*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Sabtu, 20 Jun 2015

Dulu aku suka tuang kelas. Hasilnya?

Antara aku dan kawan kawan yang lain, aku ni boleh dikira tak berapa power dalam result dulu.

Sebab aku banyak main dan ponteng kelas. Masa diploma kat UiTM Penang dulu, aku pernah kena bar dari masuk final exam sebab kehadiran tak sampai 80%. Masa tu aku punya kehadiran dalam 60% ke bawah.

Memang cari pasal. Dah lah semester 6. Dah nak grad pun.

Kemudian masuk UiTM Shah Alam pun aku buat perangai lagi. Kelas pagi semua mesti aku tuang.
Lecturer degree ni dia tak strict sangat. Mungkin sebab dia fikir budak degree ni dah besar panjang, boleh fikir sendiri.

Nak gagal dalam hidup, tak perlu gagalkan dari lecturer pun. Sendiri pun boleh kasi gagal.

Masa degree dulu semua kelas aku tuang. Sebabnya aku jenis suka tidur siang. Sudahnya malam takleh tidur. Aktiviti malam tu selalunya aku main PES. atau main Counter Strike.

Lepas subuh baru tidur. Tu yang kelas pukul 8 sampai 12 semua kelaut.

Lagipun, masa degree tu, aku takde kenderaan nak ke kelas. Dari rumah sewa kat seksyen 7 sampailah ke engineering twin tower tu, ada lah dalam 2km. 

Nak berjalan tu aku malas. Masa tu pulak baru putus cinta, maka takde semangat nak ke kelas. 

Cari awek lain? kat fakulti aku tu awek yang cun boleh dikira dengan jari. Yang ada pun dah diambil orang.

Takde semangat langsung.

Kelas yang aku minat pun, cuma kelas teori. Sebab teori ni kau cuma perlu faham konsep. Dalam exam nanti goreng ajelah.......

Kelas yang aku malas kalau ada calculation atau derivation.
Calculation dia pulak panjang dan berkait.

Contohnya soalan 1a soalan calculation. Soalan 1b akan bersambung dari jawapan dalam 1a tu. Kalau soalan pertama dah salah, maka lupakanlah nak jawab soalan seterusnya.

Ada yang jenis soalan 1a kena derive formula. Soalan 1b, gunakan formula tu untuk kira.

Ini aku selalu dapat kosong. Formula kami banyak nak kena ingat. Panjang panjang pula tu.....

Dan aku selalu hantar kertas kosong. tulis nama dengan nombor matriks je.

#####################################################

Tapi ini semua kisah lama. Bila dah kerja, satu pun aku tak guna!

Yang dibawa dan diguna, cumalah teori teori yang kita belajar tu. Kalau ada calculation pun yang simple simple aje.

Dan bila dah kerja, susan nak adjust balik masa tidur dengan masa kerja. Kadang kadang lewat jugalah. Tapi company aku kerja sekarang ni memang fleksibel. Kerja siap dan ada kualiti, cukup..

Bila fikir balik......tak patut aku buat camtu masa student dulu. Aku tak pernah merasa 4flat. Paling rendah 2.74. paling tinggi 3.94.

Cukuplah tu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..
Rumah, kereta, family...aku cuma bercadang nak ada anak anak sendiri nanti.

Alhamdulillah.

Selamat beribadah di bulan ramadhan. Kalau korang main PES, bangunlah tahajjud sekali.

ZARIN
20 Jun 2015
3 Ramadhan 1436


7 ulasan:

  1. baca entri saudara ni..mengimbau kenangan di uitm shah alam.engineering faculty.saya juga student engineering tapi takat dip je.electrical engineering.masuk tahun 2002.now 2016, umor pon dah 32 tahun. otak dah berkarat.
    nice entri der..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      Takde lah jauh sangat. Tahun ni saya 32-4 :)

      Padam
  2. Nak tanya. Lebih baik kena bar or result teruk sebab attendance sikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..terpulang..kalau dah nak habis, redah jela asalkan habis on time.
      kalau ada masa lagi, boleh buat elok sikit sem depan.

      Padam
  3. gempak la tu yg paling rendah pun 2.74. sem ni saya dpt teruk pasal dpt 1 D. sadis baq hang. nampaknya mechanical dah mula tunjuk taring dia :'(

    BalasPadam
  4. Boleh tak terangkan apa kesan kena bar pada result kita... adakah kita xboleh repeat subject yg kita dh kena bar tu?

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!