*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Khamis, 19 Jun 2014

Outdoor @Tabur

Pernah naik bukit tabur?

Pernah dengar Bukit Tabur? Kalau korang pernah lalu MRR 2 selalu la Nampak bukit kat tepi tu. Tinggi dalam 500 meter, Bukit Tabur ni selalunya dikunjungi orang ramai pada hujung minggu.

Ada yang suka naik, ada yang suka ambil angin, ambil gambar, ada juga yang suka-suka takde kerja pergi naik hujung-hujung minggu.

Nak jadi cerita, Ahad lepas 15/6 aku dan kawan aku sorang ni naik la Bukit Tabur ni. Dari 2009 zaman aku student teringin nak naik. Tunda punya tunda punya tunda 2014 baru boleh naik. 

Ada dua bahagian yang selalunya orang naik. Tabur West, satu lagi Tabur East. Ada dua lagi yang orang jarang naik sebab bahaya sikit iaitu Tabur Far East dengan Tabur Extreme. Dan keempat-empat jalan ni takkan membawa ke puncak yang sama. Semuanya lain-lain.

Balik pada dua jalan yang biasa ni, Tabur West nak naik tu agak mendatar dan ambil masa lama sikt nak sampai ke atas. Tabur East pulak, lebih mencabar sikit sebab awal-awal dah jumpa cerun. Cerun dia pulak bukan calang-calang, semua main 70 degree ke atas. 

Aku dah lama tak outdoor sejak mula kerja 2 tahun lepas, aku tahu stamina aku memang tahap-tahap 0%. Sejak balik Korea hari tu pulak kerja aku makan aje. Balas dendam sebab tak dapat makanan Malaysia. Dalam masa tak sampai 2 bulan berat aku dah naik 20kg. Terbaik.

Oleh yang demikian, asalnya macam aku nak naik West. Tapi sebab awal tahun ni ada orang mati sebab jatuh, jadinya nak naik sebelah sana kenalah ada permit dan dibuka pada umum Sabtu Ahad sahaja.
Apa pilihan yang ada? Naik East lah!

Sebelum tu aku nak kongsi apa yang korang perlu buat sebelum naik Tabur. Tak kira mana-mana Tabur lah.

1.    Yang pertama, korang punya attire. Seluar aku galakkan seluar panjang. Nanti akan ada masa korang kena pakai lutut nak mendaki atas batu, Pakai seluar pendek tu boleh, aku pun pakai 3 quarter je tapi kalau calar-calar tu jangan cakap aku tak pesan pulak.

2.    Yang kedua, bawak air. Nak selamat, bawak la dua botol 500ml. Aku bawak sebotol akje tapi cukup-cukuplah. Sekadar nak quench thirst, bukan minum sampai kembung. Lagipun aku malas nak bawak beg. Aku cuma lilit beg pinggang aje. Cukup lah tu. 

3.    Yang ketiga, kalau ada glove, bawak glove. Aku tak bawak pun. Tapi lebih baik bawak la. Alasannya sama macam no 1 tadi. Akan ada banyak batu yang akan didaki, akan ada banyak tali untuk ditarik. Untuk genggaman yang lebih baik, pakai la glove. Kasut pun pakai kasut sukan. Kalau dah pro boleh aje pakai croc. Kalau tak pro, beringat sendirilah.

4.    Yang keempat, warm up! Stretching yang simple-simple pun takpe. Aku terlalu pandang rendah Tabur. Jadi buat stretching ala kadar. Setengah jalan, kaki aku dah lenguh-lenguh. Terlupa yang aku ni bukan muda lagi macam dulu dan trek dia bukannya macam Broga. Ini 10x lebih susah. Broga tu kau berlari-lari pun dah boleh sampai.

5.    
Masa yang diambil untuk naik dan turun tak lama. Kami naik pukul 9, pukul 10.45 dah sampai bawah semula. Kalau suka ambik gambar, mungkin lah sampai tengahari pun tak turun-turun.

Masa terbaik naik adalah lepas Subuh. Sempat la nak tengok sunrise. Malangnya hari yang kitorang plan nak naik tu, kitorang lewatkan sikit sebab ada World Cup England lawan Italy. Italy menang 2-0. Rooney banyak buang bola. Hampeh.

Nak cerita lebih, aku pun tak pandai. Tengok ajelah gambar-gambar yang ada ni. Itu pun bukan kamera aku sebabnya handphone aku hang haritu.

Dari highway, korang dapatlah tengok macam kat bawah ni.

Source
Source
Source
Sebelah kiri nampaklah empangan Klang Gate. Masa kemarau panjang dulu air dia tinggal sikit betul. 
tengok belah kanan nampak la bandar KL yang serba menipu.


Keseluruhannya, pengalaman dia boleh la dikatakan menarik. Kalau korang tak minat outdoor, sekali ni jelah korang naik Tabur. Taubat tak naik lagi dah.

Zarin
19 Jun 2014
20 Sya'aban 1435
Petaling Jaya

2 ulasan:

  1. assalam nak tanya sekarang ini boleh naik ke? ada yang kata ditutup uat sementara.. saya nak g nov ini.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..waalaikumussalam..

      setahu saya yang ditutup cuma west. yang east masih buka.

      Padam

Apa kata anda? Jom kongsi!