*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Rabu, 8 Januari 2014

Sediakan pelampung sebelum ‘lemas’

Saja saya tak guna sediakan payung sebelum hujan, sebab hujan tu, kalau takde payung pun boleh survive lagi. Basah sikit-sikit aje. Masih boleh hidup.

Kalau dah jatuh dalam air, siapa tak tahu berenang, boleh mati lemas. Siapa tak tahu berenang tapi ada pelampung, pun masih boleh survive.

Jadi macam mana ni?


Ayat ni dari sudut kewangan mengikut analogi saya:

Keadaan biasa                   : Anda bekerja, ada gaji, hidup anda agak selesa.
Anda 'dijatuhkan' dalam air : Anda dibuang kerja / hilang punca pendapatan
Anda pandai berenang        : Anda ada skil untuk cari duit (berniaga dsb)
Anda lemas                       : Sudahlah dibuang kerja, tak ada simpanan langsung pula tu
Anda ada pelampung          : Bermakna anda ada simpanan!

Nak ajar kalian berenang, saya pun tak mahir lagi sebab saya pun cuma makan gaji aje (setakat hari ni lah).

Banyak buku pasal kewangan, tapi semuanya tebal-tebal pulak tu. Mungkin anda malas nak baca buku sebab buku kena keluar duit nak beli, siap kena pergi kedai buku lagi. Lalu anda pun pakai internet sebab tak keluar duit. Lagipun boleh akses sewaktu baring sekalipun, lalu anda pun google lalu ‘dihantar’ ke blog saya ni, jadi biar saya je kongsikan untuk anda, moga bermanfaat InsyaAllah.

Berbalik pada tajuk tadi, pelampung tu bermaksud simpanan.
Jadi yang saya nak fokus kat sini ialah memupuk tabiat menyimpan. Tahun baru, adalah masa yang elok untuk mula menyimpan, jadikan ini satu azam anda tahun ini, terutama yang baru mula bekerja.


Walaupun makan gaji, tapi masih boleh survive kalau menabung dari awal. Seboleh-bolehnya amalkan sewaktu mula bekerja, sebab masa itulah kita belum ada komitmen rumah dah kereta, dan masa tu jugalah kita baru-baru nak mula hidup.

Untuk mula menyimpan, langkah pertama itulah yang selalunya susah. Transisi dari seorang pelajar yang selalu pokai, kepada orang yang dah bekerja, tiba-tiba terasa kaya walaupun gaji permulaan cumalah RM 2,000.

Selalunya inilah yang jadi cubaan berat. Dapat gaji, beli itu, beli ini, lebih malang, beli kereta. Cukup bulan, yang lebih tu baru nak simpan. Kadang-kadang tak ada lebih pun….Lalu dalam hati berkata, “bulan depan mesti simpan, mesti siap ganti sekali yang bulan ni punya!”

Tapi masuk je gaji bulan depan, ulang lagi benda sama, akhirnya habuk pun takde………. Pernah terjadi? :)

Sejak saya mula kerja bermula dari September 2012 hingga artikel ini ditulis (Januari 2014), saya dah amalkan apa yang saya buat ni, dan alhamdulillah hasilnya saya dah nampak, pelampung 6 bulan saya dah tersedia menyelamatkan saya.

#1 Buat target kewangan

Orang yang merancang kewangan selalunya ada senarai semak atau checklist target yang harus dia penuhi sebelum jadi orang yang financial free atau bebas beban kewangan.

Contohnya target yang saya buat, saya pecahkan kepada dua yang asas, target simpanan dan target aset. Siapa yang baru nak mula menyimpan, mungkin jadual asas di bawah boleh membantu.

Target simpanan 
Tahun
Target aset / pemilikan harta
Tahun
1. Simpan 3 bulan pendapatan kasar
2014
1. Rumah
20??
2. Simpan 6 bulan pendapatan kasar
2014/
2015
2. Kereta
20??
3. Simpan 1 tahun pendapatan kasar
2016
3. Dan seterusnya


Senarai ni terpulang pada matlamat anda, jangka panjang atau jangka pendek. Yang penting, pelampung anda dah tersedia sekiranya anda diarah untuk terjun walaupun tak tahu berenang dan tanpa rela.

#2 Penuhi target kewangan sendiri

Disebabkan saya kawal dan perhati betul-betul perbelanjaan saya, dalam masa 1 tahun 3 bulan bekerja ni, saya dah capai semua target saya. Cuma setahun pendapatan dan kahwin je belum lagi.

Tapi kalau ikutkan simpanan untuk perbelanjaan (komitmen kereta, rumah, makan) dan untuk hidup, saya dah boleh hidup selama setahun sebab cara hidup saya sangat sederhana. Tiada starbuck, tiada adidas tiada nike, juga tiada iphone, semuanya benda biasa, harga biasa, dengan fungsi yang sama :)

Sekarang…

Anda dah ada list? Okay, boleh mula menyimpan sekarang. Bila saya lapang, insyaAllah saya akan sambung kepada beberapa topik.

#2 Lindungi Nilai Kekayaan
#3 Emas: Penyelamat atau Penjahat?

Tak lupa juga:

#3 Dapat gaji, apa perlu buat dulu?
#4 Harta Yang Lebih Bernilai Dari Nilai Dunia
#5 Sedekah: Banyakkan Memberi Sewaktu Tiada

Topik di atas, walaupun sangat umum, tapi sangat berguna terutamanya untuk orang muda macam saya (dan anda juga). Moga bermanfaat.

p/s: Ilmu kewangan yang saya ada, tak banyak. Tapi setakat ni ilmu yang sedikit ni dah beri manfaat pada saya, jadi elok juga bagi orang lain tahu. Tambah sikitlah 'harta' lepas saya mati nanti.

Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
8 Januari 2014
6 Rabi'ul Awwal 1435H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!