*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 17 Januari 2014

Dilema Graduan Baru - Ijazah Tak Laku?

"Macam-mana kerja sekarang?"

"Bila nak kahwin?"

Antara topik-topik kawan-kawan saya bila berjumpa. Orang yang lepas grad macam kitorang ni, hakikatnya susah nak dapat kerja elok-elok. Lepas 6 tahun berhempas pulas di universiti, akhirnya berjaya tamat pengajian. Konvokesyen pun berlangsung. Jubah masing-masing dipakai tanda bangga. Mak ayah tersenyum je tengok anak-anak naik pentas, lebih-lebih lagi kalau dapat ijazah kelas pertama. Senyumnya sampai ke telinga.

Rasa terlepas beban dunia. Hakikatnya beban sebenar baru nak bermula

Sumber: Forbes


Kalau yang bukan kelas pertama, kelas bawah sikit, pun happy juga. Ada kawan yang tak sempat habis pun, kena tambah lagi satu atau dua semester. Happy kejap, lepas tu kecewa. Nak dapat kerja pun susah. Ada kawan saya sama-sama grad dengan saya, belum ada rezeki nak kerja tetap. Grad akhir tahun 2012 lagi, tapi kerjaya masih belum stabil. Kejap kerja sana, kejap kerja sini tukar-tukar kerja untuk sedaya upaya hidup kat Kuala Lumpur ni.

Ada budak baru grad tanya saya, tempat abang ada kosong tak?
Susah saya nak jawab, sebab saya bukannya bos. Saya pun kuli.

Dilema mereka semua ni lazimnya begini:

PTPTN nak kena bayar, surat pun dah dilayang.
Sewa rumah nak kena bayar, minyak nak kena tuang.
Buah hati dah tunggu nak mintak masuk meminang.
Tengok mak ayah kat kampung, harapannya tinggi pada kita seorang.
Lagi parah, kerajaan naik harga barang.
Adik-adik lagi. Aduh, rasa diri paling malang!

Kalau diterima bekerja pun, gajinya taklah banyak mana. Orang yang taraf diploma atau SPM pun lebih banyak berbanding orang yang ada degree.

Belajar benda lain, kerja benda lain.

Inilah dilema fresh grad yang baru-baru nak kerja. Bukan memilih kerja. Belajar lain, buat kerja, benda lain. Rasa rugi belajar susah-susah, buat kerja yang senang. Kalau tahu dari awal dulu buat kursus senang ni, takpayah susah-susah belajar. Bukankah begitu?

Ada pula ijazah dah ada. Tapi peluang kerjanya belum ada. Nampak ada kekosongan taraf diploma. Dalam hati fikir, 

"aku tak boleh pilih kerja, buat apa yang ada dulu!"

Resume dihantar, temuduga pun pergi. Akhirnya majikan kata, 

"Maaf, kami hanya pertimbangkan yang ada diploma, sebab yang ada ijazah ni kerja tak lama, dapat tawaran lebih baik, terus cabut. Penat kami ajar"

Pulak!

Nak dapat kerja elok, kena ada pengalaman. Nak ada pengalaman, kena ada kerja. Dua-dua main tarik tali.

Dirasakan ijazah tu mampu menjamin masa hadapan yang cemerlang, akhirnya harapan cuma tinggal harapan. Inilah silapnya kalau kita berharap pada ijazah.

Ijazah tu cuma batu loncatan, ataupun alat. Yang lebih utama adalah diri sendiri. Yang penting, jangan lupa Yang Maha Pemberi Rezeki.  

Ada orang tak berapa pandai belajar, CGPA cukup makan aje. Ada lagi kawan yang lebih pandai belajar, CGPA tiptop 3.50 ke atas. Tiap semester dapat anugerah dekan. Tapi lihat 10 tahun lagi, belum tentu yang CGPA 3.50 tadi tu lebih berjaya dari yang cukup makan tu tadi. Boleh jadi betul, boleh jadi sebaliknya.

Mana tahu yang cukup makan tu sebenarnya pandai, cuma sistem peperiksaan tu tak sesuai dengan dia? Kalau tak pandai mana boleh dia masuk universiti? Selalunya orang yang macam ni bila ditemuduga, lepas!

Sayangnya sebab sesetengah syarikat suka tengok kelayakan dulu, jadi resume mereka selalunya jatuh kategori KIV (keep in view) ataupun KIB (keep in basket - masuk bakul sampah).

Yang CGPA tinggi tu pula, mana tahu yang pandai tu sebab dia mampu menghafal buku, dan memuntahkannya semula atas kertas? Saling tak ubah macam mesin fotostat. Saya ada juga kenal beberapa orang mesin fotostat yang macam ni. Bila menjawab, laju. Sebijik-sebijik macam buku teks, sentences to sentences, word to word! 

Orang yang macam ni pula, dipanggil untuk temuduga tapi akhirnya sangkut tahap pertama sebab takde kemampuan berfikir luar kotak. Jenis yang mengikut 'skema'.

Jadi siapa yang lebih pandai?

Tapi sebenarnya saya percaya satu benda aje. Rezeki Allah tu luas, ada kat mana-mana, dan boleh turun pada siapa-siapa yang Dia mahu. Sama ada rezeki tu bentuk 'ganjaran' (atas perbuatan baik sang manusia), atau jugak sebagai 'ujian' (walaupun 'jahat', tapi masih dapat rezeki melimpah-limpah).

Kat sini, hati-hatilah. Dapat rezeki, bersyukurlah walaupun sikit. Dengan syukur tu, akan ditambah lagi rezeki kita. Kalau tak bersyukur, siap sedialah, maknanya dah tak lama lagi anda akan merasa 'miskin' walaupun hakikatnya kaya.

Yang kedua, sabarlah. Hidup ni bukannya ada di atas selalu. Yang dah senang sekarang, belum tentu akan terus senang nanti. Yang susah pula, kalau usaha berterusan dengan cara betul, insyaAllah akan sampai hari kalian.

Jangan putus harapan.

Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
17 Januari 2014
15 Rabi'ul Awal 1435H

15 ulasan:

  1. betol...saya sokong

    BalasPadam
  2. Terasa pulak diri ini, minta dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  3. Graduates or whoever yang still having difficulties to find jobs or those yang kena retrench or those who needs extra income, yg perlukan pendapatan tambahan, i have peluang untuk anda semua dgn bayaran yang lumayan,amazing opportunities waiting, pm sekarang, get registered now 012-2087900

    BalasPadam
  4. Graduates or whoever yang still having difficulties to find jobs or those yang kena retrench or those who needs extra income, yg perlukan pendapatan tambahan, i have peluang untuk anda semua dgn bayaran yang lumayan,amazing opportunities waiting, pm sekarang, get registered now 012-2087900

    BalasPadam
  5. Betul tuhh
    Saya mgambil ihazah hr di kolej uni Islam antrabgsa Selangor....memg pengalamn tuhh pentinggg....xkisah kerja ape pon
    Janji gaji masuk
    Yg paling panting halal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niatkan ibadah dan yang lain Allah akan buat untuk kita

      Padam
    2. Niatkan ibadah dan yang lain Allah akan buat untuk kita

      Padam
  6. Salam saya harap, entri ni masih aktif. Saya sokong dgn apa yg saudara lontarkan. Saya pelajar yg ber graduate dgn CGPA yg agak bagus, tapi masih belum ada rezeki untuk bertemu dunia kerjaya walaupun dah hampir 6 kali interview. Sy akui mmg agak kecewa tapi mungkin belum rezki saya. Tlg doakan saya ye, sy akan terus berusaha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan juga agar dipermudahkan semuanya. Peluang, ada yang tak datang sendiri, ada yang kita kena cipta sendiri.

      InshAllah ada jalannya.

      Padam
  7. Assalam.salam ramadan 5 terakhir..sy sgt setuju dgn yg apa encik katakan..sy grad cgpa cukup2 mkn sbb x dpt perform di meja exam dgn baik dan memang bukan mudah untuk peroleh pekerjaan..tpi sy harap sy peroleh rezeki pekerjaan 1 hari nnti setelah 2 1/2 sy mencari kerja yg mmpu menampung hidup yg semakin mencabar liku2 kehidupan..doakan saya agar peroleh pekerjaan yg lebih baik

    BalasPadam
  8. Pulih semngt baca entry ni.. Hehe

    BalasPadam
  9. cgpa tersangatlah penting. Jangan sebab kau tgk cgpa yg power2 dapat kerja hebat, kau reka cerita mereka ni hafal buku bulat2 la, tersangkut masa IV la...itu hanya 5% saja...95% lagi mmg power teori dan application

    BalasPadam
  10. saya dah 3 tahun graduate degree... sekarang memang saya kerja luar bidang yang saya belajar. tak pernah saya terfikir untuk kerja lain dari saya belajar.. memang rasa kesal dan sangat2 down.. saya kesal sedih kenapa saya jadi macam ni... selalu saya persoalkan.. saya tak kuat.. betul2 tak kuat.. saya akan elak untuk bercakap atau berjumpa dengan kawan2 sama2 belajar degree dulu.. saya rasa useless sangatt.. kenapa diorang berjaya kenapa saya tak macam diorang.. bangga dengan apa yg dicapai.. mak ayah diorang pun mesti bangga dengan diorang.. saya? tengoklah lepas degree masih tak mampu nak happy kan mak ayah.. sedih okay..memang rasa macam anak tak kenang budi. tak dapat nak banggakan mak ayah.. ya allah saya sedihh saya down.. 3 tahun saya ras mcm ni.. tolong saya.. tolong doakan saya.. supaya dapat saya terima takdir ni

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!