..hari ni aku ke puduraya. jam 7.45 dah sampai sini. disebabkan hari cuti dan juga puasa, maka jalan sangat lah lengang sebab warga kota tidur semula.
Satu benda yang aku benci dengan puduraya ni, parking tak ada. lepas diubahsuai dengan kos 30juta (kalau tak silap, mungkin lebih) beberapa tahun dulu, parking pun dah jadi sikit. pudu dah dinaik taraf jadi pudu sentral, jugak jadi UTC (urban transformation center) mengikut kepala otak najib masa tu.
Kat sini nak daftar perniagaan boleh, nak buat ic pun boleh, dah jadi macam one stop center. usaha yang bagus. tapi bila parking selalu penuh siapa yang nak pergi? kadang-kadang bangang jugak orang kerajaan ni fikir idea. nak buat macam-macam tapi fikir separuh separuh. nak buat UTC tapi ambik ruang parking. bila orang ramai tak pergi, dia salahkan rakyat balik, "kita dah sediakan kemudahan tapi rakyat taknak guna". ini double standard dan ini serius.
Mungkinlah dia nak galakkan orang naik pengangkutan awam jadi parking dikurangkan. tapi faham ke diorang ni kalau balik kampung mestilah penumpang akan bawak beg yang besar. beg yang besar tu kalau naik LRT kat KL ni orang pasti akan pandang kau semacam je sebab ruang untuk manusia dah jadi ruang letak beg. dah la LRT selalu penuh.
Bayangkan lah pulak kalau ada sedara datang dari kampung. kat sana manalah ada LRT ni semua. manalah mereka tahu nak naik. kalau naik pun confirm 90% sesat punya. jadi sedara mereka yang orang KL kenalah hantar. masalahnya bila nak hantar, parking tak ada. mungkinlah dia nak suruh kita drop and go aje depan pudu.
Cuma..
Siapa yang familiar dengan pudu ni pasti akan tahu yang jalan di depan pudu ni tak boleh berhenti, jadi macam mana lah nak drop orang? mesti kena naik atas baru turunkan penumpang. masalahnya parking tak ada.
Di pudu ni yang kelihatan cumalah mat indon dan juga mat bangla, juga tak lekang di mata ialah mamat yang belum apa apa lagi dah tanya, "abang nak gi mana?" padahal aku ni beg apa pun tak bawak.
datang mat saleh, harga tiket elok-elok rm30 boleh jadi rm40. aku kata korang menipu, korang kata mana ada, ini taktik meniaga, different target market maa!
Di gerai-gerai sini, ada kedai kain, ada kedai buku, ada juga marry brown, ada gerai jajan juga cikedis, yang mana bukan semuanya orang kita punya. boleh kata yang jual kain datang dari pakistan. yang jual makanan datang dari indonesia. ada juga yang berbangsa cina cuma kalau orang cina ni payah nak beza sama ada memang cina sini atau china mari.
Cina sini ke china mari ke, sama-sama tak tau cakap melayu.
India sini atau india mari, lagi susah nak beza sebab kebanyakan india mari, tahu cakap melayu.
india sini, tak tahu cakap melayu. dah terbalik.
Perangai orang kita pulak, kalau dah dapat tapak meniaga atas kuota bumi, dia sewakan pada bangsa lain. Ini ajekah yang korang nak banggakan?
ini cuma sekelumit dari isi kota yang aku dah duduk selama 26 tahun ni.
apa nak jadi dengan UTC, aku tak pasti.
apa nak jadi dengan pudu, aku tak tahu.
apa nak jadi dengan Malaysia, korang lebih tahu.
Salam Nuzul Quran.
Zarin
15 Julai 2014
17 Ramadhan 1435
Kuala Lumpur