*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Isnin, 13 Januari 2014

Simpan tunai di Tabung Haji

Kursus haji untuk tahun ni tak lama lagi dah nak mula. Pada siapa yang dah dapat panggilan tu, tahniah. Yang mana yang dapat masuk waiting list pun, rasanya akan start kursus sekali. 
Moga kita semua dijemput ke sini

Musim haji tahun ni dijangka mula bulan September sampai Oktober.
Siapa dah daftar tabung haji?

Tabung haji ni adalah antara alternatif terbaik untuk simpanan tunai. Walaupun dividennya lebih kurang 5% setahun (kurang dari ASB), tapi simpanan anda dah dizakatkan. Jadi anggarannya kita boleh kata pulangannya lebih kurang 7.5% setahun sebelum ditolak 2.5% zakat. Walaupun saya tak suka simpan tunai banyak-banyak, tapi sebenarnya ada kebaikan jugak kalau simpan kat Tabung Haji.

Saya dah start daftar pergi haji dari tahun lepas lagi. Yang ‘bestnya’ bila dapat je anggaran tahun panggilan, pergh, tahun 2044! Masa tu umur pun dah berapa. Kuat lagi ke lutut nak berjalan, sihat lagi ke saya? Atau yang lagi penting, hidup lagi ke saya masa tu?

Tapi tu semua anggaran aje. Biasanya tak la selama tu, bergantung pada keadaan. Nilah hakikat yang kita semua kena terima sebab kerajaan Saudi cuma luluskan 1% aje jemaah haji dari setiap jumlah penduduk negara tersebut. Kalau duduk di negara yang tak ramai orang Islam, mungkinlah cepat sikit kot?

Walau macam mana pun saya rasa ralat jugak, sebab apa? Sebabnya saya dah ada akaun haji  ni dari kecik lagi. Tapi masa tu tak de pulak rasa nak mendaftar sebab fikir kecik lagi, besar nanti la baru daftar. Kelayakan untuk daftar haji ialah, ada akaun tabung haji dan baki dalam tu kena RM 1,300, baru boleh daftar haji. Kalau kita dah daftar tapi keluarkan duit tu, serta merta pendaftaran awal tu terbatal dan kena daftar semula. Rasanya mungkin nilah antara sebab panggilan boleh jadi diawalkan.

Kecik-kecik dulu saya ada tabung yang bentuk sebijik macam ni

Apa pun, kalau duit dah cukup RM 10,000 lebih kurang (kos untuk pergi haji) dan telah berdaftar 5 tahun, maka kita bolehlah merayu untuk dipercepatkan panggilan. Ada rezeki, boleh dipanggil jugak. Jadi inilah kebaikan #2 kalau menyimpan dalam tabung haji ni. Cukup je duit, terus rayu kalau rasa nak pergi haji awal.

Itulah yang saya akan buat, insyaAllah.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Saya nak tanya, kalau baki di akaun Tabung Haji ada RM 1300, bolehkah kita keluarkan melalui ATM Bank Islam, atau harus berurusan di kaunter Tabung Haji?

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!