Selamat tahun baru 2014!
Awal tahun selalunya dikaitkan dengan azam baru. Macam-macam azam yang orang nak buat. Nak jadi lebih baik, ini antara azam yang 'general' dan selalunya dikitar semula saban tahun. Tak apa, lebih baik ada azam dari tak ada.
Sudah setahun lebih saya bekerja. Dan cukup seronok cari pengalaman. Sebagai antara staf termuda di syarikat ini yang orang Melayu tak sampai 30%, cara fikir saya tak boleh macam orang berusia 25 tahun yang baru kerja setahun kerja. Saya kena tune mindset saya berfikiran macam orang yang ada pengalaman bertahun-tahun, tapi bertindak cergas macam orang muda!
Disebabkan saya berfikiran macam umur 52 tahun (ceh!), maka banyaklah yang saya refleks diri saya sendiri untuk tahun lepas, dan juga tahun-tahun yang akan datang.
Entri ni bukan sekadar matlamat hidup kat atas, tapi juga realiti berkenaan masa, tekanan, kerjaya, minat, kepuasan, kecelaruan dan macam-macam lagilah.
Entri ni bukan sekadar matlamat hidup kat atas, tapi juga realiti berkenaan masa, tekanan, kerjaya, minat, kepuasan, kecelaruan dan macam-macam lagilah.
Entri ni panjang sikit, sudi-sudilah baca, sebagai ganti 5 bulan tak update, boleh ke?
Awal-awal Dulu
Saya dari awal
memang takde niat nak jadi jurutera. Sebabnya saya tak berapa minat.
Apa yang saya
minat?
Saya minat seni.
Fine art, lukisan, potret dan sebagainya. Tapi kalau saya jadi pelukis macam tu
masa depan kewangan mungkinlah tak berapa cerah sebab kadang-kadang saya ni
ikut mood. Nak buat, buat. Tak nak buat, terus terperap lukisan separuh siap
selama 2-3 tahun tu sampai sekarang. Lagi pun nak melukis ni makan masa. Bukan sekejap. Lepas saya kerja je, terus saya tak ada masa nak melukis lagi.
Dalam bidang kejuruteraan ni, ianya adalah profession. Satu kerjaya yang saya fikir adalah amat mulia, walaupun kadang-kadang akibat tekanan, selalu saya mengeluh juga, "kenapalah aku ambil bidang ni...."
Adakah berdosa kerana menyesal?
Saya tidak ada jawapannya.
Adakah berdosa kerana menyesal?
Saya tidak ada jawapannya.
Dilukis pada 2011. Mengambil masa 4 jam. Anda kenal ini siapa? |
Dari diploma,
sampailah masuk ijazah, saya buat semuanya dalam ‘terpaksa’, bukan kerana
minat. Kata orang, minat boleh dipupuk. Memang benar, saya jadi berminat
walaupun mungkin cuma dalam 20-30% aje minat saya dalam bidang saya tu. Pointer
biasa-biasa dalam kelas kedua atas je. Kelas pun selalu ponteng sampai kena bar
dari final exam tu dah terjadi beberapa kali dalam tempoh pengajian saya. Carilah post lama, dan anda pun boleh tahu dulu saya ni macam mana.
Saya pelajar
bermasalah. Haha.
Saya bukan
pelajar rajin. Mungkin dalam kelas saya antara yang paling malas.
Cuma mungkin
rezeki saya murah, belum sempat tamat pengajian saya dah diterima bekerja di
sebuah syarikat multinasional sebagai jurutera. Dalam tak minat tu pun saya
masih boleh buat kerja sebab kerja tu amanah. Saya harap bos puas hati dengan
kerja-kerja saya. Setakat ni evaluation masih bagus lagi. Tapi akan datang, saya tak tahu.
Gaji bolehlah,
sederhana tinggi kalau nak dibandingkan dengan jurutera syarikat minyak/GLC/kapal
terbang yang dapat 30-40% lebih dari saya. Kadang-kadang cemburu juga. Walaupun
begitu di KL ni gaji saya masih di bawah paras kemiskinan. Tapi bila tengok
kawan-kawan yang dapat 10-20% kurang dari saya, saya insaf.
Bersyukur apa
yang ada.
Belajar benda
baru. Jumpa orang baru. Kenal perangai manusia. Terjebak politik pejabat tanpa saya
tahu apa-apa dan tanpa rela. Bukan belajar pasal kerja sangat, tapi banyak
belajar pasal hidup. Oh banyaknya saya belajar.
Dan dengan
syarikat sekarang ni jugak saya dapat ke luar negara. Singapura, Thailand,
Indonesia, dan sekarang ni saya dihantar ke Korea bekerja sekejap kat sini
selama setengah tahun. Sambil kerja sambil ambil pengalaman.
Syukur pada
Allah. Dia mungkin tak bagi saya HARGA (wang), tapi Dia beri saya NILAI.
Setahun Telah Berlalu
Kini telah lebih
setahun sejak saya mula kerja lepas tamat pengajian. Selepas setahun, saya dah
dapat kumpul asset (dan jugak liabiliti iaitu hutang kereta – ini silap besar).
Jika di
awal-awal dulu saya selalu jugaklah teruja sebab saya antara yang terawal dapat
kerja sebelum sempat tamat pengajian walaupun bukan pelajar cemerlang, sekarang
mungkin keterujaan tu dah tak macam dulu.
Soalan matlamat kenapa saya bekerja setahun yang lalu, dah berubah kepada, "aku buat ni untuk siapa?"
Disebabkan engineer
adalah kerjaya kritikal kat Malaysia ni, jadi saya kadang-kadang kena kerja
lebih masa dan jugak hujung minggu. Saya suka dapat tolong orang. Tengok muka
masing-masing puas lepas kita bantu, itulah yang bermakna dalam hidup. Lepas
projek siap, tengok hasil kerja kita berdiri megah, dan semua orang boleh
manfaatkan, lagilah rasa gembira di hati. Tolong orang, itu yang saya minat.
Tapi…
Disebabkan
kerja, saya tak ada masa untuk keluarga, Saya nak bawak mak ayah saya jalan-jalan
hujung minggu, pergi masjid seminggu sekali dengar ceramah, jumpa kawan-kawan, jalan-jalan cuci mata, itulah hidup
sebenar yang saya hilang.
Bila banding
gaji seorang engineer dengan cikgu secara relatif, mungkin gaji kami besar.
Tapi dengan tugas dan jugak tempoh masa kami kerja, gaji kami sebenarnya lebih
kecil daripada gaji seorang cikgu! Dan nak hidup kat KL makin lama
makin tertekan. Tahun ni barang semua naik lagi. Aduhai.
Pandangan biasa bagi semua orang yang salah. Sumber |
Semua orang
bercakap pasal second income. Jana pendapatan kedua untuk tampung kenaikan kos
hidup. Selalunya alasan kebanyakan orang adalah tak ada masa. Tak ada masa bagi
mereka selalunya adalah pergi pejabat awal pagi, balik pejabat hampir malam. Malam
waktu untuk keluarga. Tapi Sabtu Ahad mereka cuti. Jadi mereka masih ada masa
sebenarnya.
Engineer macam
kami kerja waktu pejabat, malah luar waktu pejabat pun kena kerja. Ada
breakdown walaupun tengah malam-malam buta, kenalah bangun dan pergi kerja.
Macam doktor yang on call, cumanya kami tak ada elaun tambahan sebab ini
tanggungjawab hakiki. Gaji pun tak besar macam doktor. Hujung minggu pun kena
kerja juga. Jadi bila seorang engineer kata mereka tak ada masa untuk buat
pendapatan kedua, mereka benar-benar maksudkannya. Lainlah engineer di tengah
laut (carigali minyak/kapal) tu, sekurangnya diorang dapat la jugak day off
seminggu/sebulan sebelum kembali semula ke laut.
Apa bukti saya ni sibuk?
Lihatlah blog ni. berapa kali di diupdate berbanding 4 tahun dahulu? Theme pun serabai sejak diimport dari blog lama saya di wordpress, link banyak hilang, gambar banyak hilang - saya belum ada masa nak make-up dan repair bagi cantik-cantik. Biasalah tu, engineer kan selekeh. Yang penting pengisian dalam penulisan kena power. Boleh pakai ke alasan ni?
Lihatlah blog ni. berapa kali di diupdate berbanding 4 tahun dahulu? Theme pun serabai sejak diimport dari blog lama saya di wordpress, link banyak hilang, gambar banyak hilang - saya belum ada masa nak make-up dan repair bagi cantik-cantik. Biasalah tu, engineer kan selekeh. Yang penting pengisian dalam penulisan kena power. Boleh pakai ke alasan ni?
Berbalik pada second income tadi, jadi bagi
golongan engineer atas darat yang dah senior dan gaji besar ni, selalunya mereka banyak
melabur dalam saham, atau hartanah sebagai pendapatan pasif. Cuma sebab saya
masih baru bekerja, pendapatan yang ada cuma cukup makan dan untuk simpanan
kahwin. Sedikit simpanan yang ada tak berbaloi nak ambil risiko melabur.
Miskin bandarlah
katakan.
Nak melabur?
Masuk tabung haji sambil beli emas sikit-sikit jelah yang saya mampu. Labur
sikit-sikit, dan lupakan duit tu sampai masa kita perlukan balik. Simpan sikit-sikit tapi konsisten. Yang penting kena bermula menyimpan.
Saya fikir,
kesibukan dunia ni kadang-kadang menjauhkan diri saya daripada Allah.
Ingat Allah
dalam kerja, dah jadi satu ibadat. Tapi ibadat macam ni walaupun pahalanya ada,
kita kurang rasa puas sebab kita tak dapat buat apa yang kita betul-betul rasa
macam solat sunat, baca quran, pergi masjid, iaitu benda yang tangible, benda yang dapat dibuat secara langsung.
Sekarang..
Bila saya di Korea sekarang, ujian tu jadi lebih berat (untuk buat saya berfikir). Kat sini, saya sorang je Muslim, saya sorang je Melayu. Ini berbeza kalau kita pergi beramai-ramai. Dan saya datang untuk kerja, bukannya student yang ada masa tak ada kelas untuk solat ke apa ke.
Macam mana saya solat?
Macam mana saya makan?
Macam mana saya kawal diri?
Macam mana nak berbahasa?
Nanti bila-bila masa insyaAllah saya cerita macam mana saya hidup sorang-sorang kat negara maju ni, yang populasi muslim tak sampai pun 0.2%.
Zaren
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
3 Januari 2014
1 Rabi'ul Awal 1435H
Hari yang baik,
BalasPadamAdakah anda sedang mencari pinjaman, mencari pinjaman korporat, peribadi
pinjaman, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan,
pinjaman tidak bercagar, modal teroka dll. Adakah anda pinjaman bank atau kewangan
penolakan untuk satu atau lebih sebab. Anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan
penyelesaian pinjaman! Saya seorang pemberi pinjaman peribadi, saya memberi pinjaman kepada syarikat dan
individu yang mempunyai kadar faedah yang rendah dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%.
Hubungi kami melalui e-mel: albakerloanfirm@gmail.com