*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Engineer memang selekeh.... Jadi?

Salam Jumaat semua.

Baru ni kecoh disebabkan tweet seorang budak ni yang kata engineer ni bukanlah calon suami yang sesuai.

Sebabnya: Engineering student ni selekeh.

Benar. Aku setuju. Setuju yang amat.

Zaman aku student dulu, memang kebanyakan engineering student ni selekeh (melainkan yang anak orang kaya tu lainlah, pergi kelas pun bawak kereta). Yang jenis anak orang kaya ni memang smart la pakai. Pergi kelas pun pakai Ralph Lauren punya polo shirt. Handbag pun pakai Carlo Rino.

Tapi..

Ramai antara kami yang pergi kuliah pakai t-shirt aje. Peraturan kampus banyak yang suruh pakai T-shirt berkolar sekurang-kurangnya. Tapi kami tetap pakai t-shirt, lepas tu pakai sweater atau pun jaket fakulti aje (adalah kolar,kan?). Orang suruh pakai kasut, tapi kebanyakan kami suka pakai selipar aje. Siapa yang bijak sikit, pakai Croc. tak tahu jatuh kategori selipar atau pun kasut.

Soal penampilan memang bakal engineer ni memang tak berapa nak jaga. Tahukah anda sebabnya?

1. Duit tak berapa nak ada.

Zaman student semua orang pun tak berapa nak ada duit. Duit PTPTN yang dapat tu bukanlah nak beli baju cantik-cantik, tapi lebih pada makanan, isi minyak motor, dan jugak barang projek. Ingat barang projek engineering ni murah-murah ke? Yuran kitorang pulak (terutama yang belajar swasta) adalah lebih mahal dari kursus yang biasa-biasa tu. Jadi lepas tolak yuran, duit yang tinggal pun dah sedia sikit. 

Aku tak pinjam PTPTN, lagilah tak terurus keadaan masa tu. Hehe.

2. Kerja kitorang ni banyak bermain dengan kawasan yang kotor. 

Cuba bayangkan, dalam makmal kejuruteraan nak pakai lawa-lawa nak buat apa? Dalam lab tu banyak mesin-mesin yang boleh bagi result yang fatal/hazardous. Ada alat pateri. Ada alat high voltage. Ada jugak foundry yang kotor-kotor. Kalau civil engineer pulak nak kena pergi berjemur tengah panas nak ukur jalan. Berpeluh-peluh tu....Lebih baik pakai pakaian yang selesa daripada pakai yang cantik-cantik. Antara T-shirt dengan baju kebaya, yang mana agaknya lebih selesa?

Kami bukan macam budak bisnes atau budak akaun yang kerja dalam ofis, dalam aircond....boleh pakai tie..boleh mekap takkan cair punya.

Bayangkanlah pakai necktie sebelah mesin-mesin yang bergerak, dalam debu-debu berterbangan. Karang tersedut necktie tu masuk mesin, siapa nak jawab?


3. Pakai cantik pun bukannya ada gadis-gadis untuk di mengorat.

Terimalah hakikat, fakulti engineering tak ramai gadis-gadis manis. Kalau ada awek pun, tak boleh lawan yang dari fakulti business/fakulti yang ramai gadis. Awek engineering jangan salah faham pula.....Anda semua adalah yang tercantik di fakulti kami. (tanpa mengambil kira fakulti lain, semestinya)

Dan harus aku akui, zaman student dulu walaupun fakulti aku ada library sendiri, jarang sangat aku study kat library tu. Kalau awal-awal sem ada budak baru masuk, memang aku hinggap kat library sendiri sebab selalunya budak-budak baru ni akan study sana (budak baru memang semangat pergi library).

Bila dah jadi senior masa semester 7 semester 8, aku suka pergi study kat library fakulti bisnes sebab pemandangannya lebih hebat. Pegang buku Thermodynamics atau pun Circuit Analysis, awek-awek semua pandang macam power je mamat ni. Padahal buku tu wayang je. Padahal subjek tu diploma punya subjek. Hahaha.

Tapi yalah, takde siapa pun yang lekat sebab kami ni tipikal engineering student - selekeh.

Cukuplah 3 sebab ni dulu. Ni semua zaman student lah. Kalau dah kerja, kemungkinan akan berubah jadi macam gambar di bawah, tak tahu asalnya dari siapa, aku terima dari group whatsapp. Kredit pada penyumbang asal.



Zarin
27 Jun 2014
28 Sya'ban 1435
46350 Petaling Jaya

Sabtu, 21 Jun 2014

Takaful - Perlindungan kepada kewangan kita

Salam hujung minggu.

Dah lama rasanya saya tak tulis soal kewangan.

Kali ni kita bincang soal takaful/insurans.

source
Cakap pasal takaful, kita selalunya sangat menolak (reluctant) dan rasa pun macam dengar tak dengar. Kalau ada orang telefon (telemarketer) cakap pasal takaful, selalunya kita akan jawab, 

"oh saya dah ada polisi" walaupun tak ada pun sebenarnya.

atau pun 

"maafle saya tak minat, terima kasih", letak telefon cepat-cepat, block number terus.

Dua jawapan paling femes. Hatta saya dulu pun selalu sangat berpegang pada dua skema jawapan ni setiap kali orang tanya. Hehe.

Kalau ada booth insurans pun, kita akan mengelak dari lalu kat situ. Sanggup lalu jalan jauh beb!

Tapi....

Tahukah anda, selain nyawa, takaful juga boleh bertindak sebagai satu bentuk perlindungan kewangan?

Perlindungan kewangan atas pemilikan harta benda

Berapa ramai yang kat sini ada takaful?
Atau pun tak sedar pun dia ada takaful?

Macam mana pula kita kata kita tak sedar pun kita ada takaful? Dan macam mana pulak takaful boleh beri perlindungan kewangan?

Okay, sekarang ni, siapa yang dah beli rumah? Kalau anda beli rumah secara pinjaman bank dalam 10 tahun kebelakangan ni, memang SAH yang anda dah ada takaful. Takaful untuk beli rumah dipanggil Mortgage Term Reducing Takaful (MRTT) atau pun kalau pinjaman konvesional kita panggil Mortgage term Reducing Assurance (MRTA).

Secara bahasa mudahnya kita boleh kata MRTT/MRTA ni akan bayarkan semua baki hutang kita sekiranya kita hilang upaya kekal/ sakit ilat tak mampu bekerja / meninggal dunia.

Jadi hutang-hutang rumah yang kita belum habis bayar tu, takaful ni akan bayarkan semua. Dan selamatlah ahli keluarga kita daripada kena tanggung hutang rumah kita yang beratus ribu/juta tu. 

Kalau tak ada takaful tapi cuma beli satu rumah, takde hal. Small matter orang kata.
Tapi kalau tak ada takaful tapi beli banyak rumah, siapa agaknya nak tanggung?

Jadi dah terjawab soalan-soalan yang tadi tu: 

siapa yang tak perasan dia ada takaful?    dan jugak
macam mana takaful melindungi kewangan kita?

Itu soal harta dari sudut pemilikan rumah. Kewangan kita dah dilindungi sebabnya waris kita tak perlulah gunakan harta pusaka kita untuk bayar semua hutang tu tadi. Selain rumah, ada juga bank yang offer takaful jenis ni untuk kereta. (",)

pssttt: dah berapa biji rumah yang korang ada? semua ada MRTT tak?

Yang paling penting, nyawa

Yang ni, kita kena pegang takaful adalah satu bentuk perlindungan. Perlindungan yang mana satu kumpulan orang setuju untuk bantu-membantu dalam risiko ahli yang lain melalui satu sistem sumbangan.

Hari ni semua bayar satu amaun untuk polisi yang ada medical card. Esok lusa salah sorang ahli jatuh sakit. Jadi sumbangan yang kita kumpul tadi, kita akan berikan pada ahli yang sakit tadi tu. Konsep yang diguna di sini adalah tolong menolong. Bahasa mudah lah tu supaya semua orang faham.

Kalau yang sakit tadi masuk hospital, bil-bil hospital tu dah setel. Kita cuma bayar amaun yang hanya sekelumit saja dari bil yang beribu tu.  

Jadi kat sini lah yang saya kata, di samping perlindungan kesihatan, duit kita pun selamat dari nak bayar bil yang mahal-mahal ni - Perlindungan kewangan.

"bro, company aku dah kaver aku. Kalau aku mati dia bayar, sakit pun dia bayar. Bukan aku aje. Anak isteri aku pun dia kaver beb."

Dulu.....saya pun begini lah. Mana tak seronok, company dah cover insurans diri sendiri. Kalau saya mati, cover sampai dekat suku juta. Dah cover anak isteri. Anak sampai 5, in patient, out patient semua dia cover. Isteri nak beranak pun dia cover! Boleh buat anak ramai-ramai.

Tiap tahun untuk bil hospital, full claim kalau ada surgery, auto renewal pula tu. Memang power company yang saya kerja sekarang ni.

Jadi saya sendiri pun tak rasa perlu ada takaful. Buat apa nak beli banyak-banyak kalau dah company kita cover ye tak?

Bila dah lama kerja, saya pun terfikir dua tiga soalan.

1. Jujurnya, saya pun tak tahu sampai bila saya nak kerja situ. Kerja makin lama makin serupa tahi. Bos pun makin lama makin tak best. Lama-lama mungkin kita akan chow.

2. Kalau chow, dapat company baru yang cover macam company lama, takde masalah. tapi macam mana pula kalau company baru tak power macam yang lama?

3. Selagi kita kerja, memang dia akan cover. Kalau dah pencen macam mana? Polisi dah takde. Kalau masuk hospital lepas pencen memang scary. Silap-silap duit EPF bayar habis kat bil hospital aje. Kerja swasta mana ada pencen! Kerja kerajaan okay le.

4. Tu kalau sempat pencen. Macam mana pulak kalau tengah kerja jatuh sakit ke, atau jadi apa-apa yang membuatkan saya tak boleh kerja lagi? Kalau kemalangan kat tempat kerja mungkinlah SOCSO boleh cover pencen. Tapi kalau tak? Mungkin company pun akan masukkan dalam medical board dan disuruh berhenti. Mintak dijauhkan, Na'uzubillahi min zaalik.

Ni antara soalan yang saya fikir. Inilah kebarangkalian yang ada dan mungkin berlaku. Mungkin terlalu jauh saya analyse, risiko-risiko ni memang kena fikir dalam-dalam, sebab saya seorang engineer.

Setakat ni dulu rasanya, siapa nak tahu pasal takaful dan teringin nak ada polisi takaful, bolehlah hubungi saya dalam kotak di sebelah kanan page ni. Saya contact balik kemudian. Saya boleh ajar, dan clearkan semua keraguan anda, sampai faham, insyaAllah.

Zarin
21 Jun 2014
22 Sya'aban 1435
Kuala Lumpur




Khamis, 19 Jun 2014

Outdoor @Tabur

Pernah naik bukit tabur?

Pernah dengar Bukit Tabur? Kalau korang pernah lalu MRR 2 selalu la Nampak bukit kat tepi tu. Tinggi dalam 500 meter, Bukit Tabur ni selalunya dikunjungi orang ramai pada hujung minggu.

Ada yang suka naik, ada yang suka ambil angin, ambil gambar, ada juga yang suka-suka takde kerja pergi naik hujung-hujung minggu.

Nak jadi cerita, Ahad lepas 15/6 aku dan kawan aku sorang ni naik la Bukit Tabur ni. Dari 2009 zaman aku student teringin nak naik. Tunda punya tunda punya tunda 2014 baru boleh naik. 

Ada dua bahagian yang selalunya orang naik. Tabur West, satu lagi Tabur East. Ada dua lagi yang orang jarang naik sebab bahaya sikit iaitu Tabur Far East dengan Tabur Extreme. Dan keempat-empat jalan ni takkan membawa ke puncak yang sama. Semuanya lain-lain.

Balik pada dua jalan yang biasa ni, Tabur West nak naik tu agak mendatar dan ambil masa lama sikt nak sampai ke atas. Tabur East pulak, lebih mencabar sikit sebab awal-awal dah jumpa cerun. Cerun dia pulak bukan calang-calang, semua main 70 degree ke atas. 

Aku dah lama tak outdoor sejak mula kerja 2 tahun lepas, aku tahu stamina aku memang tahap-tahap 0%. Sejak balik Korea hari tu pulak kerja aku makan aje. Balas dendam sebab tak dapat makanan Malaysia. Dalam masa tak sampai 2 bulan berat aku dah naik 20kg. Terbaik.

Oleh yang demikian, asalnya macam aku nak naik West. Tapi sebab awal tahun ni ada orang mati sebab jatuh, jadinya nak naik sebelah sana kenalah ada permit dan dibuka pada umum Sabtu Ahad sahaja.
Apa pilihan yang ada? Naik East lah!

Sebelum tu aku nak kongsi apa yang korang perlu buat sebelum naik Tabur. Tak kira mana-mana Tabur lah.

1.    Yang pertama, korang punya attire. Seluar aku galakkan seluar panjang. Nanti akan ada masa korang kena pakai lutut nak mendaki atas batu, Pakai seluar pendek tu boleh, aku pun pakai 3 quarter je tapi kalau calar-calar tu jangan cakap aku tak pesan pulak.

2.    Yang kedua, bawak air. Nak selamat, bawak la dua botol 500ml. Aku bawak sebotol akje tapi cukup-cukuplah. Sekadar nak quench thirst, bukan minum sampai kembung. Lagipun aku malas nak bawak beg. Aku cuma lilit beg pinggang aje. Cukup lah tu. 

3.    Yang ketiga, kalau ada glove, bawak glove. Aku tak bawak pun. Tapi lebih baik bawak la. Alasannya sama macam no 1 tadi. Akan ada banyak batu yang akan didaki, akan ada banyak tali untuk ditarik. Untuk genggaman yang lebih baik, pakai la glove. Kasut pun pakai kasut sukan. Kalau dah pro boleh aje pakai croc. Kalau tak pro, beringat sendirilah.

4.    Yang keempat, warm up! Stretching yang simple-simple pun takpe. Aku terlalu pandang rendah Tabur. Jadi buat stretching ala kadar. Setengah jalan, kaki aku dah lenguh-lenguh. Terlupa yang aku ni bukan muda lagi macam dulu dan trek dia bukannya macam Broga. Ini 10x lebih susah. Broga tu kau berlari-lari pun dah boleh sampai.

5.    
Masa yang diambil untuk naik dan turun tak lama. Kami naik pukul 9, pukul 10.45 dah sampai bawah semula. Kalau suka ambik gambar, mungkin lah sampai tengahari pun tak turun-turun.

Masa terbaik naik adalah lepas Subuh. Sempat la nak tengok sunrise. Malangnya hari yang kitorang plan nak naik tu, kitorang lewatkan sikit sebab ada World Cup England lawan Italy. Italy menang 2-0. Rooney banyak buang bola. Hampeh.

Nak cerita lebih, aku pun tak pandai. Tengok ajelah gambar-gambar yang ada ni. Itu pun bukan kamera aku sebabnya handphone aku hang haritu.

Dari highway, korang dapatlah tengok macam kat bawah ni.

Source
Source
Source
Sebelah kiri nampaklah empangan Klang Gate. Masa kemarau panjang dulu air dia tinggal sikit betul. 
tengok belah kanan nampak la bandar KL yang serba menipu.


Keseluruhannya, pengalaman dia boleh la dikatakan menarik. Kalau korang tak minat outdoor, sekali ni jelah korang naik Tabur. Taubat tak naik lagi dah.

Zarin
19 Jun 2014
20 Sya'aban 1435
Petaling Jaya

Isnin, 16 Jun 2014

Sedikit entri peribadi, boleh?

Jun 2014.

Musim World Cup.
Musim cuti sekolah.
Musim orang kahwin.

Bersusun-susun jemputan kahwin, memang super lah kalau nak penuhi semua jemputan. terpaksa lah skip sikit-sikit.

Yang mana yang aku tak sempat datang tu mintak maaf, lain kali korang kawin aku pergi, okay?

Hari ni aku tengok entry dalam blog aku ni banyak dah dikongsi, copy paste, orang baca, ramai dapat manfaat dari ilmu yang aku kongsikan tu. Tambah la sikit saham akhirat aku kalau korang amalkan.

Cuma sedih sikit la. Sebab takde link balik untuk blog aku ni lepas korang copy. Nanti diorang tertanya-tanya juga siapalah yang tulis benda panjang merapu camni. Kadi kan best kalau dapat lah kiranya korang kasi link balik kat blog aku ni. walaupun blog aku ni kategori update setahun 2-3 kali je, tapi isi dia aku sure bagi yang padduuu punya.

Jangan risau pasal kualiti, dan teruskan membaca.

Ada banyak yang aku nak kongsi akhir-akhir ni. Tapi sejak balik Korea, aku dah tak buat kerja engineer lagi, aku buat kerja management yang mana aku tersangatlah benci.

Mungkin sebab aku baru 26 dah kena buat kerja manager, hidup rasa tak puas lagi jadi engineer bawahan. haha

Ini lain kali aku cerita.

Teruskan membaca dan sharekan lah link kat kalau korang ada copy artikel panjang aku tu terutama pasal engineer dan jugak kereta, dua entry yang memang selalu orang baca. aku memang halalkan dunia akhirat.

Terima kasih!

Zarin
Harini berapa haribulan aku tak ingat
Kuala Lumpur