18 Julai 2013.
Tarikh ni, menandakan sudah sepuluh (10) bulan saya bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat kecil. Syarikat yang kalau orang dengar akan tanya saya balik:
Oh, company yang buat handphone tu eh?
Company apa, cubalah teka.
Dua bulan lagi cukuplah setahun saya kerja kat situ.
Apa yang best jadi engineer ni?
Apa yang anda fikirkan bila disebut "engineer"?
Gaji besar? Banyak travel? Awek ramai? Status tinggi?
Pada adik-adik yang baru lepas SPM dan memikirkan untuk ambil jurusan kejuruteraan, digalakkan untuk baca post ni sampai habis.
#saya sebenarnya tak suka guna bahasa rojak di dalam penulisan, tapi memandangkan post ini ada istilah teknikal yang agak janggal kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, maka.....kita rojaklah!
Yang pertama, minat.
Pastikan anda meminati bidang yang bakal anda ceburi. Untuk jadi seorang jurutera atau lebih glamour disebut engineer, tanpa minat, kerja anda akan terasa susah, letih, dan membosankan kerana ianya amat berkait rapat dengan pengetahuan teknikal anda. Kalau anda seorang yang kompeten dan ingin belajar, tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, tepuk dada tanyalah ilmu cukup ke tak =)
Selalunya orang taknak kerja ni sebab kalau kerja kat field, kita terdedah kepada 4D ni iaitu Dirty, Dangerous, Difficult dan jugak unDerpaid. oh bukan 4D tapi 3D1U.
Baiklah, mula-mula sekali kena tahu cabang-cabang engineer ni. Asasnya ada 4 cabang tradisional - Awam/Civil, Mekanikal, Elektrik, dan jugak Kimia/Chemical. Software engineering, sound engineering, biomedical engineer semua tu adalah lanjutan dari 4 bidang asal ni.
Bidang-bidang ni ada kelebihan/kekurangan sendiri. Minat yang mana, kenalah pandai pilih.
Ringkasnya:
- Civil: buat bangunan, kaji tanah (geotechnic), kaji air, dan jugak highway serta jalan raya.
- Mechanical: mesin besar-besar macam gas turbine, automotif, pendek kata jentera-jentera yang menggunakan konsep mekanik.
- Electrical: Ini cabang yang saya belajar (jadi saya lebih bias sikit kat sini haha). ada dua pecahan besar iaitu elektrical dan electronics. Electrical - main dengan benda high voltage seperti power plant, transmission, distribution, pendek kata apa yang TNB buat tu, adalah di bawah electrical. Electronics untuk barang-barang low voltage macam semiconductor, buat IC (integrated circuit), control system, buat handphone, telecommunication (maxis celcom digi gps semua masuk bawah ni).
- Chemical: Kejuruteraan kimia asasnya untuk barang-barang manufacturing (polimer, buat cat, barang plastik). Oil and gas juga termasuk bawah kejuruteraan kimia ni.
Yang kedua, gaji dan skop beban kerja.
Harus diingat gaji engineer ni nampak je macam besar..Tapi sebenarnya lebih miskin dari kuli. Kenapa? baca sampai habis, sebab jawapannya ada di dalam perenggan-perenggan seterusnya.
*Dalam ni kita tak masukkan gaji engineer oil and gas sebab diorang ni special case. Kena banding kerjaya lain yang sama-sama kerja kat darat la baru adil, kan?
**Update. Disebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak awal tahun 2015 ni, maka banyak syarikat nak buang pekerja. Jadi...adakah anda masih fikir OnG masih secure?
*Dalam ni kita tak masukkan gaji engineer oil and gas sebab diorang ni special case. Kena banding kerjaya lain yang sama-sama kerja kat darat la baru adil, kan?
**Update. Disebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak awal tahun 2015 ni, maka banyak syarikat nak buang pekerja. Jadi...adakah anda masih fikir OnG masih secure?
Ramai orang bila sebut engineer, diorang akan fikir semua engineer ni kaya-kaya. Sebenarnya tak begitu. Itu terpulang kepada bidang apa yang dia masuk. Adakah bidang construction? oil and gas O&G ? manufacturing macam kilang-kilang tu? atau pun service provider?
Kalau ukur dari segi gaji, memang O&G yang paling mahal bayarannya. Tapi kena ingat, nak masuk industri ni bukanlah semudah dijangka. Dan beban kerja di pelantar tu bukan semua orang dapat tahan. Ini lain entri nanti saya cerita.
Construction punya gaji tengok jugak anda di line mana. Projek atau servis? Kalau projek, gajinya lebih besar tapi selalunya engineer yang buat projek ni kerja secara kontrak sehinggalah projek tersebut tamat. Oleh sebab tiada jaminan kontrak akan disambung maka gaji mereka selalunya lebih besar. Selepas tamat tempoh kontrak, kalau tak ada projek baru maka engineer ni carilah kerja di tempat lain.
Ada juga project engineer yang digaji secara tetap oleh syarikat. Tapi selalunya gaji mereka pun tak banyak sebab sekiranya projek tahun tu lembab, syarikat masih ada duit untuk bayar mereka walaupun projek tak ada. Kalau projek lebat, merekalah antara yang paling banyak bonus tahun tu. Skill yang diperlukan selalunya technical drawing tak kiralah guna Computer Aided Diagram (CAD) software yang mana pun.
Berbeza dengan service engineer, sekiranya klien masih menggunakan barangan yang syarikat mereka jual, tak kira ada projek baru atau tak ada pun, khidmat mereka masih diperlukan kerana mesin-mesin itu tetap perlu diservis secara berkala. Jadi selalunya kerja service engineer ni lebih terjamin mengikut installed base mesin yang dijual oleh syarikat berkenaan. Cumakerja service engineer kelihatan lebih macam kuli sebab mereka ada hands-on skill dan jugak troubleshooting skill. Nampak macam technician pakai baju kotor, rupanya engineer ada degree.
Jenis engineer yang ketiga ni saya paling tak suka, iaitu sales engineer. Bila saya kata tak suka tak bermakna engineer ni tak bagus. Kerjanya bagus sebab inilah sumber pendapatan bagi syarikat sebenarnya. Saya tak suka sebab saya tak suka buat sales. Itu aje. Engineer ni akan buat sales mengikut pengetahuan teknikal untuk meyakinkan klien sama ada barang mereka ni ikut spec atau tak, dan kalau specnya sama dengan competitor, kenapa barang mereka lebih baik dari yang lain? Ini kerja mereka untuk menggunakan pengetahuan teknikal dalam usaha meyakinkan pelanggan. Gajinya biasa-biasa tapi ada komisen atas jualan. Jual banyak, komisen pun banyak. Satu equipment pun harga ratus-ratus ribu, kalau jual satu pun dah berapa agaknya komisen diorang? Pendek kata, kerjanya macam salesman. Cuma ada kelas sikit sebab "engineer".
Kalau mahu lebih berjaya, jadilah engineer dengan title IR. Commercial valuenya lebih. Harga yang dibayar untuk kerja anda pun lebih. Risiko pun lebih.
Yang ketiga, risiko
Seperti yang saya dah beritahu awal tadi, kerjanya bahaya, kotor, sukar dan gajinya rendah.
Disebabkan bahaya, maka risikonya ada. Contoh macam elektrik, bendanya kita tak nampak. Tapi kalau terkena? Lebih-lebih lagi high voltage.
Design failure juga termasuk dalam risiko. Kalau salah design, kos projek dah berjuta dikeluarkan, siapa yang nak disalahkan? Engineer jugak. Contoh terbaik, gambar di bawah ni.
Yang keempat, masa
Harus diingat kerja sebagai engineer adalah kerja yang tak ada waktu pejabat. Waktu kerja mungkin 24 jam sehari, atau pun 7 hari seminggu bergantung kepada keperluan.
Oleh sebab itu gaji engineer tak dikira besar sebab mereka kerja around the clock! Kalau orang biasa gaji RM 2,000 tapi kerja 9 pagi-6 petang, engineer yang gaji RM 3,000 kerja 24 jam! Iaitu 8 jam waktu biasa dan selebihnya standby.
Pengiraan mudah untuk waktu kerja 8 jam sehari,
Orang biasa yang kerja pejabat:
RM 2,000/20 hari (5 hari seminggu X 4 minggu) = RM 100 sehari.
Jadi kerja 8 jam = RM 12.50 sejam.
Engineer yang kerja 12 jam:
RM 3,000/20 hari = RM 150 sehari.
Tapi... RM 150/12 jam = RM 12.50. Sama je macam orang kerja pejabat. Jadi di mana besarnya gaji engineer ni?
Nampak besar sebab lebih seribu tapi sebenarnya, kita bayar harga seribu tu dengan masa kita.
Dan ada jugak yang dibayar standby allowance termasuk kerja sabtu ahad, tapi selalunya kan, RM 500 yang dibayar tu tak setimpal dengan masa kita yang terbuang bila standby sebab kena standby 24 jam.
Yang duduk di pelantar, anda kerja 12 jam sehari dan elaun anda dibayar dalam hari. Lagi 12 jam anda boleh rehat. Tapi selalunya diorang akan kerja jugak waktu rehat tu. Sebab apa? Kat atas pelantar tu bukannya ada apa sangat. Kiri laut, kanan pun laut. Depan belakang tak payah cerita. Daripada tengok laut, baik diorang kerja, betul tak?
Dan kawan saya yang kerja di SLB (Schlumberger) dah berapa bulan tak balik. Baru balik sehari, dah dipanggil semula ke laut. Duit banyak, masa untuk family pun takde.
Kalau engineer lain pun sama juga.
Kalau machine down tengah malam buta, anda kena bangun dari tidur untuk troubleshoot mesin tu, dan selalunya mesin takkan siap dalam 1-2 jam kalau mesin mahal. Kalau projek anda belum siap, sedangkan deadline dah hampir, maka bersengkang matalah buat kerja sampai siap. Kalau kena outstation 3 bulan, 3 bulanlah anak isteri ditinggalkan.
Tanyalah pada engineer yang dah ada pengalaman, pasti mereka akan kata, ada jugaklah time yang aku kena kerja tak tidur 3 hari straight. Tapi pengalaman tu menyeronokkan.
Akhir kata, nak jadi engineer ni bukanlah mudah. Dan di Malaysia ni engineer sering dianaktirikan berbanding doktor dan jugak kerjaya lain sebab field engineer selalunya kelihatan macam kuli aje.
Namun, kita harus sedar yang engineer adalah penyumbang kepada kemajuan tamadun, juga menyumbang kepada pembangunan negara.
Apa pun, berbanggalah (tapi jangan eksyen!) jadi engineer sebab di zaman saya belajar dulu, dari 10 kelas yang ada 30 orang, waktu nak graduate cuma tinggal 6 kelas. itu pun 4 kelas yang grad on time, hampir 2 lagi kena extend. Yang 4 kelas lagi kena tendang dari universiti sebab tak lulus!
Trust me, I am an engineer!
Pada yang ingin tanya soalan di ruangan komen tu, diharap dapat baca komen komen tersebut. Kebanyakan soalan yang anda (mungkin) nak tanya, telah pun dijawab.
contoh:
"abang, saya sekarang belajar kursus ___, nanti boleh ke saya sambung kursus ___ degree nanti?"
"abang, saya dah dapat offer kerja, abg rasa okey?" - jawapann yang saya akan bagi, agak standard kalau dalam bidang saya)
"abang, berapa gaji fresh grad, adakah saya punya gaji ni market rate?" - ini soalan yang saya paling kerap jawab. dalam emel pun orang tanya. saya jawab terus kat sini. gaji diploma 1200-1800 standard, tak masuk elaun. gaji degree 2300-3000 standard, tak masuk elaun dan company bukan company minyak.
Bagus jadi engineer ni. Boleh buat banyak lagi benda, termasuk penulisan berbentuk research. Contohnya emas itu bukannya Islamik. Teliti surah At Taubah, dihuraikan di sirikegagalanemas.wordpress.com.
BalasPadamTelah di kira dan dibuktikan dengan menggunakan matematik mengapa emas itu sebenarnya tiada nilai. Malah ianya membuatkan umat islam menjadi semakin miskin!
Salam,
PadamPenulisan berbentuk research tu memang bagus. Dan kena ada banyak masa untuk research, dan jugak secara tak langsung naikkan skill sendiri. Bagus juga tu.
Pasal emas tu satu ilmu baru!
Kak. Saya mau tanya. Daftar dimana kalau ingin kerja jadi engineering.. kakak saya masak gajinya sedikit terima kasih
Padamhi ! engineer jenguk engineer kat sini.
BalasPadamhahah. im a loser engineer anyway.
jom kerja!
Salam Ain,
PadamIsh jangan lah kata begitu. Loser-loser pun, engineer jugak. Yang dah pernah lalu zaman susah belajar lebih dari orang lain :p
Suami saya seorang plant engineer. Gaji 3k. Tah. Xda pun kemudahan apapa dr company.. gguhu..
BalasPadamSaya memilih nak jadi work at home mom dgn pendapatan 5angka sebulan.. mudah mudahan.. amin..
Jom jalan2 kat blog sy.. meetsbondafarah.blogspot.com
Salam Farah :)
PadamKemudahan dari company tu selalunya bergantung. Pendek kata kena bersyukur sebab dengan syukur tu menambah rezeki di samping kena usaha lebih sikit.
Work at home lebih bagus sebenarnya. Saya pun bukannya nak jadi engineer sampai mati. Tapi untuk masyarakat kita, saya harap benda ni jad tabungan di hari mati saya nanti. Mudah-mudahan. :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamhaha.. sy budak mentah. belajar tahun dua tapi tak rasa nak jadi engineer.. macam hape tah. -_-
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkekadang orang melihat profesion sebagai engineer adalah satu batu loncatan untuk hidup.. sebenarnya saya kurang berminat dengan engineer dan pelajarinya tetapi saya sendiri belajar kerana ibu ayah.. bukan minat harus diutamakan tetapi usaha dan tawakal itu penting.. jika minat tapi tidak usaha memang tak ada hasilnya.. actually, susah jugak belajar engineer ni walaupun berjaya sehingga mendapat kerja.. :P
BalasPadamSalam,
PadamYa betul tu. Banyak benda kita perlu belajar. Dan belajar benda teknologi ni memang tak akan habis, sebab kita belajar benda baru, hari-hari.
Apa pun, niat kita biarlah untuk tolong orang, bukan semata-mata nak duit atau glamour...baru lah rasa berbaloi. Sebab engineer ni bukannya kaya sangat. Hehe
Bagus post ni. Saya kerja baru jadi HR company engineer tapi tapi takde pengetahuan industri engineer. Pasni kena kipas bos lebih kasi engineer-engineer saya gaji lebih. :)
BalasPadam..selalunya, walaupun gaji dia mungkin boleh bagi tinggi, tapi bergantung juga pada projek. Selalunya provision untuk setiap project, ada allocation sendiri.
PadamUntuk consultation, biasanya 5% untuk design dan drawing. Dan 5% ni pulak dibahagikan kepada company architect (2%), Mech & Elect (M&E) (1%), civil & structural (C&S) (1%) dan jugak QS (1%).
Jadi tak banyak lah company kecik ni dapat sebagai sub con. lebih malang kalau jumlah yang dah sedia kecik, di-sub kan lagi kepada orang lain sebab tak mampu buat. Jadinya.....kualiti kerja takde, gaji engineer pun kecik, projek tetap nak jalan..
Kalau mereka ni duduk di sebelah client, tak ada masalah sangat. Yang selalu jadi isu bila duduk di sebelah vendor/kontraktor/consultant..
begitulah adanya..
admin ad ckp yg engineer ni ada 4 cabang, salah satunya Electrical Engineering. dan electrical Engineering tu pula ada 2 pecahan besar iaitu Electrical & Electronics . kslau kita sambung belajar and ambik Electrical Engineering, adakah kita diberi pilihan untuk pilih salah satu drpd 2cabang besar yg terdapat di Electrical Engineering ni?
BalasPadam..Cik balqis,
PadamUntuk jawab soalan tu, memang kena dengan saya sendiri.
Kita memang ada pilihan untuk ambil yang mana satu. Ada setengah universiti dia fokuskan satu aje sebagai major, jadi ada dua kursus ditawarkan. Subjek elektif pun lebih banyak.
Ada universiti lain pulak dia gabung sekali dua-dua jadi satu kursus. yang ni biasanya subjek adalah yang general boleh pakai dua-dua dan fokus pada subjek penting.
tapi cabang electronics sendiri ada pecahan lagi, contohnya komputer, microwave, communication, instrumentation and control...kalau semua kita nak kejar, 10 tahun belajar pun tak boleh grad hehe.
Jadi engineer akan cuba tambah ilmu sendiri yang mana relevan bila kerja.
Dan satu lagi, saya dulu diploma elektronik (low voltage), degree elektrik kuasa (high voltage). jadi foundationnya lebih kurang tapi bidangnya berbeza..
harapnya membantu..
admin ad ckp yg engineer ni ada 4 cabang, salah satunya Electrical Engineering. dan electrical Engineering tu pula ada 2 pecahan besar iaitu Electrical & Electronics . kalau kita sambung belajar and ambik Electrical Engineering, adakah kita diberi pilihan untuk pilih salah satu drpd 2cabang besar yg terdapat di Electrical Engineering ni?
BalasPadamsaya pelajar tahun satu mechatronic engineer cikgu cakap gaji tinggi Mekanikal,Electrical Electronik,Programmer semua dalam satu pelajaran
BalasPadamSusah juga nak kata tu. Gaji tu subjektif. Mechatronic engineer lebih pada benda robotik/automation.
PadamMemang betul dia cover semua dalam satu. Tapi big scale turbine, big scale transformer, big scale structural tak belajar sangat. Sedangkan benda-benda ni yang kita perlu kalau nak masuk industry yang besar.
belajar engineering, amik kpli jadi cikgu... hu3
BalasPadamnak tanya,,, kalau dari kelulusan kejuruteraan elektrik,,,, boleh tak kalau nak mohon kerja dkt syarikat oil and gas OnG.
BalasPadam..salam,
Padamboleh, tak ada masalah. cuma persaingan ajelah yang makin kuat - sebabnya ramai yang nak masuk OnG. kiralah dalam komen ni pun berapa orang tanya pasal OnG berbanding industri lain?
Semoga berjaya!
Bakal suami saya bakal engineer O&G arghhh dia sungguh sibuk...mcmanalah hidup saya lepas kahwin nanti...semoga tuhan tabahkan hati ku
BalasPadamSalam,
PadamEngineer O&G memang lifenya kerja ajelah. Tengok pada company mana. Kalau company servis yang kecik-kecik tu memang kena kerah la. Tinggal family sebulan..cuti seminggu je. Masa tu lah nak lepaskan rindu dendam dengan family, pergi shopping apa semua.
Tapi jangan risau, selalunya yang kerja O&G ni tak lama. Dah kawin, dah ada demand, diorang tak kena selalu ke laut dah. Melainkan dia memang stay kat situ la.
Kalau co yang besar-besar sikit, ke laut sebulan, cuti pun sebulan. Okay la tu. Engineer darat ni kerja 24-7 takde cuti. Huhu
I feel you!!!! dulu eng slb, 22 hari duk offshore... x jumpa husband yg baru kahwin, x celebrate birthday, x celebrate anniversary...
BalasPadamnow, ok sikit, buat sales engineer, so, kerja only office hours, but itulah, project asyik kena caras, epcc company dah xpentingkan quality product, only lump sum price.... hmmmm....
but, yeah.... being an engineer is fun nevertheless....
No everything is cost conscious.....
PadamEPCC memang allocation dia sikit gila cadbury. Sourcing pun ada setengah company masih pegang kualiti (maknanya manufacturer china india diorang tak ambik).
Tapi ada jugaklah company kecik yang baru nak breakthrough jadi dia punya attraction ialah low cost. Kalau bos jenis cheapskate memang dia pilih la company ni.
Yang jadi isunya ialah after sales dengan warranty. Murah-memang murah tapi barang kejap-kejap rosak. Akhirnya cost yang nak jimat tu jadi lagi mahal........
Engineer pada zaman sekarang (2011 dan keatas) sgt susah nak dapat kerja. Ikut juga laaa dari course mana. Tapi generally mmg susah.
BalasPadamPosition2 yg bagus dari bidang yg kritikal (utk dpt byk pengalaman) sgt terhad dan agak tepu dengan experienced engineer yg sedia ada
Buat pembaca yg sedang mencari info, tak semua cerita2 engineer yg anda dgr applicable dgn engineering yg anda nak masuk. Seek for experienced person for better view.
But anyway, post ni mmg boleh bg gmbaran terbaik secara general.
Itu betul.
PadamDari dulu orang kata kalau course kritikal ni senang dapat kerja. Kerajaan pun kata Malaysia perlu 200,000 engineer lagi. Malangnya ini adalah overstatement. Celah mananya 200,000 bila masih ada lagi graduate yang takde kerja?
Dan bila job market dah tepu, gaji yang industry player boleh offer pun akan menurun tak berbaloi dengan penat jerih zaman belajar. Tu belum lagi nak bayar hutang pinjaman belajar. Engineering punya course lebih mahal dari course lain...
Nak jimatkan kos, kita suka ambik engineer India/Bangladesh/China yang memang murah dan sanggup kerja sampai mati.
Nasib engineer sendiri, macam ni lah.
Hee. Saya nak sangkal pendapat tu. Malaysia mmg perlukan ramai enjinyer.. tp kualiti enjineyer malaysia kurang, saya sendiri menyedari yg saya kurg kompeten
PadamPatutnya kualiti engineering course malaysia kene ditingkatkan, baru ekonomi Malaysia berkembang. Baru nak 200k enjineyer.
Kalau takde position pon, boleh keje kat luar Malaysia. Kata dah kompeten kan.
Boleh sangkal, tak ada masalah. kita open dari semua sudut pandangan. Soal tak competent, saya memang setuju. Sebabnya tak ramai yang ada peluang nak go further untuk latih sendiri sendiri sebab nak masuk awal-awal pun dah susah. Betul tak?
PadamKadang-kadang sebab nak sangat masuk engineering ni, diorang sanggup dibayar taraf kuli dengan harapan lepas beberapa tahun bayaran yang diterima akan setimpal dengan pengalaman yang ada. Malangnya tak kesemuanya begitu...
Sebabnya..
Engineering adalah industry sensitive course. Seorang engineering yang dah senior dalam bidang automotif, bila nak jump masuk industry lain, dia tak akan dilayan macam senior. Kena mula balik dari bawah sebab fundamental machinenya pun dah berbeza. Kalau masuk oil and gas lagi lah.
Unless kalau dah ready dengan competent engineer atau professional engineer punya lesen, kemungkinan besar boleh naik tinggi.
Lainlah kalau ambik course accountant, Mana-mana industry pun diorang pakai konsep yang sama. Jadi career progressing diorang lebih smooth..
Yup2. Betui2. Itu yg org nak amik engineering kene tahu..
PadamIn the end kita semua berharap dapat mencari rezeki yg halal utk diri sendiri dan keluarga kita.
All the best ye.
Ps: kerja kat senawang ke?
..lebih kurang begitulah..engineer kalau nak jump industry memang kena turun bawah semula..ni lah yang kadang-kadang buat engineer rasa kekal kat situ aje, atau pun lompat commercial line...
Padamsenawang? bukan...tak kerja dengan samsung..hehe
Nice post..bagus utk mereka yg ingin tahu dgn lbh dlm tntang kerjaya ini. From my 2 cents experience dan utk share brsama kwn2 lain. 7 years ago when my husband starts in oil n gas industry gaji dia hanyalah rm 1.8k..time tu sy x bekerja, br grad. Bila sy pregnant, nk bl brg baby pn brkira..penah trgn nk mkn kfc, perasaan itu dipendam sahaja. Sbb kesian kat husbnd.. Alhamdulilah akhrnya sy dpt bkrja di kerajaan dan ekonomi famili kami stabillah ckt. My hubby start dgn company oil n gas yg kecik sbb pointer x smpai 2.7.. company oil n gas yg hebat prlukan pointer yg tnggi...tp my hubby ni bljr n gain experience, amik exam API (american petroleum institute) sbb nk add value to his degree...nk amik exam API, sy siap buat prsonal loan just to help my hubby.. dia mmg ade outstation tp plg lama pn sebuln n xdelh keje offshore.. guest what after 7 years, blessed with 3 kids, his salary is nearly 20k.. keje 8 to 5..outstation kdg2 saje..now when he has the cert n experience wlupn pointer x smpai 2.7, the big company is searching for him..petronas, talisman n so on.. klu husband tolak sngp counter offer lg tnggi.. my take home message: usaha tangga kejayaan, jgn sedih wlupn pointer trk.. ade some of my hubby frens yg xde degree pn tp sbb kepakaran dia dlm oil n gas tu gj highly paid..
BalasPadamSaya tahu. Husband akak ni mesti jadi API inspector 510,570,653 or welding inspector.
PadamLine kerja husband akak amik ni mmg sgt2 tggi gaji ye. Tapi tu utk 7 tahun lepas. Time tu tak ramai.
Utk 2 3 tahun skrang ni, dah makin ramai inspector2 tu.dan kalau utk stater agak susah juga. Biasa ye kene ada kenalan dalam bidang tu utk guide naik skit demi skit.
Dgn cert tu mmg boleh pg international level.
Tp dengar ye makin ketat sekarang ni. Tak dpt dah kalau takde dip or degree dalam engineering leh amik API cert. Lg2 skrang semua dah on9.
Tak salah nak cuba,just tellig the currents fact
Tanpa Nama19 Jun 2014 4:38 PTG
PadamBagus tu kak. Memang dia kerja dan usaha dengan blood, sweat and tears...Tak ramai yang boleh bertahan macam tu. Super!
Saya kira 7 tahun tu sebenarnya agak cepat untuk dia progress nak dekat 20k. Tapi semestilah cert tu berbaloi. Cuma sekarang ni tak macam dulu, expertise lebih pada experience. Dan yang keluar dengan sijil yang sama pun berlambak-lambak jadi competition tu lebih.
Saya tak pasti co akak camne, tapi MNC macam saya jarang nak ada peluang untuk local engineer. Lebihnya diorang akan import dari Europe untuk kerja yang sama yang kita mampu lakukan sedangkan tahap competency tak beza pun dengan local.
Pasal pointer, memang tak nafi nak cecah 3.00 tu punyalah seksa lebih-lebih lagi kalau dari IPTA. (IPTS jangan kecik hati pulak ye). Jadi peluang tu payah la sikit untuk start.
Lebih-lebih lagi kalau semua company nak tengok CGPA dulu baru nak panggil interview......Ini yang saya perhati setahun dua nilah.
Zaren..ni akak tanpa nama..
BalasPadammmg btl..company bsr2 ni slalu pndng rendah dgn local engineer.. sdgkn local engineer pn hbt jgak.. interms of gaji..local engineer dibayr rndah sdgkn mat saleh or org luar dibyr tnggi wlupn knowledge x brapa tnggi... itu yg my hubby x suka..nape nk byr tnggi pd org luar sdgkn rmai local yg bgs..tp as engineer..knowledge tu sgt ptg.. as far as i know kwn2 my hubby yg sama career, ade yg gj lbh dr 20k...experience sama mcm my hubby
i like ur entry psl graduate skrng nk manage gj n dgn taraf hdp yg tnggi.. mmg ssh..from my experience, jgn jdkn gj kecik halangan utk kawen..n pls jgn buat loan utk kawen.. kawen jek dgn ape yg ade sbb Allah akan cukupkan rzki kt InsyaAllah.. bila dpt baby..rzki lg melimpah limpah..yg ptg kena yakin dgn rzki Allah.. my hubby mkn roti canai siang mlm sbb nk kmpul duit utk kawen..huhu..hantaran pn ala kadar n x tnggipn eventhough i ade degree from respective university n respective course.. my mum bole ckp kat my hubby bagi brape jek yg mampu sbb my mum tau gj hubby time tu..nk bl handbag bonia pn x mampu..hubby bg less than 5k as hantaran pn my mum terima..
Ok..then like ur writing..
..ye akak,
Padamkalau boleh tinggalkan nama pun okay juga, senang saya nak panggil. huhu. Saya setakat ni baru kerja dalam 2 tahun, tapi saya dah tak buat kerja engineer lagi. Saya dah masuk management level.
Sedikit kecewa sebab dah lari bidang, tapi saya fikir mungkin rezeki saya kat jalan ni, bukan sebagai engineer lagi. Lagipun dengan sekarang ni lambakan engineer, untuk demand gaji pun dah susah. Yang ada hanyalah engineer biasa yang gaji dalam 2800-3500. Senior biasa pun dibayar dalam 5000. Itu ajelah.
7 tahun memang cepat untuk 20k. Saya tertarik juga nak tahu di mana hubby akak kerja. Kalau tak keberatan, boleh lah isi borang kat atas kanan tu untuk berhubung dengan saya.
Pasal kahwin ni, idea yang bagus! Nanti saya buat satu entri pasal kawin mengikut perspektif orang yang baru kerja macam saya ni..
Steady akak, steady.
wassalam.
p/s: dah ada takaful? kalau belum ada boleh hubungi saya juga :)
Assalamualaikum akak n abang, sy baru grad mechanical engineering, nak minta akak n abg share detail kerje suami akak blh, klu x kberatan ni email sy-muhsinramly@gmail.com, skdr mnambah lg ilmu.terima kasih
Padamhai engineer geotechnical here!
BalasPadamfakta yg kene betulkan yg selama ini sociaty salah paham
kat malaysia, gaji freshie degree engineer rm2200-2600 je.
yang ade master pun, mtk rm2800-3000 pun company da bising katenya demand gaji..
compare dengan degree doktor, freshie adelah rm5000 sebulan
Hai, ex-electrical engineer here!
PadamBetullah tu. Kebanyakan firm akan bagi gaji dalam 2500-2800. Kalau masuk MNC boleh lah dapat dalam 3000-3500.
Kalau oil and gas boleh la 4000-5000. Tapi oil and gas ni kes istimewa. Tak boleh jadi wakil kepada semua engineer kat Malaysia ni.
Doktor memang mahal gajinya. Termasuk on-call semua boleh sampai 5000-6000. Engineer kuli aje huhu
waa.. please stop calling engineer a kuli.. well memang xdapat di nafikan actually but we must put proud on our self you know.. world change because there is engineer.. kita yg cerdik pandai ni kalu dah anggap diri seperti kuli better we move on with other profession may be.. guna kan akal yang tuhan dah bagi sebaik nye.. kita pnye creativity and knowledge as engineer.. huhu
PadamBarangkali admin memupuk sihat rendah diri tp mestilah dia simpan rasa engineer dia tu hahaa
PadamSy amik diploma kejuruteraan elektronik (instrumentasi dan kawalan) soalan sy
BalasPadam1.apa peluang kerjaya sy ?
2.klau krje staat ade diploma brape gajinye?
3.klau degree plk brape gajinye?
Tq..
Salam,
PadamInstrumentasi dan kawalan eh. Masih di bawah cabang elektronik. Sebelum soalan-soalan ni dijawab, sukalah kalau nak pesan sebagai ex graduate engine ni.
Bila kita kerja, soal gaji mungkin penting, tapi bila dah lama dengan tugas kita, kita akan sedar engineer ni kerjanya banyak tolong beri kemudahan pada orang ramai. Yang mana selalunya gajinya takde lah banyak mana berbanding masa yang kita leburkan tu. Jadi, kalau nak gaji besar, buat kerja ikhlas, rezeki tu Tuhan yang bagi.
Kalau kita dapat dalam bentuk duit, syukur. kalau bukan bentuk duit, jangan lupa masih ada bentuk pahala.
Okay, masa menjawab soalan.
1.apa peluang kerjaya sy ?
Untuk instrumentation / control engineer, peluang dia terbuka luas sikit terutama untuk troubleshoot mesin-mesin yang ada control mechanism. Oil and gas boleh pergi, kilang manufacturer boleh pergi, kalau jadi engineer R&D pun boleh, service engineer pun boleh juga. Biasanya yang tak melibatkan high voltage. High voltage ni electrical aje yang boleh buat.
2.klau krje staat ade diploma brape gajinye?
Untuk diploma kalau fresh, gaji swasta dalam 1300-1800, saya tak pasti berapa minimum tapi kadang-kadang maksimum boleh pergi sampai 2k di setengah tempat (mungkin campur OT sekali). Kalau dah ada experience, 3000-4000 adalah paling tinggi biasanya. untuk swasta gajinya tak tentu, bergantung pada industri, dan jugak range dia lebih besar.
Kalau kerajaan, untuk gred J29, RM 1800-1900 basic tak termasuk elaun, dan maksimum dalam 5k (pengalaman+kenaikan tahunan). Tapi untuk nak masuk kerajaan ni agak susah.
Ambil perhatian yang kerja ni hanya untuk yang di darat aje, Yang di laut tak terpakai. Itu cerita lain.
3.klau degree plk brape gajinye?
Kalau kerajaan, J41 dalam 2300-2400 tak termasuk elaun. maksimum dalam 9000.
Kalau swasta, 2300-3500 tapi biasanya takde elaun. Elaun cuma diberi kalau kerja tu memerlukan kita travel atau kerja lebih masa. Kebiasaannya gaji kasar dalam 2800. RM 3500, adalah beberapa company besar-besar nak bagi. Kalau oil and gas boleh pergi sampai 4500-5000 untuk fresh grad.
Didoakan berjaya :)
Ckgu sy ckp kos ni utk oil n gas..betul ke?knape krajaan lebih mahal berbnding swasta?
PadamJd kos ni hnye di darat la kn?
PadamKlau kos nk kite nk krje di laut cmne?
Padam1. bukan untuk oil and gas sahaja. banyak tempat boleh pergi.
Padama) elektronik - fabricate / manufacture / design brg elektronik mcm laptop, wafer, handphone - boleh pergi
b) instrument - control system, automation, kilang punya mesin maintenance, benda automatik - boleh pergi.
tak semestinya gaji kerajaan lebih besar. yang saya nyatakan tu ialah gaji kerajaan adalah benchmark. contohnya gaji degree kerajaan basic 2300, campur elaun boleh jadi 3000. gaji swasta pulak paling rendah 2000, paling tinggi mungkin 4000-5000 bergantung pada industri. tapi purata adalah sekitar 2800 untuk swasta. range untuk gaji swasta lebih mahal sebab bergantung pada pasaran industri. boleh jadi rendah boleh jadi tinggi daripada kerajaan. gaji kerajaan cuma jadi kayu ukur aje. harap boleh faham ya :)
2. darat boleh laut pun boleh. skop engineering ni luas. yang anda patut risau ialah persaingan. setiap tahun ramai orang grad dengan harapan nak masuk oil n gas. yang degree pun tak berapa ada tempat, apa lg yg diploma. melainkan sanggup jadi kuli macam scaffolder atau rigger atau kerja2 kasar yang lain mungkin boleh pergi.
3. di laut kalau engineer kena ada degree dan lesen/special passport. kalau diploma dicadangkan ambik sijil2 berkenaan kemahiran. untuk kerja kat laut, level technician pun gaji dia dah kalahkan engineer darat kita sebab kemahiran dia tinggi. lagi satu kerja kat laut ni main dengan nyawa sendiri jugak. jadi boleh fikir lah risiko tu adakah berbaloi dengan risiko yang nak diambil dan jugak masa yg dikorbankan..
..lagi satu, mungkin apa yg sedara faham gaji kerajaan lebih tinggi tu pasal tengok kat diploma. diploma memang marketnya rendah sikit.
Padamcuba banding gaji degree kerajaan dengan gaji degree swasta yg saya senaraikan awal2 kat atas tu. kan lebih banyak swasta dari segi basic.
cuma kalau dimasukkan elaun kerajaan mcm cola etc etc, boleh jadi lebih dari swasta sebab swasta selalunya gaji asa tulah gaji penuh (tak ada elaun lain)
Saya pn nk jadi engineer tapi x jadi lah
BalasPadam..ish. jangan lah macam tu. huhu
PadamArtikel ni sebagai panduan aje, dan sebagai overview pada yang selalu rasa engineer ni kaya.
Sebenarnya, engineer adalah pekerjaan mulia, dan jugak kalau dibuat dengan minat, kerja ni boleh menjadikan anda jutawan tanpa perlu makan gaji.
Caranya: jadi software engineer. Develop satu apps, jual kat apple atau android. satu download, caj la RM1, atau pun 50 sen.Apps yang bagus ada jaminan akan dapat 20,000 download ke atas.
Ada masa, buat apps lagi. Ada engineer yang saya kenal, hanya guna microsoft excel dan jugak access untuk create satu database program, dia jual pada banyak syarikat, dan sekarang ni tak perlu bekerja lagi.
Kuncinya, perseverance and passion.
Saya masih pelajar . ambil bidang engineering drawing . saya nak tanya , kelayakkan untuk masuk U apa ? Bidang apa yg saya patut ambil ?
BalasPadamsalam zack,
Padamboleh saya tahu di sekolah mana belajar sekarang? biasa atau teknik?
untuk masuk u, kelayakan bergantung pada universiti masing-masing.
untuk IPTA:
1. Subjek sains (fizik, kimia, biologi) dan jugak matematik serta matematik tambahan kena skor. kalau ada engineering drawing tu satu tambahan la.
2. IPTA prefer kredit dalam semua subjek ni. Tapi sejujurnya kredit aje tak cukup kalau dikira persaingan. ramai budak dapat A, jadi might as well go for A!
untuk IPTS:
1. IPTS selalunya tak ketat sangat. ada duit, semua jadi.
2. Itu saja
Semoga berjaya :)
Saya pelajar diploma... blom start sem 1 pon,sbb msih blajar dlm sem khas...tp sye slalu runsing mngnai kos yg sye amik iaitu kejuruteraan tknologi kimia.. bru nie,blik rye...spupu n mkcik2 ckp bdg yg sye nk amik nie bhaye sbb slalu main dgn bhn kimia..dan bleh mnybbkn knser..itu pon brdsar pnglmn ckgu2 mreka.. pastu dowg ckp ssah nk dpat pluang keje.. byk tkanan blaja..mle dr stu sye dh rse tkot nk blaja dlm bdg nie..dan rse mcm nk tkar kos je.. sbb ble sye sdar je dr tido slalu trpk psal bdg yg sye amik nie..sy amik kos nie pon sbb ayh sruh..jran2 glakn.. sdg kn sye sndri krg pasty mngnai bdg nie,slh sye jgak sbb x bt research awal2 sblom masok u, ble dh msok u.. bru trpk...mohon sgat spe2 yg ad pnglmn dlm bdg nie.. beri sdkit pnjelasan kpd sye
BalasPadam..salam kakloong,
Padamselamat hari raya..
diploma kat mana? tengah ambil pra ke?
1. jangan runsing. masa depan memang ada. kerja insyaAllah senang dapat.
2. soal bahaya, memang terdedah dengan bahan kimia tu takleh lari lah. tapi itu sebabnya kita belajar, belajar cara pengendalian yang selamat, dan semua ni kenalah dipatuhi. kanser cuma terjadi kalau kita terdedah pada radiasi, dan jugak terhidu benda yang tak sepatutnya, selain dari tu, takde apa kesan. jangan risau.
3. soalan yang perlu tanya diri sendiri: adakah minat dalam bidang ni? macam saya sendiri kalau ditanya, jawapannya tak minat. tapi sikit demi sikit ilmu yang kita ada tu berguna sebenarnya. bukan setakat duit, yang penting boleh tolong orang semua.
4. kalau bukan bidang ni, tanya diri sendiri, apa yang nak dibuat selain ni? dan adakah berbaloi kalau nak mula semula?
buat istikharah, jawapan akan dapat, inshaalah
Slmat Hari Raya..Haha,
BalasPadamDiploma dkat UTHM Batu Pahat...
Blom mle lgy pon pngajian utk kos yg sye amik 2.. 6/9 nie,bru msok sem 1..
Mse dpat twran nie mmg sye nk tolak sbb terlalu mndadak sdgkn sye x bt prsdiaan 1 benda pon, walhal tmpoh yg d'bri cuma 10 hari..tp parents x kasi.. sbb tkot x dpat twran blaja lgy.. jd sye ikotkn la.. tp lpas dh pgy smbog blaja..mcm2 twran sye trima.. slh stunye dri UITM..
hurmm..
2la, insyallah, sye akn cbe bt solat istikharah..utk dpat kn prtnjuk..
Apa2 pon trima kasih sbb bri nsihat yg sgat2 brguna..
..salam kaklong,
Padamsaya doakan yang terbaik untuk anda ye :)
Salam! Saya ni bru nak msuk university, dpt course civil engineering degree. :) Saya nak tnya ckit ttg course ni spya hati ni smkin lega. hahaha. :D
BalasPadam1. C.E ni susah ke? rsa mcm hesitant pula nak ambil, tpi kna jga sbb tu yg dpt. haha.
2. Kalau dah hbis study, krja apa yg mmrlukan civil engineer?
3. Company O&G ad mmrlukn civil engineer ke jga atau tak?
4. Basic gaji utk C.E brpa eh?
5. Saya dh buat research kat internet psl civil engineer ni, dan kbyknnya bgitahu yg civil engineer ni dpt gaji yg trendah (based on 2008-2011 posts), betul ke tu? atau itu tpulang dmna kite kerja?
oh dan terima kasih for the info dlm post ni, sgt bguna! *thumbs up* :)
..w'salam wbt.
Padammaaf saya lambat reply...memang super sibuk.
okay ni saya jawab ye cik maya.
1. C.E ni kalau tanya susah atau tak tu subjektif. Tapi boleh dikatakan yang paling mudah antara cabang engineering sebabnya kita belajar benda yang nampak. contoh elektrik atau kimia, kena guna 'rasa'.
2. Selalunya construction adalah yang paling lazim. civil and structural C&S boleh pergi mana2, sebab banyak nak pakai structural engineer. cuma........persaingan. ramai sangat engineer maka peluang pun berkadar songsanglah.
3. Ada. Tapi jarang ada fresh. Diorang ambik yang ada experience.
4. Gaji basic, susah nak cakap. kalau kerajaan mungkin dalam 2,300 + 800 elaun camtu. kalau swasta bergantung pada industry dan syarikat. selalunya average 2,700-3,200 lebih kurang untuk permulaan.
5. sama macam no 4.
sama-sama, harap bermanfaat ye. sila datang lagi walaupun update setahun sekali :p
assalamualaikum..sy nk baru nak masuk thn ke3 degree in electrical n electronics..result sy sem lps x memuaskan sgt so x tau either nk teruskn o x..tp sy berminat dgn solar..solar ni dlm electrical ke electronics??lg satu sy ni mmg x tau nk bg idea baru...jd sy x tau sy ni sesuai ke x dgn industri ni..nk masuk oil n gas,parents x kasi sbb sy ni prmpuan..blh x bg pndpt??terima kasih..
BalasPadam..waalaikumussalam..
Padamsolar adalah satu prospek yang bagus dalam cabang RE (renewable energy).
RE (solar ke, wind turbine ke) termasuk under electrical sebab ia menjana kuasa elektrik.
Idea baru tu tak apa. Engineer pun ada dua jenis jugak. Jenis yang bagi idea baru, dan jugak jenis yang apply benda yang engineer pertama tadi bagi.
Kat Malaysia ni, selalunya kita apply aje sebab teknologi datang dari luar. kita import, dan tolong pasang/monitor aje. Jarang kita nak R&D sendiri sebab kosnya tinggi. Dan bukan electric aje, mana-mana pun sama.
Apa yang kita belajar kat universiti tu sebagai asas aje. bila dah kerja nanti banyak tekan butang aje. calculation semua pakai software..jangan risau
Teruskan apa yang awak minat, insyaAllah berjaya.
terima kasih...insya Allah saya cuba...
Padamsalam sy nk tanya lau kos diploma in industrial electronic(mechatronics) ni senang x untuk dapat kerja?? agak2 brpe gaji??
BalasPadam..w'slm, ada je kerja terutama dalam automation. Gaji macam biasalah, untuk fresh takdelah tinggi sangat tapi akan meningkat seiring dengan skillset yang kita ada.
Padamsalam akak...sy ni plajar di salah sbuah ipts...bru je hbis short sem...sy ambik kos engineering in mechanical design and development...sblum sy msuk,sy just thu bidang mekanikal nie mcm best je main dgn mesin2...pastu sy nk tnya,boleh ke sy tukar kos drpd kos skrang sy tukar kpd aircraft maintenant nanti degree??sy minat bab2 aircraft lg sbnarnya...nak tahu sgt2...
BalasPadam,,W'slm fiq..
PadamBagus lah tu mechy. Agak menarik jugak sebenarnya. Fiq suka kerja handson nampaknya. Boleh aje jadi aircraft maintenance engineer. cuma kena ada special license untuk baiki sebab bukan semua orang boleh walaupun sama-sama engineer.
Untuk yang tu, saya cadangkan fiq boleh tanya kat MIAT sama ada dia terima tukar course, atau pun kena start balik dari mula. ada je kawan abang (saya lelaki) yang dulunya diploma pastu degree dia tukar jadi aircraft engineer.
salam saya ingin bertanya. antara course chem eng&bioprocess dan eng technology&process. mana satu lagi okay untuk diceburi. boleh terangkan dari segi peluang untuk mendapat kerja. dan which one more better for girls. saya dalam dillema nak ambik course yang mana untuk degree nanti. please respondd ya. thank youuu
BalasPadam..w'slm, course-course tu dua-dua pun bagus.
PadamKalau nak tahu mana lebih senang nak kerja, cuba tengok subjek apa yang akan hana belajar. saya nak cakap pasal chem ni pun tak berapa reti sebabnya saya major electrical.
Cuma kalau pandangan peribadi, saya lebih suka technology and process sebab benda baru lebih banyak. bio process pun bagus cuma kena tengok juga akhirnya kita akan kerja di mana (kilang bioproses? atau pun research centre).
tak ada beza untuk perempuan atau tak asalkan tak perlu angkat benda berat dan lasak-lasak sangat. perempuan pun boleh kan?
Kak mintak respond..saya nh da nak msk tahun 2 degree bidng elektrik..sy dari matrik jd boleh sy tau..lepas grad nanti apa sijil2 kemahiran yang perlu saya ambil untuk membolehkan saya jadi engineer..?lagi satu kalau saya nak jadi engineer luar negara macam mana?adakah melalui petronas saja?
BalasPadam..salam,
Padamkalau tahun 2, maknanya ada 2 tahun lagi baru grad kan. Pasal sijil kemahiran, itu bergantung kat mana yang kita kerja.
Untuk engineer baru, yang penting kena daftar dengan BEM (board of engineers malaysia) sebagai graduate engineer - selalunya TNB akan tengok benda ni sebab ianya wajib. Boleh tengok dari website BEM universiti apa yang boleh dapat title ni, sebabnya kalau IPTS selalunya tak cukup syarat sebab ada kursus diorang 3 tahun aje di mana sepatutnya minima 4 tahun. Jadi kena ada penambahan la (masters ke apa ke)
Sijil-sijil lain, selalunya tempat kita kerja yang akan hantar kita(ikut keperluan).
Kerja luar negara, tak semestinya melalui petronas. sama je macam apply kerja biasa, cuma di luar negara kena la tengok permit dan visa sama ada kita layak ke tidak. Satu lagi, nak jadi engineer luar negara, pastikan skill teknikal tu betul2 power. Nanti malu pula orang Malaysia :p
p/s: saya lelaki.
huhuhu... i am also an engineer.. baru setahun jagung kerja di company ni..
BalasPadambanyak pengalaman yg saya dapat dari segi human management, technical, how to communicate with different level of people like operator and top management.. nak kata kerja saya di company ni mencabar xla juga bz pn xjgak sbb this is a start up company.. belum completely start lagi la.. bru testing.. tapi yang sedih nye company ni engineer x dlayan seperti engineer.. so ramai la engineer yang keluar masuk dari company ni... kadang2 saya rasa product company ni is engineer sebab banyak keluarannye kan =P.. haha.. just kidding.. hmm.. sebab engineer always in and out they tend to put their trust on Sv.. well biasa la.. sbb diorg setia dgn company kn.. tp jgn la sampai merendah2 kn kami engineer di sini.. oppsss sorry I buat cam sesi luahan perasaan plak kn.. haha.. papepun.. chill engineering field is full with adventure especially in process and design.. peace yo (^.^)Y
Steady!
PadamCamtu lah. sebab engineer memang layanannya macam kuli (itu realiti pahit). Kena sabar banyak-banyak la kan. hehe.
tinggalkanlah nama, boleh kenal-kenal
salam. saya berkelulusan dalam degree teknologi industri (persekitaran). kos ni adalah kos hybrid dimana engineering+applied sains. jadi saya keliru tntg kelayakn kos ini. skop kerja apa yg sesuai utk kos ni? *masih mengangur dan mencari kerja.
BalasPadam..w'salam. boleh saya tahu antara subjek yang sedara/i ambik dulu?
Padamkalau kita dah ada idea baru senang nak bercerita. macam mana dengan kawan-kawan, dah ada yang kerja?
Salam..
Padamuntuk course seperti yg tersebut, anda diperlukan oleh companies yg ingin mendapatkan ISO14000 ENVIRONMENT MANAGMENT.( scheduled waste management, industrial effluent treatment system, air pollution control etc)
Memandangkan each company sangat mementingkan cost reduction, so you can tell them what you have done and what you will do if they hire you in order to ensure good environmental..hehehe
terima kasih tanpa nama 17 september.
Padamharapnya lain kali tinggalkan lah nama. hehe
Hi saya ingin mencari kerja dibwah bidang oil and gas. My name is Azlina. Kalau ada pm i azlina.nasri@yahoo.com
BalasPadamsalam cik azlina,
Padamboleh browse di mana-mana website oil and gas company. perlu diingat disebabkan semua orang nak masuk oil and gas company maka competition sangatlah stiff dan banyakkan berdoa.
cadangan saya, kerja lah mana-mana syarikat vendor oil and gas dulu setahun dua - ambik pengalaman. lepas tu baru masuk syarikat besar.
kalau kita fresh nak masuk terus company besar ni, susah sikitlah sebab diorang cari yang ada experience 5 tahun ke atas, melainkan:
1. anda adalah salah seorang pemegang biasiswa syarikat minyak
2. anda belajar di salah satu universiti minyak negara tu
atau
3. anda ada kabel besar.
selain itu, banyakkan berdoa.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalaam, saya student sem 4 dari gmi dan course yang saya pilh ini ialah dip. Industrial plant maintenance.apa yang pasti course ni still baru lagi disini.jadi saya ingin tahu apakah peluang pekrjaanya dan adakah peluang pekerjaanya sangat terhad? Adakah cgpa 3.2 sudah memadai syarat untuk bekerja memandangkan pointer amat dititik beratkan dalam pengambilan pekerja. Seterusnya,berapa thun masa diambil jika saya lanjutkan peljaran utk bachelor degree dngn cgpa 3.2 and above? Dan bidang apa lagi yang boleh saya pilih yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang ini?
BalasPadamw'salam.
Padambila kita sebut pasal industrial plant maintenance, kerjanya adalah maintenance untuk industrial plant (serius?)
jadi dalam term industry ni, automatiknya kerja tu secara kasarnya merujuk pada penyelenggaraan mesin di kilang. peluang pekerjaan terhad atau pun tidak, saya tak pasti tapi selagi industri tu masih hidup banyak kilang akan dibuka, maka peluang tu akan bertambah.
p/s: kilang tak semestinya tak boleh masuk oil and gas. penapisan minyak/proses pun oil and gas jugak tapi di kilang.
level:
pointer tu penting, tapi yang lebih penting ialah attitude. ada pelajar yang 4.00 sekalipun kalau tak boleh buat kerja, tak dapat juga....
jika sedara sambung degree, selalunya cuma 2-3 tahun saja lagi diperlukan. selalunya kalau di uni yang sama, mungkin 2 - 2.5 tahun. kalau lompat universiti (tak boleh carry credit) mungkin 3-4 tahun.
sijil: technician
diploma :technician/assistant engineer
degree: engineer/lead engineer
apa bidang yang berkaitan, susah saya nak jawab tu.......
Pada pendapat saya lah kn.. jadi jurutera ni bagus n insyallah terjamin..fyi bidang kejuruteraan merupakan bidang yg memberi byk peluang pkerjaan. Xde rezki kt company A boleh pergi company B.
BalasPadamSalam cik Faili,
PadamSaya setuju. Peluang tu banyak tapi bergantung pada jenis jurutera apa. Dan juga walaupun banyak jurutera, kebanyakannya gaji pun takdelah sebesar mana......hu hu hu
Kejuruteraan Mekanikal automasi dngn kejuruteraan mekatronik sma ke?
BalasPadamurm sy xpnh suka engineering.dulu amek sbb abg suruh,katanya engineering byk peluang kerjaya.now dah 2 taun dpt degree.sy degree from obesi,tajaan mara.tp sad,even obesi org xpndg ok kalo result u teruk gila spi 5x fail.atau maybe sy y xde luck lah.but then pastu dpt keje qc officer kt kilang, gaji 1700.taun 2014, y byk brg naik ni, still gaji bwh 2k tau.sgt la xphm dgn keadaan underpaid skg.tp pastu nak ditakdirkan sy gugur,so husband sgt marah sbb keje truk kt kilang.so sy quit.sy stress spi sy downgrade diri sy amek je keje gomen gred spm.ttbe dpt penempatan nun jauh kt kuala terengganu.so husband xbg pegi coz i pregnant balik skg.now im jobless again n no one nak amek keje sbb pregnant. sgt haru sadis la hidup saya. kalo xkeberatan, tlg suggest course master y bkk byk peluang kerjaya bole tak.or amek sijil certificate ape2 la. kalo xde rezeki keje sgt, sy smbung blaja je
BalasPadam..Salam puan tanpa nama,
Padamsedih saya dengar cerita. kalau tak keberatan, tinggalkan contact kat form atas belah kanan tu, mana tahu saya boleh bantu? mungkin bukan cari kerja, tapi mungkin saya ada idea untuk resolve benda ni?
Kalau x jadi engineer, as a site supervisor and gaji yang ditawarkan sama dengan gaji engineer. Adakah ia adalah rejeki? Heheh !
BalasPadamSalam,
PadamItu memang rezeki!
Cuma kita kena tengok jangka panjang, adakah kita akan dapat gaji yang sama lagi 5 tahun, adakah gaji tu akan naik, atau adakah gaji tu akan kekal?
Selalunya kalau site supervisor/technician gaji lagi tinggi dari engineer tu adalah sebab pengalaman. Itu yang mahal.Engineer pun belum tentu ada pengalaman tu :)
hai.. engineer lawat engineer ni.. juz nk sntuh soal gaji.. sbnrnye depend pd kompany.. ok sy civil krja bhgian design cnstrction.. gaji bleh tahan blum 2 thun da 3k lbih plus elaun 4k la.. keje pn rilek.. pkai kmeja semat2 hri2 duk ofis.. srnok.. sume bgntung pda rezki.. smue krja sma je... ade pro n kontra dia.. yg pnting klau da minat redah je..
BalasPadamSyukurlah. Memang bergantung pada company kalau kerja swasta.. Cumanya, tak semua yang bernasib baik macam kita, huhu
PadamSalam , Saya nk tanya , kalau dah ada DKM Eletrik Kuasa nie , Boleh kerja kat mana ? saya tak thu ke mana hala tuju ? Boleh Ke kerja dipelantar ? atau kerja didarat ? Boleh jelaskan , Kerja Eletrik Kuasa gaji dia berapa eyh ? ,Kalau Ambik sarjana muda , boleh jadi engineer ? atau kuli lagi ? hehe
BalasPadamWslm,
Padamboleh jadi technician TNB. banyak peluang kerja tu sebenarnya. Darat boleh, pelantar pun boleh. Lebih bagus kalau ada sijil chargeman untuk technician. Engineer jarang-jarang ada sijil ni sebab selalunya engineer buat paperwork dan hanya turun supervise technician.
Kerja hands-on selalunya technician yang buat.
Engineer pun kuli juga. Tapi kuli level 2.
haha
Kalau gaji sound engineer anggarannya berapa?? Berapa tahun kena belajar kalau ambik bidang ni??
BalasPadamSound engineer...Saya tak pasti dalam bidang akustik muzik atau pun purely engineering.......
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam. saya di tahun akhir "Diploma Kejuruteraan Kimia". Klau nak terus kerja, boleh jadi Penolong Jurutera la yea? Saya terbaca info satu ni mengatakan sekarang ni gaji Penolong Jurutera sama je ngan Juruteknik around 1800++ fresh grad. Betul ke? Selain Penolong Jurutera, jwtan ape lg yg layak dengan Diploma Kejuruteraan Kimia ni? gaji pekerjaan yg bertitle 'engineering' mmg mahal ke?
BalasPadam..waalaikumussalam.
PadamKalau dah ada diploma, saya cadang lebih baik kalau sambung degree terus. Kebanyakan kawan saya yang kerja lepas diploma, akhirnya akan buat degree separuh masa. Tapi tak kisahlah nak sambung terus atau kerja dulu baru sambung, asalkan sambung.
Apa yang sedari cakap tu memang betul. Diploma adalah sama title dengan penolong jurutera. Cuma kita kena tengok dari segi persaingan pulak. Kalau degree pun bersepah-sepah tak ada kerja, adakah tak mustahil sekiranya kerja yang untuk diploma tu pun disapu oleh orang yang ada degree? Dan soal berapa gaji tu, boleh check pada portal SPA. selalunya gaji yang ditawarkan tu adalah standard. lebih kurang +-200 gitu je beza tengok tempat.
Gaji pekerjaan yang ada title engineer ni takdelah mahal mana, Bergantung juga pada industri apa yang dia kerja. Dan juga bergantung pada syarikat. Satu lagi, engineer professional pun gajinya mahal juga. Yang engineer biasa ni takdelah mahal sangat....
Salam.
BalasPadamSemasa degree saya ambil engineering, but then bila pursue master, di offer pula science. To be honest, saya rindukan engineering field lagi although our basic as engineer is not too strong compare to the scientist. Tapi benda yang mencabar tu la yang menarik minat saya daripada duduk dalam lab buat analysis sampai tak balik rumah.
..waalaikumussalam
PadamNak masuk field memang rindu. Kerja yang lasak begitu.
tapi makin lama kita kerja, makin berubah skop kerja.
Mungkin kerja yang dulu turun padang, kerja sekarang banyak meeting
Mungkin juga kerja sekarang banyak sign paper je....
Itu semua rezeki.
Salam, sy nak tau prospek kerjaya safety plus engineering. Sy ada diploma teknologi marin,dan sdg belajar d tahun 2 kejuruteraan elektrik secara pjj di utm. Sy juga akan mghbskan ijazah safety . Jd dlm tempoh 5 tahun dr skrg sy akan memegang dua ijazah dan satu diploma. Berbalik kepada soalan sy td, wujudkah bdg kerja yg menggabungkan kedua bdg ini. Tq
BalasPadamSedang bekerja sebgai teknisyen
Waalaikumussalam,
PadamSoal wujud tak wujud tu saya susah nak cakap secara detail.
Tapi saya boleh jamin yang seseorang yang kerja untuk safety, lebih cerah peluangnya sekiranya ada background dalam engineering. Knowledge is power!
sy goggle tajuk pasal lari bidang ni psl suami sy... ttibe tbuka topik ni plak... suami sy dulu bekerja sbg jr M&E engineer UEM setelah tamat pengajiannya, tapi setahun lps tu dia quit.. sbb dpt offer bidang related dgn course nya.. iaitu Electrical Power system. Hakikatnya, kerjanya menjadi mcm kuli... pergi site jam 2 pagi, shutdown, projek kabel masuk hutan..projeck transformer siang panas.... jika jd M&E dulu byk masuk site construction... sama juga... tapi lebih kepada construction orientated....check site.. bukak pelan.. supervise pekerja....skrg kerjanya pada sy sgt hardcore....hakikatnya suami sy hepi dgn apa y dia buat.. cumanya sy tidak gemar melihat dia trpaksa jadi mcm kuli batak... Dan baru2 ini dia mndpt interview lari bidang berkenaan syarikat farmaco y memerlukan sorg engineer. So berbalik kepada isu itu, mmbuat sy terfikir.. adakah peluang bagi suami sy dpt kerja itu... walaupun ianya agak lari bidang? seorang engineer boleh lari bidang jadi engineer lain field juga kan?
BalasPadamSalam puan,
PadamBoleh aje. Jujurnya saya pun bidang power. Tapi sekarang dah tak buat kerja kuli lagi lepas lompat management.
Tak kisah untuk engineer ni lompat bidang. Cuma yang jadi isunya, kita punya corporate ladder tu puncaknya di mana?
Selalunya kalau bidang M&E, kita jadi project engineer, lepas tu senior project engineer, pastu mungkin jadi lead engineer, lepas tu maybe project manager dan seterusnya.
Kalau kita tukar ni, adakah kita kekal di tangga sama, atau pun kita naik/turun? itu kita tak tahu. Tapi, kalau gaji yang dikejar lebih dari sebelumnya, tak kiralah mana-mana pun. Lebih baik pangkat rendah gaji tinggi dari gaji tinggi pangkat tinggi sebab tanggungjawabnya pun berat.....
salam admin..
BalasPadamsaya budak baru belajar huhu..Mnggu hadapan saya perlu hadir IV untuk anak syarikat petronas untuk position sales engineer...Saya ni fresh grad..bnyak dah company yang saya apply tapi diorang jawab nak yang ada experience..so saya gagal IVs tu..atau mungkin faktor saya sendiri x perform.. Saya memohon jasa baik admin untuk bagi saya tips2 untuk lepas IV kali ni.... Background saya electronics instrumentation...Boleh admin describe lebih detail untuk sales engineer jobscope?TQ..Harap admin reply
Wslm.
PadamSaya baru aje baca komen yang ni. Saya sibuk, jadi baru dapat buka..Harapnya dah lulus la ye.
Ini ada sikit tips:
1. Memang selalu alasan company taknak ambik kita sebab takde experience. Soalnya, kalau semua kerja tak dapat, camne nak ada experience?
2. Jawapannya, ada dua step. yang pertama, resume tu kena meyakinkan. Once resume dia dah baca, dan dia DAH PANGGIL INTERVIEW, MAKNANYA SELANGKAH KAKI KITA DAH SELAMAT MASUK.
ada yang interview pun tak dapat, tu lebih malang. Kalau dah dapat interview, itu menunjukkan company dah ada minat dengan kita. Jangan buat spoil...
3. Dalam interview, macam biasa, muka kena yakin. Lebih-lebih lagi untuk position sales yang mana kita kena confident, dan ada fakta untuk jawab soalan yang mungkin ditanya. Kuncinya, come prepared. Bila kita dah ready, takde masalah nak jawab dan kita pun yakin aje,
4. Fahami bidang apa yang kita apply tu, Yang ni selalunya lebih spesifik jadi saya pun tak dapat nak tolong lebih.. Cuma, kena baca, baca dan baca, Kalau katalah kita nak terangkan sesuatu tapi tak pasti, boleh mula ayat dengan:
"Correct me if i am wrong, _______" Jadi kalau tersalah pun interviewer tu akan fikir kita ada manner yang bagus.
5. Sebenarnya untuk position fresh graduate ni, memang interviewer dah tahu tahap mana knowledge candidate diorang, Jadi buat salah tu tak apa.
Kalau tak tahu, cakap tak tahu dan lebih bagus lagi kalau dapat janji pada dia kita akan cover apa yang kita tak tahu.Jangan menipu dan tunjuk pandai dan cakap terlalu banyak
(sekiranya kita ni dalam group discussion) semata-mata nak tunjuk kita ni lebih ke depan. Pengalaman saya banyak kali orang macam ni, tak lepas. Sebabnya......bos tak nak seseorang yang nampak terlebih pandai dari dia.
Psikologi bos pun kita kena fikir juga. Kuncinya, sederhana, ringkas, tepat dan pantas.
Banyak lagi sebenarnya tips dia. Tapi sebenarnya tips2 ni tak perlu diikut 100%, Yang penting pembawaan diri kita, biar kemas dan meyakinkan. Senyum selalu.
Jangan lupa baca doa, dan mintak doa ibu bapa juga. Semoga berjaya
hehhehe tq2 :)
PadamAlhamdulillah, saya dah lpas IV tu..dia dah offer saya krja sbg sales engineer..
tapi saya duduk sebelah utara n tempat kerja dekat KL..xmnjadi masalah sebenarnya..tapi dia offer gaji RM2000 basic n elaun minyak RM500..perlu ada knderaan sendiri untuk jmpa client..
Apa pendapat En zarin? Kalau betul2 ikut minat saya, saya nak bekerja di bahagian instrument/control job... ada yang saya dengar, kalau ambil sales engineer ni rugi sbb kurang experience technically....
..dah dapat keje?tahniah!
Padamlepas ni boleh baca post saya pasal kereta dan juga pasal takaful. rancang kewangan dari sekarang. post pasal kereta tu ada gaji yang lebih kurang sama... kalau nak takaful boleh ambik dengan saya.
utara di mana? cari tempat tinggal, kirakan kos semua sekali, adakah berbaloi.
kalau ditanya saya, saya akan suruh ambik aje dulu. bila dah masuk kerja ni baru kita tahu bidang tu sesuai ke tak dengan kita. kalau sesuai, boleh stay. kalau tak sesuai, kita akan nampak tempat yang kita boleh pergi sebab kita dah kenal ramai orang.
lepas tu jump slow2. insyaAllah gaji tu akan dapat cover balik. kerja sales ni ada komisen atas jualan tak?
Assalamualaikum cik zarin..
PadamMaaf.. lama beno menyepi..hehehe... end up saya x keje :'(.... saya pikir kos and pembawakan diri saya di sana.....nasi dah jadi bubur... last2,saya apply keje dekat ngan area rumah saya saja... saya duduk taiping ni haa :)
waalaikumussalam cik tanpa nama (apa namanya ni)
Padamada cari kerja lain tak bila dah tolak yang tu?
dah jadi bubur takpe. pergi tanak nasi lain. hehe
Akak, sy dpt kejuruteraan alam sekitar dkt Poli, nnti klau saya nk sambung degree ke bidang kejuruteraan lain seperti civil boleh ke? sy cuba utk google psl bidang ni tapi sgt limited information yg diberi, incase klu akak tahu kan..
BalasPadam..Salam,
PadamUntuk soalan ni, jawapannya bergantung kepada uni/kolej yang sedara sedang belajar tu.
Ada setengah universiti memang membolehkan untuk tukar major (lebih2 lagi uni swasta). Ada juga uni yang agak strict dan tak boleh (selalunya uni awam). Untuk poli, saya susah nk buat kesimpulan.
Adalah lebih baik tanya pada bahagian HEA (hal ehwal akademik) poli tempat sedara belajar. atau boleh juga jumpa dekan untuk maklumat lanjut.
wallahualam
oh ya, saya ni lelakiiii
Padamsorry abg !!! pertanyaan terakhir, abg rasa ada prospek tak kerja dlm kos ni?
Padam..takde hal. ni bukan kali pertama.. -.-"
Padamprospek tu susah sy nk ckp. kerja tu ada aje. cuma dlm masa 3-4 tahun lagi macam macam boleh jadi. dah tanya HEA ke boleh tukar atau tak?
Boleh cite pasal boilerman x? Dengar cite hari tu masa kursus cidb penceramah tu ckp for 2nd gred officer gaji 9k betul ke? Tp bila google average 2k-3k je. Sy student mech eng.
BalasPadamSalam,
PadamKalau kerja atas offshore ni saya tak arif sangat. Saya lebih suka downstream daripada upstream sebenarnya...
Boleh tanya pada yang lebih tahu kalau untuk itu,.
asslamualaikum. sy budak spm thun ni. abg, sy nk tnya. sy sngt2 brmnt nk msuk kjrutraan proses(petrokimia). ttpi sy bkn bdk sains tulen. & sy xda asas dlm fzik atau kimia. elektif yg kmi bljr pun; ekonomi asas, prdgngn & reka cpta. kira nak ambk poli lps dpt result. tpi tkut x mmnhi syrt la pula. adakah ini akn mmprnghi bdg yg sy nk smbung bljr nnti?
BalasPadamwaalaikumussalam,
PadamSPM tahun ni ya? Kira tengah exam la ni?
Sebelum tu abang doakan semoga berjaya.
untuk soalan tu, ceritanya macam ni.
Ada banyak laluan untuk ambik kejuruteraan proses, petrokimia tu.
Yang pertama, kalau background bukan pure science, jujurnya susah sikit nak buat engineering disebabkan requirement tak cukup. Cuma ada beberapa universiti yang boleh terima walaupun berlainan background. Boleh check kat mana-mana website uni tu. Untuk poli mungkin boleh pergi ke website KPT. Kalau dia punya requirement tu general (takde sebut pasal specific elektif) boleh la apply.
Atau pun untuk lepas SPM, boleh cuba tengok Instep di bawah Petronas. Jalan yang ni selalunya kita akan start dari bawah dulu pastu naik slow slow.
Soalnya, dulu tak minat ambik sains ke camne? Senario yang biasa ialah, budak sains lompat ambik sastera/perdagangan/akaun masa di Uni. Kalau dari tempat lain nak lompat ke sains tu jarang sangat berlaku sebab requirement dia tinggi sikit....
Semoga berjaya dalam SPM!
insyaAllah. aamiin :)
Padamha ar. tngh exam. ada 4 paper lgi tinggal.
hmm mmg minat sains ttpi oleh krna kputusan pmr dlu x brpa mmuaskan dpt la msuk kls ke-2. agak frustrated juga la msa tu x dpt msuk kls pure science. & msa tu mmg x tau apa dah hla tju lps tu. hnya twakal & akhirnya hti pun trbuka nk ambil bdng engineer ni.*agk trksan juga la dhati engineer dktakan kuli*haha
start thun lps sy study smart. tpi mslahnya sy sngt lemah dlm math even dah cuba untk bljr minat. soalan spm thun ni pun hmmmm _____
dlm pd itu, slain minat sy juga ambik bdng engineer sbb pluang pkrjaan. apa pndgn abg?
Tak perasan pulak dah ada reply.
PadamBoleh aje kalau minat. Cadangannya, tunggu result ni keluar macam mana. Apply ikut kelulusan.. Takut nanti apply tak dapat, kecewa je nanti..
Math tu penting kalau nak jadi engineer. Masa belajar je susah, Dah kerja, satu apa pun tak guna -.-
owh, baiklah :)
Padamlgi stu, sy sllu dgr x rmai prmpuan yg bkrjaya sbgai engineer. adakah ini dsebabkan fizikal mreka atau dri segi minat?
Itu soalan yang subjektif.
PadamMaka jawapannya pun saya kenalah subjektif. kalau pukul rata nanti ada feminis tak puas hati lalu keluarkan kenyataan, "Apa yang lelaki boleh, perempuan pun boleh...."
Baik, fizikal tu satu, kebanyakan kerja engineer terutama yang servis memang kena banyak bergerak, kena panjat tangga, turun tangga, kena angkat barang berat2..
Jujurnya perempuan pun boleh, cuma mungkin tak berapa selesa sebab fizikal banyak, nanti peluh apa semua (faham sendiri ya).
Kebanyakan perempuan yang jadi engineer, lebih kepada design/manufacturing/project yang lebih memerlukan mereka buat paperwork. Kalau kena kerja fizikal pun cuma bila kena pergi site visit aje. Lain-lain, takde.
Satu lagi kena ambil kira keperluan suami/anak-anak lepas kawin...
Tak ada masalah dari segi minat. Cuma nature kerja tu sendiri memang mencabar. Tapi takde masalah, kan?
Apa lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat
Kala msa diploma ambik diploma kemahiran malaysia elektrik boleh ke msa degree ambik kejuruteraan elektrik?
BalasPadamsalam,
Padamtengok pada syarat kemasukan degree uni yang tersebut. lebih baik hubungi terus universiti untuk maklumat lanjut.
Salam.Saya meminati bidang enginering ni tetapi saya hanya seorang budak sekolah.Selepas tamat spm bidang engenering apa yg sesuai untuk budak lepasan spm macam saya?
BalasPadamSalam Mior,
PadamBidang apa yang Mior minat? dia bergantung pada minat, dan jugak result SPM. kalau fizik, kimia, math, add math power, boleh la apply IPTA.
Kalau tak berapa power tapi teringin juga, boleh lah apply IPTS. cuma mahal sikit la yurannya.
Kalau biologi power, cubalah jadi doktor. hehe
salam..
BalasPadamsy student aviation..
what is your opinion about aviation?
w'slm,
Padamaviation, sangat bagus. boleh kerja di mana mana tempat dalam dunia kalau ada lesen yang sah,.
teruskan, jangan berhenti
Salam,,
BalasPadamsy pun nak tahu pndangan abg zarin mengenai bidang Aircraft Maintenance Engineer ni.. apa yg sy thu perlu ambik LAME slame 4 thun stgah to 5 thun dkat MIAT,MATA, APR,APFT or DTS/METC. Abg rasa peluang pekerjaan untuk kos ni luas x di Malaysia..sy sbnarnye risau nak ambik kos ni tapi minat tu mmg kuat la dalam diri ni..so makne nye lepas habis belajar kos ni saya just boleh apply kerja dengan airlines je lah? or abg rasa ad peluang pekerjaan yang lain dalam bidang kejuruteraan ni? Betul la macam abg ckap bidang ni mmg akan main kotor punya la but yet it is enjoyable work dealing with those aircraft kan..Harap abg dpat bagi pndagan skit..Huhu..
Thanks :)
W'salam,
PadamOkay, pasal aircraft engineer, jawapan abang pendek aje.
Teruskan. Masa depan cerah.
Kerja memang teruk, ada shif, kerja pun kotor. Tapi cert/sijil maintenance tu terpakai seluruh dunia. Jadi bukan hanya kat Malaysia, tempat lain pun boleh pergi bila dah ada hands on experience.
Gaji pun boleh tahan :)
Tapi buatlah sepenuh hati kerana minat, bukan kerana wang.
Orait, thanks abg zarin for da advice n opinion ! :) really appreciate it.
PadamSaya pun merupakan seorang engineering. Sye brminat mmbaca apa yg dkongsi tu. Apa yg dkatakn sumenya btul. Bg pndpt sye sndiri, engineer bkn la satu cita2 yg mudah. Kena brhdpan dgn plbagai cabaran. Hnya yg sukakn cabaran ja yg bule pegang cita2 ni. Apa2 pun, gd luck kpd sluruh engineer dn kpd yg bkal jd engineer tu, brsedia la utk hdapi cabaran yg lbih mncabar di alam pkerjaan nnti.
BalasPadamSalam,
PadamBetul, memang tak mudah. Kena kentallllll.
Dan jangan lihat pada kewangan. Kerja dengan bagus, yang lain akan datang sendiri inshaAllah.
Salam...
BalasPadamSya nk tnye pendapt abg dlm bidang ukur tanah..sye pon bru grad dip dlm bidang nie..lgi satu klu diploma boleh ke nk try keje kt offshore..
Tahniah pd admin/ zarin yg buka blog ni..seronok juga baca post engineer2 dalam ni...good luck to all...semoga Berjaya dan teruskan kongsi2 ilmu & pengalaman macam ni mmg excellent...
BalasPadamTerima kasih!
PadamAdmin cuma saya sorang.
Sebab tu update setahun sekali (ini perumpamaan)
Haha
Terima kasih sekali lagi dan harap bermanfaat!
Btul ke apa yg sya dngr jurutera petroleum krja outstation memang byk bnding masagan kluarga
BalasPadamSalam,
PadamItu terpulang pada skop kerja. Kalau kerja tu tak perlu outstation, maka takdelah. Kalau yang offshore pula, most of the time memang 70-80% of the time travel atau pun berada di atas laut.
Btul ke apa yg sya dngr jurutera petroleum krja outstation memang byk bnding masagan kluarga
BalasPadamSalam Zarin,
BalasPadamnak tanya pendapat.harap dapat jawab. Saya dapat 2 job offer. 1 project engineer dalam cosntruction, 1 field service engineer dalam ong. Kalau saya masuk construction, bilh masuk oilngas tak? Sekarang kerja dengan company kecik oil n gas.
Waalaikumussalam Mat.
Padam1. Kalau masuk construction, tengok juga kerjanya buat apa. Kalau ada berkaitan (piping, hot tapping, power, structural) mungkin boleh lompat. Selalunya memang dia nak yang dah betul2 experience focused pada OnG.
Sebab tu nak masuk tu bukan senang. Kalau dah ada peluang jadi field personnel, join je dulu. Kemudian perlahan-lahan lompat skop
salam bang,
BalasPadamsaya mengambil kos electrical engineering (power) dan skrg still study for my degree. boleh sy tahu tentang kursus2 yg ad dekat malaysia ni yg boleh membantu kerjaya sy nanti ?
for engineering, adakah experience lebih penting sebab sy masih dalam delima untuk meneruskan pelajaran ataupun mencari pengalaman.
Waalaikumussalam Faez
PadamDilema ni, sama-sama kita pernah rasa. Nak kerja cari pengalaman, atau pun sambung study?
Baik.
Ada dua jalan. dua-dua bergantung pada apa yang kita nak buat seumur hidup ni. Kalau buat separuh-separuh, rugi. Boleh buat dua dua tapi ambik masa dan pengorbanan yang bukan sedikit.
1. Sambung belajar.
Kalau sambung belajar, masters selalunya ambik masa 1.5-2 tahun ikut speed sendiri. Lepas masters camne? nak kerja atau nak sambung belajar? Ini pun tricky.
Kalau nak kerja, tak ada siapa nak ambik budak masters kerja bayar gaji masters. Standard gaji yang akan kita terima adalah sama macam degree biasa. Cuma mungkin nak naik pangkat tu cepat sikit sebab ada kelayakan. Yang bayar gaji ikut kelayakan cuma kerja kerajaan atau jadi pensyarah.
Kalau dah jadi pensyarah elok lah sambung PhD terus. Baru betul2 stabil.
2. Kerja dulu ambik pengalaman.
Ini jalan yang saya ambil. Sama-sama susah. Tapi yang ni bukan belajar syllabus, tapi kita belajar pasal hidup. Pasal cara nak handle orang. Pasal cara nak handle tekanan. Dan yang paling penting, pasal duit.
Kalau dari sini nak jadi lecturer pun boleh. Kebanyakan universiti, kalau kita dah ada IR lalu mintak jadi lecturer, terus boleh jadi senior lecturer. Sebab kita ada pengalaman industri.Kalau nak belajar sambil kerja pun bagus. Tengok pada masa kita ada atau pun tidak.
Fikirlah masak-masak tentang apa nak buat.
saya masih dalam diploma electronic eng .
BalasPadamboleh tak time degree nanti saya tukar kepada electrical eng ?
boleh!
PadamSalam..tmpa brtnye ea bang..sy tjebak dlm bdg engnrg ni ats suka2 cuba dulu..dip sy mech n now degree elctrcl n elctrnc tahun akhir..cgpa just2.7 below..andai kate sy tk nk kluar jd engineer bidg ap yg sy bleh jump dgn cert yg sy ade ni...ade yg kate amik MBA bleh msk managmnt ade yg kate bleh msk bank..so sy mohon pdgn pd yg brpnglmn ea...trima kasih
BalasPadambang boleh tanya tak ? bole eh kalau dari mechy pegi ee ? senang taknak bawak ?
Padamlast cgpa untuk dip dulu berapa ?
#sisconpius
EE n ME jauh beza pembelajaran ...ee n lebih kpada math tinggi mcm calculus..kalo adik mnt addmth insyallah awk boleh bwk ee terutamanya hons comunication n control..sy hon power n lebih blajr electrcl machine n power genertion...syart nk jump pun kbnykkn nye perlukn 2.5 ke ats je..sy grad dip dulu 3.20 je..ape2pn kesungguhn awk..nsht sy kalo awk nk jump ats suka2 baek awk truskn me saja..sbb sush bila kita tkde basic yg bnyk tuk bdg baru kita jump..dr pnglmn sy kita kene work hard bh dr classmate yg laen..apepn gudluck ea...
PadamSalam Boy Ariff,
PadamKalau tak nak jadi engineer, banyak lagi boleh dibuat. Cuma kenalah pandai market diri sendiri. Selalunya untuk posisi sales, tak kisah kelayakan apa pun dia akan terima. cuma kita pulak tak berapa nak.
Kalau nak masuk management, sebolehnya ambik pengalaman dulu, lepas tu slow-slow masuk. Kalau kita engineer tapi masuk bidang yang macam management, selalunya boleh laku asalkan kita ni cukup inovatif dalam buat idea baru, Kiranya buat kerja orang biasa, tapi buat engineer punya style. gebang la sikit kat majikan tu kasi dia nampak kebolehan kita,
kalau kita ni pun sama/lebih teruk dari orang lain, maka tak ada guna pun
Tanpa nama (lain kali tinggal nama ya),
PadamDulu saya diploma tak berapa power pun. 3.11 aje. belajar engineering kat IPTA memang tak mudah, tak kiralah berapa banyak duit yang kita ada pun, kalau gagal tu, gagal jugalah.
Saya boleh kata...untuk mechy mungkin lebih mudah nak visualize. sebabnya belajar benda yang nampak dan boleh bayang.
EE susah nak bayang, dan tak boleh nampak..
Tapi kalau dah minat, senang juga. Kalau power math boleh masuk EE.
Tapi mechy pun cerah juga peluang. Tak minat ke?
As Salam,
BalasPadambanyak info dan perkongsian kat cnie...mmg bermanfaat..
2015 onwards mungkin industri akan terkesan ckit dengan kenaikan2 due tiga benda yg sme x dpt lari...so pada yg fresh graduate jgn demand n pilih kerjaya
ape yg penting gain experience dl...hehe gud luck
waalaikumussalam,
Padambetul tu. memang tahun cabaran, dan industri oil and gas pun terjejas jugak tu. sebab harga minyak dah jatuh, maka OnG company tak berapa nak ambik orang sebab untung tak banyak.
jadi janganlah memilih, dan banyak lagi peluang selain OnG ni.
As-salam..kebetulan terbaca plak entry ni..mmg menarik entry ni..nk berkongsi sedikit kisah & hala tuju kehidupan aku ni..skop engineering ni sgt2 meluas..mcm aku no dah kira rojak..company aku main sebat je projek tak kira la construction ke,oil & gas field such as vessel, platform & so on..so mmg penat la perah otak kow2 buat design dgn gaji yg teramat ciput..aku baru keje 2 tahun stgh mcm tu..starting from certificate then continue stdy in diploma..after that further stdy amek course advance diploma..aku ni time skola tak pndai langsung..skola pon ponteng..that's why ramai mmber2 aku terkejut aku jadi project engneer skrg ni..hehe..1st company aku involve in fabrication..buat tangki semua tu..mmg tahap nk botak kepala la penangan ari2 nk kena pikir..aku dah handle bbrapa projek besar dgn jayanya antranya setup line perodua,setup machine kilang besi & buat tangki2..gaji tak besar mana..rm3k je pon..tpi aku ni bodoh time skola jek,lepas aku da kerja mmg aku suka mengkaji..kena mrah & kena maki dgn boss tu dah tepu otak aku..tapi disebabkn aku terlalu minat mengkaji,aku keje tmpat lain dlm bdang oil & gas..tu pon gaji ciput jgk..dgn smngat yg tinggi,aku register company & aku buat R&D sendri..now 1st projek aku kena design machine..client aku nk save cost so dia suruh aku design..kalo beli baru machine tu rm300k..ni 1 permulaan bgi aku & aku buat part time..at the same time aku makan gaji pastu aku cari projek sndri utk my own company..aku nak gain knowledge dlm fabrication + design + material..mana tahu 1 day aku bkak kilang sendri kan..inshaAllah..engineer mmg memenatkan..mcm aku ni buat 3-4 keje 1 masa..tpi 1 day aku yakin aku akn berada pada tahap yg ckup selesa..doakn yer kawan2.
BalasPadam..ameen..
PadaminshaAllah. kalau dah minat ditambah dengan usaha, pasti satu hari akan berjaya!
Abang nak tanya nii
BalasPadamSaya ni baru lps spm...lps ni cadang nak amik bidang engineering...but not sure yg mana...mmg minat pun bnda mcm tu...addmath fizik semua...tapi masalahnya ayah tak kasi....katanya bnyk engineer yg tak kerja..betulke???..kalau betulkan kos engineering yg mana masih bnyk peluang pekerjaan
BalasPadamsalam alif,
Padambaguslah dah ada cita cita. setakat mana cita cita tu?
adakah jadi engineer sebab sekadar nak dapat kerja, atau jadi engineer sebab ianya memang passion/minat dalam darah daging?
kalau betul2 minat, jalan akan sentiasa ada. jangan risau.
engineer yang ramai tak kerja, ada macam macam sebab.
ada yang tak sesuai ambik engineering tapi ambik sebab orang lain ambik. akhirnya result tak power, orang pun tak ambik kerja.
ada juga yang result power, tapi bab hands-on, barai. orang tak ambik kerja jugak.
ada yang result tak power, tapi minat dia mendalam, dia boleh lebih berjaya dari orang yanh result power.
kenal zulkifli haron? jadikan dia idola anda.
salam. nama jack. tu nama panggilan. orgnye melayu. bekerja sbg engineer di company rnd. mostly kerja design, analysis, calculation. senang cite ap yg belajar kt U dlu, guna balik.
BalasPadamPassion aku, nk kerja ong. bunyi cliche, haah. aku nk kerja ong bcz i want that damn ridiculously high salary. aku nk gaji besar. duit yg byk utk support family.
Sblm aku kerja kt company skng, aku dh iv kt company ong. bukan sekali, lbih dr skali. sampai last stage dh pn ad. and that comp is one of the big 4 in ong. aku gagal sumenye. tp aku xpnh putus asa.
Ap yg aku nk bgthu kat sini, i love my job so damn freaking much. sbbnye aku keje bnda aku minat. kalau masa undur balik n diberi pilihan amik course lain, aku ttp akan amik engineering.
Engineering is fun. you learn something new everyday. u think out of box every single minute. That feeling when u find a solution for the big fat problem, its worth.
Engineer ni bukan lah KULI. We are the PROBLEM SOLVER. Jgn pernah melabelkan kerjaya engineer ini serendah itu. kita study selama 17 tahun utk bergelar engineer, tak mudah sepatutnya utk kita tukar profession. do not give up. live in your passion. live in your dream.
Mungkin gaji engineer xbyk, but if u do know how to use your knowledge, you can make a big bucks out of it.
Appreciate every single knowledge that you learn in University. Do not waste your knowledge. Do not give up on your knowledge. Do not compare yourself to the others. Dont be shitty engineer who only want high paid but work less. Dont be pampered engineer who cant accept high workload or hate the job itself. you promised them a beautiful fairytale about your talent in the interview and now you giving shit by working like childish little girl in their company? and lastly, Do not embarrass us all engineers.
jack,
Padamkau memang steady!
apa yang kau cakap tu betul belaka. aku setuju
Ni mau share pengalaman ni selama saya kerja...saya seorang civil engineer....saya start sebagai site engineer di site construction (maincon / developer). baru masuk cuma 2k saja..awal2 memang tak cukup gaji tu....semua kena jimat, lunch and dinner kadang2 kena tunggu bos subcon belanja kalau tak kena makan nasi bungkus yg rm3 saja tu....tapi saya tahan sampai project habis. dalam 2 tahun tu, company ada naik juga gaji dua kali tapi masih sikit saja.. (rm200 per year). tapi yg best jadi maincon ni, saya dpt kenal ramai bos2 ni...bila project habiz saya lari company baru lagi...(specialist) gaji jauh tinggi (5k sebulan)...position tinggi..construction engineer....tapi bila dibayar tinggi tanggungjawab pun banyak...saya kerja juga 2 tahun lebih dgn bos saya tu....(bos cina ni selalu saja suka marah2 orang...untung pun marah sebab tak cukup banyak, rugi dia salahkan kamu buat dia rugi)...kira tak happi kerja di sana....lepas tu tukar company lagi masuk consultant...gaji lebih rendah dari contractor tapi ikut office hour dan saya suka2 sangat kerja sama bos baru saya ni (bos nya melayu)....skg baru saya tau walaupun gaji besar tapi tahap stressnya tak berbaloi.... bagi kawan2 yg mau gaji besar boleh cuba subcon(specialist tapi kerja 24hr 7hari)...mau banyak kenalan dan kantao masuk maincon/developer (future boleh buat business sendiri)...mau senang dan tambah ilmu masuk consultant...yg saya mau ingatkan...saya tambah 20kg sebab stress kerja dan skg saya lebih rela gaji rendah sikit tapi tenang dan happy... saya bukan tak bercita2 tinggi mau cari duit banyak...segala perlukan diut tapi duit bukan segalanya....
BalasPadam..terima kasih atas perkongsian.
BalasPadameloklah jadi panduan pada anak muda yang baru mula nak kerja dan semangat tengok $$.
orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari pengalaman dan kesilapan orang lain.
sebabnya kita takkan hidup cukup lama untuk ulang semua kesilapan itu sendiri
Salam
BalasPadamSy ni baru hbis blajar dn dpt offer interview dekat samsung sebgai engineer qc..apa yg sy perlu tahu ada tip2 yg boleh bantu sy?
Dlm email siap suruh bawa calculator itu yg naik seram huhu..
Harap dpt membantu tqqq
salah satu rakan baik engineer itu adalah kalkulator. kalau anda seorang engineer , kalkulator xkn buat awk jd takut. btw, utk qc actually nothing to be afraid of. just thu sal inspection bcause biasanya qc ni ditempatkan last skali slps assembly. SOP sume tu kena thu la. pa
PadamBaru practical dah belagak , hahaha
BalasPadamBoleh listkan competency certificate untuk mechanical eng dengan rate gaji?
BalasPadamAssalamualaikum....saya ingin meminta pendapat...anak saya SPM 2014 dalam bidang mechanical Engineering di Sekolah Menengah Teknik dan top student di sekolahnya...Minatnya pada AirCraft Maintenance..tapi terkini kami diagnoise dia ada minor colour blind....adakah peluangnya dalam bidang engineering or aircraft maintenanace wujud?...Saya pula lebih minat sekiranya dia melibatkan diri dalam bidang safety...sya menggalakkan dia terus belajar di bidang safety...tetapi suami saya berpendapat di perlu mengambil engineering juga dan jadikan safety sbg sijil tambahan as added value...apa pamdangan saudara?
BalasPadamJangan sia-siakan bakat anak puan. Dia blh pegi lagi jauh tu dlm bidang kejuruteraan. Cadangan suami puan sgt tepat skali. do not pressure anak puan. biarkan dia buat pilihan sendiri.
Padam..salam puan,
Padamcadangan saya, pelbagaikan kemahiran. kalau semata mata bergantung pada salah satu, payah juga sebab persaingan.
jadikan dia engineer dulu supaya dia boleh pupuk kemahiran berfikir macam engineer..selalunya engineer ni pikiran lain sikit style dia.
apa pun, bergantung pada minat dia jugalah. tak guna di paksa. saya dulu pun dipaksa. hehe
Salam,
BalasPadamsekarang juga bkerja sbg seorang engineer disebuah syrikat telco(operator).
ap yg sy perasan, nma jawatan sy engineer d deprtmnt oprtion, tp kerja sy buat x ubah sprti seorg pkerja d cll centre.
bkerja shif mlm/siang 12jam.menjawab paggilan. mnjawab email customer.mnitoring alarm.
sy sudah lebih 3 thun bkerja d situ dgn gji setiap bulan boleh capai 3.4k termasuk elaun atau lebih jika OT.
ap yg merisaukan sy ialah
1.berbaloikah sy mneruskan kerjaya dlm bidang ini?
-sy risau experience yg sy gained from current cmpny will not be valuable skirany sy ingin jump to other comp.
2.gaji yg ditawarkan memg agk tggi bg pndapt sy untk skrg.
skiranya sy ingin jump cmpny(selain telco), berbaloi ke sy jump if gji ditwrkn adlh lebih rendah.
3.apkh bidg engnrrg lain yg encik zaren bleh sggest utk sy.my dgree is in electrnic communication.
..salam,
Padamada beberapa faktor jugalah yang perlu diambil kira.
job scope tu macam mana? adakah kerjanya ada kaitan dengan technical support? ataupun sekadar jawab call sambung pada org lain?
kalau technical support tu berbaloi jugalah sebab mana2 telco pun ada. kalau bukan telco company pun, IT support company akan ada yang pakai, terutamanya yang banyak base kat cyberjaya tu.
tapi kalau bukan, maka eloklah berhijrah untuk development. bidang apa? banyak. boleh buat field service, boleh buat product development etc etc.
kalau soal gaji, ini bergantung pada keperluan masing masing. kalau nak jump masa masih belum 30 tahun okay sangat. kalau dah banyak komitmen, fikirlah masak masak. tapi kalau prospek kerja baru tu lebih cerah n cepat naik, tak salah cuba!
Salam,
BalasPadamSaya juga engineer. Sudah 3 tahun berkerja. Starting gaji RM1800. Gaji sekarang RM2400. Umur dah masuk 27. Rasa macam saya ni underpaid berbanding orang lain huhu. Nak kahwin pun rasa tak confident dengan gaji. ;(
boleh saya tahu bidang apa?
Padamada elaun lain tak?
Ijazah kejuruteraan aeroangkasa. Takde elaun lain. Hmm sekarang ni masih tercari-cari cara untuk dapatkan kerja yang stabil.
PadamSalam.... brader zaren saya ada pertanyaan skit, saya lulusan diploma krjuruteraan elektrik di politeknik.. kemudian saya mendapt tawaran ke sarjana muda kejuruteraan elektronik di uthm dan sarjana muda teknologi serta pendidikan ( elektrik& elektronik ) di utm.. persoalanya saya mmg minat nak jdk engineer, which is saya nk gi uthm lar tp parents ckp amik utm jadik cikgu ada pencen gaji pun ok2.. so soklan nyer kalo saya pegi jugak utm (bakal guru) ada lagi x chances saya nak jadik engineer ni..? maaf dengan soalan yg lari tajuk skit, sebab ruang nak minta pendapat terhad dan hanya blog brader jer yg sempoi..
BalasPadamni email saya:dz_stylo75@yahoo.com
PadamW'salam..
PadamYang ni, kena tanya diri sendiri, apa yang kita suka buat.
Kalau jadi pendidik: Suka ajar budak? Suka latih pemikiran anak-anak? Suka gaji tetap? Best ke kalau takde deadline projek?
Kalau jadi engineer: Boleh tahan ke deadline projek untuk schedule yang tight? Suka ke kerja bawah tekanan? Suka ke menghadap makian client? Suka ke jumpa orang? Suka ke buat design?
Tanyalah soalan yang macam ni, tengok mana yang lebih dekat dengan kita. InshaAllah ada jalan keluar brader kay.
Salam..sy na tanye..sy ade diploma dr politeknik dlm bidang kejuruteraan elektronik dan cgpa sy 3.60..sy skunk tga blaja tahun 2 degree bidang elektronik jugak di uthm (ipta) ..baru2 ni sy dapat peluang temuduga spa penolong kejuruteraan ja29 (elektronik).. adakala sy amat berharap utk dpt jawatan tu tp sy syg utk tinggal blaja degree ni...tp na ikut kan skunk peluang pekerjaan mmg susa ka walaupun ade ijazah.. mmg sy th jawatan ni mmg susa na dpt lg2 kerajaan kan...andaikata kalo sy dpt jawatan ni..patot ke saya berhenti blaja ato teruskan?
BalasPadamwaalaikumussalam.
PadamJawapan saya mudah. Kalau tak dapat jawatan tu, TERUSKAN.
Kalau dapat jawatan tu, pun TERUSKAN.
Jangka masa panjang, lebih untung pada saudara..
Salam..saya pelajar matrik teknikal..ambil kos civil eng..sy nak tanye ttg kos baru iaitu dwi -ijazah bussiness engineering..oke ke untuk girl ambil? N ape skop kerja nya..boleh jadi enggineer ke bila grad? Harap boleh bantu
BalasPadam..wslm...saya fikir, pasal course yang itu, lebih baik tanyakan pada pihak fakuti sendiri untuk maklumat lanjut.
Padamkalau kat luar negara, memang ada twinning - double degree, cuma kat malaysia ni memang jarang/tak ada langsung.
Salam, saya sedang mengikuti diploma kemahiran malaysia kat kolej vokasional, dalam bidang teknoloji elektrik (kuasa), nak tanya ada masa depan tak bidang nih?
BalasPadamSalam, saya sedang mengikuti diploma kemahiran malaysia kat kolej vokasional, dalam bidang teknoloji elektrik (kuasa), nak tanya ada masa depan tak bidang nih?
BalasPadamsalam... saya sedang ambik degree electrical engineering power system di UMP. sekarang saya baru habis sem1 .. alhamdulillah pointer utk sem1 3.2... masa habis matrikulasi teknikal dahulu saya ada terima tawaran di luar negara untuk belajar di bawah tajaan matrikulasi. pointer matrik dulu x seberapa cuma 2.9 tapi subject teknikal saya (electrical) semua exam dapat A. mungkin faktor tu saya dapat tawaran tersebut. tapi saya bertegas nak masuk UMP untuk jadi engineer. alhamdulillah subject circuit analyis, instrument dapat A di sem 1 di UMP... hajat saya ingin membuka syarikat suatu hari nanti. saya ingin membuat perancangan jangka panjang... masalah sekarang saya masih bingung dengan skop pekerjaan dalam bidang ni.. mohon tunjuk ajar.
BalasPadamSalam bro zarin...sy shahril seorg student degree dlm bidang electrical engineering in control,instrument and automation.. Skrg ni sy bru tahun 2 dan cgpa bawah 2.7.. Ada 2 tahun lg utk sy mnghabiskan sisa2 degree sy skrg ni...sy amat meminati electrical engineering...masalah skrg sy masih bingung adakah sy layak utk mnjd seorg engineer dgn pointer yg x seberapa dan takot utk mnghadapi sem2 yg akan dtg krna subjek smakin susah...dan satu lg sy nk bertanyakan pada saudara apakan pekerjaan sy yg sy boleh ceburi dgn degree yg sy ada nanti....w/a...thanks
BalasPadamsalam. dari apa yg saya baca dr komen2 di atas, ramai yg masih was2 dengan kos engineering. atau maybe di dorong oleh faktor kewangan.
BalasPadamDisini sy nk tekankan, negara kita terlalu banyak melahirkan engineer yang tak mampu utk capai tahap yang digariskan. Kita ingin melahirkan engineer yg berkebolehan tinggi dan mampu memberi sumbangan maksima kepada negara.
Ciri engineer sebegini adalah sperti berikut :
1) Minat yang mendalam
2) Yakin kepada kebolehan diri
3) Berani buat keputusan
4) Tidak jemu berdepan dengan pelbagai masalah
5) Tidak mudah putus asa
6) Tidak merungut
Kalau rasa ingin jadi engineer sebab title or parents suruh or kerana society, lebih baik lupakan. beri peluang kepada orang lain utk amik alih tempat anda. masih ramai yg berkebolehan utk menjadi engineer yg berkualiti menunggu stiap hari siang dan malam utk dpt tawaran belajar or kerja seperti anda.
Kalau anda amik mekanikal, elektrikal , civil, so be it, study to the max, try to apply it into the industry. dont ask silly question contoh "ada future ke cos sy amik ni". that question only you can answer it. treasure it yourself. baru lah adventurous. jgn tnggu di suap. engineer kena berani buat keputusan. kalau soalan macam " patut ke sy amik elektrikal berbanding mekanikal ?" ni pn dh terumbang ambing nk jwb, baik jgn truskan niat anda jd jurutera. you are not welcome in this industry
sorry for my manners. i just want to make sure that, all of you here understand, this job ( engineer ), is not a child play. we really want to improve our industry. dan kpd anda yg betul2 passion ingin menjadi engineer yg berkualiti, all the best. take the leap, and be the one.
salam.
Ni btol kate brother ni, makin lama makin kurang kualiti dak engineering, even lecturer sypon kata every semester is worse than the previous semester student.
Padamengineering sesuai ke untuk perempuan?? Honestly!!
BalasPadamsye secara jujur mmg minat pada engineer ,sbb die banyak cabaran tetapi sye sorg yg lemah sangat math smpai la sekarang sye mmg lemah....agak2 adekah mcm sye boleh jdi sorg engineer?
BalasPadamassaamualaikum . saya baru je dpt result spm 2014 . saya ingin menjadi engineer . tolong saya untuk memilih course yg betul dan ipg yg betu .
BalasPadamsila bantu sy dgn email sy syafiq_kaka97@yahoo.com
Padamaduuu kaka tuu . hahaha . nak jadi engineer memang tak susah , tapi nak belajar benda baru tu susah sikit . Mental dan Fizikal harus kuat . Anyway, niat , tawakkal , doa . InsyaAllah berjaya . Mayy i know, minat gapo hop kaka minat ?
Padamassalamualaikum . sesuai tak mechanical engeneering untuk seorg prmpuan ? atau pun manufacture lebih sesuai ? atau bergantung pada minat ?
BalasPadamsalam. saya pelajar lepasan spm dan masih mencari coz apa yg sesuai untuk saya. dan dlm list coz saya adlh engineering dan account. kalau tak keberatan , apa pendapat encik tentang kedua-dua coz ini. mungkin yg mana satu lebih diperlukan sekarang dan langkah bijak. sebab bila saya baca di blog ini, jadi keberatan pula nak ambil coz ini.
BalasPadamsalam . sy ni pelajar lepasan spm gak. sbenarnye sy ni konfius nk ambik engineering ke accountancy. bole bagi pendapat tak?? sbb sy dah dpt tawaran ke utp in chemical course.pastu ni sesaja je nk tau salary chemical engineer ngan accountant yg ada ACCA tuu
BalasPadamAssalam..sekadar nak share dengan kawan2..course engineering ni memang best sebenarnya..banyak belajar teknologi baru..mental fizikal memang kena kuat.. Sy keja dengan company construction m&e memang tak dinafikan memang tekanan keja tu terlalu banyak dengan nak supervise subcon,nak design, nak buat drawing..tapi sy rasa ini lah pengalaman keja sy paling seronok bila satu projek tu dah siap..pasal gaji tu pulak depend pada company sendiri.. Kalau local company tu kurang sikit la dari company luar bayar.. Tapi bagi yang fresh tu better cari pengalaman dulu.. Sebab nak cari keja skrg ni memang susah..
BalasPadamNama dikenalkan Kay 5175
BalasPadamJust nk mntk pndapt....saya nk sambung blaja...Tp xtau mk amik master ape...ingat nk amik egrg environment... Xnk da amik egrg electrical...xminat pun....Tp skrg tgh kje cmpny cnstrction JD site engr elctrcal....berbaloi ke amk master? Kat MNA advantage master ni? Risau x berbaloi.....tlg bg pndpt.....
Thanks untuk info! Barulah terbuka mata saya luas2 pasal M.E ni. Kalau tak terlopong mulut tertanya-tanya amenda la M.E ni pahtu blur pasal subjek nak amek course ni, ipta mana nak mohon, peluang kerja and gaji.
BalasPadamSaya Ain, lepasan SPM 2014. Result sipi2 tapi minat ME. Doakan kami SPM leavers kejar cita2. Thanks!
salam~saya asyraf,saya nak tanya mengenai petroleum engineering...jika boleh,saya ingin berhubung dgn kamu melalui fb/whatsapp.......boleh ke?
BalasPadamterima kasih
salam....sy pelajar thun akhir kejuruteraan kimia....sy trfikir nak extend sbb nk baiki CGPA sy yg terlalu rendah dan mungkin akan menyusahkan utk mendapat pekerjaan...sy juga dpt tawaran untuk buat master sr sv sy sendiri....rasa2nya perlu ke utk baiki CGPA sy sebelum melangkah ke alam pekerjaan yg penuh ranjau ni....
BalasPadamJika minat O&G industry...go for petroleum engineering/mech eng..
BalasPadamu can be a reservoir engineer, drilling engineer, production engineer, G&G, etc. 2015 is not really a good year, but I believe market shall back to normal sooner later....