*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Rabu, 19 Februari 2014

Fakta ringkas tentang Korea

Fakta ringkas tentang Korea (dari kacamata saya)

Pengalaman itu mahal. Melihat negara dan budaya orang itu mahal. Kos kapal terbangnya pun mahal.

1.    Rakyat yang peramah.

Pergilah ke pasar, ke kedai, tanya arah jalan atau apa saja. Perhatikan cara mereka bercakap. Cara bercakap yang sangat bersungguh-sungguh, pasti akan membuat anda terpinga-pinga seketika.

2.    Orang gemuk adalah spesies terancam.

Sehingga 2009, hanya 3.5% sahaja rakyat Korea berusia 15 tahun ke atas yang gemuk. Susah nak jumpa orang yang gemuk berjalan di khalayak umum kerana memang sikit jumlahnya.

3.    Mabuk adalah perkara biasa.

Kebergantungan Korea kepada alkohol ialah di tangga ke 12 daripada 188  negara. Jadi……………that explains it.

4.    Kepadatan penduduk Korea adalah antara tertinggi di dunia iaitu 505 orang bagi setiap kilometer persegi. Malaysia pula cuma 91 orang per kilometer.

5.    Nak kerja di sini, bercukurlah.

Janggut dan misai adalah sesuatu yang bukan kebiasaan di sini. Sekiranya ada janggut dan teringin bekerja di sini, lupakan sajalah hasrat tu.

6.    Nak teman wanita Korea? Sila jadi kaya. Peluang anda lebih cerah. Rujuk fakta #11.

7.    Nak teman lelaki Korea? Sila jadi cantik. Rujuk fakta #16.

8.    Babi adalah sumber protein utama sekitar 70-80%.

9.    Kopi adalah kegemaran rakyatnya.

10.  Atas faktor sejarah, majoriti rakyatnya tak suka Jepun kerana Jepun pernah menjajah Korea.

Barang Jepun tidak diterima dengan baik di sini. Juga sama di Jepun, barang Korea tak diterima dengan baik di sana.

11.  Kehidupan sebenar di Korea sangat menekan akibat kos hidup yang tinggi.

Budak sekolah rendah pun ada jadual waktu dari 8 pagi hingga 10 malam.  Pekerja kolar putih di Korea juga bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Jangan percaya drama-drama indah yang anda lihat di TV.

12.  Orang Islam di sini cuma 0.2% sahaja. Majoriti adalah yang tak beragama 43% diikuti Kristian 32%.

13.  Seperti Proton di Malaysia, KIA dan Hyundai di Korea juga menjual kereta yang tak cukup aksesori untuk pasaran tempatan.

Siapa kata Proton je buat camtu?

14.  Sistem pengangkutan awamnya sangat sofistikated dan efisien.

Jarang sekali kelewatan berlaku. Walaupun kereta di sini murah, tapi tak semua orang punya kereta.

15.  Korea tiada sumber galian untuk ekonomi. Cuma ada arang batu, graphite, plumbum dan sumbernya terhad.

Tapi ekonomi mereka adalah yang ke 15 di dunia berdasarkan KDNK dan kuasa beli. Sebagai perbandingan, Malaysia di tangga 34. Bagaimana mereka boleh ke depan?

16.  Pembedahan plastik memang dah jadi budaya. Dan tak ada yang pelik. Sila hati-hati sekiranya anda jatuh cinta.


17.  Bahasa Inggeris hanya mula diajar di peringkat menengah rendah bagi sekolah kerajaan dan seawal sekolah rendah bagi sekolah swasta. 

18. Untuk hidup seorang di sini sekurang-kurangnya pendapatan harus bersamaan 1 juta won atau 1 ribu USD.

19. Harga minyaknya bermula dari RM 6 hingga RM 7 seliter. Jika di Malaysia kita guna RON 95 dan 97, di sini mereka guna RON 91 dan 94.

20. Gadis Korea putih gebu belaka.

Zarin
Seodameun-gu
19 Februari 2014
18 Rabi'ul Akhir 1435

4 ulasan:

  1. Hi. Salam. Sya betul2 ingin memulakan hidup dengan bekerja di Negara Korea ini. Boleh tak ceritakan serba sedikit apa yang perlu dari Malaysia untuk ke sana? Email saya di sphinx_water@yahoo.com.my

    Tolong saya. Saya azam nak pergi pada tahun ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Bagusnya ada tips yang general tentang Korea. Memang pernah duduk di Korea ye sebelum ni?

    BalasPadam
  3. The Casino Directory | JtmHub
    The Casino 출장안마 Directory is 바카라 사이트 a complete directory 나비효과 for casino and sportsbook operators in sol.edu.kg Ireland and Portugal. Jtm's comprehensive poormansguidetocasinogambling directory provides you with more than 150

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!