Hari ini hari bapa..
Ku percaya di luar sana akan ramai blogger atau di facebook masing-masing mengucapkan penghargaan kepada bapa masing-masing.
Tidak ketinggalan aku juga. Walaupun aku tahu bapaku (kebanyakan lelaki juga) tidak kisah sama ada hari ini hari bapa atau pun tidak, tapi aku tetap mahu ucap selamat hari bapa. Kebanyakan lelaki memang begitu. Hari jadi sendiri juga bapaku tak pernah ambil kisah, selalunya orang ingatkan, baru dia teringat.
Sebagai bapa, mereka pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak, namun ada ketikanya keadaan tidak begitu memihak pada mereka seperti tekanan kerja dan kewangan menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan.
Namun jika dikenang kembali siapa yang membawa kita ke dunia ni, anda tahu jawapannya apa. Semakin membesar, semakin kita harus faham apa yang mereka mahukan buat kita.
Pada yang sudah tiada bapa, doakanlah mereka kerana sebagai anak hanya itu yang mampu anda lakukan untuk meringankan seksa kubur mereka. Berazamlah untuk jadi bapa yang lebih baik atau sebaik mereka.
Sudah 2 3 hari bapaku mengadu tak sihat. Kesal kerana selain menemaninya ke klinik, aku tidak mampu buat apa-apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!