Kali ni saya nak kongsi sikit pengalaman jadi backpacker ke
Pulau Perhentian pada 14 – 16 Februari 2012. Kalau orang lain suka pergi
berkumpulan, saya pula senang pergi sorang-sorang.
Kelebihan berjalan seorang – lebih mudah, tak banyak kerenah
dan soal masa lebih fleksibel.
Keburukan pula – sunyi dan merbahaya kalau jadi apa-apa.
Terpulang kalau anda lebih suka yang mana. Saya pun suka
juga berjemaah tapi lihat dengan siapa kita bergerak. Kali ni semua kawan tak
dapat ikut, dan ada yang merancang untuk pergi bulan 3. Masa tu dah dikira
lewat pada saya dan agak mahal. Pulau Perhentian menjadi pulau yang mahal pada
bulan Mac-September dan murah pada bulan-bulan lain.
Pulau Perhentian –
Day 1
Naik : Hentian Putra
Turun
: Stesen bas aka Jeti Kuala Besut
Tempoh perjalanan: 9.00 malam - 5.50 pagi (berhenti rehat sejam di Merapoh)
Tambang – RM 40 sehala (Mahligai 2 tingkat)
* Hanya ada dua syarikat bas terus ke Jeti Kuala Besut iaitu
Mahligai dan Mutiara. Bas lain (Transnasional, Sani, Perdana etc. tak pergi)
Sebaik saja tiba di Jeti Kuala Besut, saya disapa seorang
lelaki bermotosikal. Dia rupanya pekerja di salah sebuah syarikat bot untuk ke
Pulau Perhentian. Biasalah bila ada bas berhenti di situ, kebanyakan penumpang
yang turun di Kuala Besut mesti nak ke pulau.
Very nice timing.
Selesai bersoal jawab dan saya berpuas hati bagi memastikan
diri tak ditipu, saya pun ikut dia ke pejabatnya yang terletak betul2 di tepi
jeti. Memang kena dengan tempatnya. Mudah urusan saya kali ni.
(Hati-hati dengan ulat tiket bot, bukan semua orang yang
menegur anda itu pekerja yang sah!)
Di situ bosnya menunggu. Seorang wanita pertengahan umur
yang membahasakan dirinya Kak Ani (walaupun saya ni sebaya anaknya). Katanya
bot akan mula bertolak jam 8 ke atas, itu pun bergantung kepada bilangan
penumpang yang mahu berulang-alik dari pulau ke jeti. Sekiranya tak ramai, bot
akan tunggu.
Kami berbual sehingga subuh. Katanya tak ramai orang masuk
ke pulau dalam beberapa bulan ni kerana angin monsun timur laut masih bertiup
kencang. Hal berbual tak ada masalah kerana saya memang orang Kelantan jadi
dialek pertuturan bukan satu masalah. Oh ya, walaupun Besut terletak di negeri
Terengganu, tapi orang di sana tak mengaku mereka orang Terengganu, mereka
mengaku rakyat Kelantan. Awesome!(royalti minyak mereka tetap dapat).
Surau jeti Kuala
Besut
Usai subuh, saya melihat dua orang gadis asing yang tidur di
jeti. Mereka berasal dari Sweden, dan baru berusia 21 tahun. Baru 21 tahun ibu
bapa dah lepas untuk lihat dunia. Kat Malaysia ni, harapan tinggal harapan lah.
Yang gadis 2 orang ni masuk ke pulau dulu, esoknya teman lelaki mereka
menyusul. Ada geng lagi rupanya.
Masa yang ada, digunakan untuk makan dan mengambil gambar.
Jeti Pelancongan
Kuala Besut
Jam 8.40, datang lagi sepasang warga asing, pun dari Sweden.
Kami berbual-bual sementara menunggu masa bot berlepas.
Pelik juga kan, orang Eropah ni boleh ke cuti lama-lama?
Takde kerja ke diorang ni?
Hasil perbualan, mereka ada pekerjaan. Kedua-duanya ialah
polis dan masih belum berkahwin. Mereka bekerja sepanjang tahun tanpa cuti, sambil
ambil overtime semata-mata nak ambil cuti 5 minggu untuk datang ke sini. Di
Sweden sedang musim sejuk, jadi dia datang ke sini yang sentiasa panas kerana dia
lebih sukakan cermin mata hitam dan selipar jepun (I love sunglass and flipflop
more!).
Kalau kita mintak cuti 5 minggu straight bergaji daripada syarikat,
agak-agak dapat tak?
Bila saya kata yang orang kita pula lebih gemar ke negara
beriklim sejuk untuk main salji, kami sama-sama tertawa. Hujan emas di negeri
orang………
Dua gadis tadi, Fredrik dan Frida si pasangan polis
Dan saya terfikir kenapa hari ni ramai sangat yang nak masuk
ke pulau? Yang peliknya saya sorang je Melayu. Bila semak semula tarikh hari ni
ialah 14 Februari 2012. Oh patutlah…Saya ke sana nak buat Final Year Project,
pelancong-pelancong ni pula nak buat ‘projek’.
Untuk masuk ke pulau-pulau peranginan di Malaysia, kita
harus membayar Marine Conservation Fee sebanyak RM 5 seorang. Berbual dengan
pemilik agensi tadi, katanya rang undang-undang dah diluluskan untuk menaikkan
bayaran kepada RM 10 seorang (warganegara) dan RM 30 seorang (asing). Cuma
pelaksanaannya tak tahu bila. Jadi buat masa ni masih lagi RM 5. Yang paling best, saya tak perlu bayar hari
tu sebab musim kutipan bermula pada esoknya 15 Februari. Jimat RM 5.
Tambang bot Kuala Besut – Pulau Perhentian (return) : RM 70
Bot paling awal ialah pada 8 ke 9 pagi dan paling lewat
ialah 11 ke 12 tengahari (bergantung pada penumpang).
Dulunya ada slow boat, tapi sekarang dah tak ada. Jadi kalau
anda ada terbaca dalam mana-mana website yang menyebut tentang slow boat, sila
update maklumat anda, slow boat sudah tiada. Hanya bot laju saja yang ada, dan
tambangnya RM 70 untuk pergi dan balik.
Tiket bot. Di belakang tiket ada peta pulau, siap
dengan nama-nama resort dan chalet untuk menginap
Tanpa
dipinta, Kak Ani merangkap pemilik agensi tadi memberikan saya diskaun kepada
RM 60. Jimat RM 10.
Perjalanan
bot mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Perjalanannya agak bumpy dan
terhenjut-henjut. Siapa yang senang muntah, sila ambil ubat sebelum naik. Siapa
yang mengandung, jangan naik langsung huhu. Tiada gambar dapat diambil
sepanjang perjalananan kerana kamera mungkin akan terhempas ke lantai bot atau
terjatuh ke dalam laut akibat pukulan ombak….
Oh ya,
Perhentian terbahagi kepada dua pulau, Perhentian Besar dan Kecil. Di Kecil,
lebih murah tetapi tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana terlalu
ramai mat saleh terdampar kat sini. Di Besar, lebih mahal penginapannya tetapi
lebih selamat untuk keluarga yang konservatif.
Saya?
Mestilah ke kecil. Bukan sebab nak cuci mata tapi sebab nak jimat bajet.
Lagipun, kincir angin dan panel solar yang saya nak tengok tu terdapat di sini.
Sampai je
kat sana, saya pun terus check in. Rata-rata chalet di sini hanya mempunyai
elektrik pada sebelah malam dan tidak pada siang kecuali beberapa chalet
seperti Senja Bay Resort dan Shari-La. Di chalet yang ada elektrik 24 jam ni,
bayaran biliknya lebih mahal, hampir 2-3x ganda dari chalet yang ada elektrik
waktu malam.
Bersambung di entri seterusnya. Takut panjang-panjang nanti tak larat nak baca...
Hai...best kan gi plau prhentian...;)
BalasPadamHai,
Padamsedar tak sedar dah berasap blog saya ni..
baru ada masa nakupdate =)
memang seronok tapi masa tu saya pergi seorang diri. jadi kuranglah aktiviti berkumpulan dan lebih aktiviti solo.