*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Sabtu, 20 Julai 2013

Baru graduate, beli kereta, satu kesilapan besar? Betul ke?

Sebagai graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan, tak salah rasanya kalau saya katakan, ramai di antara mereka yang melakukan pembelian kedua terbesar dalam hidup mereka, iaitu kereta. (pembelian terbesar adalah rumah - mengikut trend orang kita).


Ada yang mengatakan bahawa membeli kereta adalah satu kesilapan besar para graduan. Sejauh mana benar kenyataan tersebut?

Lebih-lebih lagi dengan semua ada 'Graduate Scheme' yang tak perlu downpayment dan tak perlu guarantor. Yang anda tak tahu, bila takde downpayment automatiknya bayaran bulanan akan jadi tinggi. Interest bank pun lebih tinggi. 

Sila maklum interest kereta nasional adalah serendah dari 2.68% tapi untuk skim ni interestnya adalah 3% dan ke atas!

Sejak zaman saya belajar sampailah kerja, antara perkataan yang paling femes dalam diari seorang engineer adalah 'analyze' atau pun analisis. Lepas tu, troubleshoot.

Jadi apa lagi, jom kita analyze secara detail.


Nett value diri anda sekarang berapa?

Secara umumnya, para graduan yang baru tamat pengajian akan memulakan hidup dari nilai kewangan yang negatif. Ya, negatif! Bermaksud mereka tamat pengajian dan memulakan pekerjaan dengan hutang. 

Nett worth mereka adalah negatif.

Disebabkan oleh pinjaman pendidikan yang mereka pinjam, maka mereka berhutang sebaik sahaja graduate.

Kita ambil contoh hutang seorang graduan IPTA yang berkelulusan ijazah. Hutang graduan IPTS dah tentu lebih mahal. 

Sekarang pergi ambil kalkulator, kira sama-sama dengan saya.

Hutang PTPTN Diploma = RM 15,000

Hutang PTPTN Ijazah    = RM 21,000
Jumlah hutang             = RM 36,000!!!!

Okay, sekarang kita kira dengan kalkulator PTPTN di sini. Jadual pembayaran mengikut amaun pinjaman boleh diperiksa di sini. Hasilnya:





Secara bayaran purata, kadar bayaran adalah RM 215.45.

Seorang graduan yang baru mula bekerja di syarikat biasa akan berpendapatan RM 1,800 hingga RM 2,500 sebulan. Setelah ditolak EPF dan SOCSO, maka RM 2,500 tadi akan menjadi lebih kurang RM 2,200 sahaja. 

Ditolak lagi dengan PTPTN, sudah tinggal ~~ RM 1,900.

Okay, sekarang, kita kira sekiranya anda beli kereta, syarat kelulusan pinjaman bank menghendaki bayaran ansuran supaya tidak lebih dari 30% dari gaji bersih anda.

30% dari RM 1,900 adalah lebih kurang RM 600. Myvi 1.3 manual pun ansuran bulanannya RM 500 sebulan.

apa yang anda ada               :     RM 2,500

EPF + Socso (lebih kurang)    :   - RM 300
PTPTN                                :   - RM 215
Kereta                                :   - RM 500
Baki bulanan bersih              :     RM  1,485

Anda rasa masih banyak? bagaimana dengan sewa rumah, untuk ibu bapa, kos makan minum, petrol dan tol serta yang lebih penting lagi simpanan?

Lagi satu, anda dah kahwin? Simpanan kahwin macam mana? Walaubagaimanapun ini tidak berkaitan dengan anda sekiranya mahu bersendirian seumur hidup.

Jika menetap di Kuala Lumpur, untuk minyak kereta saja dah RM 200 sebulan. Kita kira lagi.

Minyak kereta + tol              :   - RM 300

Makan                                 :   - RM 600  (ini boleh kurang sikit. Takpe, kita ambil purata)
Mak ayah                            :    - RM 200
Sewa rumah (kongsi)            :   - RM 200
Jadi apa yang anda tinggal    :     RM 185 Ini aje yang tinggal, simpanan belum lagi!

Ini pun dikira untuk yang gaji RM 2,500 tadi, yang RM 1,800 tadi macamana? Yang bestnya saya tak masukkan lagi bayaran parking kalau kita pakai kereta. Kat KL ni sejam pun dah RM 3. Alang-alang dah duduk di KL, kalau tempat kerja anda dekat dengan LRT lagi bagus!

Kita yang baru grad ni kadang-kadang tak nampak apa yang lebih utama. Sepatutnya kita lebihkan simpanan sebab lebih banyak benda yang kita perlu buat sebelum beli kereta!

Contohnya, kahwin. Lepas kahwin, kereta dah boleh kongsi, rumah pun dah boleh beli. Beban kewangan ditanggung bersama, lebih jimat dan lebih cepat kaya.

Tapi....kerja saya banyak perlu keluar kawasan, macamana?

Saya faham masalah tu, sejak saya kerja, agak susah jugak nak berulang alik lebih-lebih lagi kalau kita kerja luar kawasan, selalu outstation, kena pergi sana sini tengok site (macam saya), nak pakai motor tu boleh tapi agak bahaya. Lebih-lebih lagi kalau kita perempuan.


Saya cadangkan untuk kes macam ni, belilah kereta kecil yang murah dan minyak pun murah. Bukan kereta kecil yang mahal macam Myvi atau Swift tu! Sebijik Myvi pun dah lebih mahal dari Saga. Padahal Saga tu kereta Sedan, lebih luas, bayar pun baru RM 350 sebulan. Kualiti jangan kira dulu, sebab anda belum mampu bayar untuk kualiti. Kereta kecil, maintenance pun murah, parking senang cari, minyak pun murah.

*Nota kaki, Myvi 1.5 berharga RM 56K manakala Proton Preve berharga RM 60k. Lebih hanya RM 4k, tapi ianya adalah sebuah sedan C segmen. Barang isi banyak sikit, dan sesuai bujang/berkeluarga.

Jadi sekurangnya anda dapat jimat RM 200 lagi dalam sebulan. Apa-apa pun, lebih baik sekiranya anda memotong sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan untuk simpanan dan simpan dahulu siap-siap sebelum berbelanja. 

Kalau yang belum beli kereta tu, lebih baik sebab sekurangnya 60% dari gaji anda tu boleh disimpan, dan menyebabkan anda boleh kahwin dan membeli rumah dengan lebih cepat.

Ingatlah, buat graduan baru, kereta adalah aset yang menyebabkan wang ada bocor bulan-bulan tanpa sedar. Kalau tak perlu beli, jangan beli lagi.

Sebab, anda akan sedar, 30% dari gaji yang anda peruntukkan untuk ansuran kereta tu, akan meningkat jadi 40%-50% disebabkan kos petrol, tol dan juga parking. Inilah yang kita tak perasan.

Kesimpulannya, kalau anda bijak menyusun kewangan, ianya tak jadi kesilapan. Tapi kalau anda beli sebab kawan anda ada kereta, dan kereta adalah simbol gaya status, gaya, mutu, keunggulan, dan beli kereta yang kecil tapi mahal pula, inilah kesilapan besar!

Bila dah ada semua rumah kereta , apa pulak yang perlu?
Update 3/1/2014:

Kalau nak beli kereta, boleh guna tips saya ni. Kira berapa gaji anda selama setahun. Darab dengan 1 hingga 1.2. Itulah range harga kereta yang sesuai untuk anda beli. Pendek kata, gaji setahun adalah range harga yang anda mampu!

Biarpun sekarang ni tak banyak kereta yang anda mampu beli, fikirkan 10 tahun akan datang. Kereta anda sudah buruk, hutang baru habis bayar. Kalau sekarang pakai kereta murah dulu, 10 tahun lagi nak tukar pun tak apa sebab anda dah tak terikat hutang!


Zaren
Kuala Lumpur
19 Julai 2013
11 Ramadhan 1434


76 ulasan:

  1. YES..betul you are right..saya pn pakai kereta kenari je..bila pikir nk beli keta bru msti pikir nk simpan duit..kalau da beli keta bru tak dapat la simpan duit..emergance nnti susa kalau duit simpanan takde..nasib baik saya tak pakai keta lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 kenari skarang brape ye?

      Padam
  2. Bagus tu. Jangan buat silap yang orang lain biasa buat tu. Bukannya senang nak cover balik kesilapan tu sebab dah terikat 9 tahun, melainkan kita sanggup jual kereta tu awal-awal dan beralih pada yang lebih murah. Tapi jual pun rugi? baik pakai. hehe. Sebab tu cara terbaik adalah mencegah dari awal :)

    BalasPadam
  3. kerete bkan lagi satu aset,, dah macam liabiliti pemilik dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Saya setuju. Tapi sebenarnya ia bergantung. Kalau kereta tu penyebab aliran tunai negatif, ianya liabiliti. Tapi kalau kereta tu boleh jadi sumber income (macam van penjaja, kereta sewa), dah boleh dianggap sebagai aset, walaupun tiap-tiap bulan kita tetap kena bayar installment.

      Kalau duit masuk dah lebih dari duit keluar, itu dah kira bagus :)

      Padam
  4. maintance kereta lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Itu memang sengaja saya tak masukkan. Maintenance kereta, lepas tu cukai jalan, insurans, macamana agaknya kan. Makin mahal kereta, premium makin tinggi. Jadi fikirlah masak-masak, dan juga cuba kita hidup ikut keperluan yang asas dulu.

      Kemudian dah stabil baru naik sikit-sikit

      Padam
  5. untuk pengetahuan saudari, kos perbelanjaan minyak proton saga 1.3 adalah lebih mahal dari kereta myvi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde jauh beza sgt pon.

      Padam
    2. salam.

      saya ni lelaki sebenarnya,

      takde beza sangat sebenarnya. kalau lebih saga dari myvi mungkin sebab saga boleh isi banyak orang (dan barang). jadi berat sikit. power to weight ratio kurang, minyak pun lebih.

      apa pun, ini pendapat saya aje,
      wallahu'alam

      Padam
    3. ye ye je ko ni...

      Padam
    4. betul r dia ckap yg ko ye ye npe? Dia ckp bgi pndapat dia rasa buat diri dia ko tpulang r nk pkai kreta jnis apa pun lntak ko r jnji ckap dia 2 smua ada btulnya. Bli ferrari 1 juta pun sok2 xsiden ke bankrap ke apa2 ke cmne? Tonggong r ko.Xsuka jgn bca blog ni.puii

      Padam
  6. Ya itu sgt betul...hidden cost yg perlu diambil kira..

    BalasPadam
  7. Perbandingan..
    kereta
    rumah
    kesihatan
    gaji
    harta
    Antara lima ni yg mana pling utama?biar sy kategorikn dlm bentuk no..
    Kereta=4
    rumah=3
    Kesihatan=1
    gaji=2
    Harta=5
    Ini la realiti keutamaan idup sbenarnya..tapi org zamn skrng ni kdng2 tak amik peduli tentang keutamaan no 1 dan 2...jika x percaya anda cuba lihat yer..
    kereta=di insuranskan
    rumah=di insuranskan
    Kesihatan = TIDAK di insuranskan
    Gaji = Tidak di insuranskan
    Harta = di insuranskan
    Ini pon realiti hidup mnusia skrng..jdi sape2 yg ingin mrubah realiti hidup ini pada yg spatutnya boleh la pm sy..Sy ada buat perkhidmtan untk insurans kesihatan dan gaji skali gus..

    0139962783(zul)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zul,

      Satu perkongsian yang bagus. Nanti ada masa, saya akan tulis berkenaan insurans/takaful pulak.

      Padam
    2. sy rse rumah xbrape pntg utk baya umur u all. kereta yes or motorcycle is needed. knape batch u all even bace kt blog lain pn, asik mementingkn rumah? usually rumah org akn pk bile nk setel down.

      Padam
  8. kalau ikut gaji sy yg setakat SPM ni memang kene pakai krete 2nd dulu la.hehe.thanks for the info & nasihat. buat sy pikir luar kotak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bunga Melur,

      Sebenarnya tak kira kita lulusan apa pun, yang terbaiknya adalah kira perbelanjaan kita 2-3 tahun kedepan.

      Maksudnya, kalau hari ni tak kawin lagi, dah kena kira apa perbelanjaan kita nanti bila dah kawin, bila nak ada anak. Sebabnya, bila kita nak beli kereta, kita tak kira pun semua tu. Kita akan tengok kereta mana yang kita paling mampu nak bayar.

      Akhirnya hutang terikat 9 tahun. Anak isteri hidup tak selesa, Kita pun rasa bersalah, kan? Jadi sementara masih belum ada apa-apa komitmen, rancanglah kewangan anda bermula sekarang

      Padam
  9. Saya dah pkai 2 keta 2nd hand, kenari da pakai, pastu jual, waja pown da pakai...tiap2 bulan melayan maintainance...last2 sakit kepale...jual keta..beli vios...puas ati...nak saving bulan2 pown senang...xyah pk rosak je..maintain minyak itam..pendapat anda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mybe u betulkn kereta dkt servis kedai biase..sptutnye u kne btulkn dkt servis center, even u gune keta second hand. sbb center mnjanjikan brg yg original n pstikan center adlh (branch) bkn dealer. pndapat sy, klu kite anta kt kedai biase, brg die mmg kompom lauya..sbb diorg pnye market 1 sahaja...iaitu drpd China..

      Padam
  10. Saya dah pkai 2 keta 2nd hand, kenari da pakai, pastu jual, waja pown da pakai...tiap2 bulan melayan maintainance...last2 sakit kepale...jual keta..beli vios...puas ati...nak saving bulan2 pown senang...xyah pk rosak je..maintain minyak itam..pendapat anda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Kereta 2nd hand, memang tak dinafikan bukan semuanya elok. Kadang-kadang tengok nasib. Risiko beli yang defect tetap ada. Tapi risiko boleh dikurangkan kalau kita pandai tengok service record, test drive, dan yang paling penting, beli dari jurujual yang jujur. Ini pun ada teknik jugak.

      Syukurlah Vios tak beri masalah pada tuan. Pendapat saya, kalau dah kerja lama, kewangan dah stabil dan boleh manage satu-satu dan yang paling penting tak rasa terbeban dengan kewangan, boleh lah beli. :)

      Padam
    2. (sambungan)..

      malah sebenarnya kalau kita pandai buat kira-kira, interest bank untuk kereta second hand sebenarnya lebih mahal dari yang baru. bezanya prinsipal loan kereta tu yang rendah sikit.

      Boleh lah kira, timbang-timbang yang mana lebih baik dan berbaloi..Cuma saya sarankan kalau baru kerja, tak perlu beli kereta lagi.

      Padam
  11. Sy fresh graduate.. sy pon baru ja beli kereta bru 2 bln bekerja.tp simpanan saya dlm 2 bln kja dalam 6 ribu dah sbb sy buat keja part time plus jadi swimming instructor sabtu ahad .. so 2 kja part time cmpur gaji ofis adalah dlm 4-5k sbln ... bkn x blh nk beli kereta tp kena la kerja keras even kta bru graduate ... so sy skrg tiap2 bln income akan stay mcm tu je .. so xde masalah rasanya. Yg penting rezeki tu ada d mana mana :) .. sekadar berkongsi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Ramai juga kawan saya yang macam saudara, buat dual income jadi swimming instructor.

      Kalau begitu, baguslah, tak ramai yang mampu hatta saya sendiri pun sebab hujung minggu, waktu untuk saya dengan keluarga walaupun kadang-kadang kena on-call.

      Apa yang saudara kata tu betul. Jana pendapatan kedua, tapi kena susun elok-elok supaya kita tak perlu buat dua kerja sampai 9 tahun. Sebolehnya, simpan dulu 6 bulan pendapatan (cash), selebihnya baru beli kereta.

      wallahu'alam

      Padam
  12. macam mana kalau beli superbike? paling murah yg 250 cc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Selalu orang yang pakai superbike, minat motor dia lebih daripada orang yang pakai kapcai. hehe

      Harga paling murah 250cc setakat saya tengok,
      redza velocita RM 12k,
      naza blade RM 13k+,
      CBR RM 20k+,
      Ninja RM 20k+
      Duke RM 20k+

      Harga kat atas ni adalah harga yang dibeli tunai. Kalau hutang dengan kedai, bayarannya lebih lagi.

      Sebelum tu, ini pendapat saya aje, jangan marah ya.

      Kalau tanya pendapat saya, beli motor besar (superbike) awal-awal bekerja ni tak berbaloi.

      Bayaran bulanan untuk motor kadang-kadang dah nak sama dengan kereta sebab interest kedai tinggi. Oleh sebab bunga kedai tinggi, selalunya orang yang pakai superbike beli guna duit personal loan. Bila masuk je pasal loan, saya tak berapa gemar sebab ianya adalah pertambahan hutang.

      Lagi satu, kita kena lihat objektif beli superbike tu untuk apa. Selagi tak ada keperluan mendesak tak perlu beli. Sebabnya..kos maintenance motor besar ni pun besar. Tayar saja dah cecah ratus, minyak enjin nak kena pakai gred bagussebab sayang enjin, dan bulan-bulan isi minyak dah tentu lebih banyak dari pakai motor yang 110cc. Masukkan sekali dalam perbelanjaan bulanan, dan timbang-timbanglah sama ada mampu beli atau tak.

      Satu lagi cadangan saya, kalau nak beli, belilah tunai. Atau lebihkan bayaran muka supaya kita tak terkena bunga yang tinggi. Motor berlainan dengan kereta. Kereta/rumah, lagi sikit downpayment, lagi bagus (sebab jumlah 10% downpayment dah harga sebijik motor). Motor, lebih baik bayar tunai dari berhutang.

      Wallahu'alam.

      Padam
  13. bgus entry ni..sy sbnrnya dlm delima nk beli new car or 2nd car..sgt tekanan bila kerja yg ditawarkan memerlukan travel ke company customer..tertarik dgn ayat gaji anda tidak layak utk kualiti lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah begitu. Memang kita akan rasa tekanan. Duit gaji pun ciput. Dan kereta pulak adalah keperluan.

      Pasal kualiti tu, saya tak nafikan memang pengeluar kereta di Malaysia ni kedekut soal kualiti termasuk bab keselamatan. Kereta yang varian bawah airbag pun takde, yang premium aje ada.

      Kalau nak beli kereta yang elok sewaktu mula bekerja, susah juga lah kita nanti. Sebab akan ada keperluan yang lebih penting untuk kita guna berbanding berhabis bayar untuk kereta selama 9 tahun tu.

      Terima kasih kerana sudi melawat. :)

      Padam
  14. Setuju...Saya beli motor je cash.Puas hati.Walaupun orang cakap agak bahaya bagi seorang perempuan menunggang motosikal, tapi bagi saya kita still boleh minimize risk.

    Dan insyaAllah saya sedang kumpul duit. Kalau ada rezeki tahun depan saya nak beli kereta second hand cash pula. Ukur poket sendiri....ye dak? =)

    BalasPadam
  15. ..yeszaaaaa

    terbaik. inilah yang kita mahu!
    kalau kita makan gaji, kenalah jaga betul2 cash flow..melainkan kita ni ada bisnes, itu lain cerita lah :)

    BalasPadam
  16. Saya masih belajar dan ada kereta sendiri sekarang (mak ayah belikan sebenarnya) kereta 2nd hand tapi elok lagi. Bila drive kereta orang lain (kereta baru) memang terasa beza dia. Membuak--buak perasaan nak belik kereta baru bila kerja nanti. haha

    Tapi, bila baca post awak ni, pikir-pikir balik, guna je la dulu setahun dua. Lagipun kereta saya ni dah masuk kategori kena lupus dah.

    btw, salam perkenalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..salam perkenalan munira.

      Tak apa sebenarnya guna kereta masa belajar. Asalkan belajar betul-betul dan tahu erti susah juga :)

      Saya dulu masa belajar jalan kaki 2km sehari. Tahun 4 bawa basikal, Tahun 6 baru beli motor. Tak mintak PTPTN lah katakan. Kena korban sikit masa tu. Sekarang dah senang. Syukur.

      Tak apa, gunalah dulu kereta yang dah ada tu. Untuk belajar tak perlu kereta yang baru.. Lagipun lebih elok kalau boleh simpan untuk beli rumah dulu. Kalau rumah dah ada, belilah kereta pula :)

      Padam
  17. Pinjaman Nationwide Bank (RBI) Reserve Bank of India bagian dari promosi yang sedang berlangsung 2015 Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk Meningkatkan bisnis Anda? Anda telah ditolak oleh bank dan Lembaga Keuangan lainnya? Apakah Anda membutuhkan pinjaman konsolidasi atau hipotek? mencari lebih karena kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu kita ada topik Menawarkan Swasta, Komersial dan pribadi pinjaman kepada calon pelanggan membutuhkan uang mendesak pada tingkat bunga 2%,
    Mengapa menunggu untuk uang yang Anda butuhkan segera? kita memiliki uang tunai untuk pinjaman Anda.
    Layanan pinjaman keuangan kami adalah 100% dijamin.
    Kami memberikan pinjaman mulai dari £ 10,000 - £ 10.5m. Daftar sekarang dan bergabung Ribuan puas
    hubungi kami di kami E-mail: rbi.loanfirm2015@gmail.com
    situs http://www.gbiloanfirms.com/

    DATA peminjam
    1) Nama Lengkap: .......................................................
    2) Negara: ..........................................................
    3) Alamat: ..........................................................
    4) Negara: ............................................................ ..
    5) Jenis Kelamin: ................................................................
    6) Status Pernikahan: .................................................
    7) Pekerjaan: ................................................... ..
    8) Nomor Telepon: ................................................
    9) Posisi Saat ini di tempat kerja: .....................
    10) Pendapatan Bulanan: .............................................
    11) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: .....................................
    12) Pinjaman Jangka waktu: ................................................
    13) Tujuan Pinjaman: .......................................... ..
    14) Agama: ...................................................... ..
    15) Apakah Anda diterapkan sebelum ............................................ ..
    16) Tanggal lahir: ............................................ .....................
    Balas via email ini: rbi.loanfirm2015@gmail.com

                ((R.B.I) Cadangan bank perusahaan pinjaman india)
                                                                                              
                                                                                        tanda-Mr. Raghuram Rajan

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum ... ade btul juga ... sye plan untuk TIDAK memiliki kereta ... mmg dh planning lps abis blaja ... duit pendapatan sye .. hampir 70 hingga 80% adalah simpanan (sbb nk bli rumah cash drpd family .. hehe) .. lps da abis byr deposit rumah .. bru teringin nk amek kereta .. itupun for the first car .. akan bli cash ...bg sye rumah the first .. sbb value rumah .. mkin lme mkin tinggi(kengkadang harga x msuk akal) .. kereta mkin lme .. nilai mkin susut ... papepown ... klau boleh elakkan dri berhutang klau nk rse senang kelak .. insha allah

    BalasPadam
  19. percaya la ckp aku nie..lepas ko amik kete..byk lubang2 rezki ko akan jumpe..sbb keradaan hutang tu buat kite berusaha lebih..nk cerita pn reti.. pandai2 planing la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh..abg sy pon ckp mcm tu...dah ade kereta ade la rezeki untuk bayar.

      Padam
    2. Eh..abg sy pon ckp mcm tu...dah ade kereta ade la rezeki untuk bayar.

      Padam
  20. Sy pon nak beli kereta... stakat ni pakai parents punya,keta kancil yela nak jimat kan.. baru je abis belajar. Keja pulak kena travel selalu... tp sy jd takot bila staff ofis persoalkan boleh ke kereta kancil tu nak jalan jauh..selamat ke? Aduh..runsing2.. macm mane ni...uwaaaa...

    BalasPadam
  21. Soalnya....

    Yang pakai kereta tu sejak dibeli - siapa?
    Yang maintain kereta tu betul2 - siapa?
    Yang tahu selok belok kereta tu - siapa?

    Jadi saudari sendiri lebih tahu, keadaan sebenar kereta tu :)

    BalasPadam
  22. sy pun fkir camtu...kereta xderlah penting..ingatkn nk beli tanah or rumah dulu..tp bila fkirkan family yg pling penting...kereta tu perlu tuk emergency..contoh jika mak sakit ker...terpakse jgk beli kereta baru..bkn per..sy perempuan..lau kete rosak ssh jgk...sbb xtaw bnyak sngat sal kereta..lau lelaki rase xder masalah kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..betul tu.

      tengoklah nanti untuk keperluan atau apa. kalau sekadar untukemergency, tak perlu yang mahal-mahal.

      asalkan yang boleh bawa kita dari point A ke point B...

      dah stabil nanti, pakailah apa pun...

      Padam
  23. ye betul...mmg kreta xperlu lg tp...untuk emergncy kes sgt ptg..segn jgak kalau asek pjm kereta kwn kn..

    BalasPadam
  24. Salam bagaimana jika saya ada invest sewaktu belajar..n pada pendapat saudara apa cara terbaik saya buat dgn duit tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..wslm..

      pada saya, kumpul aset dulu.. dah ada aset, barulah boleh enjoy dengan kereta

      Padam
  25. assalamualaikum tuan

    bagus blog ini. entries seperti ini lah bagus sebab menterjemah buah fikiran yang tak sama dengan orang lain dalam bentuk penulisan. so that, ordinary people take this something to ponder lah kan

    semoga penulis terus kuat untuk tulis entries tentang kewangan seperti ini pada masa akan datang :)

    macam saya, sekarang pakai kereta kelisa second hand. umur 22 tapi saya nekad tak mahu bertukar kereta/upgrade dah 5-10 tahun akan datang sebab nak focus kumpul asset pulak

    kelisa ni kalau ikutkan memang x best sebab rasa macam lama je nak sampai kalau travel jauh. tapi as long as boleh bawa kita dari point A ke point B dah cukup.

    kiranya kena korbankan lah sikit rasa 'x best' bawa kelisa ni untuk 5-10 tahun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..waalaikumussalam tuan.

      tahniah kalau dah ada mindset macam tu.

      kita kena tanam benih dulu baru petik buahnya.

      ramai yang suka petik buah, pokok tak tanam tanam lagi. bila buah dah habis makan, tak ada buah yang akan datang lagi masa akan datang.

      p/s: susah tu tak sampai pun 10 tahun.. 5 tahun aje selalunya kalau dirancang betul-betul. hehe

      Padam
  26. AKHIR TAHUN KREDIT PENAWARAN !!! AKHIR TAHUN KREDIT PENAWARAN !!!
    Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan bantuan keuangan, Apakah Anda membutuhkan serius pinjaman mendesak, Apakah Anda berpikir untuk memulai bisnis Anda sendiri, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda karena kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, dan kredit korporasi, dan segala macam pinjaman pada tingkat bunga 2% .HURRAY !!! Hal ini hampir mendapatkan untuk mengakhiri tahun ini dan kami berada di Chloe Firm Pinjaman, kami menjamin semua klien berharga kami bahwa mereka akan mendapatkan semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyum di wajah mereka.

    Untuk informasi lebih lanjut hubungi kami sekarang melalui email {} chloemorrisloanfirm@gmail.com atau chloemorrisloanfirm@financier.com

    Informasi Peminjam:
    Nama Lengkap: _______________
    Negara: __________________
    Sex: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
    Durasi Pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nomor Cell Phone: ________

    Perusahaan pinjaman Chloe morris

    BalasPadam
  27. Tips Membeli Kereta
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta.html

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  29. saya bakal graduan ijazah kejuruteraan....impian saya dari kecil nak ada kereta sport ataupun sekurang2nya BMW...dah habis baca blog nie terus rasa down.....dengan keadaan ekonomi sekarang nie......bolehkah saya mencapai cita2 saya?.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh!

      Rancang dari sekarang. Itu saja..

      Tak ada sebab nak rasa down...

      Padam
  30. Bile baca blog ni.tbe2 rse tfikir nk bli kereta snlm dpt kja

    BalasPadam
  31. Sy bru hbs stdy dan masih blm dpt kja.sy nk bli kereta guna duit parent.buat masa skrg dy yg byr muka dan bulanan.ble sy dh dpt kja bru la sy y sambung byr ansuran..ap pndgn saudara.ptot ke sy bli kereta skrg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bergantung pada komitmen bulanan, dan kemampuan..

      Padam
  32. dah buat loan kereta honda civic,tapi loan bank pulak buat hal,cakap aku ni baru keja 4 bulan,cerewet betul am bank ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bank pun kena nilai risiko juga. Time ekonomi merosot ni, yang dah kerja lama pun ada risiko diberhentikan, apa lagi yang baru kerja macam kita ni...

      Pandangan saya ..bina profil kewangan yang kukuh, sebelum mula fikir nak bina hutang..

      Padam
  33. salam..
    pendapat sya boleh pakai kete 2nd.. to 2nd hand yg berusia 4@5 taun.. sebab harga pon dh trun sampai 50% asenya..

    BalasPadam
  34. salam..
    pendapat sya boleh pakai kete 2nd.. to 2nd hand yg berusia 4@5 taun.. sebab harga pon dh trun sampai 50% asenya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah..

      dan keadaan kereta tu pun masih elok lagi. Saya baru beli Proton Saga tahun 2012, condition masih elok lagi. RM 20 ribu aje. kalau yang baru dah 40 ribu. Baru 3 tahun lebih aje..

      Cukuplah nak bagi orang baru kerja travel hari-hari..Lebihkan rumah dulu..

      Padam
  35. alhamdulillah..blog yang bermanfaat.amalkan hidup bawah kemampuan,in sha allah peace of mind. bagi yg baru bekerja ke, hatta yang dh lama bekerja pun, sebaik nya (klu untuk mase dpan la ) nk beli kenderaan biar la klu betul2 perlu. x smestinya yang mahal..yg penting dapt bwk kita dgn SELAMAT dri titik mula ke titik akhir..in sha allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi berkunjung..

      Padam
  36. Betul tu bro..skrg nie kereta dah jadi 1 keperluan..mcm sy zaman belajar dulu pakai kereta wira se adik..then dia sruh bayar..nie dah abis study & keje, tetap pakai wira tu jgk..dihati mmg nk merasa tukar kereta lain..tp bila pikir2 blk mcm membazir sbb skrg nie dah ada kereta. Lagipon xnak terikat dah dgn komitmen nak bayar bulanan kete dah. Lagipon kereta wira tu jarang meragam & xpernah breakdown tgh jln even dah 11 tahun umurnya. Cuma kalau dia sakit tu dia ada bg tanda2 dlu, cpt2 sy g hantar kedai repair. Cuma skrg nie sy suka menabung duit pergi travel je..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..saya pun begitulah.

      masa muda ni, di samping kumpul harta, cari pengalaman juga kat negara orang.

      bukan buat hutang kereta. hehe

      Padam
  37. Hai, saya nk tanya, saya pelajar diploma dan tak lama lagi nak habis sem. Umur saya 20 tahun tapi saya risau kalau saya tersalah langkah menyusun kewangan saya kelak. Apa yg menjadi masalah bagi saya, mcm mana cara nk kumpul duit nk beli rumah ye? Sebab saya memang tak nak beli kereta selagi saya tak dapat beli rumah. Agak-agak dalam berapa tahun ye saya boleh kumpul duit nak beli rumah tu? Dan adakah mampu utk saya beli rumah dari kereta di usia muda ini? Terima kasih..

    BalasPadam
  38. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    BalasPadam
  39. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    BalasPadam
  40. Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman dapat diandalkan yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    BalasPadam
  41. JANGAN Ignor SARAN INI
    Halo setiap orang yang melihat ini di seluruh dunia, situs ini memiliki banyak scammers, lakukan akan menipu seperti saya lagi, saya punya kabar baik untuk berbagi. silahkan bergabung dengan saya untuk menjadi bahagia dan berterima kasih kepada perusahaan pinjaman saudi. Aku baru saja pinjaman dari AASIMAHA Adila PINJAMAN PERUSAHAAN sah. Ini adalah bagaimana saya mendapat kontak mereka. Aku melihat kesaksian satu Mrs mimosa Wijayanti dari Indonesia di forum ini tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari mereka dan dia memberi mereka sebuah email kepada semua orang ^aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com^~~V jadi saya langsung email mereka dan mereka menanggapi email saya . Jujur, pada awalnya saya begitu banyak takut karena saya telah kehilangan uang saya untuk bodoh sebelumnya. Tapi, saya terkejut bahwa kurang dari 3 jam setelah, pinjaman dari $ 620.000 dolar amerika serikat i diterapkan untuk benar-benar ditransfer ke rekening saya. Seluruh proses itu sederhana. dan pinjaman mendesak pada tingkat 1% saya mendapat cepat Ada biaya. Tidak ada penjamin diperlukan dari saya. sampai sekarang, saya masih merasa sulit untuk percaya bahwa hal itu benar. Saya pikir saya sedang bermimpi ketika saya mendapat peringatan dari bank saya. Sekarang hati saya penuh dengan sukacita. Saran saya sederhana untuk semua orang yang mencari jumlah mendesak tulus untuk mendapatkan pinjaman yang sah untuk memulai bisnis atau untuk membiayai proyek adalah untuk mengirim email kepada mereka sekarang dan Anda akan terkejut betapa saya terkejut. Saya ingin terutama terima mimosa Wijayanti untuk memberikan kontak mereka di forum ini. Dan jika Anda memanggil mereka dan mendapatkan pinjaman dari mereka, silahkan menyebarkan berita baik sehingga orang lain juga dapat manfaat. terima kasih, email mereka lagi ^aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    ^, Kontak saya adalah omogbudeabundance@gmail.com,
     Catatan: semua scammers meminta biaya pendaftaran, biaya transfer, biaya asuransi, biaya hipotek, kartu ATM pin dan biaya pajak, becareful, semua adalah scam. mungkin allah memberkati Anda semua.

    BalasPadam
  42. Halo semua, saya MRS OLIVIA PHILLIPS
    Anda memiliki pinjaman mendesak?
    Apakah Anda perlu sebuah proyek pinjaman?
    Membeli rumah atau mobil?
    Untuk membayar utang?
    "Investasi Kredit" penawaran
    Anda memiliki kesulitan keuangan?
    Mereka telah ditolak oleh bank dan ditipu oleh penipu?
    Kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga 2%.
    kami di sini untuk membuat masalah Anda sesuatu dari masa lalu !!
    Silahkan email kami sekaligus, kami menjamin pengobatan segera
    Dalam waktu 24 jam tanpa biaya atau beban perusahaan saya membutuhkan pinjaman mendesak.

    Hubungi: oliviaphillipsloancompany@gmail.com

    Terima kasih telah memilih kami.

    BalasPadam
  43. Halo semua, saya MRS OLIVIA PHILLIPS
    Anda memiliki pinjaman mendesak?
    Apakah Anda perlu sebuah proyek pinjaman?
    Membeli rumah atau mobil?
    Untuk membayar utang?
    "Investasi Kredit" penawaran
    Anda memiliki kesulitan keuangan?
    Mereka telah ditolak oleh bank dan ditipu oleh penipu?
    Kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga 2%.
    kami di sini untuk membuat masalah Anda sesuatu dari masa lalu !!
    Silahkan email kami sekaligus, kami menjamin pengobatan segera
    Dalam waktu 24 jam tanpa biaya atau beban perusahaan saya membutuhkan pinjaman mendesak.

    Hubungi: oliviaphillipsloancompany@gmail.com

    Terima kasih telah memilih kami.

    BalasPadam
  44. i memerlukan pinjaman untuk untuk perniagaan sayaApakah Anda perlu pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda membutuhkan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Mencari lagi karena kami berada di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu !! kami memberikan pinjaman kepada perusahaan, badan swasta dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Anda dapat menghubungi kami melalui e-mail melalui: (silverveeloanfirm@gmail.com)

    APLIKASI DATA

    1) Nama ...........................
    2) Negara .......................
    3) Alamat ......................
    4) Jenis Kelamin ........................
    5) Status perkawinan .............
    6) Pekerjaan ................
    7) Nomor Telepon ...........
    8) posisi di tempat kerja .....
    9) pendapatan bulanan ....................
    10) Jumlah Pinjaman .........
    11) durasi pinjaman .....
    12) Tujuan pinjaman ..................
    13) Tanggal Lahir ........................

    BalasPadam
  45. Slm, boleh bagi pendapat x..
    Sy bakal bernikah plannye pada disember 2017 nanti.. Sy dlm dilema nk beli kereta baru atau rumah, manakala tunang sy ni dh ada rumah n kereta wira.. Die cadangkan sy utk beli kereta myvi baru, dan selepas nikah nanti, kami akan join loan utk beli rumah utk sy pula. Wlumacam mane pun, die yang akn bayar rumah bulanan, sy byr kereta (bajet rm500 sebulan). Adakah plan kami ni berbaloi? Terima kasih

    BalasPadam
  46. Apakah Anda memerlukan pinjaman segera untuk melunasi hutang Anda atau apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memperbaiki bisnis Anda? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Sudahkah anda ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Cari tidak lebih karena kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu !! Kami meminjamkan kepada perusahaan, entitas swasta dan individu dengan bunga rendah dan harga terjangkau 2%. Anda bisa menghubungi kami melalui e-mail via: (lorrainefaye243@gmail.com)

    APLIKASI DATA

    1) nama ...........................
    2) Negara .......................
    3) Alamat ......................
    4) Jenis Kelamin ........................
    5) status perkawinan .............
    6) Bekerja ................
    7) Nomor Telepon ...........
    8) posisi di tempat kerja .....
    9) penghasilan bulanan ....................
    10) total pinjaman .........
    11) durasi pinjaman .....
    12) Tujuan pinjaman ..................
    13) Tanggal lahir ........................

            Terima kasih.

    BalasPadam
  47. saya fresh graduate,engineer di sebuah syarikat kecil di Melaka dan duduk rumah parent....gaji 2.1k,saya bercita2 nak beli kereta saga baru,bulan 400++ installment,tapi fikir balik kalau awal sangat beli kereta,simpanan bulan2 sikit dan kemungkinan tiada langsung.Plan saya nak simpan dulu 5-6 bulan gaji dalam bank baru boleh beli kereta.Apa pendapat admin?

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!