*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Sabtu, 3 Januari 2015

Kaki aku macam mana?

Dah seminggu lebih. lepas kaki aku koyak ligamen baru ni.

X ray, okay. takde patah apa. lega.

Tapi macam biasa, tak boleh jalan banyak. Kena rehat.

Ni dah surut sikit bengkak. Tapi kena guna tongkat macam biasa.

Tapak tangan pun bengkak dek dibuat topang kat tongkat tu.

Aku mula faham perasaan OKU kalau parking mereka dirembat orang normal.

Aku mula faham kalau tangga tak ada ramp untuk orang OKU berkerusi roda nak lalu.

Dan aku mula faham nikmat berkaki dua. Bila kau cuma guna sebelah kaki untuk bergerak (berjalan, naik turun tangga) kau rasa seksa dan cepat letih.

Dan yang paling penting, aku rasa berat aku eloklah dikurangkan. Letih pakai satu kaki ni!

Zarin
Kuala Lumpur

Selasa, 23 Disember 2014

Tercedera, tahukah bila?

Hari ni 23/12/2014.

Aku seperti biasa bertolak keluar dari rumah jam 9.10, sampai di ofis jam 9.30.

Hari ni hujan, jadi sampai lambat sikit.
Mana nak tahu hari ni akan jadi hari malang aku.

Lepas aje letak kereta, aku bergegas ke lif. Disebabkan pejabat aku terletak di tingkat 16, maka aku tak suka (dan cukup benci) sekiranya dalam perjalanan aku ke tingkat 16 tu lif terhenti di tingkat 2, lalu ada orang masuk sebab nak ke tingkat 3.

Atau boleh jadi lif terhenti di tingkat 10, orang masuk, lalu berhenti di tingkat 11 untuk dia turun.

Pesan aku, kalau sekadar setingkat gunalah tangga...

Yang aku nak cerita sebenarnya, bila aku kejar lif tu, lantai ada sedikit licin. Aku terseliuh. Sakitnya tak terjangka. Yang amat. Bukan seliuh biasa biasa kali ni.

Nak sentuh kaki pun tak boleh. Kasut ku buka, dan kaki dah membengkak real punya bengkak.

Nak jalan tak boleh, tak tahu seliuh biasa ataupun patah. Kaki aku pun dah naik ungu.

Aku mintak wheelchair kat pengurusan bangunan, dan lepas beritahu bos aku yang aku dah sampai di ofis dan nak kena pergi hospital, manager aku pun tolong lah hantarkan.

Aku ke Hospital Pakar Damansara.

Aku tak tahu berapa nak kena caj tapi surelah mahal gila sebab pergi hospital swasta.

Tapi aku ada medical card. Jadi pasal bayaran, aku dah tak peduli time sakit sakit ni.

Dan terseliuh, adalah salah satu accident yang akan di cover oleh pakej takaful kau.

Kali ni aku guna medical card company. Sementara aku masih kerja sinilah. Bila dah tak kerja nanti baru aku guna medical card sendiri. Sebab aku tahu, aku takkan selama lamanya dilindungi oleh medical card company. Bila dah tak kerja dengan diorang ni, maka di situ lah terbang habis segala benefit yang company bagi.

Dan semahal mana pun caj perubatan, bila sakit, duit tu kau akan rasa tak penting berbanding nyawa dan kesihatan kau sendiri. Itu pasal ada kisah raja, kerajaannya, sakit, dan segelas air di mana raja sanggup gadaikan semua kerajaannya semata mata segelas air.

Sekarang ni aku kat emergency dan tunggu giliran nak jumpa doktor.

Nanti kena x-ray. Kalau okay, maka okaylah. Kalau tak okay, maka kena refer specialist lah. Mujur semua tu di cover.

Sambil sambil tu aku update lah status ni.

Ada yang nak jumpa aku tanya pasal takaful?

Zarin
KPJ Damansara
11.36am

Rabu, 3 Disember 2014

Kereta ada, rumah ada, simpanan pun dah buat, apa lagi belum?

Dalam entri-entri yang lepas, dah banyak aku cerita pasal perbelanjaan, kereta, urus duit gaji, emas, simpanan, bla-bla-bla…

Ada yang komen tanya, ada jugak yang terus kontek aku kat borang maklumat hubungan kat belah kanan tu. Terus masuk e-mel aku, dan aku juga reply sedaya mungkin.
Pertanyaannya banyak berkisar tentang 5 topik di bawah ni:

1. Macam mana nak plan untuk kereta?
2. Kerja apa saya boleh join dengan kelulusan saya?
3. Boleh checkkan resume saya tak bang?
4. Macam mana nak cepat naik haji?
5. Saya nak pergi Korea, apa perlu saya ada, tempat mana best?

Jadi, terima kasih semua, aku dah jawabkan, lain masa aku buat entri pasal benda ni pulak.

Terima kasih banyak-banyak sebab bagi aku idea nak tulis pasal apa.
So balik pada tajuk asal ni, korang dah ada:


Kau dah dapat degree. Paling best kalau kau pinjam PTPTN tapi tak perlu bayar sebab dapat 1st class. Macam aku ni, payah la nak dapat 1st class sebab engineering bukan senang. Baik juga aku tak pinjam PTPTN dulu. Habis belajar, aku bebas hutang. Orang lain yang tak dapat 1st class? Sakitttt!


Dah ada kerja. Produktif kemain sebab mula-mula kerja semangat dia lain. Nak bayar hutang lagi, nak kawin lagi, jadi semangat dia power lah.

3. Simpanan.

Masa ni belum kahwin, jadi belanja tak tinggi. Jadi korang potong siap-siap 20-30% untuk simpanan. Lepas tu belanja. Kalau ujung bulan ada lebih, simpan lagi.


Awal-awal kerja dah ada. Cukuplah yang murah boleh nak buat jalan-jalan, pergi kerja balik kerja, bagus.

5. Kahwin.

Lepas 2 tahun kerja, kahwin. Kahwin pun simple, murah belanja, awek pun tak demand sangat, paham kesusahan bakal suami.

6. Rumah.

Disebabkan kahwin pun simple, maka korang ada duit lebih nak beli rumah. Rumah pun masa mula-mula kahwin ni beli yang kecik dulu. Dah ada anak, jual dan upgrade rumah besar sikit.

Ini semua kemudahan yang korang mampu sediakan, dan nikmati hasil duit gaji yang korang penat-penat kerja. Semua ni dah ada, apa lagi takde?

Semua benda kat atas ni dah boleh plan, boleh simpan sikit-sikit. Sementara kau masih kerja, kau mampu bayar benda-benda ni.

Dan step kat atas tu, aku follow perlahan-lahan dan hanya berbekalkan duit gaji sekarang (masa ni belum ada side income), semua tu aku dah ada. Syukur Alhamdulillah. Jadi kalau nak bermula, kau kena mula dari awal kau bekerja.

Dan bila tengok balik, banyak juga yang aku dah capai. Syukur Alhamdulillah. Tinggal nak kahwin aje. Dan ada anak. Dan kahwin lagi sekali.

Jadi apa lagi yang belum?

Aku ulang, benda kat atas ni kau boleh bayar sementara kau masih bekerja. Bagaimana kalau kau dah tak kerja? Maksud aku bukan sebab kau malas kerja jadi kau berhenti, tidak.

Tapi seandainya kau kena kemalangan/penyakit yang tak membenarkan kau bekerja.

Adakah kau ada perlindungan yang mampu melindungi kau?

Itulah perlunya kau kepada takaful.

Dan jujurnya, takaful ni bukanlah semuanya bagus. Ada pro ada contra. Kalau kau pandai melihat peluang di sebaliknya, takaful ni boleh bawa kebaikan yang banyak berbanding keburukan. Biar aku listkan sikit biar kau orang paham.

Kita mula dari keburukan sebab semua nak tahu benda ni kan?

Keburukan takaful:

1. Ejen insurans? Benci....

Kejap-kejap telefon paksa ambik insurans. Siapa bagi no telefon pun tak tahu lah. Bukan setakat telefon, dah la tu, kat shopping mall pun ada booth. Paling teruk, depan pintu pulak tu diorang taruk. Mana aku nak lari ni? Last-last sanggup ikut jalan jauh, masuk pintu belakang. Hehehe.

Aku bukan jenis macam tu. Jangan risau (dan jangan benci padaku)

2. Janji banyak, tapi akhirnya dicapati.

Awal-awal dulu, cakap sakit ni cover, sakit tu cover, akhirnya bila kau sakit nak claim, semua tak mampu cover. Ini masalah dengan agent kau sebenarnya. 

Ada setengah yang sampaikan ilmu sebelum close deal. Ada jugak yang tak kisah client tahu tak tahu, dia target close deal aje. Kau carilah yang jenis pertama tu. Kau senang, dia pun senang.

Aku jenis yang mana? Nak tahu, tinggalkan nama & no phone. Aku boleh terangkan. Entri-entri dalam blog ni pun aku beri percuma. Iklan pun tak letak. Semuanya percuma.

3. Kalau sakit baru dapat. Kalau kau tak sakit, kau bayar bodoh ajelah burn bulan-bulan.

Ini pun betul. Zaman dulu memang camtu. Tapi sekarang ni, banyak syarikat insurans/takaful dia dah cuba convert yang korang tak claim tu jadi cash value. Jadi bila kau tak claim, kau dapat lah balik duit yang kau dah bayar. Mungkin tak banyak tapi lebih baik dari takde.

4. Agent kau kejap-kejap suruh ambik polisi baru.

Ini memang betullah. Sebabnya…. Kalau agent yang full time ni, income diorang memang datang 100% dari polisi yang kau ambik. Makin banyak, makin banyak la komisyen diorang. Sebab tu diorang sedaya upaya suruh kau closeeeeee.

Aku pula?

Aku fokus pada keperluan korang. Kalau kau tak perlu, aku tak perlulah propose walaupun aku tahu kau mampu bayar. Cuma aku akan beritahu, kita ada produk A, B dan C untuk pengetahuan kau aje. Tapi aku tak paksa kau beli semua. Kalau kau perlu A, aku hanya akan bagi A. Melainkan aku rasa kau perlu B, aku akan cadangkan B.

Sebab aku pun benci agent-agent jenis paksa ni. Haha!

Gaji aku sekarang ni pun dah cukup buat aku hidup sederhana. Maka duit komisen yang ciput tu bukanlah keutamaan. Kesedaran korang, itu yang penting, terutamanya orang Melayu ni.

Kebaikan takaful:

1. Kau tak perlu risau bila kau susah.

Bila kau sakit, kau tak perlu susah-susah nak korek duit saving semata-mata nak bayar bil hospital.

Kalau umur kau 26 macam aku, bulan-bulan kau cuma bayar RM 200 sebulan, kau boleh dapat coverage 1,000,000 (sejuta) seumur hidup. RM 200 sebulan baru aje RM 2,400 setahun. Kalau kena bil hospital RM 15,000, mana nak cari dalam masa sebulan? Itu sebab, kita ada takaful.

Yang ni kau kena pastikan yang agent kau terangkan pada kau, apa yang kau boleh dapat. Biar kau betul-betul faham. Kalau kau malas faham, agent kau pun malas nak terang, nanti jadi keburukan No 1 tu semula.

2. Kalau kena emergency, on the spot kau masuk wad.

Ini ada dua. Kebaikan ada, keburukan pun ada. Kebaikan dia adalah, kau punya sakit kalau kau urgent, servis yang kau akan dapat, cepat berbanding dengan yang tak ada takaful. Juga kau boleh pergi ke hospital swasta. Hospital kerajaan pun kau boleh pergi juga tak ada masalah.

Cuma ramai antara kita tak sanggup tunggu lama.

Kalau kau perlukan pembedahan, pun secepat mungkin dia buat. Kalau sanggup tunggu giliran boleh lah pergi ke hospital kerajaan. Gomen staff pun walaupun dapat benefit, kena beratur juga.

Keburukan dia, ada sesetengah hospital bila lihat kau ada medical card (yang power, tentunya), kau tak sakit pun dia akan kata kau sakit. Ini kau kena hati-hatilah.

Sebagai orang yang pada awalnya skeptical pada industry insurans ni, aku dah kaji trend ni. Maka untuk aku tahu apa yang berlaku di dalam industri ni, aku pun jadi agent lalu belajar selok-belok. Dan sekarang aku dah nampak, maka aku pun share lah dengan korang.

Biar aku remind dari awal, korang kena knowledgeable. Kena berpengetahuan. Kalau doctor cakap kau sakit A, kau tahu sakit A tu apa simptom dia, apa possible cure dia dan sebagainya. Jangan terima bulat-bulat melainkan korang tahu lah korang kena sakit teruk (denggi/jantung/etc etc).

Hospital pun boleh survive hidup selama ni pun atas duit insurans korang tu la. Sebab tu bila kau ada kad, serta merta kau jadi raja dan dapat layanan baik. (Baik ada makna tuuu).

Tapi apa pun, benda takaful ni dah jadi keperluan. Walaupun kau tak ada banyak, sikit pun tak apa. Asalkan ada. Kalau kena keluar duit pun, tak banyak..

3. Kau nak tukar kerja? Takde masalah.

Ada ramai kawan aku beritahu, dia tak perlukan takaful. Kalau dia sakit, company dia kerja tu cover semua. Full. Semua ditanggung beres!

Sebenarnya.. Company aku pun begitu. Semua cover. Bukan setakat kau sorang, anak isteri pun dia cover. Takyah risau banyak. Sebab tu aku tak risau.

Yang aku risau, bila aku nak tukar kerja, semua benda ni aku dah tak dapat. Kalau company baru ada offer yang sama, baguslah. Kalau tak?

Sekarang ni company aku kerja cover semua all in. Isteri, diri sendiri, anak-anak sampai 5 orang. Baru ni aku dapat kerja baru, tapi coverage dia cuma untuk aku sorang.

Terfikir juga.....

Dan jugak coverage company ni bergantung pada prestasi kewangan syarikat jugak. Kalau dia untung, boleh la dia bagi benefit yang power. Kalau prestasi merudum, tak mustahil tahun depan kemudahan tu ditarik semula.

Dan kebanyakan kawan aku yang masuk Oil and Gas, sekarang ni dah ada 4-5 orang yang dah tak bekerja. Sebabnya? Harga minyak dunia turun. Maka syarikat minyak ni tak untung. Jadi dia terpaksa kecilkan saiz operasi lalu tawarkan VSS (voluntary separation scheme). 

Dapatlah pampasan tapi setakat mana bertahan? 

Mana pergi coverage power company tadi?

Semua kena bayar sendiri. Sebab tu aku tekankan dalam entri aku sebelum ni, “sediakan payung sebelum lemas”

4.  Takaful kau dilindungi PIDM

Tahu tak apa dia PIDM? Kau boleh lawat website dia untuk maklumat lanjut. PIDM ni dengan erti kata lain, dia ‘takafulkan’ takaful kau tu.

~~~~~~~~~~

Aku rasa, aku dah banyak bagi info ni. Apa-apa hal, kau boleh contact aku dengan isi borang maklumat hubungan kat atas kanan tu. Aku gerenti akan jawab walaupun lambat (Aku pun kerja, kasi chance la sikit). 

Nak tinggal no telefon, nanti orang yang tak berkenaan kacau pula.

Kita jumpa, aku terang dari mula sampai habis. Tak ada paksaan untuk close deal.
Aku cuma mahu membantu dan beri kesedaran.

Yang penting, jangan lupa bersyukur. Itulah kunci rezeki paling utama.

Boleh hubungi aku untuk aku rekemenkan agent yang bagus. Aku dah tak buat agent takaful ni.

Zarin

Petaling Jaya
3 Disember 2014

10 Safar 1436

Ahad, 9 November 2014

Kekecewaan, apa yang kau perlu buat?

Dalam buku kehidupan yang serba singkat ni, kau adalah penulis buku kisah kau sendiri.

Yang berbeza bagi setiap orang ialah, kau punya kisah tu kisah indah atau pun tak indah.

Kita selalu suka tengok buku cerita kisah orang lain, tapi pada masa sama kita lupa buku kita ni dah tertulis setakat mana.

Pernah ke kau orang rasa down dalam hidup? Terutama kalau lepas buat satu satu kesilapan yang rasanya macam tak boleh nak rewind kesalahan tu?

Aku ada. Bukan sekali dua. Tapi banyak kali.

Yang buat kau rasa apalah hidup ni celaka sangat? Kenapa benda kecik ni pun boleh buat kau rasa macam nak hentak kepala kat dinding? Atau boleh jadi kalau kau seorang ego, kau akan kata, kenapalah orang lain ni semua teruk teruk belaka?

Muhasabah diri.

Kesialapan (ganti kata kesilapan) yang korang lakukan tu sebenarnya adalah pelajaran berguna. Siapa yang tak buat silap maka dia tak belajar seumur hidup dia.

Ada masa kau gagal periksa.
Ada masa kau tak dengar kata ibubapa.
Ada masa kau putus cinta.

Lalu bagaimana pembawaan kau untuk hari esok?

Guna permikiran yang sama?
Melihat dari sudut sebelumnya?
Atau cuba berfikir dari perspektif berbeza?

Cuba lihat buku masing masing, dah berapa banyak yang kau tulis. Dan adakah kisah itu kisah baik atau pun tak baik?

Zarin
Kuala Lumpur
9 November 2014

Jumaat, 19 September 2014

2 tahun yang lama, atau sekejap?

2 tahun, bukan tempoh yang sekejap. Lama, Tapi rasanya sekejap.

18 September 2014, cukup 2 tahun aku dalam syarikat Jerman ni.

Hasil 2 tahun..

Macam-macam aku belajar, banyak negara aku dah singgah bekerja, ramai orang dah aku jumpa, dan dunia ni bukannya sempit. Walaupun dengan kepesatan ICT, dunia dirasakan jadi semakin sempit, tapi ICT cuma di alam maya. Realitinya, banyak benda yang kita belum tahu selagi tak teroka sendiri.

Dan hidup aku pun dari seorang pelajar yang banyak buat masalah dan selalu ponteng kelas, dah jadi orang yang lebih bertanggungjawab (konon).

Pada usia 26 tahun ni, orang kata masih mentah di dalam industri. Pengalaman masih kurang. Tak power. Baby lagi. Tapi bila dah bergaul dengan rakan sekerja sama-sama manager level yang rata-ratanya berumur 15 tahun lebih tua dari aku, maka....

Aku rasa aku lebih tua dari umur sebenar. 

Tapi tak bermakna aku berfikir kolot dan rigid macam sesetengah orang tua..Aku fikirkan semula idea-idea lama, dengan cara orang muda. Cara yang muda, kurang kompleks, dan juga lebih ringkas. Cara orang malas, tapi hasilnya sama.

Ramai kawan-kawan aku yang mana ideologi sebagai pekerja, cari kerja yang bagus. Kerja berapa bulan, lompat. Kemudian berapa bulan, lompat lagi. Gaji dah makin tinggi, tapi tak puas-puas lagi.

Ada juga pekerja yang bila dah duduk kerja dan rasa selesa di situ, dia akan stay di situ saja. Kerja tak seberapa, harapkan increment yang banyak bila sampai cukup tahun. Pekerja yang begini takkan berkembang jauh.

Ada kawan aku yang berotak bisnes, dan genuine Gen Y dan tak suka kerja yang terbatas masa, maka mereka buat bisnes sendiri. Ada jual produk sendiri, ada buat bisnes sewa kereta, ada yang jadi agen insurans, ada yang jadi pelakon dan banyak lagi kerja sendiri.

Aku?

Aku sasarkan hidup yang balance. Ada kerja tetap, sambil-sambil tu aku ada beberapa business sebagai pendapatan tambahan. Dan jugak ada rumah2 untuk disewakan.

Disebabkan aku engineer, jadi macam dah tertanam dalam kepala, biarlah apa yang aku buat ni dapat tolong orang. Tipulah kalau kata duit tu tak penting. Penting! Tapi bukanlah keutamaan aku sekarang.

Tak bermakna aku dah kaya. Tidak. Makan gaji memang boleh hidup senang, tapi takkan boleh kaya, melainkan kau berada di kerusi CEO.

Aku lebih berotak investor. Aku bukan berotak bisnes.
Atau mungkin aku berotak bisnes, tapi aku lebih pada strategic planning, bukan executor.

Aku lebih berotak manipulatif dan kreatif berbanding berotak opportunist. Tapi itu lebih baik dari berotak pasif dan tunggu peluang datang.

Cuma, kalau nak bisnes full time, aku tak ada masa. Aku sibuk bekerja, dan jugak masa aku lebih pada family. Duit, aku boleh cari. Anak dan isteri sekarang kalau hilang, belum tentu boleh ada semula, melainkan kalau aku kawin lagi.


2 tahun seterusnya?

Aku tak mungkin akan berada dalam company ni selamanya. Biarpun appraisal bagus macam mana pun, pangkat naik pun, aku takkan pencen di sini.

2 tahun lagi, aku sasarkan peluang tu bukan setakat datang, tapi aku yang cipta.

Sebelum umur aku 35, aku harap aku dah naik haji. Beranak 4 dan beristeri satu.

Income? Rezeki yang ada, aku ambillah. Tapi tak mustahil sebelum 40 aku akan jadi jutawan.

Pada umur sekarang, dalam masa 2 tahun ni, dah hampir suku telah tercapai. Jadi pasal duit, boleh tunggu dulu.

Selebihnya, aku serah pada Tuhan.

Aku ada target, aku cuba.
Dapat tak dapat, itu atas izin Dia.

Zarin
19/9/2014
Petaling Jaya