*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.
Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2009

Charlie

Sudah tiga tahun aku menetap di Pulau Pinang – biarpun bukan penduduk tetap, namun Penang tetap akan berada di dalam ingatan aku. Antara yang paling best untuk dikenang ialah – Charlie.

Menatang apa Charlie ni? Nama orang ke?

Tak lah. Charlie tu nama manja untuk sejenis serangga ‘peliharaan’ kami kat sini. Sebenarnya Charlie tu sejenis kumbang atau pun nama sebenar dia kumbang Rove. Dipanggil juga semut semai. Badan pun besar sikit je daripada semut, tapi kecil sikit dari kerengga. Dia tak menggigit macam semut api atau kerengga, jangan risau….

Apa yang perlu dirisaukan ialah, jangan sentuh dia je. Kalau tersentuh, jaga-jaga. Boleh melecur badan. Tak percaya? Cuba lah sentuh.

Sepanjang duduk kat Penang, aku sudah banyak kali terkena dengan Charlie – selain nyamuk, diorang ni pun peminat setia aku agaknya. Banyak koleksi parut akibat Charlie ni kat badan aku. Terbaru, pagi ni. Bangun dari tidur, belakang badan aku pedih-pedih. Bila mandi, kena air, tak terkira sakitnya. Pesanan aku, jika terasa ada benda merayap di badan, kalau nyamuk, pasti kita akan menepuk sampai mati nyamuk tu. Tapi kalau Charlie ni? JANGAN kalau tak nak jadi macam aku. Aku ingatkan nyamuk, jadi aku menepuk hancur Charlie ni di belakang badan aku. Habislah.....

Satu lagi, kalau Charlie ni merayap atas kulit kita, jejak yang dia tinggalkan pun dah mampu memberi parut pada kita.

Cute tak serangga kami ni?
Cute tak serangga kami ni?

Charlie ni merembeskan cecair berasid dari badan dia bila dia rasa terancam, kalu terkena cecair tu, habislah kulit kita. Gadis-gadis sila ambil perhatian. Kalau terkena di muka, parutnya akan hilang dalam masa yang singkat. Tapi kalau terkena badan, lama jugak nak bagi sampai hilang parut tu. Cukup dia lalu je. 'Tapak kaki' yang dia tinggalkan akan menjadi parut anda. Kau pasti tak mahu keayuan kau dicacatcelakan dengan parut yang tak sepatutnya kan? Bagi jejaka pula, bila lagi nak nampak ganas macam Squall Leonhart?


Squall Leonheart
Jejak perjalanan Charlie akan menjadi garisan parut itu..

Bila terkena, cepat-cepatlah basuh dengan air. Lalukan lama-lama bawah air tu. Tapi budak kampus aku ni guna cara klasik – sapu ubat gigi. Atau pun, pergi je klinik ambik ubat. Free je.

Ini ada sedikit info:


According to BugGuide: “Paederus species contain a toxic chemical (pederin) in their hemolymph which causes contact dermatitis in humans, usually as a result of slapping the beetle and crushing it against exposed skin. The affected area becomes red, swollen, and itchy, causing the skin to peel when scratched. Outbreaks of Paederus dermatitis have occurred in Africa, Asia, and South America.” The adults are attracted to artificial lights.


Pada sape-sape yang baru nak kenal Charlie ni, kenallah mereka sebelum mereka kenal anda. Kalau kau bangun pagi-pagi, rasa pedih-pedih, welcome to the club!

Khamis, 26 Februari 2009

Anda takut darah?

Semalam, hari ini dan esok UiTM Penang menganjurkan expo kesihatan. Aktiviti? banyak! tapi cukup cerita satu. Kali terakhir aku derma darah - 2006. Waktu aku masih muda, 18 tahun. Semestinya darah itu 'darah muda'. Kalau orang tua yang dapat mesti dia jadi muda balik, hehe.

Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?
Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?

Tahun 2007 dan 2008, aku tidak menderma, kenapa? Merajuk. Untuk derma waktu itu, aku kena tunggu 45 minit lebih kurang - beratur untuk derma darah. Situasi yang pihak hospital pasti suka. Pemurah sungguh warga UiTMPP ni. Waktu dulu aku tak sempat. Kelas boleh kata hari-hari 9am-5pm sebab jam kredit aku purata 20-23 tiap-tiap sem. Kalau ada gap, pun tak sempat jugak. Jadi batalkan jelah hasrat murni tu.

Kali ni, aku juga nak menolak. Namun disebabkan orang tak ramai, dan doktor-doktor pun manis-manis belaka (walaupun 30-an jugak), aku rela menderma. Proses untuk yang pernah derma, ringkas je. Tak payah nak check dah jenis darah. Cuma check hemoglobin. Kalau kau beruntung, doktor manis tadi akan pegang jari kau. Hari ini aku bertuah. ;)

Aku diberikan beg - 450ml. Tak sampai satu pain pun. Satu pain = 568ml. Bolehlah. Kang habis pulak darah aku. Aku disuruh baring. Dan lengan aku dijerut, dan ditebuk. Taklah sakit. Cuma darah merah pekat mengalir bagaikan air. Anda pitam? Skip perenggan ini. Aku tahu kau takut darah.

Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu
Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu

Aku diberikan gulungan kain untuk digenggam. Ini untuk memastikan darah aku sentiasa bertekanan tinggi untuk dialirkan keluar dari badan. Tak sampai 5 minit, selesai semuanya.

Extra information

  • Pesakit asma juga boleh menderma - asalkan tidak teruk dan terpaksa ambil ubat setiap hari.
  • Ubat-ubatan tidak digalakkan untuk diambil dalam tempoh seminggu sebelum menderma darah. Kemungkinan darah akan tercemar dengan toksin dari ubat-ubatan berikut - aspirin, steroid, panadol, antibiotik dsb.
  • Tidur mesti cukup sekurang-kurangnya 5 jam malam sebelum menderma. Kalau tak cukup, usah tipu. Doktor boleh tahu melalui tekanan darah kau. Kalau tinggi, itu tanda tak cukup tidur. Sebab kau mungkin sakit kepala nanti. Lebih teruk lagi, pengsan semasa menderma.
  • Berat minimum untuk menderma - 40kg, atau BMI sekurang-kurangnya 21. BMI - body mass index = (berat anda X berat anda) / tinggi dalam cm. Aku 64kg, BMI = 23. Lebih dari cukup. Hehe. Sebahagian besar manusia di Malaysia menghidap 3G. Jadi takkan tak cukup syarat lagi?

Jadi, apa alasan anda untuk tidak menderma darah?