*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Isnin, 30 Januari 2012

Mana 'passion' saya?

Salam hari Isnin. 

Hari yang membuatkan semua orang hampir malas untuk bekerja. Yalah, dua hari cuti, selalunya Isnin ni cukup liat untuk bekerja semula. Nak tak nak, kena kerja, kalau tak dapur tak berasap. Tapi nilah hidup sebenarnya. kan? 

Okay, untuk makluman ini blog yang keberapa entah yang saya tulis. Blog yang sebelum ni diwujudkan pada hujung 2008. Tapi berlainan dengan tujuan blogger lain, blog itu tidak didedahkan kepada sistem google, ianya lebih kepada catatan sendiri dan teman-teman rapat. Blog ni pun sama, tidak saya dedahkan kepada enjin carian. Bukan apa - blog ni is nothing and nowhere compared to all of your blogs, guys (sedih lak, haha).. 

Blog tu pun masih wujud, tapi dah tak ada entri-entri baru. Dan corak penulisan blog itu dah berbeza dengan corak yang sekarang ni. Post-post yang lama, dah dipindahkan hampir separuh ke blog ini, bolehlah kalian lawat ye tak? Dan nilailah sendiri. 

 Oh ya, mana pergi keghairahan atau passion untuk berblog? Bersedialah untuk tulisan yang lebih serius. 


Jumaat, 27 Januari 2012

Buku - Rich Dad’s Guide to Investing by Robert T Kiyosaki

Buku ini berada dalam tangan saya selama hampir setahun. Ianya dipinjam dari seorang kawan saya, yang sejak usia kecilnya memang seorang yang ‘gilakan’ duit. Dan beliau sudah dikira kaya berbanding rakan-rakan kami yang sebaya.

Tak salah ada impian untuk jadi kaya, kan?
Jujurnya, saya belum habis baca lagi.

Diterbitkan pada 2000, buku setebal 399 muka surat ini adalah mengenai pelaburan. Dengan jenama Rich Dad, pastinya semua orang mengenali siapa penulisnya – Robert T Kiyosaki yang juga menulis buku paling laris Rich Dad, Poor Dad.

Kita selalu dengar dua nama ni tapi kita tak pernah sekali pun baca buku tu, betul tak?
Tak apa. Anda tak keseorangan.