*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Isnin, 13 Februari 2012

Syurga dunia di Malaysia


Sudah sebulan lebih cuti semester berlalu.

Cuti kali ni, saya ambil keputusan untuk berehat saja. Bukan senang orang nak bagi cuti lama macam ni. 

Sebulan setengah tu!

Maklumlah saya cuma seorang pelajar. Cuti panjang kali ini adalah yang terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Cuti panjang yang seterusnya mungkin setelah pencen lagi 45 tahun. Oh! Tapi adakah saya nak kerja makan gaji? Saya ada rancangan, tapi hanya masa dan keadaan yang akan menentukannya.

Okay.

Selain menelaah serba sedikit mengenai projek tahun akhir di waktu cuti ni, aktiviti yang lain mestilah tentang percutian. Cuti-cuti sebelum ni saya tak berpeluang nak ke mana-mana. Sibuk bekerja separuh masa, dan tak ada kewangan yang cukup. Sedih je bunyinya. Ceh!

Apa-apa pun, saya merancang untuk ke sebuah pulau. Ya. Antara pulau yang tercantik di Malaysia – Pulau Perhentian.

Mendengar dan membaca pengalaman dari blog-blog oleh mereka yang pernah ke sana, rasanya tak lengkap andai tidak pergi ke sana sendiri.

Lautan membiru jernih bak kristal, ikan yang jinak, pasir memutih, gadis berbikini bagai memanggil-manggil.

Kenapa Pulau Perhentian? Kenapa bukan Langkawi atau Tioman?




Kerana Pulau Perhentian tak ada airport. Jadi pulau ni lebih menarik pada saya. Suasana mungkin lebih senyap sunyi. Walaupun saya dilahirkan di bandar, dibesarkan di bandar. Tapi perkara yang saya cukup benci ialah bunyi enjin kenderaan dan juga kesesakan jalan raya!

Tapi sebenarnya percutian kali ini seperti makan dua jenis makanan dalam satu suap. (killing 2 birds with 1 stone, atau sambil menyelam minum air kalau tak faham). Saja menggunakan metafora berlainan - idea tiba-tiba muncul.

Saya nak siapkan kajian projek tahun akhir saya. Di sana ada kincir angin dan panel solar – dua jenis penjana bagi tenaga boleh diperbaharui yang boleh disambungkan pada grid berskala kecil iaitu microgrid. 
Ada dua jenis sistem grid.


Apa bezanya? 

Baik.

Sistem Grid Nasional yang kita guna sekarang ni, yang mana tenaga dijana di Terengganu atau Klang, Selangor tapi dihantar ke Johor dan Perlis (contohnya) disebut macrogrid. Microgrid ialah mengenai penjanaan bagi kawasan tempatan dan terasing dan tidak disambung (disambung jika perlu) kepada sistem grid konvensional dan yang penting, ia menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. Dengan kata lain - independent atau menjana sendiri.

Memandangkan sumber tenaga ini boleh digunakan sepanjang tahun di Pulau Perhentian kerana faktor angin (bayu laut berhembus kuat) dan cahaya matahari yang seragam (kerana Malaysia beriklim khatulistiwa), maka di sini didirikan panel solar dan turbin angin atau kincir angin pagi penjanaan tenaga penduduk setempat.

Rancangan awal saya ialah untuk pergi bersama seorang rakan. Namun beliau terpaksa menjalani latihan praktikal waktu cuti ini, jadi saya mengajak pula rakan-rakan yang lain. Dan jawapannya – tengah-tengah cuti di hujung semester ni, semuanya ‘kering’. Duit pinjaman dah habis diguna.

Kalau ada pun, mereka hanya akan ke sana pada Mac, atau April. Lambat sangat tu.

Jadi saya hanya tinggal diri saya sendiri. Lone ranger. Rancangan sudah dibuat bertahun dulu, dari Langkawi tukar ke Tioman dan akhirnya ke Perhentian, tapi apabila jadi keadaan macam ni, kita namakan ia sebagai DUGAAN!

Hasrat dimaklumkan kepada kedua orang tua. Awalnya mereka setuju. Namun bila mendengar saja saya keseorangan, ibu saya pula mahu jadi peneman.

Saya pula tak setuju. Kenapa?

Bukannya saya tak sayang ibu saya. Sebolehnya saya nak bawa dia bercuti. Tapi memandangkan saya ingin pergi dalam keadaan paling minima, kos paling minima, dan segala-galanya minima, saya risau sekiranya beliau tidak selesa. Bajet saya cumalah RM 350 seorang diri untuk 3 hari 2 malam, termasuk tambang bas dari KL ke Besut. Pendek kata - budget all-in.

Saya lelaki – boleh tidur di mana-mana, mandi di mana-mana, makan di mana-mana – macam Macgyver, mahupun Tarzan. Tapi perkara-perkara demikian bagi seorang wanita, faham-faham jelah ye. Dan sekiranya terjadi apa-apa pada mereka, itulah masalah terakhir yang saya ingin ia berlaku. Terakhir.

Saya bakal berusia 24 tahun ini. Bukannya baby lagi. Ini satu tamparan bagi mana-mana lelaki yang ingin berdikari tapi sentiasa dibayangi keluarga yang risau. Sentiasa risau. Tak ada sebab pun boleh risau. 

Terutama sang ibu.

Gadis mat salleh yang berusia 16 tahun pun boleh belayar satu dunia sorang-sorang. Inikah pula saya seorang lelaki yang berusia 23 tahun 1 bulan. Saya cuma mahu bercuti dan buat projek (sila sucikan minda anda bila baca ayat ni), bukannya berlayar. Dan cuma 3 hari, bukannya berbulan-bulan. Memang menyakitkan ego saya huhu.

Kalau begini, sampai bila pun saya takkan kemana kerana sering ‘diikat’ keluarga. Sedih juga…………..
Lebih baik saya jadi perempuan.

Puas reasoning, berhujah sana-sini dengan bapa saya (yang memang susah saya nak menang) akhirnya mereka setuju. Sudah tentulah, jaminan yang saya berikan adalah cukup mahal.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ke Perhentian!

p/s: ada beza bercuti dengan keluarga, bercuti dengan kawan-kawan dan bercuti sorang-sorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!