Buku ini berada dalam tangan saya selama hampir setahun. Ianya dipinjam dari seorang kawan saya, yang sejak usia kecilnya memang seorang yang ‘gilakan’ duit. Dan beliau sudah dikira kaya berbanding rakan-rakan kami yang sebaya.
Tak salah ada impian untuk jadi kaya, kan?
Jujurnya, saya belum habis baca lagi.
Diterbitkan pada 2000, buku setebal 399 muka surat ini adalah mengenai pelaburan. Dengan jenama Rich Dad, pastinya semua orang mengenali siapa penulisnya – Robert T Kiyosaki yang juga menulis buku paling laris Rich Dad, Poor Dad.
Kita selalu dengar dua nama ni tapi kita tak pernah sekali pun baca buku tu, betul tak?
Tak apa. Anda tak keseorangan.
Umumnya, buku ni berkisar tentang perbezaan mentaliti antara orang kaya dan orang miskin, dan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam pelaburan perniagaan.
Yang jelas, perbezaan antara makan gaji, dan mempunyai pelaburan sendiri secara terang telah digariskan di dalam buku ini, yang mana sedikit sebanyak telah menjentik minda saya tentang dua bidang ini.
Antara kata-kata yang boleh dipetik dari buku ni yang saya alih ke bahasa Melayu:
1. Ada dua jenis manusia. Iaitu 90% yang menguasai hanya 10% kekayaan dan 10% yang menguasai 90% kekayaan. Yang mana satu anda?
2. Sering kita jumpa manusia yang sering berkata, alangkah baiknya kalau tanah itu dibeli waktu dulu, sekarang harganya dah beratus kali ganda dari asal. Namun pada usianya sekarang, sudah terlewat untuk dilakukan sesuatu.
3. Untuk menjadi orang yang kaya, ada dua cara iaitu hasilkan wang yang lebih, atau kecilkan nafsu terhadap kemewahan. Namun tak semua yang mampu salah satu, apa lagi kedua-duanya.
4. Ramai orang ingin melabur, tapi tak ada perancangan yang cukup jelas untuk dijadikan arah panduan pelaburan mereka. Oleh sebab itu ramai yang gagal dalam bisnes mereka seawal 5 tahun pertama. Pendek kata, perancangan ada tetapi terlalu lemah.
5. Jangan kira berapa ekor ayam yang kita ada sebelum telur-telur itu menetas. Maknanya jangan buat keputusan selagi kita belum betul-betul pasti akan keputusannya.
6. Ramai orang mengelak ambil risiko, sedangkan dari risiko dan kesilapan itulah guru dalam hidup. Jujurnya, saya sendiri pun tak berani ambil risiko, lebih-lebih lagi kalau tak ada pelan B.
Dan banyak lagi yang boleh buat kita terfikir sejenak (mungkin berjenak-jenak) terutama dalam soal makan gaji dan pelaburan.
Dengan suasana dan budaya kita di Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu, bukan senang untuk memilih bidang perniagaan kerana berniaga bukan budaya kita – terutama jika kita memang bermula dari kosong iaitu satu sen pun tak ada, dan hutang pengajian pula berpuluh-puluh ribu.
Kebanyakan pelajar kita yang baru graduate telah pun secara rasmi bergelar penghutang…….
(Bayangkan pelajar kolej swasta jurusan diploma kejururawatan, yuran selama 3 tahun pengajian ialah RM 60,000. Untuk ijazah + asasi di kebanyakan kolej universiti swasta yang lain, lebih kurang RM 80,000 untuk 4 tahun – dah boleh beli 2 buah Perodua Myvi, kan?)
Tambahan pula sedari kecil kita sering diingatkan oleh ibu bapa supaya belajar rajin-rajin dan dapatkan kerja yang baik-baik – bukankah ini dorongan supaya kita makan gaji?
Kerana asalnya kebanyakan orang Melayu hanya tinggal di kampung-kampung, dan mereka berhijrah ke bandar atas tujuan mengubah nasib keluarga. Pada mereka, asalkan dapat hidup dan hantar duit lebih sedikit ke kampung pun sudah memadai.
Mengambil kira gaji permulaan RM 2,000 sebulan, bersamaan dengan RM 24,000 setahun. Dengan kenaikan beberapa peratus saya kira takkan jadi jutawan sehingga pencen sekiranya kita tidak mengubah sendiri nasib dan status pekerjaan diri kita.
Tak ramai yang mampu berniaga – tapi semua ni boleh kita atasi asalkan kita ada persediaan yang cukup dari segi mental untuk menerima kegagalan, kekukuhan kewangan dan perancangan supaya perniagaan kita tak mati dalam 5 ke 10 tahun pertama.
Apa-apa pun, buku ni sebenarnya memberi tunjuk ajar berguna SETELAH kita mempunyai wang untuk memulakan sesuatu pelaburan dan tidak mengajar bagaimana mahu cari modal sekiranya kita bermula dari kosong (sen).
Kalau anda semua ada pandangan dan nak kongsi pengalaman, sangat saya alu-alukan (dan perlukan). Saya sendiri berada di persimpangan antara makan gaji atau kerja sendiri kerana, kalau nak mulakan perniagaan, lebih baik mula pada usia muda, bukankah begitu?
p/s: Tapi saya tak perlukan nasihat mana-mana MLM, infinity downline atau pelaburan yang sedemikian.
izinkan saya membuat satu entri di ruangan komen ini. hahaha! sebab idea tetiba mencurah.
BalasPadampertamanya saya menasihatkan, agar zaren mecari ilmu perniagaan dahulu. sbb , kita memang bukan seperti kaum bangsa Cina yang punya ilmu perniagaan dari pengalaman yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. zahirnya kita nampak mereka itu bijak berniaga kerana baka, tetapi saya berpendapat mereka ada ilmu dalam bentuk berupa pengalaman hidup dalam keluarga mereka.
bagi kita, ni, kita perlu juga ilmu sedemikian. ramai usahawan melayu kita yang berjaya sekarang (*bukan mlm dan yang sewaktu dengannya) yang turut ingin membantu usahawan muda berjaya. mereka menyediakan khidmat dalam bentuk latihan kepada anak muda dan ramai anak muda kita yang tak sedar. satu contoh , cuba ke laman web ini http://mutiarasuri.blogspot.com/2011/12/jom-jadi-usahawan.html... ini tulisan cikgu siti zarmin, guru perdagangan dan KH di sekolah yang sedang membuat master di UPM . pengalamannya ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.
saya sangat mengesyorkan zaren berniaga. :) tapi pastikan masuk dalam bidang tersebut dengan mata terbuka, bukan sembrono. mungkin buat permulaan, bekerja dahulu mencari pengalaman dan membuat networking yang baik. buat pelan tindakan secara bijak, ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek. ikut kursus2 yang ditawarkan oleh kerajaan dan persendirian. dari situ juga boleh membuat jaringan hubungan yang baik dengan orang2 tertentu.
dalam masa terdekat ini mungkin boleh melabur secara kecilan dalam pelaburan dinar emas atau perak. mungkin. itu juga boleh membuka mata serba sedikit :) gudlak zaren ...
oh ya, kenapa beralih ke blogspot pulak. wordpress sebenarnya platform yang lebih baik. tapi tak apalah. mana2 pun boleh :)
BalasPadamlagi satu buanglah setting word verification untuk komen ini. membuang masa sebenarnya dan melambatkan serta membuat orang berfikir dua kali untuk komen :)
terima kasih cikgu.
BalasPadamjujurnya saya dalam persimpangan - tersekat antara mindset dan mental block bila melihat kegagalan orang lain. seboleh-bolehnya saya nak berniaga, tapi saya masih kurang ilmu lagi.
untuk belajar, agak memakan masa, tapi saya yakin pulangannya berbaloi. buat masa ni, saya rasa makan gaji dan belajar sistem perniagaan dari bos mungkin yang terbaik sebab saya ada mentor.
wordpress bagus kalau ianya hosting berbayar. saya beralih sebab setting interface dia dah tak berapa user friendly macam dulu.......
oh ya, komen, saya akan usahakan...terima kasih atas pandangan cikgu =)