*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 19 September 2014

2 tahun yang lama, atau sekejap?

2 tahun, bukan tempoh yang sekejap. Lama, Tapi rasanya sekejap.

18 September 2014, cukup 2 tahun aku dalam syarikat Jerman ni.

Hasil 2 tahun..

Macam-macam aku belajar, banyak negara aku dah singgah bekerja, ramai orang dah aku jumpa, dan dunia ni bukannya sempit. Walaupun dengan kepesatan ICT, dunia dirasakan jadi semakin sempit, tapi ICT cuma di alam maya. Realitinya, banyak benda yang kita belum tahu selagi tak teroka sendiri.

Dan hidup aku pun dari seorang pelajar yang banyak buat masalah dan selalu ponteng kelas, dah jadi orang yang lebih bertanggungjawab (konon).

Pada usia 26 tahun ni, orang kata masih mentah di dalam industri. Pengalaman masih kurang. Tak power. Baby lagi. Tapi bila dah bergaul dengan rakan sekerja sama-sama manager level yang rata-ratanya berumur 15 tahun lebih tua dari aku, maka....

Aku rasa aku lebih tua dari umur sebenar. 

Tapi tak bermakna aku berfikir kolot dan rigid macam sesetengah orang tua..Aku fikirkan semula idea-idea lama, dengan cara orang muda. Cara yang muda, kurang kompleks, dan juga lebih ringkas. Cara orang malas, tapi hasilnya sama.

Ramai kawan-kawan aku yang mana ideologi sebagai pekerja, cari kerja yang bagus. Kerja berapa bulan, lompat. Kemudian berapa bulan, lompat lagi. Gaji dah makin tinggi, tapi tak puas-puas lagi.

Ada juga pekerja yang bila dah duduk kerja dan rasa selesa di situ, dia akan stay di situ saja. Kerja tak seberapa, harapkan increment yang banyak bila sampai cukup tahun. Pekerja yang begini takkan berkembang jauh.

Ada kawan aku yang berotak bisnes, dan genuine Gen Y dan tak suka kerja yang terbatas masa, maka mereka buat bisnes sendiri. Ada jual produk sendiri, ada buat bisnes sewa kereta, ada yang jadi agen insurans, ada yang jadi pelakon dan banyak lagi kerja sendiri.

Aku?

Aku sasarkan hidup yang balance. Ada kerja tetap, sambil-sambil tu aku ada beberapa business sebagai pendapatan tambahan. Dan jugak ada rumah2 untuk disewakan.

Disebabkan aku engineer, jadi macam dah tertanam dalam kepala, biarlah apa yang aku buat ni dapat tolong orang. Tipulah kalau kata duit tu tak penting. Penting! Tapi bukanlah keutamaan aku sekarang.

Tak bermakna aku dah kaya. Tidak. Makan gaji memang boleh hidup senang, tapi takkan boleh kaya, melainkan kau berada di kerusi CEO.

Aku lebih berotak investor. Aku bukan berotak bisnes.
Atau mungkin aku berotak bisnes, tapi aku lebih pada strategic planning, bukan executor.

Aku lebih berotak manipulatif dan kreatif berbanding berotak opportunist. Tapi itu lebih baik dari berotak pasif dan tunggu peluang datang.

Cuma, kalau nak bisnes full time, aku tak ada masa. Aku sibuk bekerja, dan jugak masa aku lebih pada family. Duit, aku boleh cari. Anak dan isteri sekarang kalau hilang, belum tentu boleh ada semula, melainkan kalau aku kawin lagi.


2 tahun seterusnya?

Aku tak mungkin akan berada dalam company ni selamanya. Biarpun appraisal bagus macam mana pun, pangkat naik pun, aku takkan pencen di sini.

2 tahun lagi, aku sasarkan peluang tu bukan setakat datang, tapi aku yang cipta.

Sebelum umur aku 35, aku harap aku dah naik haji. Beranak 4 dan beristeri satu.

Income? Rezeki yang ada, aku ambillah. Tapi tak mustahil sebelum 40 aku akan jadi jutawan.

Pada umur sekarang, dalam masa 2 tahun ni, dah hampir suku telah tercapai. Jadi pasal duit, boleh tunggu dulu.

Selebihnya, aku serah pada Tuhan.

Aku ada target, aku cuba.
Dapat tak dapat, itu atas izin Dia.

Zarin
19/9/2014
Petaling Jaya

6 ulasan:

  1. aku ske lah baca blog ni, byk input dari melalut. beza blog lelaki dan wanita lol.haha.selalu2 update yer! i follloww :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..aku pun lelaki juga.....

      blog siapa yang lagi melalut, laki ke perempuan?

      hehehe

      Padam
  2. Haha ! Tah kenapa rasa suka pulak baca blog ni. Lebih kepada membebel benda yang betul dan sebagai seorang marhaen yang teliti tentang cara hidup.well, memang betul , kalau nak kaya boleh buka bisnes. Sbb ramai yang saya kenal, bru setahun dua dalam bisnes tapi dah mampu beli rumah ratus ribu ada yang nak setengah juta kalau tengok pada tanah dan besar rumah tu. Fuhh. apepun, gaya pemikiran seorang jurutera memang setinggi ini ke ? Hebat 😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah begitu..

      Ini semua atas pemerhatian saja..masa sekarang boleh cakap, masa depan tak tahu lagi :)

      Padam
  3. Haha ! Tah kenapa rasa suka pulak baca blog ni. Lebih kepada membebel benda yang betul dan sebagai seorang marhaen yang teliti tentang cara hidup.well, memang betul , kalau nak kaya boleh buka bisnes. Sbb ramai yang saya kenal, bru setahun dua dalam bisnes tapi dah mampu beli rumah ratus ribu ada yang nak setengah juta kalau tengok pada tanah dan besar rumah tu. Fuhh. apepun, gaya pemikiran seorang jurutera memang setinggi ini ke ? Hebat 😂😂😂

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!