*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Isnin, 30 Januari 2012

Mana 'passion' saya?

Salam hari Isnin. 

Hari yang membuatkan semua orang hampir malas untuk bekerja. Yalah, dua hari cuti, selalunya Isnin ni cukup liat untuk bekerja semula. Nak tak nak, kena kerja, kalau tak dapur tak berasap. Tapi nilah hidup sebenarnya. kan? 

Okay, untuk makluman ini blog yang keberapa entah yang saya tulis. Blog yang sebelum ni diwujudkan pada hujung 2008. Tapi berlainan dengan tujuan blogger lain, blog itu tidak didedahkan kepada sistem google, ianya lebih kepada catatan sendiri dan teman-teman rapat. Blog ni pun sama, tidak saya dedahkan kepada enjin carian. Bukan apa - blog ni is nothing and nowhere compared to all of your blogs, guys (sedih lak, haha).. 

Blog tu pun masih wujud, tapi dah tak ada entri-entri baru. Dan corak penulisan blog itu dah berbeza dengan corak yang sekarang ni. Post-post yang lama, dah dipindahkan hampir separuh ke blog ini, bolehlah kalian lawat ye tak? Dan nilailah sendiri. 

 Oh ya, mana pergi keghairahan atau passion untuk berblog? Bersedialah untuk tulisan yang lebih serius. 




Blog, pada orang lain adalah hobi, dan hubungan persahabatan antara mereka yang berblog, atau kita panggil mereka sebagai blogger community, adalah penting bagi mereka.

Blogwalking, atau melawat blog-blog rakan adalah aktiviti wajib yang akan mereka lakukan, dan rakan-rakan mereka akan melakukan perkara yang sama pada mereka. Contoh, sekiranya dalam satu kumpulan kecil ada 10-15 orang blogger, dan aktiviti melawat ni akan diulang hari-hari, maka trafik yang tercatat adalah konsisten, berbanding blog solo (macam yang anda baca ni) yang ada hari tinggi, ada hari tak ada langsung. Dan kalau blog itu berdaftar dengan affiliate pengiklanan, trafik yang masuk akan menjana pendapatan untuk mereka. Dan sekiranya komuniti mereka besar, pulangannya juga besar. Dan itu sangat cool!

Namun semua orang kena tahu apa yang wajar dikongsi. Rasanya kurang elok sekiranya gambar mayat hancur berkecai, cerita dan gambar-gambar kurang sopan artis atau orang kenamaan, dan printscreen isu-isu pergaduhan di laman sosial yang dimasukkan ke dalam blog tu. Bayangkan anda menjana pendapatan dari sumber begitu?

Saya tak tahu anda bagaimana, tapi saya akan rasa berdosa.

Untuk blog ni, tiada perancangan ke arah itu. Sekiranya perkongsian di laman ini adalah salah atau tidak benar, akibatnya hilanglah keberkatan hidup saya.

Dan mengapa passion saya untuk berblog tidak seperti dulu. Mengapa dan mengapa?

Tidak seperti tahun-tahun dulu waktu saya masih muda remaja, saya tidak melihat dunia seperti mana saya melihatnya sekarang. Dulu, saya melihat dunia di belakang saya. Kini, saya melihatnya di depan saya. Banyak yang saya masih belum lalu juga belum tahu, dan banyak yang saya masih mahu tahu.

Saya lebih banyak memerhati, lebih banyak mengambil dari memberi. Lebih banyak membaca pengalaman orang daripada menulis pengalaman sendiri.

Namun pengalaman yang saya cari itu tidak termasuk kisah diari mereka yang diberitahu melalui blog, sebaliknya pandangan-pandangan mereka mengenai apa yang mereka lakukan sehari-hari, apa pengajaran yang mereka dapat daripadanya - itu yang saya berminat untuk baca.

Saya lebih suka mencari sebab kausal, berbanding melihat hasilnya. Contohnya sekiranya seorang telah berjaya dalam perniagaan, saya tak berminat untuk tahu berapa hartanya sekarang, sebaliknya saya mahu tahu BAGAIMANA dan APA yang beliau lakukan untuk berada di tahapnya sekarang. Saya mahu belajar dari situ.

Dalam bahasa mudah, saya tak mahu diberi ikan. Sebaliknya saya mahu tahu memancing berbanding mengambil tahu berapa banyak dan besar ikannya. Dan apakah cara memancing terbaik yang anda tahu berbanding yang saya tahu? Dan apakah pula jenis pancing terbaik?

Sekiranya anda boleh bercakap 6 bahasa, saya tidak berminat untuk mengetahui bahasa apa yang anda mampu bercakap, sebaliknya saya ingin tahu apakah rutin pembelajaran anda. Adakah setiap hari, belajar sendiri, atau ke kelas? Dan kalau belajar sendiri apakah inisiatifnya? Ini yang saya mahu tahu kerana saya mahu belajar dari anda.

Manusia umumnya suka menceritakan tentang diri sendiri, oleh sebab itu blog tercipta.

Namun selalunya hanya yang indah itu diceritakan, bukan bagaimana cara apa mereka lakukan. Guru terbaik datang dari pengalaman, guru yang paling zalim adalah kesilapan lampau.

Menyertai mereka yang berpandangan sama memang menyeronokkan. Bertukar fikiran, berkongsi rahsia kejayaan, sokong menyokong antara satu sama lain. Memang, kejayaan tak akan dicapai secara bersendirian.

Namun muhasabah diri perlu dilakukan bersendirian.

Berfikir tentang hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan makhluk, hubungan dengan alam adalah sesuatu yang penting. Orang lain tak akan kenal kita sepertimana kita kenal diri sendiri. Kita tidak akan melakukan apa yang biasa kita lakukan bila bersendiri di depan orang lain, bukan?

Oleh sebab itu ada beberapa blogger yang saya kenal, akan berada dalam hiatus dalam tempoh tertentu bagi memberi ruang pada diri mereka sendiri. Dan semua kita pun sama, biarpun bukan blogger.

Jadi, atas sebab itu, pandangan saya terhadap dunia sudah berubah secara total. Saya bukan konservatif, malah juga bukan sekular. Tidak berserban atau berketayap sepanjang masa, juga tidak ke kelab bersosial. Diktator atau liberal, saya tak pasti.

Tahun-tahun yang mendatang ini mahu digunakan sepenuhnya menimba pengalaman, biarpun harta jadi tukaran. InsyaAllah.

Kita cuma hidup sekali, terlalu singkat untuk syok sendiri.

2 ulasan:

  1. ayat yang akhir tu , boleh jadi macam tema blog zaren.

    mentaliti manusia berubah mengikut fasa kehidupannya. dinamika kehidupan boleh kita lihat dari blog seseorang , kalau kita sering ikuti. itu yang menariknya. saya pun sebenarnya membca blog secara serius, bagi blog2 tertentu sahaja. bukan semua. yg lain sekadar touch n go. :)

    blog zaren, ada gaya tersendiri. dan bagi saya ia menarik sebab ia bukan seperti blog lain yang klise, kisah hari-hari atau petua/tips2 biasa yang tak beri makna bagi saya. tapi tetap saya baca juga blog2 sedemikian. hahaha pathetic, kan.

    teruskan menulis zaren, ia menyerlahkan kematangan fikir zaren.

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu,

    Sangat saya hargai pandangan cikgu.

    =)

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!