*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Selasa, 12 Julai 2016

Honda Civic FB - Ride the Dream!

Honda Civic yang baru dilancarkan baru baru ni mendapat sambutan hangat. Hangat memuji ada, hangat mengeji pun ada (akibat masalah enjin yang dilaporkan beberapa bulan sebelum Malaysia launch). Tak kurang juga jadi isu hangat antara kapitalis hartanah dengan peminat kereta. Terpulang.. kita bising bising pun, tak dapat apa. rumah tak beli, kereta pun tak beli, jadi? 
Tapi tak kiralah, tengah bulan puasa hari tu aku pergi pandu uji Civic generasi ke 10 (Civic FC) ni untuk first hand experience...

Satu perkataan: Splendid!

Oleh sebab itu, maka review ni sedikit panjang..Jangan risau, tak banyak bahasa teknikal dalam ni. orang yang tak reti pasal kereta pun boleh faham..

1. Rupa bentuk
Rupa bentuk dah banyak berubah dari Civic FD, FB hinggalah yang terkini, namun masih mengekalkan identiti honda. Bentuk yang standard, masih cantik. Agak rendah sebenarnya berbanding yang lama. Bahagian belakang nampak sedikit overdone untuk sedan 5 pintu. Kalau untuk hatchback atau coupe (2 pintu) lebih 'masuk'. Model yang baru ni tak ada foglamp belakang - sedikit mengecewakan pabila toyota dan proton pun dah ada. Tapi hal kecil aje. Sebab features lain lebih banyak untuk compensate apa yang dia tak ada. Satu dia tak bagi, sepuluh dia bagi.

2. Enjin, transmission dan handling
Dua jenis enjin ditawarkan, 1.8NA dan 1.5turbo. Aku tak bawa yang 1.8 NA tapi 1.5. Yang 1.5turbo ni.....pikap dia menangkap. tekan sikit aje dah pergi jauh. Sebagai perbandingan:
1.5 turbo: 173 @ 5500rpm
1.8 NA 141 @ 6500rpm - bermakna 1.8 kena tekan lebih lagi untuk dapat maximum power (yang masih lagi rendah dari 1.5)


Aku kagum dengan CVT yang honda pakai. Tak bising, power loss tak terasa, dan juga smooth.
Pedal shifter pun wujud untuk model 1.5 (1.8 tak ada) dan boleh naik sampai gear ke 7.

Top speed, aku tak cuba. untuk mengelakkan risiko sebab aku bawa kereta orang. Honda claim top speed ialah 200kmh.

Panel meter di dashboard pemandu ialah 100% digital (rujuk gambar). Kelajuan pula dia tak pakai meter senggat, tapi terus tunjuk berapa kelajuan semasa.

Sekiranya korang adalah kaki racing, maka tak adalah 'feel' melihat senggat digital/analog tu menaik sebab hanya nombor yang akan keluar. Juga standard untuk Honda apabila ada strip yang berwarna putih, hijau atau merah yang menunjukkan eko bergantung pada cara pemanduan.
Handling, stereng yang sangat responsif..aku personally suka. finishing untuk kabin pun ada feel premium, dan stereng tu juga cukup selesa digenggam tak kiralah besar mana tangan kita.
saiz tayar: 215/55/16 untuk 1.8 dan 215/50/17 untuk 1.5 turbo.

3. Kabin
Luas, selesa, ergonomic bagi pemandu tapi sedikit seksa bagi penduduk belakang disebabkan oleh bumbung yang rendah..kalau lalu bumper tak mustahil penumpang belakang terhantuk bumbung.
Kerusi bagi model 1.8 ialah fabrik manakala 1.5 adalah kerusi kulit. terdapat aircond vent untuk tempat duduk belakang - nice.
HU (head unit- radio) pakai 7 inch display.boleh connect phone bluetooth, mp3, usb dan juga HDMI port... tiada GPS melainkan model 1.5 premium. tak sempat aku nak test GPS dia tadi.
Airbag - 6 airbag termasuk side curtain.
Dan di ruang gear tu, kawasan tu ditinggikan sikit (setinggi paha). Kalau pernah tengok kereta mahal, kat situ selalunya ada button kawalan yang cukup canggih. untuk civic ni, takde butang apa sangat melainkan electronic handbrake, eco button dan juga auto brake assist.

dan aku tahu, kewujudan 'sempadan' di gear console ni akan menyebabkan isteri dari tempat duduk penumpang tak boleh bergerak rapat ke tempat duduk pemandu. jadi tak boleh lah main wayang.. kalau nak tukar pemandu, dua dua kena keluar kereta.

4. Ruang bonet
Pro: 519liter - sangat luas..lebih luas dari prevé dan forte yang ruangnya sekitar 500-510liter.
Con: Kerusi belakang tak boleh dilipat kedepan, (dalam gambar di bawah ada satu palang melintang) jadi ruang bonet tak boleh diperluaskan lagi.

5. Extra features:



a. Electric Handbrake - bukan handbrake atau handbrake kaki, tapi hanya button.
b. Parking sensor - kiri kanan depan belakang
c. Movement sensor - yang ni aku lupa apa gunanya melainkan untuk keselamatan budak budak yang tertidur dalam kereta, dan untuk kesan pergerakan dalam kereta sekiranya kereta dipecah masuk
d. Satu lagi sensor aku tak ingat nama. antara kegunaan dia ialah apabila tayar tak berada di atas tanah maka alarm akan berbunyi.contoh: kena tunda, kena jack untuk curi rim, malah kalau park di tempat yang tak level (berbukit) pun dia akan berbunyi. aku rasa yang ini pakai pressure sensor.
e. walk away autolock - sekiranya kita dan kunci kereta berada 2 meter dari kereta selepas keluar, kereta akan auto lock. - tapi aku macam tak berapa gemar features ni sebab dah memang tabiat aku lepas kunci kereta aku akan tarik door handle check samaada kereta dah kunci atau tak...bila dia auto lock, kau akan paranoid, sama ada dah kunci ke belum kereta ni?
f. push start button dan reverse camera adalah standard buat semua varian.
g. kereta auto start remote. dari jauh boleh start enjin dan juga buka aircond (praktikal dalam cuaca panas malaysia ni) - standard pada semua varian

h. electric seat adjuster - standard semua varian.
i. electrochromic mirror - 1.5turbo sahaja.

j. ada aircond belakang

selain dari itu features standard seperti ESC, ABS, EBD, brake assist, emergency stop signal ada pada model ni.
oh ya. auto brake assist hanya ada pada model civic dan HRV sahaja. fungsi? tekan butang untuk brek tanpa menekan brek. tak faham? sekiranya di traffic light, walaupun gear masih D, kita akan tekan brek kaki, betul? dengan auto brake assit ni cuma perlu tekan butang di kanan tombol gear, dan kita tak perlu tekan brek lagi. rehatkan kaki, kereta akan auto assist untuk anda.

6. Harga, maintenance dan warranty
Harga on the road adalah seperti berikut

1.8S : RM 113 800
1.5TC : RM 127 800
1.5TCP : RM 135 80

yang mana roadtax untuk 1.8 lebih mahal dari 1.5 walaupun 1.5 turbo lebih berkuasa.
Ansuran bulanan, 90% loan selama 9 tahun ialah antara RM1300 sebulan untuk 1.8 hingga RM 1700 untuk 1.5 turbo. lebih kurang itulah. bergantung pada bank juga.

Maintenance
Hasil perbincangan dengan SA tadi, katanya 1.5 turbo perlu diselenggara lebih kerap dari 1.8, dan setiap servis mungkin menelan kos 400-500 sekali servis pada 8000-10000 km. siapa yang nak beli, jangan lupa factor in kos ni sekali.

Warranty
5 tahun, perbatuan tak terhad. Percuma caj upah untuk 5 kali servis.

7. Tempoh menunggu
Setakat ni yang aku tanya tadi...anggaran adalah 2 bulan menunggu....siapa nak beli buat raya, tak sempat dah. raya tahun depan boleh lah.

8. Pakej extra

Boleh dapatkan bodykit modulo yang didatangkan dengan body kit beserta spoiler dengan tambahan harga RM 4.5k+.

Jadi bagaimana?

Pendapat aku:

Civic FC ni adalah kereta yang lengkap, selesa dan praktikal. Cuma soal mampu atau tak ajelah.
Kalau tanya aku...disebabkan masa aku lebih banyak di atas motor sekarang, maka tak berbaloilah untukku bayar 1700 sebulan untuk kegunaan hanya pada hujung minggu. Biarlah kita bayar mahal untuk sesuatu yang kita boleh enjoy dan guna sepuasnya...
Yang penting, dengan nilai yang ditawarkan dengan harga tu, aku rasa kereta ni sangat sangat berbaloi pada yang mampu untuk memilikinya.
boleh hubungi Sales Advisor Azlan: 012 2846 545 untuk keterangan lanjut.

p/s: harapnya sedikit sebanyak membantu.