*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Selasa, 17 Disember 2019

Betapa susah untuk move on..

Pada yang tak berapa tahu atau masih tertanya2...

Sebenarnya arwah anakku adalah anak sulungku yang baru berusia 2 bulan setengah sewaktu pemergiannya di bulan Ramadhan 2019 yang lalu. Anak ini telah kami nanti selama lebih 4 tahun.

Masih teringat waktu dia dilahirkan, aku berada di dalam bilik bersalin itu. Ibunya terpaksa ambik epidural bagi meredakan kesakitan. Masuk dari jam 12pm. Jam 6 lebih barulah anakku dilahirkan. aku pulak pagi tu masih kerja dan perlu ke seremban. sepantas kilat aku memandu dari KL ke Seremban dan kembali semula ke KL.

Aku taknak terlepas detik kelahiran cahaya mata kami.

Masih terngiang kata2 doktor.. itu aje kepalanya. walaupun dekat, tapi jaraknya masih jauh.

apabila menyaksikan kelahiran anak, maka tahulah kita akan pengorbanan ibu kita dahulu.  skala kesakitan itu tak dapatlah digambarkan sebab aku pun tak pernah beranak.

Aku buat air selusuh, bagi minum dan bagi sapu sikit untuk mudah bersalin. waktu isteri aku bertarung tu aku relax je. tengok darah pun aku relax aje. Namun aku sendiri mengalirkn air mata sewaktu tubuh comel itu dilahirkan. Segala puji bagi Allah...

Aku potong tali pusatnya. 
Selepas dibersihkan, aku azankan dia....azan ni adalah azan yang paling susah aku nak habiskan.. sebabnya aku azan dalam menangis, tak tahu sedih atau gembira...

esoknya, aku sendiri tahnikkan anakku ini.....
aku masih kerja lagi waktu hari kedua dan ketiga, ada kursus yang telah didaftarkan lama sebelum itu.

lepas tu, hari hari bawa dia ke klinik sebab kuning. hinggalah hari ketujuh dia kena masuk hospital sebab bacaan tak turun2. berat pun susut 180 gram....

aku ingat itu hari ketujuh sebab sebelum ke hospital, aku cukurkan rambutnya..untuk aku sedekahkan nilai emas seberat rambut itu....

bulan ramadhan 2019, aku baru saja pulang dari johor jam 2 pagi, dan sempat menciumnya sebelum aku tidur. dan subuh itu sempat aku potongkan kukunya sebelum dia pergi meninggalkan kami beberapa jam sebelum itu.

tak perlulah aku ceritakan tentang pemergiannya.

cuma perlu tahu yang anakku tak sakit apa. pemergiannya mengejut setelah tak sedarkan diri di pusat jagaan. tiada unsur jenayah, dan sebab2 pemergian itu kami tidak ketahui.

kini anakku dah tiada.... ....berada di alam sana..tanpa perlu melalui ujian dunia ini lagi..
anakku berada lebih lama di alam rahim berbanding di alam dunia.

jujurnya memang sedih, namun aku redha atas pemergiannya...
setiap hari, malah hingga kini aku sentiasa teringat akan teletahnya.
senyuman, tangisan, jeritan, ketawa, semua masih ada dalam ingatanku setiap saat.

malah waktu waktu tengah malam begini, aku akan termenung teringatkannya. merindui saat saat kita bersama biarpun cuma 2 bulan 20 hari. kini 16 disember, telah genap 7 bulan anakanda pergi.

namun masih terlalu lama untuk kita ditemukan kembali di akhirat............

masih juga teringat ingat tentang kenangan kita bersama.
harta yang ada tidak mampu membawamu kembali.
juga tidak mampu beri kebahagiaan yang datang bersama dirimu.
dunia ini persinggahan.
kita semua akan mati.

abah rindukan anak abah, sangat2. 

ZARIN
17\12\2019
Nilai





Isnin, 20 Mei 2019

Anak syurga

Baru beberapa hari yang lalu aku update berkenaan kehidupan aku.

Aku baru saja kehilangan anak tunggalku pada khamis lalu...

Aku lakukan sendiri dari memandikan hinggalah mengebumikan..

Terima kasih atas doa kalian.

Zarin
Nilai
20/5/2019

Isnin, 13 Mei 2019

Update terbaru - apa cerita?

Sekarang 13 Mei 2019, jam 12.40 pagi.

Hari kelapan kita berpuasa.

Lama gila dah aku tak update blog ni. Dari suka2 aku nak menulis, sampaikan aku jadi malas sebab aku perasan sibuk.

Dari aku belum kahwin, sampailah anak dah keluar sorang. tapi isteri masih seorang.

Minta maaflah pada yang banyak komen, aku tak sempat nak baca... lagipun kebanyakan jawapan bagi soalan korang tu dah  banyak kali aku jawabkan. cuma kena skrol ke atas sikit lah dalam komen2 yang lain.

Gadis2 yang nak berkenalan pun, minta maaf lah. abang dah berpunya. korang lambat siapa suruh...

Jadi.... apa perkembangan sekarang?

Aku masih di syarikat yang sama setelah 7 tahun, 2012 ke 2019.

Jawatan aku bertukar dah 4 kali. dari jurutera, kepada project lead, kepada pengurus care center, dan akhir sekali kepada pengurus kawasan - Area Manager. Dari 7 tahun bekerja, 4 tahun adalah di peringkat pengurusan.

selain itu aku juga berada dalam ahli jawatankuasa teknikal SIRIM. sekarang dah dipindahkan di bawah jabatan standard malaysia.

dalam 7 tahun bekerja ni, aku juga dah pergi temuduga ke syarikat-syarikat lain dan juga JPA untuk post PTD dan juga Jurutera JKR J41. saja ambik pengalaman dan test market dalam temuduga.

ada yang dapat, tapi tak sesuai. yang kerajaan pula tak dapat setelah mereka tahu aku bekerja dengan pangkat sekarang. mereka beri keutamaan pada yang belum bekerja. selain itu, mereka juga kata - awak boleh survive di luar dan pergi lebih jauh. kami tak akan sekat kebolehan awak. lagipun sanggup ke potong 70% gaji sekarang semata-mata nak bermula semula di dalam kerajaan?

power ayat dia. sebenarnya aku suka pergi ke mana2 temuduga dan update skill. kadang2 aku pun perlu temuduga orang. secara tak langsung teknik2 terkini dapat dipelajari.

selain itu aku juga sedang sambung pengajian dalam MBA. dah setahun lebih berlalu. kalau ikutkan jadual, hujung tahun ni insyaAllah habislah belajar. konvo mungkin tahun depan.

umur aku hujung tahun ni, akan masuk 31 tahun. 

macam-macam permainan politik aku dah perhati, dan dah kena dalam kehidupan makan gaji ni. apa seterusnya? kita rancang hidup macam biasa, biarlah selebihnya Allah menentukan.

buat pembaca setia, cuba update apa yang kehidupan korang dah beri kat komen. ada masa, aku reply, okay?

ZARIN
Nilai
13/5/2019