*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Rabu, 9 Disember 2015

Usia - adakah menunggu kita?

Cukup bulan Disember ni, umur aku nak masuk 27 tahun.

Masa ni dah pastilah kita akan nilai balik apa pencapaian kita selama setahun yang lepas, apa yang berubah, apa yang kekal. Kalau berubah tu, lebih teruk ke atau lebih baik?

Bila cakap soal usia, berapa lama lagi kita nak kerja, berapa lama lagi bila boleh mengumpul harta dunia?

Dan berapa lama lagi kita ada masa nak kumpul harta akhirat? Sebenarnya dua-dua ni kalau diniatkan baik untuk ibadat, maka jadilah pahala. Buat sekali, dunia dapat, akhirat pun dapat.

Aku rasa macam malas nak tulis panjang. Tapi aku takde masa.

Itu ajelah nak aku cakap - mati tu anytime.

Zarin
October 2015

Ahad, 15 November 2015

Proton Iriz Exec : Review Yang Tertunda

Proton Iriz 1.3 Manual Executive [OTR RM 46,888] Test Drive Review - Betul2 ONZ!

*Review ni aku dah postkan di facebook aku tahun lalu pada 28 September. Baru sekarang aku ingat nak share sini.

Pertama sekali, ingatkan nak test drive 1.6 premium. Kat showroom yang aku pergi ni cuma ada 1.3 manual test drive unit.

Sehari dua ni dah ramai orang test drive 1.6 premium yang pakai CVT dan ada review. Jadi elok juga, tak banyak orang keluarkan pasal 1.3 manual ni. Jadi boleh lah baca sini.

Mula-mula masuk 1.3 manual, aku pulas kunci. enjin tak hidup. rupanya.....untuk manual kena tekan clutch dulu baru boleh pulas kunci. manakala untuk yang start button (premium) macam biasa, tekan brek sebelum tekan start button.

Proton sangat titikberatkan safety untuk model model terbaru sekarang ni.

Safety features Proton bukan hanya untuk premium auto saja, tapi jugak untuk basic manual. Model proton sebelum ni (saga, preve, inspira, suprima, exora) asyik-asyik auto aje yang dapat premium dan benda2 canggih.. Kali ni penggemar manual boleh berpuas hati. Tiada diskriminasi!

[Handling]

Seperti biasa, benda handling ni adalah Proton punya fortē... start aje kereta, aku terus masuk selekoh patah 90 darjah pada kelajuan tinggi, dan menariknya kereta ni tak membuang. rasa macam skid tapi sebenarnya tak.

Kalau korang di setiawangsa, turun bukit traffic light sebelah petronas tu yang aku buat drift tadi. aku kona ke kiri, masuk ke highway duke. Handling memang mantap!


Noise: 8/10 (senyap)
Vibration: 9/10 (tak ada rasa gegar)
Harshness: 7/10 (masih smooth)
Handling: 8/10

[Pickup / pecutan / acceleration / top speed]

Ini mungkin berbeza lah bagi setiap orang, bergantung pada varian apa yang dia test. Untuk 1.3 Manual ni, boleh dikatakan enjin sangat pikap pada gear 1-2-3. masuk gear 4-5 lebih sesuai untuk cruise aje.

Enjin tak bising. Senyap. Sama ada enjin senyap ataupun soundproofing bagus, tak pasti. asalkan kita tak dengar bising, cukuplah, ye tak?

Walaubagaimanapun kalau Iriz automatik yang guna CVT, mungkin bunyinya akan lebih bising. (Sama macam Preve aku - klik untuk baca)

Top speed....aku bukannya test kat test track kat shah alam sana, cuma di highway duke yang banyak kereta dan tengah hujan masa tu.

Disebabkan ini, maka aku cuma mampu tekan hingga 150kmh. selalunya kereta saiz ni, 130-140 stering dah goyang. untuk yang ni, langsung tak ada goyang, siap boleh lepas tangan.

Kalau kena speed trap masa aku pecut tadi pun dia takkan tahu kereta mana sebab plate depan hanya tulis IRIZ.............. (limit duke adalah 90kmh - aku bawa 150kmh)

Dan untuk enjin 1.3 dengan body frame yang besar pun mampu pergi 150kmh, rasanya mantap juga - tu aku belum tekan sampai lantai lagi.

Pikap? mungkin enjin 1.3 kurang power untuk orang yang suka pecut. tapi cukuplah untuk kegunaan sehari-hari. minyak pun lebih jimat.

[Ruang kabin]

Untuk saiz lelaki biasa seperti aku, 173cm, 78kg, boleh rasa selesa. kerusi pemandu mendakap tubuh pemandu, ketinggian steering pun ergonomic (boleh adjust, apa ada hal). Cuma cermin sisi ambik masa sikit nak bagi biasa.

Untuk penumpang belakang, 3 orang boleh masuk takde masalah, ruang kaki pun luas, lutut orang belakang takkan kena kerusi depan melainkan lah kalau dia tu tinggi sangat.

[power window]

Sampai di tol duke, aku pun buka lah tingkap nak bayar tol....

"Malangnya"....tingkap proton takde masalah. semua smooth...

takleh nak kutuk lagi..


[extra features]

Tengok pada brochure, kalau nak puas hati ambillah yang premium (top variant) atau sekurangnya executive (middle variant). yang standard (basic variant) terlalu basix ..

beberapa highlight:


1. free Yes wifi setahun

2. ada 2 USB charger untuk charge HP/apa - apalah

3. ruang letak cawan sampai 7 (nak buat apa banyak2?- preve pun ada 6 aje)
4. 1.3 punya varian takde audio kontrol di steering, sangatlah tak patutttt
5. semua model 1.3+1.6 ada ABS, EBD, brake assist, Electronic Stability Control, Traction control, hill hold assist (untuk manual pun!). safety features memang power....
6. tak sempat study habis untuk features, keseronokan memandu kereta adalah pada engine dan handling maka aku tak ulas untuk benda lain....


[kesimpulan]

Berbaloi, jimat minyak, handling +stability sangat top.
cuma harga mungkin mahal sikit.
Tapi untuk kereta yang lebih canggih, lebih luas dan lebih selamat (★★★★★ ANCAP) harga top spec pada RM 63k tu mungkin lebih berbaloi dari P2 miyabi (Perodua Myvi) yang top spec pun dah RM 55k..lepas tu takde canggih camni..

****************************

Aku ke showroom Proton minggu lepas, dan stok Iriz asyik habis aje.
Nampaknya Iriz dah semakin diterima. Dan khabarnya ramai pengguna Myvi trade in pakai Iriz disebabkan ciri keselamatan Proton.

Syabas!

Zarin
Singapore
15 November 2015

Khamis, 29 Oktober 2015

Dulu zaman makcik dulu....

Di bawah adalah status Facebook aku 14/10/2015.

..sekarang ni, kos hidup dah banyak meningkat. banyak orang komplen kata gaji fresh grad kecik sangat. berapa kecik? kalau kita nak banding, lain industri, lainlah gaji dia. senang cerita kalau nak buat kayu ukur, kita ambik gaji orang kerajaan.

gaji jurutera kerajaan, RM 2300+. campur elaun semua mungkin dapat lah 3000+. kalau swasta mungkin lah basic pun dah 3000, tapi banyak yang takde elaun, dan 3000 tu pun pendapatan bercukai. 

kalau kerja di firma kecil, mungkin gaji pokok baru dalam 2300, lepas tu guna claim projek la baru cukup 2800. claim tu pulak untuk kerja lebih masa, mileage semua. pendek kata bila dibahagi dengan masa, gaji tu lagi kecik dari technician atau buruh kasar.

balik pada topik, kos hidup dah jauh meningkat. minyak naik, barang naik, rumah naik, tol naik. bila kita sebagai orang muda komplen, akan adalah orang tua yang bercakap melalui "pengalaman".

" korang orang muda kena bersyukur..gaji baru kerja pun dah 2300. dulu makcik mula2 kerja gaji baru 800. tahun 80an. masa tu susah.. blablabla"

kadang kadang aku fed up bila dengar cerita macam ni. tak ada siapa yang tak bersyukur, cuma kita kena pakai matematik lah kalau nak buat perbandingan.

"berapa harga rumah masa tu? rumah teres 2 tingkat harga 50,000. kalau masa tu gaji 800, kalau ikut harga sekarang rumah yang sama dah 500,000, ada ke gaji budak sekarang 8,000? kalau ikut gaji 2300, dinisbahkan dengan tahun 80an dulu, berapa sepatutnya harga rumah tu sekarang? dan lagi hutang bukan 15-20 tahun macam dulu, tapi 30-40tahun, yakni dua kali ganda.. jadi kos hidup tu memang meningkat.."

dan gaji 80 an tu gaji diploma/stpm..sekarang ni orang ada degree....

bila dia tengok aku pakai kereta, dia pun sound balik. "budak sekarang senang, kerja kerja terus beli kereta...slip gaji sebulan pun boleh....dulu kena ada downpayment....."

boringlah makcik....kereta saya bukan import pun..dulu kereta import pun baru berapa ribu. sekarang tak import pun 50 ribu....yang import berapa? dulu loan berapa tahun? sekarang loan berapa tahun?

siapa pernah kena dengan orang tua camni? 

updated 15/10: pagi ni aku lalu tol, dah naik 50sen. dulu takde tol makcik!

"takpelah..kau nanti belilah rumah dulu..beli kereta buat apa.."  satu ni ajelah yang buat aku senyum.... :)

apapun..walau banyak mana rumah yang kita ada..sistem bank tu kajilah dulu. sama ada betul2 islamik atau pun blanket islamic aje. aku pun nak setelkan loan rumah2 tu cepat sikit...biar tak tambah rumah tapi elakkan sistem yang seolah riba..

Nak duduk rumah macam ni?


Ini di Nilai Spring. Harga dalam 1.8 juta. Nak duduk sini?

Masa yang hilang yang tak sempat aku nak kejar.

Banyak sangat nak tulis, tapi takde masa.

Sekali sekala aku akan kongsikan apa yang aku ada tulis dalam facebook untuk tatapan korang.

Sebabnya aku tak approve semua orang jadi kawan, jadi ada yang tak dapat nak baca pun.

Nantikan lah ya. 4 bulan sekali aku update lah blog ni

Sabtu, 20 Jun 2015

Dulu aku suka tuang kelas. Hasilnya?

Antara aku dan kawan kawan yang lain, aku ni boleh dikira tak berapa power dalam result dulu.

Sebab aku banyak main dan ponteng kelas. Masa diploma kat UiTM Penang dulu, aku pernah kena bar dari masuk final exam sebab kehadiran tak sampai 80%. Masa tu aku punya kehadiran dalam 60% ke bawah.

Memang cari pasal. Dah lah semester 6. Dah nak grad pun.

Kemudian masuk UiTM Shah Alam pun aku buat perangai lagi. Kelas pagi semua mesti aku tuang.
Lecturer degree ni dia tak strict sangat. Mungkin sebab dia fikir budak degree ni dah besar panjang, boleh fikir sendiri.

Nak gagal dalam hidup, tak perlu gagalkan dari lecturer pun. Sendiri pun boleh kasi gagal.

Masa degree dulu semua kelas aku tuang. Sebabnya aku jenis suka tidur siang. Sudahnya malam takleh tidur. Aktiviti malam tu selalunya aku main PES. atau main Counter Strike.

Lepas subuh baru tidur. Tu yang kelas pukul 8 sampai 12 semua kelaut.

Lagipun, masa degree tu, aku takde kenderaan nak ke kelas. Dari rumah sewa kat seksyen 7 sampailah ke engineering twin tower tu, ada lah dalam 2km. 

Nak berjalan tu aku malas. Masa tu pulak baru putus cinta, maka takde semangat nak ke kelas. 

Cari awek lain? kat fakulti aku tu awek yang cun boleh dikira dengan jari. Yang ada pun dah diambil orang.

Takde semangat langsung.

Kelas yang aku minat pun, cuma kelas teori. Sebab teori ni kau cuma perlu faham konsep. Dalam exam nanti goreng ajelah.......

Kelas yang aku malas kalau ada calculation atau derivation.
Calculation dia pulak panjang dan berkait.

Contohnya soalan 1a soalan calculation. Soalan 1b akan bersambung dari jawapan dalam 1a tu. Kalau soalan pertama dah salah, maka lupakanlah nak jawab soalan seterusnya.

Ada yang jenis soalan 1a kena derive formula. Soalan 1b, gunakan formula tu untuk kira.

Ini aku selalu dapat kosong. Formula kami banyak nak kena ingat. Panjang panjang pula tu.....

Dan aku selalu hantar kertas kosong. tulis nama dengan nombor matriks je.

#####################################################

Tapi ini semua kisah lama. Bila dah kerja, satu pun aku tak guna!

Yang dibawa dan diguna, cumalah teori teori yang kita belajar tu. Kalau ada calculation pun yang simple simple aje.

Dan bila dah kerja, susan nak adjust balik masa tidur dengan masa kerja. Kadang kadang lewat jugalah. Tapi company aku kerja sekarang ni memang fleksibel. Kerja siap dan ada kualiti, cukup..

Bila fikir balik......tak patut aku buat camtu masa student dulu. Aku tak pernah merasa 4flat. Paling rendah 2.74. paling tinggi 3.94.

Cukuplah tu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..
Rumah, kereta, family...aku cuma bercadang nak ada anak anak sendiri nanti.

Alhamdulillah.

Selamat beribadah di bulan ramadhan. Kalau korang main PES, bangunlah tahajjud sekali.

ZARIN
20 Jun 2015
3 Ramadhan 1436


Selasa, 26 Mei 2015

Kad kredit V2

Salam sejahtera semua.

Update pantas untuk kali ni,

kita rujuk kembali artikel lama saya di bawah:

Kenapa saya suka guna kad kredit?

Setakat hari ni, selepas setahun setengah pakai kad kredit,
ini point yang saya dah kumpul.

Macam yang saya dah kata sebelum ni untuk kad ni,

RM 1 = 5 point untuk hari biasa di petronas
RM 1 = 8 point untuk hari minggu

Jadi jumlah point saya yang tak banyak ni:

Kalau RM 1 = 1 point, seolah-olah saya dah keluar RM104,537
Kalau RM 1 = 5 points, paling minimum saya spend, RM 20k+
Kalau RM 1 = 8 points, paling minimum saya keluar, RM 13k (tak sedar langsung)


Tapi ada juga tempat yang mana saya dapat 1 point je. ada dapat 8. Jadi mungkin total yang lebih realistik: RM 20k+ dalam masa setahun


Boleh lah claim barang dapur sikit untuk rumah saya nanti.. What gift can I redeem?

Tak perlu keluar duit banyak sangat nak beli kelengkapan rumah!


ZARIN
Petaling Jaya
26/5/2015

Sabtu, 4 April 2015

Maafkan aku kalian

Aku buka email aku, hari-hari ada emel masuk, nak tanya pasal engineer dari post aku yang terdahulu.

Aku belum sempat nak reply semua.

Aku kesibukan yang teramat sekarang.

Selain kerja hakiki aku sebagai manager (yakni kuli) syarikat yang kena handle bahagian servis,

Aku juga adalah dealer Public Gold, yang mana aku juga ajak orang simpan emas fizikal sebagai simpanan jangka masa panjang.

Cukup lah 3, 3 ni dah cukup mengambil masa aku sebenarnya. Tapi aku nak kena buat banyak benda.

Aku cuma nak minta maaf, pada sesiapa yang dah isi borang maklumat belah kanan page ni, tapi belum sempat aku balas. Aku tengah cuba clearkan satu-satu.

Harap bersabar. 

Kalau ada soalan pasal takaful ke emas ke, silalah isi jugak. Aku sedia membantu. Lagi senang ada nombor telefon. Aku akan contact semula.

ZARIN
Kuala Lumpur
4/4/2015

Ahad, 8 Februari 2015

Proton Preve CVT Exec : Review Pemilik Sebenar

"Kau tu engineer. Apa barang pakai Proton. Angkatla Honda ke, Toyota ke, baru la JDM."

"Eh, kau bukan kerja dengan company Jerman ke? Apasal tak angkat VW? Audi pun orait pe"

"Aih, Proton aje? Cikai la lu bro."

"Proton? Banyak problem. Dah la power window asyik rosak."

Dan lagi, dan lagi, dan lagi.

Yes, aku mengaku, aku ni cuma pakai Proton aje.

Kenapa aku cuma pakai Proton walaupun aku mampu nak pakai Honda, kau orang refer post aku yang lagi satu, kenapa beli kereta tu rugi.

Dah dua tahun lebih, aku beli kereta ni. Proton Preve nama dia kalau yang belum tahu.
Panjang sejarah dia kereta ni.

Aku ingat dulu waktu mula-mula dilancarkan dalam April 2012 dulu, waktu tu aku masih belajar lagi. Semester akhir. Dan dalam semester tu jugalah aku buat list-list kereta yang aku agak akan jadi kereta pertama aku. Antaranya:

1. KIA Forte SX(RM 85,800)
2. Honda Civic FD (RM 140,000)
3. Proton Inspira 1.8 Manual (RM 78,000). Nak convert Mitsu Evo X tambah lagi RM 20k.
4. Mazda 3 (RM 110,000)
5. Proton Preve CFE (RM 73,000)
6. Chevrolet Cruze (RM 110,000)
7. ........

Dari harga, kos maintenance selama 5 tahun, roadtax, features, semua aku masukkan sekali. and the list goes on......

Sebabnya, nak beli kereta berpuluh/ratus ribu bukan macam nak beli ikan kat pasar. Kena kaji dengan teliti.

Dulu aku nak beli Mitsubishi Lancer GT. Harga dia RM 120,000. Bila Inspira dah keluar, takde sebab nak beli Lancer tu lagi. Bayangkan, kau beli Inspira RM 80,000 tapi bajet asal kau RM 120,000. Dengan beza RM 40,000 tu kau boleh buat macam macam. Dan dulu aku pun nak beli Inspira, dan modify kosmetik jadi Lancer. Cuma tambah RM 5-10k aje complete performance semua. Jadi total cost baru RM 90k, tapi orang tak boleh beza pun kau pakai Mitsu atau Proton....

Rugi tak beli kereta mahal mahal ni?

Aku pun cubalah pergi mana-mana showroom. Aku test drive. Walaupun masih student, dengan yakinnya aku pergi test drive. Jumpa satu brader ni, dia layan je aku walaupun aku bukannya nak beli. Dia pun tahu aku student lagi.

Dari bulan 4/2012, akhirnya pada bulan 9/2012, aku dapat kerja. Bulan 12/2012 lepas 3 bulan kerja, aku beli kereta - dengan brader tu.

Katanya: "Dalam banyak-banyak orang yang test drive dengan saya, awak sorang je yang beli kereta." Sedih pulak aku dengar statement ni.


Brader ni servis bagus. Kalau nak, belah KL ni aku boleh rekemen dia lah. Zaidy namanya. Nak no phone sila pm aku.

Sebelum tu aku survey Kia Forte dulu. Not bad, memang value for money. Tapi mak aku dah pakai, tak guna lah pulak beli dua biji kereta yang sama. So, aku angkat la Preve.

Kereta ni lah banyak berjasa pada aku.
Selalu sangat dikutuk sebab jenama, dan jugak sebab warna macam warna orang tua

Sebabnya?

Ruang

Aku suka ruang yang luas. Preve memang terbesar kabinnya dalam kelasnya iaitu segmen C. Kalau korang banding dengan Vios atau City, silap besarlah. Vios dengan City tu segmen B, iaitu segmen Saga aje. Segmen C ni, macam Forte, Lancer, Altis, Civic, Sentra etc etc.

Senang nanti dah kahwin, tak payah risau lagi. Bonet pun, luas. setanding Forte. Apa guna beli Myvi RM 55,000 tapi sempit. Atau beli Swift RM 70,000 tapi nak letak barang pun tak boleh?

Apa pun, masing-masing ada minat. Aku pula, fikir sesuatu yang praktikal dan tahan jangka masa lama. Kereta apa korang nak pakai, tu terpulang tapi pada aku Proton pun okay dah. Asalkan tak mahal sangat dan di bawah kemampuan aku. Jadi siapa yang nak kutuk, kutuklah.. Aku okay. heheh.

Maintenance

Ingat kat atas tu aku buat satu list pasal kereta yang aku nak beli? Maintenance Proton pun mahal sebenarnya. 

Sekali servis full sintetik 10k km memang kena RM 250-300 tak lari. Tapi bila kira overall cost yang keluar (ownership cost), aku masih untung berbanding beli kereta import. Dan alat ganti pun, gerenti senang cari bila beli kereta tempatan.


Update: Aku dah buat major service untuk 60k km bulan 3 haritu. Kena RM 1008. Patutnya dalam 800-900 lebih aje. Tapi aku anjakkan benda yang patut tukar masa 70k km tu awal sikit. Sebab apa? sebab aku nak elak kena GST untuk next servis. 



Tayar pun aku dah tukar bulan 3. Dunlop D05 215 45 R17. Siap tukar sport rim suprima. Total kos tayar: RM 1000 (250 sebijik). Dapat free alignment dengan free nitrogen gas. Sampai sekarang aku tak isi angin. Gas ni bagus sebab dia padat tapi ringan.... Jadi tak payah nak check angin kerap sangat macam dulu.

Tayar asal Preve tu (GT Radial Champiro Bax 2 205 55 R16) aku pakai sehingga 68k km. Sampai botak habis, baru tukar. Dan nampaknya tayar Dunlop D05 ni dah hampir 40k km, masih tebal lagi bunganya. 




Dua2 ni aku buat masa bulan 3. sebelum kena GST. dah Total bil RM 2000, dah jimat RM 120 GST.

Handling

Lepas pandu uji, aku suka dia punya kawalan. Mantap - semantap Lotus. Dan terbukti dengan Preve ni, selekoh yang tajam kat jalan kampung pun, boleh tekan 130-140 dengan rasa yakin. Handling Proton memang aku boleh bagi 10/10.

Tak mahu dengar pasal kereta lain, sebab dah banyak kereta yang aku pandu, hanya Proton yang boleh bagi kepuasan ni.

Harga/Reputasi

Yang ini dah pasti. Disebabkan aku ni jenis yang beli barang memang takkan tukar sampai rosak, jadi aku beli biarlah yang berbaloi. 

Takde niat nak tukar kereta sedangkan yang ini masih boleh pakai lagi. Aku akan pakai sampai dia rosak atau beyond economic repair. 

Bajet aku mula mula tu RM 140,000. Dan sekali kira, sebiji Honda Civic sama harga macam 2 biji Preve. Aku dah kira, lagi RM 70,000 beza tu, aku buat beli rumah. Tak perlu ikut trend semata mata nak bergaya.

Fahamkan maksud aku, bila kau beli kereta yang mahal, maka dalam 9 tahun tempoh berhutang tu, kau takde peluang nak beli rumah atau buat pelaburan yang lain!

Jadi jangan jadi hamba kereta!

Sekadar update: Pada bulan Januari 2013 yakni sebulan setelah beli kereta, aku telah pun beli sebuah rumah. Lebih berbaloi beli rumah dari beli kereta.

Safety rating? Aku punya 4star NCAP. Sekarang ni semua Preve dah 5 star ANCAP
Macam biasalah Proton, batch awal awal ni memang selalu jadi mangsa. Bezanya yang baru ni, dilengkapi dengan ESC dan 6 air bag yang mana batch awal-awal tak ada ESC dan cuma 2 air bag sahaja.

Jadi, Preve pun ada dua jenis. Premium dan Executive. Dua-dua 1.6 liter. Yang bezanya ialah Premium ada turbo dan aksesori/features tambahan yang takde pada Exec seperti push start button, auto wiper, auto light, dan lain lain lagi. Beza harga? RM 10,000. Premium dijual pada RM 72,900 dan Exec Auto pada RM 62,900. Exec Manual, RM 59,900.

Dan yang aku beli, Exec Auto aje. Aku nak beli manual, mak aku kata takut bakal bini tak boleh bawak. Nak beli yang turbo, tengok aksesori dia banyak benda elektronik yang Proton tak pernah buat lagi. Mengenali Proton, 1st batch akan selalu ada masalah. Jadi aku ambik yang biasa aje.

Dan aku tak faham kenapa yang premium je ada turbo. Yang manual ni pun nak turbo juga. Ini yang aku tak faham pasal Proton. Katanya untuk market luar. Masalahnya sampai sekarang ni aku tak nampak pun Suprima 6 speed manual turbo launch kat UK sana? 

Dah la push start button dia tu kena masukkan kunci dalam slot, baru boleh press. Ingatkan macam Forte, kunci duduk dalam poket pun kau boleh press. Kalau kena masuk dalam slot baru boleh press, apa bezanya aku pakai kunci biasa pastu pulas?

Kira balik step 
1. Masuk keyfob dalam slot
2. Tekan brek
3. Tekan start button - 3 steps.

atau, 
1. Masuk kunci,
2. Pulas untuk start enjin. - 2 steps.

Yang mana lebih cepat? Sebab tu aku tak ambik push start button tu. Ianya lebih kepada aksesori berbanding practicality...

Sekarang ni Iriz yang baru, Proton dah buat yang baru. Takde dah masuk slot baru boleh pulas. Biar dalam poket pun boleh.

Sekarang, aku malas tulis banyak, kita masuk review. Dan review Exec ni susah nak dapat kat mana-mana sebab ramai orang pakai CFE. Jadi review banyak yang CFE aje.


Minyak

Mula-mula kau pakai, kau akan rasa sakit hati sebab minyak tinggi sangat. Aku compare dengan Forte mak aku (yang juga dikatakan kuat makan minyak), minyak aku tinggi sangat. Lama-lama, lepas kau dah servis untuk 10,000 km, minyak dia akan mula jimat. Tak percaya?


Kau resetkan average fuel consumption ke kosong. Start kereta, bawalah pada kelajuan 80-120. Ini yang aku dapat, 5.8liter/100km. Masa atas highway aku dapat 5.5l/100km. Ni dah masuk bandar sikit, asyik berhenti traffic light. Jadi naik sikit 5.8.

Pemanduan selama 3 jam 54 minit. Aku ke Kedah aritu dan balik KL.

Dan full tank 50 liter tu, boleh pergi 940 km lagi. Secara teorinya lah. Bila dah berjalan, kena traffic light apa semua, yang realnya cuma sekitar 600-700km aje. 

Lainlah kalau kau non stop takde jem, maka 820-850 km fulltank memang boleh cecah. 
Tapi dengan distance ni pun dah cukup bagus.

Dengan kereta yang besi padu dan berat ni, logiklah kalau minyak pun dia sedut kuat, kan?
Tapi tak kuat sangat pun. Boleh diterima, bergantung pada cara pemanduan.


Kalau dalam bandar hari-hari, standard lah 450-550 km satu tank.

Masalah

Setakat ni, masalah yang aku dapat sejak pakai kereta ni memang minima. Preve yang lain selalu ada masalah lampu depan terbakar sebelah, lepas tu brake pad asyik berbunyi (ini aku ada tapi tak bahaya). Lepas tu ada bunyi kat power window. Tingkap tak rosak, cuma bunyi tu buat kau rasa nak marah. Itu ajelah.

Dan sekali lagi aku ulang, dalam 2 tahun ni, power window tak pernah rosak!

Satu lagi masalah, handling kereta ni sedap sangat. Tiap kali corner, aku selalu kena marah dengan mak ayah aku sebab laju sangat bila lalu selekoh.........

Aku jawab, "Tak gunalah kereta handling tuned by Lotus tapi tak boleh nak rasa.."

Dan bebelan tu berterusan...


Yang aku rasa tak sedap pasal Preve ialah dia punya Punch CVT. bising, meraung dan macam tak syok. Power transmission macam tak berapa ada. Aku tunggu jugaklah kot kot Proton nak keluarkan 6 speed manual turbo. Malangnya tiada....



Lain lain masalah adalah finishing yang rasa macam agak cheap. tombol gear tu selalu tercabut. Selalu owner dapat sudu taufu fa / sudu tomyam free. Ni siapa pakai Preve faham la.


Update: Aku punya setelah 3 tahun setengah, aku dapat sudu free!




Dulu dulu ada satu gambar yang axle Preve patah sebab eksiden masa mula launch, tak pernah lagi nampak problem ni. Dengan button airbag tu terperosok ke dalam, so far takde masalah tu lagi. Ada gambar nanti aku kongsi.


Tak pernah lagi Preve ada kes sebegini - melainkan kemalangan. (kredit gambar dari google)




Kalau pakai Preve CFE, masalah terbesar sekarang ni ialah oil cooler hose problem (OCH). Setelah beberapa lama, material OCH ni akan merekah dan pecah/bocor. Cuma yang tak bestnya dia pecah tu takde warning - macam time bomb. Kalau tengok mana-mana Preve turbo kena tow atas jalan, besar kemungkinan adalah masalah ni. Suprima/Exora yang guna enjin yang sama juga akan ada masalah sama. Preve Exec macam aku, tak ada masalah ni.



Proton dah pun recall dan ganti hose yang baru. Sepatutnya hose ni kena tukar bila servis, baru lah tak ada risiko pecah tengah jalan.


Pickup/pecutan

Preve ni body dia kukuh. Kena langgar pun kabin dia intact. Maka body dia berat. Bila berat, maka pecutan tu pun tak power. Dan Preve pun pakai CVT, yang mana power loss banyak berlaku masa pikap sebab CVT ni bukan pakai gear. Apa pun, dia punya lembab tu takdelah terasa mana. Masih boleh diterima.

Safety

Masih ingatkan korang Preve yang eksiden kat Lebuhraya Pantai Timur dulu? 

Enjin tercabut. Kereta remuk total loss. Tapi pemandu dia selamat, dan boleh berjalan lagi lepas tu.
Dan harus korang ingat, Preve yang dia pakai ni hanya yang punya 2 airbag aje (Exec macam aku). Yang tahun 2014 ke atas baru dia upgrade 6 airbag untuk 5 star NCAP.

Gambar kredit lowyat.net

Maka keselamatannya dah terbukti. Enjin tercabut bukan sebab takde kualiti, tapi adalah untuk mengelakkan enjin menghempap pemandu kat dalam. Sebab tulah dia design enjin supaya tercabut bila berlaku perlanggaran.

Top Speed

Aku bukanlah jenis yang suka tekan minyak sampai lantai pun. Average aku bawa selalunya 120 - 140 kmh. Itu dah memadai. Di youtube, ada yang tekan sampai 220 kmh pakai CFE turbo. Aku punya exec aje. Takde turbo. Malas nak cuba sebab takut mati dan takut kena saman. 

Dalam dua tahun ni dah 3 kali kena saman. Rm 150 x3. Yang kena saman pulak, kat tempat 80kmh. Kelajuan aku masa tu? cuma 91 dan 93 kmh....

Tak berbaloi langsung kena saman setakat lebih berapa je.


Pic ni aku snap kejap aje. baru 160kmh. Kemudian letak kamera, aku tekan lagi sampai 180kmh. Minyak boleh tekan dalam 1/4 lagi nak sampai lantai. Dalam buku kata top exec, 190kmh. Aku pun tak tahu. Ada member yang dah cuba. Kereta aku tak bikin apa pun. Enjin, ekzos semua standard. Dulu ada aku upload gambar pada 180kmh. Tapi melihat gambar tu disalahertikan, maka aku keluarkan...

Aku seorang engineer. Jadi aku yakin setting yang engineer Proton dah bagi tu adalah paling sesuai untuk kegunaan aku sehari hari.


Kalau nak racing, maka engineer akan tala lag kereta ni untuk racing. Setakat nak guna harian...Stok pun okay dah.

Ada sesetengah orang, modify ekzos. Modify enjin. Tukar rim besar. Lowered kan kereta.

Lepas tu bila minyak tak jimat macam dulu, komplen.

Bila tayar tersagat body kereta sebab lowered pun, komplen. 

Jangan jadi bodoh macam ni. Kalau nak buat ubahsuai, terima kesan dia. Atau, biarkan standard tanpa apa apa pengubahsuaian, macam kereta aku.

Features/Kelengkapan

Jujurnya, aku tak puas hati kat Proton sebab dia bagi semua features yang bagus kat Suprima. Preve? Tak sesempurna Suprima.

Sedangkan yang banyak sales adalah Preve. Suprima, kau boleh kata adalah model Preve yang ditambah baik dan dibuang bontot. Suprima ada android based HU (radio), ada hill assist, ada front sensor, ada leather seat, ada reverse camera, ada LED auto on dan banyak lagi yang rasa sakit hati sebab Preve takde.

Bagilah kat Preve juga. sebab, orang yang ada keluarga, akan memilih Preve berbanding Suprima. Orang yang takde keluarga lagi tapi fikir panjang macam aku pun akan pilih Preve berbanding Suprima sebab boot dia luas. Kereta adalah sesuatu yang kau akan pakai lama, bukan macam tukar baju. Takkan la bila dah ada anak, kena tukar kereta?

Dan harga pun bukan murah. Suprima lebih mahal dari Preve. Masa Suprima mula mula keluar, dia kata target market adalah orang muda yang sukakan kereta yang lengkap dan bergaya. Aku tak nafikan memang Suprima power.

Tapi mana ada orang muda lingkungan 25 tahun yang mampu beli, melainkan dia memang tak mahu beli rumah sebab nak bayar kereta mahal.

Ataupun takrifan muda pada proton ialah 40 tahun ke bawah?

Modifikasi/Mekap

Berbalik dari segi rupa, Preve standard terlalu standard. Maka aku tambahlah beberapa kit tambahan nak bagi cantik sikit.

1. Bodykit. Sebab bumper belakang Preve tu singkat sangat jadi aku pakaikan skirt kasi labuh sikit. Skirt pendek seksi sangat.


2. Spoiler. Ini macam membazir tapi rasanya kereta aku ni aerodynamic up sikit (alasan) .sila jangan percaya. Aku pun tak tahu bila kereta aku masuk kat mudah.my. Hmmm..


3.  Grill dan foglamp cover. Preve punya yang asal tak cantik sangat. Suprima punya lagi cantik - jadi aku tukarkan bagi yang suprima punya. Yang atas tu Suprima, yang bawah tu Preve. 





4. Reverse camera aku pasang. Juga cermin pandang belakang autochromic (yang jadi gelap bila malam supaya lampu kereta belakang dapat dimalapkan.Kita pun tak silau). 



Cermin pandang belakang ni ada display reverse camera sekali, macam Forte punya. Ini semua aku pasang sendiri. Kalau pergi Kia punya servis, dia caj dalam RM 2,000. Pergi kedai aksesori, kena dalam RM 600. Aku buat sendiri, separuh dari itu. Memang tak berbaloi buat di kedai. Yalah, kedai ada kos overhead. Dah tentulah DIY lebih murah.







Gambar Ekstra: Ni masa aku naik Genting malam minggu lepas. Penuh kabus. Dan yang bestnya Preve ada fog lamp depan dan belakang.




Fog lamp belakang memang bagus bila ada kabus / hujan lebat. Tapi yang tak betulnya bila ada yang salah guna dan buka sepanjang masa. Tengok gambar atas, kalau lampu tu kita on, silau sebenarnya untuk orang belakang. Jadi gunakanlah bila perlu aje.

Aku selalu guna bila kabus dan hujan aje.

Kalau tak hujan, aku guna lampu ni bila ada kereta cucuk rapat kat highway. Kadang kadang tak tahu apa masalah kereta yang begini. Cucuk orang, dia tahu tak kereta depan kita yang slow, bukannya kita? Dia cucuk pun, bukannya orang depan tu nak ke tepi. Jadi aku buka aje fonglamp ni, dia pun retilah nak menjarakkan diri. Bagus.  

Plan akan datang untuk kereta ni:

1. HU 
2. Sport rim - tunggu tayar botak, tukar dengan tayar sekali. (Setel)
3. Leather seat (setel)
4. Tukar kereta terus (ini tipu)


Pendek kata, aku puas hati dengan harga yang dibayar. Tapi ruang untuk penambahbaikan dari pihak Proton sendiri, sentiasa ada. 
Terutamanya bila melibatkan soal harga dan features.

Lagi satu, Proton can do better in term of service. Banyak sangat aduan pasal pusat servis tak ada barang, masa menunggu terlalu lama, barang order dah sampai tapi tak inform (akhirnya barang tu dapat kat orang lain, kita kena order semula). Dia agak customer yang kena call kot untuk follow up. Mana lah customer tahu barang nak sampai bila? Cuti pun susah nak apply, tahu?

Disclaimer: Untuk Preve Turbo, aku tak pernah pakai maka aku tak tahu apa problemnya.
Kalau tak pernah pakai katakan tak tahu. Jangan jadi macam Proton basher - guna proton pun tak pernah, tapi komplen pandai. Preve adalah Proton ke empat yang aku dan family guna. Jadi Proton punya development untuk improvement, kami boleh rasa.

Saga 1988 Enjin Magma - Pakai 12 tahun takde masalah enjin. Servis jaga cantik.
Masalah: Body kena tahi burung cepat berlubang. Lain - takde masalah.

Waja 2000 Enjin Mitsu 4G18 - Pakai 12 tahun takde masalah enjin. Servis jaga cantik.

Masalah: Lampu depan kanan contact tak bagus. Lagi satu power window regulator problem. Lain - takde masalah.

Perdana V6 2005 - Pakai nak masuk 10 tahun takde masalah enjin. Servis jaga cantik. 

Masalah: ....orang kata kereta ni masalah gearbox....tak pasti.

Preve exec campro IAFM+ 2012 - Pakai 3 tahun takde masalah enjin. Servis jaga cantik.

Masalah: Seperti dinyatakan di atas.

Untuk proton, sila buat market research sebelum keluarkan model lain. Sebab market study syok sendirilah yang buat Proton tak berkembang. 

Buat Persona, buat Preve, buat Inspira. tiga tiga ni kelas sama. fokus satu je dalam satu kelas.

Contoh sedan Honda:
Segmen B : City
Segmen C: Civic
Segmen D: Accord

Contoh sedan Toyota:
Segmen B: Vios
Segmen C: Altis
Segmen D: Camry

Tapi Proton?
Segmen B: Saga (okaylah)
Segmen C: Persona, Preve, Inspira, Waja (dah stop)
Segmen D: Perdana (mana model baru?? Accordana tu pun belum jual lagi)


Nampak tak kereta Jepun ni dia maintain satu model je setiap kelas bila kat Malaysia ni? Walaupun dia banyak model, dia tak masukkan banyak. Bawa yang boleh jual, dan fokus.. Proton pergi letak banyak banyak tapi jual berterabur. Macam mana?


Dulu, ada member tanya masa aku kerja kat Korea dulu pun tanya, "What model is this? Never see this but sure it is sporty!"

Dan kau rasa bangga bila kau jawab, "this is our national car, PROTON."

Jangan pula viralkan tulisan aku lalu blog viral copy masuk blog orang lain. Letak iklan banyak-banyak, penat aku menulis. Aku tak izin..

ZARIN
Kuala Lumpur
8 Februari 2015