Semalam, hari ini dan esok UiTM Penang menganjurkan expo kesihatan. Aktiviti? banyak! tapi cukup cerita satu. Kali terakhir aku derma darah - 2006. Waktu aku masih muda, 18 tahun. Semestinya darah itu 'darah muda'. Kalau orang tua yang dapat mesti dia jadi muda balik, hehe.
Tahun 2007 dan 2008, aku tidak menderma, kenapa? Merajuk. Untuk derma waktu itu, aku kena tunggu 45 minit lebih kurang - beratur untuk derma darah. Situasi yang pihak hospital pasti suka. Pemurah sungguh warga UiTMPP ni. Waktu dulu aku tak sempat. Kelas boleh kata hari-hari 9am-5pm sebab jam kredit aku purata 20-23 tiap-tiap sem. Kalau ada gap, pun tak sempat jugak. Jadi batalkan jelah hasrat murni tu.
Kali ni, aku juga nak menolak. Namun disebabkan orang tak ramai, dan doktor-doktor pun manis-manis belaka (walaupun 30-an jugak), aku rela menderma. Proses untuk yang pernah derma, ringkas je. Tak payah nak check dah jenis darah. Cuma check hemoglobin. Kalau kau beruntung, doktor manis tadi akan pegang jari kau. Hari ini aku bertuah. ;)
Aku diberikan beg - 450ml. Tak sampai satu pain pun. Satu pain = 568ml. Bolehlah. Kang habis pulak darah aku. Aku disuruh baring. Dan lengan aku dijerut, dan ditebuk. Taklah sakit. Cuma darah merah pekat mengalir bagaikan air. Anda pitam? Skip perenggan ini. Aku tahu kau takut darah.
Aku diberikan gulungan kain untuk digenggam. Ini untuk memastikan darah aku sentiasa bertekanan tinggi untuk dialirkan keluar dari badan. Tak sampai 5 minit, selesai semuanya.
Extra information
- Pesakit asma juga boleh menderma - asalkan tidak teruk dan terpaksa ambil ubat setiap hari.
- Ubat-ubatan tidak digalakkan untuk diambil dalam tempoh seminggu sebelum menderma darah. Kemungkinan darah akan tercemar dengan toksin dari ubat-ubatan berikut - aspirin, steroid, panadol, antibiotik dsb.
- Tidur mesti cukup sekurang-kurangnya 5 jam malam sebelum menderma. Kalau tak cukup, usah tipu. Doktor boleh tahu melalui tekanan darah kau. Kalau tinggi, itu tanda tak cukup tidur. Sebab kau mungkin sakit kepala nanti. Lebih teruk lagi, pengsan semasa menderma.
- Berat minimum untuk menderma - 40kg, atau BMI sekurang-kurangnya 21. BMI - body mass index = (berat anda X berat anda) / tinggi dalam cm. Aku 64kg, BMI = 23. Lebih dari cukup. Hehe. Sebahagian besar manusia di Malaysia menghidap 3G. Jadi takkan tak cukup syarat lagi?
Jadi, apa alasan anda untuk tidak menderma darah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!