*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Jumaat, 13 Mac 2009

Charlie

Sudah tiga tahun aku menetap di Pulau Pinang – biarpun bukan penduduk tetap, namun Penang tetap akan berada di dalam ingatan aku. Antara yang paling best untuk dikenang ialah – Charlie.

Menatang apa Charlie ni? Nama orang ke?

Tak lah. Charlie tu nama manja untuk sejenis serangga ‘peliharaan’ kami kat sini. Sebenarnya Charlie tu sejenis kumbang atau pun nama sebenar dia kumbang Rove. Dipanggil juga semut semai. Badan pun besar sikit je daripada semut, tapi kecil sikit dari kerengga. Dia tak menggigit macam semut api atau kerengga, jangan risau….

Apa yang perlu dirisaukan ialah, jangan sentuh dia je. Kalau tersentuh, jaga-jaga. Boleh melecur badan. Tak percaya? Cuba lah sentuh.

Sepanjang duduk kat Penang, aku sudah banyak kali terkena dengan Charlie – selain nyamuk, diorang ni pun peminat setia aku agaknya. Banyak koleksi parut akibat Charlie ni kat badan aku. Terbaru, pagi ni. Bangun dari tidur, belakang badan aku pedih-pedih. Bila mandi, kena air, tak terkira sakitnya. Pesanan aku, jika terasa ada benda merayap di badan, kalau nyamuk, pasti kita akan menepuk sampai mati nyamuk tu. Tapi kalau Charlie ni? JANGAN kalau tak nak jadi macam aku. Aku ingatkan nyamuk, jadi aku menepuk hancur Charlie ni di belakang badan aku. Habislah.....

Satu lagi, kalau Charlie ni merayap atas kulit kita, jejak yang dia tinggalkan pun dah mampu memberi parut pada kita.

Cute tak serangga kami ni?
Cute tak serangga kami ni?

Charlie ni merembeskan cecair berasid dari badan dia bila dia rasa terancam, kalu terkena cecair tu, habislah kulit kita. Gadis-gadis sila ambil perhatian. Kalau terkena di muka, parutnya akan hilang dalam masa yang singkat. Tapi kalau terkena badan, lama jugak nak bagi sampai hilang parut tu. Cukup dia lalu je. 'Tapak kaki' yang dia tinggalkan akan menjadi parut anda. Kau pasti tak mahu keayuan kau dicacatcelakan dengan parut yang tak sepatutnya kan? Bagi jejaka pula, bila lagi nak nampak ganas macam Squall Leonhart?


Squall Leonheart
Jejak perjalanan Charlie akan menjadi garisan parut itu..

Bila terkena, cepat-cepatlah basuh dengan air. Lalukan lama-lama bawah air tu. Tapi budak kampus aku ni guna cara klasik – sapu ubat gigi. Atau pun, pergi je klinik ambik ubat. Free je.

Ini ada sedikit info:


According to BugGuide: “Paederus species contain a toxic chemical (pederin) in their hemolymph which causes contact dermatitis in humans, usually as a result of slapping the beetle and crushing it against exposed skin. The affected area becomes red, swollen, and itchy, causing the skin to peel when scratched. Outbreaks of Paederus dermatitis have occurred in Africa, Asia, and South America.” The adults are attracted to artificial lights.


Pada sape-sape yang baru nak kenal Charlie ni, kenallah mereka sebelum mereka kenal anda. Kalau kau bangun pagi-pagi, rasa pedih-pedih, welcome to the club!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!