meniru siapa-siapa bila internet menjadi sumber rujukan utama. Lalu blogger itu dikatakan sebagai blogger yang berilmu kerana isinya cukup berat, mantap dan padat – sedangkan isinya banyak diambil dari blog orang lain.

Beberapa blog yang dikatakan popular, aku baca satu persatu. Baik ditulis lelaki atau wanita, setelah diamati, isinya hampir sama. Hampir setiap entri. Hampir setiap hari.

Kalau semalam harga minyak naik, hari ini semua berpakat menulis isi yang sama – cara jimat minyak. Ajaibnya susunan nombor tipsnya juga sama, cuma ada satu dua yang bertukar tempat, tapi pokoknya sama. Mungkin terkeluar dalam suatu isu majalah, lalu mereka kebetulan membaca majalah itu, lalu keluarlah entri dengan isi yang sama.

Jujurnya sebagai orang yang belajar tentang kejuruteraan, aku rasa nak marah kerana ada antara fakta yang diberi majalah dan blogger tu adalah salah dari segi ilmu, kerana itu cuma adalah pendapat masing-masing yang difikirkan logik saja tanpa berlandaskan ilmu……..

Kita semua kena tipu!

Membuatkan aku berasa bosan baca benda sama berulang kali, umpama dileter ibu hari ini tentang perkara yang telah dileteri semalam. Hari-hari benda sama. Bosan, bukan?

Mungkin yang berkenaan boleh kata, blog aku, suka hati aku lah. ……..jangan biasakan dengan budaya ‘akutidakpedulisma’ ni.

Sekali fikir, adakah ini disebabkan oleh pengaruh blogger lain yang mahu mencari pembaca sebab mahu rating tinggi, atau mahu duit iklan tinggi? Atau semuanya suka kepada populariti?

Tepuk dada jawab sendiri.

Yang kedua, penggunaan bahasa.

Jujurnya, aku malas mahu baca blog yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa rosak. Dalam blog ni kalau semua perasan aku sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu yang penuh melainkan ‘ini’ dan ‘itu’.

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur Melayu Inggeris. Kalaulah perkataan Melayu tak sesuai (plug and play contohnya bagi cucuk dan main), gunalah Bahasa Inggeris tapi jangan lupa Italic kan supaya kita tahu itu perkataan Inggeris.

Bahasa rosak pula ialah bahasa menggunakan perkataan-perkataan yang ejaannya diubah.

Contoh:

1. Pecite – Apa cerita. (Tulislah penuh-penuh! Aku ni orang tua yang kolot……)

2. Ko – Rupanya maksudnya ‘kau’….satu huruf je lagi, janganlah kedekut nak tulis…

3. Aq – Al-Quran ke? tak..maksudnya ‘aku’..

4. Ringkasan perkataan atau short form – gunalah tapi biarlah benda tu pembaca boleh faham…….

Aq skt atie dgn mgkuk nie, ap kes mjhnmkn hrta bda aq.

ya, kau sakit hati dengan mangkuk tu, tapi aku sakit hati dengan kau sebab susah nak baca!!

5. Kalau boleh, janganlah gunakan susunan perkataan seperti bercakap dalam telefon, ringkas sangat sampai tak tahu apa benda yang nak diceritakan……………..hal ini selalunya terjadi dalam blog orang perempuan..Maaf ya.. mungkin kalian banyak sangat perkara nak tulis sampai semuanya jadi ringkas. Seperti bertih jagung berbentuk tulisan.

Yang terakhir, buat kajian sebelum menulis. Ada yang suka menulis benda-benda berat, tapi banyak merapu dan isinya diambil dari orang lain yang sumber mereka juga tidak diketahui asal sahihnya. Main copy, paste dan publish. Fakta mesti betul.

Mungkin benda ni remeh, tapi bagi sesetengah pembaca yang cukup particular dengan fakta, satu kesilapan fakta saja sudah membuatkan beliau tidak berkunjung lagi ke blog anda. Dan aku juga begitu.

Anda fikirkan sendiri.

p/s: Sekali lagi diingatkan, aku adalah pembaca tua yang kolot dan sedikit cerewet…..

Jumaat, 29 Mei 2009

Pesanan buat adik-adikku...

Untuk adik-adikku yang bakal melangkah ke universiti, entri ini didedikasikan kepada anda semua.

Anda baru melangkah ke alam universiti. Banyak yang anda perlu pelajari. Bukan sahaja belajar tentang akademik, tetapi juga tentang kehidupan. Anda mungkin pelajar cemerlang, dengan 10A, malah 22A didalam tangan, tetapi mampukah anda hidup dalam keadaan memaksa?

Ini tipsnya.

1. Jadi diri sendiri

Di Universiti, pointer adalah perkara terpenting. Dengannya, kita boleh memohon biasiswa dan mendapatkan pekerjaan yang baik. Tetapi itu bukan perkara terpenting. Yang paling penting adalah SIKAP. Mungkin ada kawan-kawan mahupun pensyarah yang anda tak suka. Abaikan semua itu, jadi diri sendiri dan jadi orang yang punya pendirian. Belajarlah menyuarakan pendapat dengan cara yang berhemah, bukan hati semua orang dapat kita puaskan.

Yang terbaik : JADI DIRI SENDIRI

2. Kawan anda punya kereta? Biarkan!

Di Universiti baik awam mahupun swasta, hal ini memang tidak dapat dielakkan. Bukan semua orang miskin di dunia ini. Ada juga yang terlebih kaya. Namun kita harus ingat, mereka ini andai kehilangan kereta itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk hidup, kerana TIDAK PERNAH BELAJAR SUSAH. Belajarlah naik bas. Ada universiti yang sediakan perkhidmatan bas secara percuma. Kalau kena bayar pun, perbelanjaan tambang tidak semahal harga petrol ini.

3. Pilih kawan yang baik-baik

Di peringkat awal, pasti kita akan terfikir, "siapa la nak jadi kawan aku ni..." jangan risau...

Kawan akan datang sendiri.. Percayalah.. Yang penting, jadi diri sendiri. Hal ini kebanyakan orang pernah mengalami perasaan ini termasuklah abang sendiri..Namun, bagi sesetengah orang, tiada kawan pun masih boleh hidup. Itu terpulang pada diri masing-masing..

Yang penting, jangan terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan. Anda fikir anda dah dewasa kan, jadi fikirlah sendiri. Kalau termakan juga, itu menunjukkan anda masih belum..........

4. Siapkan assignment!

Assignment, atau bahasa sekolahnya homework, adalah sesuatu yang penting dan menyumbang kepada markah anda. Percayalah, bukan semua jawapan betul yang lecturer mahukan, sebaliknya kesungguhan kita dalam menurut arahannya. Kalau anda buat begini, lama-lama pasti akan jadi pandai.

5. Jangan ponteng

Ini yang terpenting. Selalunya pensyarah akan mencari point untuk menggagalkan pelajar andai kedatangan anda mengecewakan. Kalau sakit, itu hal lain. Tujukan surat tunjuk sebab padanya. Kalau ada surat doktor, itu lebih baik. Mungkin ada pensyarah yang tidak akan terima surat itu, tapi itu belakang kira. Yang penting, tanggungjawab kita, kita tunaikan agar kelak tidak akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai anak.

"Abah takde harta nak beri pada anak-anak abah. Abah cuma boleh bagi ilmu, dan cari harta dengan ilmu tu."

Ini pesanan ayah abang, dan ayah kita semua..

Rabu, 11 Mac 2009

Being a graduate – What should you have?

I just received a newsletter from my colleague – about what should student have upon graduating?

Personally, I have my own view about this topic. Being a student in a local university make me think, and make me feel that our graduates lack many skills – it doesn’t matter if it is hard skills or soft skills – let’s consider both.

Speaking – Bilingual or more!

Within this several years, job market size increase rapidly, especially in the professional field (accountancy, engineering, medical etc). I admit that most of them pass with flying colors and they are the cream of the cake. But lacking in soft skills especially communicating skill can not be tolerated.

From my observation from several Higher Learning Institution (Or Institut Pengajian Tinggi (IPT) in Malay), most of them are graduating with First Class Degree (CGPA > 3.50). On the contrary, they lack speaking skill. Most job interviewer were discontented of this. Despite of having the best result, speaking skill is important.

Furthermore this phenomenon are involving most of our Malay student. They couldn’t speak nor write well, especially in English. Other races such as Chinese and Indian – they are fluent in at least three (3) languages. These advantages help them to be in the top group of employers’ list – of who should they hire.

In addition, Malays are at great disadvantage if the employers make such nonsense requirement as:
1. Fluent in Mandarin;
2. Or fluent in Tamil for example.
We do have Bahasa Melayu as our National Language or English as our option as everyone could understand, don’t we?

For example, in UiTM, taking a third language course for undergraduate students is obligatory (diwajibkan). In other university such as KUKUM (Unimap) they are optional (source: my friend who studied there). Having this course taken meaning that you are eligible and able to understand their language. It is okay if you are speaking in certain patois (loghat daerah) as long as others can understand.

Enthusiasm

Being a good student doesn’t make you a good worker. But good learner + good practitioner = good worker. 

Remember this always. Being enthusiastic in your task will bring you to greater height in your job field. Without it, you will remain in your position till the day of your retirement. You really don’t want this to happen, right?

Field Compatibility
You are a graduate in Business Administration, but you are applying for a job as Civil Engineer. That would be a total reject! You should consider applying for a job in same field, unless you are applying to work in administration part. Let’s say, if you have a degree in Accountancy, then you are eligible for a job that require Business Administration as it is in the same field.
The analysis above are just a little, there are lots more to come next. If you feel that you are lacking any of those mentioned above, read the proverb below:

Never late to turn, never late to learn!

You still have time to make a difference and to learn those skills.

p/s:A young idler, an old beggar

Khamis, 26 Februari 2009

Anda takut darah?

Semalam, hari ini dan esok UiTM Penang menganjurkan expo kesihatan. Aktiviti? banyak! tapi cukup cerita satu. Kali terakhir aku derma darah - 2006. Waktu aku masih muda, 18 tahun. Semestinya darah itu 'darah muda'. Kalau orang tua yang dapat mesti dia jadi muda balik, hehe.

Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?
Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?

Tahun 2007 dan 2008, aku tidak menderma, kenapa? Merajuk. Untuk derma waktu itu, aku kena tunggu 45 minit lebih kurang - beratur untuk derma darah. Situasi yang pihak hospital pasti suka. Pemurah sungguh warga UiTMPP ni. Waktu dulu aku tak sempat. Kelas boleh kata hari-hari 9am-5pm sebab jam kredit aku purata 20-23 tiap-tiap sem. Kalau ada gap, pun tak sempat jugak. Jadi batalkan jelah hasrat murni tu.

Kali ni, aku juga nak menolak. Namun disebabkan orang tak ramai, dan doktor-doktor pun manis-manis belaka (walaupun 30-an jugak), aku rela menderma. Proses untuk yang pernah derma, ringkas je. Tak payah nak check dah jenis darah. Cuma check hemoglobin. Kalau kau beruntung, doktor manis tadi akan pegang jari kau. Hari ini aku bertuah. ;)

Aku diberikan beg - 450ml. Tak sampai satu pain pun. Satu pain = 568ml. Bolehlah. Kang habis pulak darah aku. Aku disuruh baring. Dan lengan aku dijerut, dan ditebuk. Taklah sakit. Cuma darah merah pekat mengalir bagaikan air. Anda pitam? Skip perenggan ini. Aku tahu kau takut darah.

Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu
Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu

Aku diberikan gulungan kain untuk digenggam. Ini untuk memastikan darah aku sentiasa bertekanan tinggi untuk dialirkan keluar dari badan. Tak sampai 5 minit, selesai semuanya.

Extra information

  • Pesakit asma juga boleh menderma - asalkan tidak teruk dan terpaksa ambil ubat setiap hari.
  • Ubat-ubatan tidak digalakkan untuk diambil dalam tempoh seminggu sebelum menderma darah. Kemungkinan darah akan tercemar dengan toksin dari ubat-ubatan berikut - aspirin, steroid, panadol, antibiotik dsb.
  • Tidur mesti cukup sekurang-kurangnya 5 jam malam sebelum menderma. Kalau tak cukup, usah tipu. Doktor boleh tahu melalui tekanan darah kau. Kalau tinggi, itu tanda tak cukup tidur. Sebab kau mungkin sakit kepala nanti. Lebih teruk lagi, pengsan semasa menderma.
  • Berat minimum untuk menderma - 40kg, atau BMI sekurang-kurangnya 21. BMI - body mass index = (berat anda X berat anda) / tinggi dalam cm. Aku 64kg, BMI = 23. Lebih dari cukup. Hehe. Sebahagian besar manusia di Malaysia menghidap 3G. Jadi takkan tak cukup syarat lagi?

Jadi, apa alasan anda untuk tidak menderma darah?

Sabtu, 3 Januari 2009

Hari Yang Paling Malang Buatku di 2008/2009

Hari ni 31 Disember 2008 adalah hari yang paling malang bagiku di tahun 2008. Kasutku dicuri ketika aku sedang berada di dalam surau di Jeti Butterworth. Waktu tu aku tengah nak tunggu train untuk balik KL. Untuk pengetahuan, stesen bas, KTM, dan feri di Penang semuanya terletak di Jeti Butterworth yang merupakan tempat paling ramai pendatang haram. Kasut yang tak sampai seminggu ibu aku belikan, hilang dicuri orang. Sedih..

1. Train aku yang sepatutnya jam 9pm, tangguh ke 10.30pm

2. Aku ambil keputusan untuk Isya' dulu alang2 menunggu.

3. Sebaik selesai solat, aku keluar, tapi kasut dah lesap.

4. Aku merenung kiri dan kanan, dalam keadaan blur sambil mencari kasut.

5. Seorang pakcik menanyakan kasut aku di mana dan mengatakan bahawa dia ternampak tiga ekor budak bawak plastik besar tadi. Aku yakin kasut aku berada di dalamnya.

6. Dengan rasa bersyukur dan sedikit 'panas', aku memakai selipar surau yang terletak di luar surau tersebut yang terletak sebelah pondok polis. Polis pun sudah tak larat nak perhatikan ke kalau-kalau ada pencuri?

7. Pak cik tadi menawarkan aku selipar spare yang disimpannya di dalam lori. Pak cik tu adalah drebar lori dan malam tu dia akan memandu lorinya ke Johor Bahru. Kesian dia.

8. Aku menolak lalu terus menunggu train kerana masa sudah hampir 10.30.

9. Namun, masanya ditangguh lagi ke 11.45. Sedih sungguh aku. Ujian tahun baru.

10. Jam 12 malam, train pun bertolak. Dapatlah aku melihat bunga api tahun baru 2009 di beberapa laluan train.

11. Esoknya, aku ke Jusco Setiawangsa untuk beli sepasang lagi kasut yang sama huhu.


Kasut sepert inilah yang telah hilang dicuri..
Kasut sepert inilah yang telah hilang dicuri..

Terima kasih pada 3 ekor orang budak Melayu tu yang membantu aku pulang ke Kuala Lumpur dengan meminjam selipar surau. Dapat juga pahala orang surau ni. Terima kasih banyak-banyak.


Selipar surau yang banyak berjasa padaku malam itu
Selipar surau yang banyak berjasa padaku malam itu


Tips jaga kasut!


Disebabkan masalah ni tak pernah selesai, tiap-tiap minggu ada je yang hilang terutama ketika solat Jumaat, aku ada beberapa tips untuk dikongsi.

  1. Letak kasut berjauhan. Sebelah hujung sini, sebelah lagi hujung sana. Pencuri akan ambil masa untuk cari sebelah lagi. Diorang takkan curi sebelah, kan?
  2. Bawak beg plastik. Cara ni banyak masjid dah suruh praktikkan. Masukkan dalam plastik, bawak masuk sekali masa solat. Takkan hilang kecuali kita lupa ambil balik.

Cubalah tips ni, aku ada banyak lagi tips, tapi hanya ni yang aku ingat. Ada lagi, aku kongsi lagi, okay?

"Price is what you pay, value is what you get from it"

* Berkenaan selipar tadi, aku dah pulangkan semula pada 4 January 2009. Aku tak curi tau.