*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 12 Februari 2016

Review: Yamaha R25

Yang pertama sekali, ingin aku tegaskan di sini aku bukanlah peminat tegar motor. Minat tu memang minat, tapi minat gitu gitu je.

Minat aku pada motor ialah seperti minat aku pada artis perempuan. minat tengok tapi tak teringin pun nak beli.

Jadi maafkan aku kalau review kali ni tak berapa detail.

Okay, kita start.

Dalam KL ni, banyak masa kita habis atas jalan bila nak pergi kerja. jem jem dan jem.
Lalu mana mana kena tol. dah la kena tol, keluar je dari tol, jem juga. tol pula dah makin naik. Macam tak justify harga tol dengan keadaan jem yang kita lalui tu. Lebih tak syok, vvip boleh main escort di kala rakyat tersangkut dalam kesesakan.

Yang selalu aku rasa pedih bila tol dah jem, tapi lorong smart tag/touch n go tutup pulak. Yang lalu smart tag pulak boleh sangkut disebabkan baki tak cukup, smart tag takde bateri, folo kereta depan rapat sampai sensor tak sempat baca etc.

Jadi antara cara mudah nak bergerak/commute dalam bandar ialah dengan motor. Nak pakai kapcai, kecik sangat masuk highway tak konfiden. Kurang kurang kena cari motor yang sama laju dengan kereta. Kalau tak, terasa melayang bila kereta potong dekat sebelah. Melainkan kalau tempat korang tu selalu sangat jem maka kapcai lebih sesuai nak mencelah.

Jadi yang kuasa agak agak sesuai ialah motorsikal 250cc. Ada banyak kelas dan banyak jenis..Ada ninja 250sl/250, naked z250sl/z250, ada cbr 250r, ada yamaha r25. kali ni kita fokus untuk r25 aje lah ye?

Rupa

R25 pada aku cukup garang, cantik juga.

Ada dua warna yang masuk Malaysia ni, biru/perak dengan merah/putih. Warna biru Malaysia tak sama dengan biru Indon ye. Biru indon dia main biru/putih dan lebih banyak belang. Ada trademark "Semakin di depan"..Tangkinya warna putih. Rim warna hitam.



Malaysia pula tangkinya warna biru. Warna biru Malaysia punya combine dengan biru/perak macam market luar . Rim warna biru.

Yang warna merah pula pada aku siapa yang suka main sticker boleh lah angkat kaler ni. Sebab tak rasa sayang nak tampal kat ruang yang memang kosong tu. Yang biru tu kaler trademark Yamaha. Sekali tengok kalau nak bikin, merah ni power sikit lah. Garang.


Ada lagi version movistar, coverset special sikit tapi...harga mahal extra dalam 3000-4000 sebab limited edition katanya. Bolehlah nak beli kalau nak acah acah Rossi. Kalau sticker aje, harga sticker dalam RM 250 aje. Nasib baik juha versi Malaysia ni tangki dah siap kaler biru. Senang nak convert.

Features

Benda yang aku suka tengok pada R25 ialah meter dia. Lengkap segalanya.

Di situ ada:
1. Odometer
2. Trip meter A dan B
3. Gear indicator
4. Signal indicator
5. RPM tachometer analog
6. Speedometer digital
7. Average fuel consumption
8. Instant fuel consumption (real time)
9. Next oil change yang akan berkelip bila servis dah due
10. Gear shift indicator
11. Digital clock
dan beberapa lagilah. Cukup pakej. Ini sebab aku pilih R25 berbanding Ninja.

Kuasa/Power

Mengikut statistik, R25 adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya. Boleh youtube video R25 vs Ninja 250 vs CBR 250 tengok siapa yang laju. Yang ni.......aku tak sokong mana mana pengeluar. aku pengguna aje.

Dengan enjin inline 2 silinder ni, top speed ada yang dah cecah 185kmh dan cut off di situ. Mungkin kena mod sikit kalau nak pergi lebih. 

Aku bawa 165kmh pun hati dah rasa goyang. Tapi motor tak goyang, dia steady! Nak pulas lebih, aku tak berani.

Cuma..lama lama rasa boring sebab motor ni boleh pergi lagi tak berapa power .Kenapa la tak ambik yang R6 ke R1 ke? Hmmm..

Meter dia sedikit ringan berbanding GPS. contohnya motor tunjuk 90kmh tapi GPS baru 82-85kmh.

Kawalan/Handling

Disebabkan motor ni adalah street bike aje (belum level superbike lagi ye) jadi tak bolehlah expect handling dia macam yang cc 500/1000. Expect something around FZ 150 but a bit better.
Handling rasanya Ninja sedap sikit banding dengan R25 ni sebab beza wheelbase tayar depan dan tayar belakang.

Tangki dia takdelah besar macam superbike tu. Jadi takde lah membongkok sangat. Seat pun tak tinggi sangat jadi kawalan tu tak berapa susah.
Dengan berat 160kg tu..memang tak goyang bila kita lenjan atas highway. Tetapi feel dia biasa biasa aje.

Cuma kalau nak meleper tu, sila lah tukar tayar dulu. Tayar stock ni, mungkin tak rasa confident. Silap silap cium jalan.

Kepanasan

Maksud aku panas motor ni bukan enjin panas ke apa. korang faham sendirilah. Motor panas lebih menjadi target untuk dicuri...

Barang Yamaha memang panas selalu..LC135 selalu hilang, 125z pun senang..Harapnya yang ni tak berapa panas lah.

Cuma harapnya harga tak jatuh teruk, senang korang nak jual balik bila nak upgrade. Heheh.

Fuel consumption

Average hari hari dengan kelajuan purata 90-110kmh pada rpm 7-8k rpm, lebih kurang 3.2liter/100km.

Full tank motor ni ada dalam 14.3 liter dengan 3 liter reserve (aku tak sure reserve tu termasuk 14.3 atau pun total jadi 17.3). Tapi bar minyak penuh ada 6, kalau dah tinggal 1 bar tu kalau diisi penuh dalam 16 ringgit.

Boleh agak lah ye satu tangki penuh ni boleh pergi berapa km.

Servis minyak hitam adalah setiap 5000 km. Oil filter tukar 10000 sekali. Sekali servis pakai minyak full sintetik biasa habislah dalam 50 sebotol x2. filter dalam 30-40 ringgit. Jadi anggarkan dalam 140-150 ringgit bajet sekali servis. Kalau nak pakai minyak mahal tu, sendirilah buat..

Harga dan tempoh menunggu

Harga. Harga body saja lebih kurang RM 19 800. Harga OTR tengok pada kedai. Setakat ni aku jumpa paling murah RM 20 980 dan paling mahal RM 24 000.

Apa reason dia main harga? 

Sebab waiting list motor ni ramai. Nak kena tunggu 2-3 bulan baru dapat motor. Kalau ready stock, mahal lah melainkan dapat beli cash boleh lah tawar sikit dengan kedai. Belah JB sana ada sampai RM 25 000 sebab stok tak ada.

Harga untuk secondhand...Ada yang jual RM 20 000 untuk yang baru mileage 3000-5000 km. Mereka tahu kalau nak beli baru pun kena tunggu. Siapa nak cepat, bayar le mahal.  Aku rasa Yamaha pun main harga juga tu production lambat sebab nak tengok market macam mana (jangan marah ha).

Apa pun, harga OTR ni agak berpatutan. Honda CBR 250 single silinder dalam 20 ribu, kawasaki ninja 250 pulak dalam 23 ribu. Jadi dengan kuasa yang lebih dan harga yang kurang, tak hairanlah stok selalu tak ada.. Yang paling murah Naza Blade 250, 16 ribu boleh angkat. TNT, Redza, Demak tu aku tak sentuh...

7 ulasan:

  1. R25 memang terbaik dari segi design mahupun prestasi..

    BalasPadam
  2. Ulasan yg sgt baik. Tq!

    BalasPadam
  3. review yang bagus bro...thank you

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk maklumat tentang r25

    BalasPadam
  5. Minyak hitam jenama apa yang terbaik untuk r25?

    BalasPadam
  6. Great blog! I really love how it is easy on my eyes and the information are well written. I am wondering how I might be notified whenever a new post has been made.
    Paddle Wheel Flow Meter

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!