*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Engineer memang selekeh.... Jadi?

Salam Jumaat semua.

Baru ni kecoh disebabkan tweet seorang budak ni yang kata engineer ni bukanlah calon suami yang sesuai.

Sebabnya: Engineering student ni selekeh.

Benar. Aku setuju. Setuju yang amat.

Zaman aku student dulu, memang kebanyakan engineering student ni selekeh (melainkan yang anak orang kaya tu lainlah, pergi kelas pun bawak kereta). Yang jenis anak orang kaya ni memang smart la pakai. Pergi kelas pun pakai Ralph Lauren punya polo shirt. Handbag pun pakai Carlo Rino.

Tapi..

Ramai antara kami yang pergi kuliah pakai t-shirt aje. Peraturan kampus banyak yang suruh pakai T-shirt berkolar sekurang-kurangnya. Tapi kami tetap pakai t-shirt, lepas tu pakai sweater atau pun jaket fakulti aje (adalah kolar,kan?). Orang suruh pakai kasut, tapi kebanyakan kami suka pakai selipar aje. Siapa yang bijak sikit, pakai Croc. tak tahu jatuh kategori selipar atau pun kasut.

Soal penampilan memang bakal engineer ni memang tak berapa nak jaga. Tahukah anda sebabnya?

1. Duit tak berapa nak ada.

Zaman student semua orang pun tak berapa nak ada duit. Duit PTPTN yang dapat tu bukanlah nak beli baju cantik-cantik, tapi lebih pada makanan, isi minyak motor, dan jugak barang projek. Ingat barang projek engineering ni murah-murah ke? Yuran kitorang pulak (terutama yang belajar swasta) adalah lebih mahal dari kursus yang biasa-biasa tu. Jadi lepas tolak yuran, duit yang tinggal pun dah sedia sikit. 

Aku tak pinjam PTPTN, lagilah tak terurus keadaan masa tu. Hehe.

2. Kerja kitorang ni banyak bermain dengan kawasan yang kotor. 

Cuba bayangkan, dalam makmal kejuruteraan nak pakai lawa-lawa nak buat apa? Dalam lab tu banyak mesin-mesin yang boleh bagi result yang fatal/hazardous. Ada alat pateri. Ada alat high voltage. Ada jugak foundry yang kotor-kotor. Kalau civil engineer pulak nak kena pergi berjemur tengah panas nak ukur jalan. Berpeluh-peluh tu....Lebih baik pakai pakaian yang selesa daripada pakai yang cantik-cantik. Antara T-shirt dengan baju kebaya, yang mana agaknya lebih selesa?

Kami bukan macam budak bisnes atau budak akaun yang kerja dalam ofis, dalam aircond....boleh pakai tie..boleh mekap takkan cair punya.

Bayangkanlah pakai necktie sebelah mesin-mesin yang bergerak, dalam debu-debu berterbangan. Karang tersedut necktie tu masuk mesin, siapa nak jawab?


3. Pakai cantik pun bukannya ada gadis-gadis untuk di mengorat.

Terimalah hakikat, fakulti engineering tak ramai gadis-gadis manis. Kalau ada awek pun, tak boleh lawan yang dari fakulti business/fakulti yang ramai gadis. Awek engineering jangan salah faham pula.....Anda semua adalah yang tercantik di fakulti kami. (tanpa mengambil kira fakulti lain, semestinya)

Dan harus aku akui, zaman student dulu walaupun fakulti aku ada library sendiri, jarang sangat aku study kat library tu. Kalau awal-awal sem ada budak baru masuk, memang aku hinggap kat library sendiri sebab selalunya budak-budak baru ni akan study sana (budak baru memang semangat pergi library).

Bila dah jadi senior masa semester 7 semester 8, aku suka pergi study kat library fakulti bisnes sebab pemandangannya lebih hebat. Pegang buku Thermodynamics atau pun Circuit Analysis, awek-awek semua pandang macam power je mamat ni. Padahal buku tu wayang je. Padahal subjek tu diploma punya subjek. Hahaha.

Tapi yalah, takde siapa pun yang lekat sebab kami ni tipikal engineering student - selekeh.

Cukuplah 3 sebab ni dulu. Ni semua zaman student lah. Kalau dah kerja, kemungkinan akan berubah jadi macam gambar di bawah, tak tahu asalnya dari siapa, aku terima dari group whatsapp. Kredit pada penyumbang asal.



Zarin
27 Jun 2014
28 Sya'ban 1435
46350 Petaling Jaya

5 ulasan:

  1. tapi engineer kat jabatan saya semua smart2 je..walaupun diaorg selalu turun site..smart tetap maintain..hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah semuanya smart-smart. Sejak kerja ni pun saya smart semacam.

    Zaman student ajelah selekeh. Hehe. Kalau kerja ofis memang kena smart. Lebih-lebih lagi kalau nak kena jumpa client - imej sangat penting.

    Kalau kena masuk site yang kotor-kotor tu lainlah cerita..

    Terima kasih sudi singgah..

    BalasPadam
  3. Ha! bunyi ni mcm student engineering uitm ja?hahaha

    BalasPadam
  4. hahaha betul3, saya student mechanical. dalam kelas ada la tak sampai 10 perempuan, yg lain semua laki. saya rasa kitorng paling smart kalau time hari presentation. time tu la baru nampak macam manusia berjaya sikit XD. paling tak terurus, time minggu final. kadang2 tu pergi exam pakai tudung sama sampai 3 hari(oopps).

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!