*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 12 Jun 2009

Pasar dan pasar..

Khamis lalu, kami pergi ke pasar untuk membeli bahan masakan untuk majlis tahlil yang akan diadakan pada malam keesokan harinya.

Harga bahan mentah di sini murah. Contohnya, harga buah di sini seperti rambutan dan manggis hanya dijual dengan harga RM 5 untuk 2 kilogram. Di KL, RM5 adalah untuk 1 kilogram. Hanya di Hulu Langat saja harga murah sebegitu boleh dicapai. Itu pun hanya pada musim buah.


Murah kan? siap boleh campur
Murah kan? siap boleh campur

Ikan bilis ini pula, hanya dijual dengan harga RM 12 sekilo. Sebagai perbandingan, di KL adalah RM 24.

Banyak ikan bilis

Banyak ikan bilis

Di satu tapak gerai, kelihatan seorang makcik tua sebaya nenek saya menjual sayur dengan hanya duduk bersila di atas tikar. Selain sayur, benda ‘mahal’ dan jarang dapat ini juga dijual.

boleh jual lagi ke bola pingpong ni?
boleh jual lagi ke bola pingpong ni?

Pada malamnya pula, ke Wakaf Che Yeh. Ramai sungguh manusia sampai. Yang penting, mesti sampai sana selewatnya 8 malam. Kalau tak, parking penuh. Kali terakhir saya ke sini sewaktu membuat lawatan bersama pelajar UiTM Penang bagi subjek Operation Management tahun lepas. Cuma waktu itu kami tiba jam 12 malam. Jam 2 pagi baru balik. Pada jangkamasa tersebut, kawasan ini bertukar menjadi pusat jualan pasar basah pula. Memang murah.

Sini pun murah, janji kena pandai pilih tempat. Selalunya gerai yang di ‘pedalaman’ lebih murah berbanding gerai luar yang terletak di pintu utama. Tapi selalunya orang luar terutama dari negeri luar beli jugak daripada gerai luar sebab harganya pun dah cukup murah bagi mereka.

Siapa tak suka sayur?
Siapa tak suka sayur?

Sayur-sayuran ini, pada kadar di KL, contohnya jika RM 3 untuk satu ikat, di sini RM 5 dapat 3-4 ikat sayur. Harga makanan pula, walaupun tidak semurah dulu, tapi masih murah lagi berbanding negeri lain di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!