*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Ahad, 15 November 2015

Proton Iriz Exec : Review Yang Tertunda

Proton Iriz 1.3 Manual Executive [OTR RM 46,888] Test Drive Review - Betul2 ONZ!

*Review ni aku dah postkan di facebook aku tahun lalu pada 28 September. Baru sekarang aku ingat nak share sini.

Pertama sekali, ingatkan nak test drive 1.6 premium. Kat showroom yang aku pergi ni cuma ada 1.3 manual test drive unit.

Sehari dua ni dah ramai orang test drive 1.6 premium yang pakai CVT dan ada review. Jadi elok juga, tak banyak orang keluarkan pasal 1.3 manual ni. Jadi boleh lah baca sini.

Mula-mula masuk 1.3 manual, aku pulas kunci. enjin tak hidup. rupanya.....untuk manual kena tekan clutch dulu baru boleh pulas kunci. manakala untuk yang start button (premium) macam biasa, tekan brek sebelum tekan start button.

Proton sangat titikberatkan safety untuk model model terbaru sekarang ni.

Safety features Proton bukan hanya untuk premium auto saja, tapi jugak untuk basic manual. Model proton sebelum ni (saga, preve, inspira, suprima, exora) asyik-asyik auto aje yang dapat premium dan benda2 canggih.. Kali ni penggemar manual boleh berpuas hati. Tiada diskriminasi!

[Handling]

Seperti biasa, benda handling ni adalah Proton punya fortΔ“... start aje kereta, aku terus masuk selekoh patah 90 darjah pada kelajuan tinggi, dan menariknya kereta ni tak membuang. rasa macam skid tapi sebenarnya tak.

Kalau korang di setiawangsa, turun bukit traffic light sebelah petronas tu yang aku buat drift tadi. aku kona ke kiri, masuk ke highway duke. Handling memang mantap!


Noise: 8/10 (senyap)
Vibration: 9/10 (tak ada rasa gegar)
Harshness: 7/10 (masih smooth)
Handling: 8/10

[Pickup / pecutan / acceleration / top speed]

Ini mungkin berbeza lah bagi setiap orang, bergantung pada varian apa yang dia test. Untuk 1.3 Manual ni, boleh dikatakan enjin sangat pikap pada gear 1-2-3. masuk gear 4-5 lebih sesuai untuk cruise aje.

Enjin tak bising. Senyap. Sama ada enjin senyap ataupun soundproofing bagus, tak pasti. asalkan kita tak dengar bising, cukuplah, ye tak?

Walaubagaimanapun kalau Iriz automatik yang guna CVT, mungkin bunyinya akan lebih bising. (Sama macam Preve aku - klik untuk baca)

Top speed....aku bukannya test kat test track kat shah alam sana, cuma di highway duke yang banyak kereta dan tengah hujan masa tu.

Disebabkan ini, maka aku cuma mampu tekan hingga 150kmh. selalunya kereta saiz ni, 130-140 stering dah goyang. untuk yang ni, langsung tak ada goyang, siap boleh lepas tangan.

Kalau kena speed trap masa aku pecut tadi pun dia takkan tahu kereta mana sebab plate depan hanya tulis IRIZ.............. (limit duke adalah 90kmh - aku bawa 150kmh)

Dan untuk enjin 1.3 dengan body frame yang besar pun mampu pergi 150kmh, rasanya mantap juga - tu aku belum tekan sampai lantai lagi.

Pikap? mungkin enjin 1.3 kurang power untuk orang yang suka pecut. tapi cukuplah untuk kegunaan sehari-hari. minyak pun lebih jimat.

[Ruang kabin]

Untuk saiz lelaki biasa seperti aku, 173cm, 78kg, boleh rasa selesa. kerusi pemandu mendakap tubuh pemandu, ketinggian steering pun ergonomic (boleh adjust, apa ada hal). Cuma cermin sisi ambik masa sikit nak bagi biasa.

Untuk penumpang belakang, 3 orang boleh masuk takde masalah, ruang kaki pun luas, lutut orang belakang takkan kena kerusi depan melainkan lah kalau dia tu tinggi sangat.

[power window]

Sampai di tol duke, aku pun buka lah tingkap nak bayar tol....

"Malangnya"....tingkap proton takde masalah. semua smooth...

takleh nak kutuk lagi..


[extra features]

Tengok pada brochure, kalau nak puas hati ambillah yang premium (top variant) atau sekurangnya executive (middle variant). yang standard (basic variant) terlalu basix ..

beberapa highlight:


1. free Yes wifi setahun

2. ada 2 USB charger untuk charge HP/apa - apalah

3. ruang letak cawan sampai 7 (nak buat apa banyak2?- preve pun ada 6 aje)
4. 1.3 punya varian takde audio kontrol di steering, sangatlah tak patutttt
5. semua model 1.3+1.6 ada ABS, EBD, brake assist, Electronic Stability Control, Traction control, hill hold assist (untuk manual pun!). safety features memang power....
6. tak sempat study habis untuk features, keseronokan memandu kereta adalah pada engine dan handling maka aku tak ulas untuk benda lain....


[kesimpulan]

Berbaloi, jimat minyak, handling +stability sangat top.
cuma harga mungkin mahal sikit.
Tapi untuk kereta yang lebih canggih, lebih luas dan lebih selamat (★★★★★ ANCAP) harga top spec pada RM 63k tu mungkin lebih berbaloi dari P2 miyabi (Perodua Myvi) yang top spec pun dah RM 55k..lepas tu takde canggih camni..

****************************

Aku ke showroom Proton minggu lepas, dan stok Iriz asyik habis aje.
Nampaknya Iriz dah semakin diterima. Dan khabarnya ramai pengguna Myvi trade in pakai Iriz disebabkan ciri keselamatan Proton.

Syabas!

Zarin
Singapore
15 November 2015

27 ulasan:

  1. Terima kasih, sy dalam dilema memilih antara Preve dgn Iriz. Sesudah sy membaca blog anda, baru lega rasa hati.....dan sy tak perlu pilih pilih lagi.
    Sy dah campak dokumen saya untuk both. Nasib lah yang mana satu approve dulu. Sebelum ni sy dah pakai Saga Knight....still tip top... pastu sy ambik Persona Elegant ..memang ganteng tak leh lawan. speed 180km - 190km...relek je sambil sambil makan koci..Ni nak try Preve plak...tapi sebab tunggu approval lambat sangat ..sy risik plak si Iriz...harga lebih kurang je. Dah masuk pinang dua dua sekali....mana yang terima dulu....leh bawak balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..so far harini mana yang dapat? iriz rasanya stok tak banyak kalau ada pun 2014 punya..

      preve doa lah dapat yang okay. bila quantity over quality maka qc dia pun kelaut..

      Padam
    2. ..so far harini mana yang dapat? iriz rasanya stok tak banyak kalau ada pun 2014 punya..

      preve doa lah dapat yang okay. bila quantity over quality maka qc dia pun kelaut..

      Padam
    3. Iriz terbaik, tiada wind noise mcm accord dan camry baru

      Padam
  2. Aku antara pemilik iriz yg berbangga... Hehe...

    BalasPadam
  3. Aku antara pemilik iriz yg berbangga... Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..pemilik iriz.tak lama lagi perdana baru keluar, boleh la angkat pulak ye tak

      Padam
    2. ..pemilik iriz.tak lama lagi perdana baru keluar, boleh la angkat pulak ye tak

      Padam
  4. Im one of iriz user. So far there is no typical problem since i bought iriz on aug '15.

    BalasPadam
  5. Bro,

    Ada review for Persona tak? Saya bakal graduan umur 22 tahun, terfikir nak beli Persona since harga agak 'murah' dan agak mampu milik for a first car. Saya tak kesah kereta design lama, sbb sy dah cukup puas ati ngn design dia. Not that bad pon. :D

    Appreciate your reply, thanks!

    BalasPadam
  6. Untuk pembelian model Proton sila hubungi saya(Sales Advisor Proton)di talian :
    012-9275459.
    Terima kasih,

    BalasPadam
  7. Salam.. Ulasan yg ikhlas. Izinkan sy menambah,3 point lagi. Ok.. Pertamanya, sy jugo seorang yg amat payah membeli kereta. Yg terakhir dibeli adalah sebuah MPV cbu Dari Korea setelah saya meragui build quality MPV Dari jenama besar T&H. Itupun pembelian yg dibuat hampir 7 tahun lepas, maksudnya loan mpv td tinggal sebulan dua lg nak setel. Aku angkat proton IRIZ 1.6 manual setelah berkali2 test drive model 1.3 & 1.6 manual & auto. Aku stay kat Kelantan, so tempat yg paling perfect nak lenjan keta adalah jln airport pengkalan chepa. Aku istiqamah pilih manual version walaupun 2 model: manual & auto share proton punya strength iaitu top notch body Control. Nanti sambung EP.. Nak p pekena domino pizza dulu.. Laporrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam,

      Jalan airport tu memang port dah tu. Tapi kena malam la sikit. 1.6 manual tu jarang orang nak beli tu. boleh jadi barang rare

      Padam
    2. Mmg rare dah tuan.. sy nak angkat manual, xdpt. Abis stok & katanya proton xnak reprod sblum model iriz keluar.
      Zaidy tu la kata.. so sy book premium auto je.. & dia ingat tuan. Kata lagi tau psl kete dr dia. :-D

      Padam
    3. alhamdulillah..

      saya takdelah tahu sangat, cuma banyak baca sebab nak bikin kereta. hahaha

      Padam
  8. Salam Boss.. sy guna civic 1.8 2007. Ni nak tukar dah, sejak2 abis bayar ni byk la prob dia. So nak trade in je, Ingat nak ambil kete bajet sket.

    Ngah pikir antara iriz , preve & suprima s (target highend model, full specs).
    Recommendations boss utk value for money?

    Tq. Facebook apa ye? & contact brader salesman boss amik preve aritu. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam

      Civic 2007 1.8 tu kalau tengok kat used car boleh lagi dapat 60 ribu lagi. Harga maintain.

      Depend nak pakai apa sedan ke hatchback. On top dah tentulah Suprima.

      Ni no dia. Zaidy Zainal 0132247285. Mintak nasihat kawkaw sebelum beli ye

      Padam
  9. mekaseh bro..baca reviews, nak tya iriz ni. tgh promo 2.8%
    ada bajet sok, bru amik sedan.

    ZaidyZainal ni mmg proton edar ye. Bro mmg nama Zarin?
    boleh sy inform dia kata bro rekemen.
    tqsm. nnt sy update.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Test drive lah sekali. Nama saya memang Zarin. Harapnya dia ingatlah. Heheh

      Padam
  10. Alhamdulillah . Saya dah pakai iriz selama lebih setahun 3 bulan .kereta dibayar bersama cik tunang dan di pakai itu keperluan cik tunang ke pejabat dan utk kegunaan saya di hujung minggu ..iriz saya selidik lebih 6 bulan untuk buat keputusan membeli .. iriz 1.3 cvt menjadi pilihan saya. handling memang cun berbanding muvi . Safety pula cun . Org kata iriz slow .. tak tinggi top dia tapi aku dapat terbaik . Time pergi wedding khawin kat melaka. sepanjang jalan dari KL sampai seremban paling kuat aku tekan 130km sahaja .sehingga ada amoi mana tah bawak 70km kat laluan paling kanan .. aduh fail betul . Masa tue tengok sebelah kiri boleh selit .baca bismillah .tekan . Mcm race need for speed .. silang beberapa buah kate.. rasa iriz nie .perhh tak goyang mcm bawah fd... so aku tekan sampai 150km. Tiba tiba lihat belakang ada bmw warna biru kejar aku ape lagi lepas senawang aku tekan.. tiba tiba cik tunag ckp ..laju mana nak test .. aku tengok meter cecah 180km .ok cukup bagi laluan kat bmw tapi hampeh . Dia ikut slow ..jugak.. rasa bmw mcm nak test kejar iriz . Aku sekali lagi tekan . Tgk meter 195km padelada ruang sikit lagi .. dalam hati .1.3 cvt boleh dapat speed niee . Cun la . Bmw tadi mcm biasa follow sampai toll ayer keroh .. tak mahu potong . So kesimpulan proton skrg bukan mcm dulu .. rapi banyak lagi kena improve mcm bunyi tikus... ape pun . Love proton..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello bro. sampai 195 kmj ko lenjan Iriz yer. Jgn camtu bro. mmg aku akui iriz ni stable sangat. tapi top speed iriz 1.3 cvt cuma 160kmj ja tau. kalau 1.6 manual pun baru 175kmj. jangan nanti benda2 kat dalam tu rosak, enjin dah tak smooth, salahkan quality proton pulak.

      Drive safe. orang bertunang ni darah manis.

      - Pemilik Iriz 1.3 Standard Manual -

      Padam
  11. Alhamdulillah, saya dah pakai Iriz Manual 1.3L Standard, keluaran 2015, selama 7 bulan tanpa ada masalah kritikal. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. so, dapat diskaun sampai RM5,000. harga OTR RM 42,000, tapi buat loan cuma RM 37,000 saja. dah macam harga Axia dan Proton Saga.

    Secara keseluruhan pakai iriz ni oklah. Cuma yang menjengkelkan sikit tu, ialah pasal bunyi getaran dan ketukan (rattling and knocking) di dashboard yang bermula selepas 2-3 bulan pakai. bunyi ni mcm keluar sebelah kanan dashboard, kadang2 sebelah kiri. kadang2 belah tengah. macam ada mood plak kat area mana dia nak berbunyi. Ini bukan sebab bunyi barang dalam glove box atau driver box yang berlanggar sesama sendiri. Sbb saya dah test buang semua barang dalam tu. still bunyi jugak. Awal2 dulu macam takda la pulak. tapi bunyi ni tak lah sepanjang masa, sekejap ada, sekejap takda (berhantu?). Selain tu bunyi agak kuat masuk ke dalam kabin dari tayar. ada reviewer yg rekomen tukar ke tayar continental conticomfort. cadang nak tukar lepas ni. Hari tu ada brek mengejut dalam hujan lebat, lepas tu lampu brake menyala berterusan. lepas pergi servis, masalah selesai. Reverse sensor pulak tak berfungsi lepas tinggal kereta kat luar waktu ribut. tapi keesokan harinya, dah ok, tak payah gi servis pun. Ada pemilik iriz dengar bunyi tikus kat dashboard. so far, saya punya iriz takda lah tikus tu. selalu dengar bunyi ala2 'transformer' kat boot enjin.. mungkin dari air-cond kot, sbb aircond Daikin kat rumah pun bila bukak, compressor di luar keluarkan bunyi yg sama. Awal2 pakai dulu pick up macam kureng sikit tapi, lepas dah 2 kali servis maintenance tukar minyak, macam enjin lebih smooth dan tajam. lebih ummm..best bawak iriz manual ni.. mantap. Orang selalu ckp iriz ni dibuat utk transmisi manual, bukan cvt. ini baru 1.3L. tak dapat bayangkan kalau 1.6L. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti nak upgrade ke 1.6L premium. cuma bagi saya pickup 1.3 manual ni tak berapa power dari gear 1 ke 2. mcm dari full stop kat lampu merah dan nak bergerak (iriz ni body berat), tapi dari gear 2 dan seterusnya mmg mantap.

    Lagi satu saya tertanya2, berapa ramai dari pemilik iriz ni yang baca buku MANUAL PEMILIK (Owner's Manual). Dalam tu ada banyak tips dan panduan yang menerangkan sebab dan punca serta cara mengatasi apa2 masalah yang timbul. walaupun saya rasa mcm dah berpengalaman dan tahu banyak benda pasal kereta, tapi bila belek2 buku tu, rupanya masih banyak perkara yang belum tahu. silalah baca ya. baca sikit2 bila ada masa. bukan cram mcm nak studi exam. gear tersangkut kat P, sensor belakang berbunyi, suis start-stop tak boleh on..dan masalah2 lain ni ada dijelaskan dalam buku tu. cara2 penjagaan pun ada jugak dalam tu, cara nak jaga enjin, nak jaga reverse sensor dari rosak. semua ada dalam tu. bila dah pakai menonong semberono mcm tahu segalanya, bila benda rosak terus bising2. mungkin kita adalah puncanya.

    Iriz ni ada banyak yang best. binaan chassis mantap. saya selalu terpesona dgn pintu iriz belah pemandu (dan penumpang depan). pintu kereta kebal.. berat dan pejal. nak bukak dan tutup tu kene guna tenaga sikit. bila tutup, bunyi tu mmg sedap. lagi satu yang best ialah pasal brek iriz. tekan sikit pun dah mencengkam rapat (fungsi 'Brake Assist'). awal2 pakai dulu selalu tertekan brek kuat sangat sbb dah biasa pakai kereta lama (Kia Spectra 1.6L, Auto)… mmg terbang barang2 dalam kereta. sekarang dah ok. so, dalam traffic jam, tak lenguh sangat dok tekan brek. clutch pun lembut (utk manual). stereng pun best, layan jer ambik corner. speeding tak bergegar walaupun 150-160kmj. respons stereng automatik jadi keras bila speeding dan rasa badan iriz tu melekap atas jalan walaupun hujan lebat (fungsi 'Traction Control'), so tak rasa mcm nak terpesong keluar jalan. TIPS saya. Kalau nak iriz tu lebih pickup dan smooth bila speeding. ..TUTUP AIR-COND.

    BalasPadam
  12. SAMBUNGAN...

    Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC - Kawalan Kestabilan Elektronik. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB!, bukan SUNAT. Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

    Kalau anda memang seorang ABP (ABP - Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

    Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat 'boleh elak'. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.

    Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL - USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

    "Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi SAW yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”" - https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

    - Kenal dulu 'kemampuan' kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. -

    VIDEO RUJUKAN PASAL ESC:

    1. Bahasa Indonesia - https://www.youtube.com/watch?v=mbqgsAjuot8

    2. Bahasa Inggeris - (a) https://www.youtube.com/watch?v=VGjdoGJItX8 ; (b) https://www.youtube.com/watch?v=MCRLKRluk1w; (c) https://www.youtube.com/watch?v=vhdjXqbyj5s; (d) https://www.youtube.com/watch?v=C4-Lbt8KHkw

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!