Sambungan dari entri yang lalu.
Jika kita telah berjaya simpan 3 bulan pendapatan kasar, jadi kita dah berjaya dilatih menyimpan dan telah lulus ujian pertama. Sekiranya terjadi apa-apa pada kita, 3 bulan kita boleh hidup dengan simpanan tu. Pendek kata, untuk bayar kereta, untuk makan, semuanya cukup untuk 3 bulan.
Jika kita telah berjaya simpan 3 bulan pendapatan kasar, jadi kita dah berjaya dilatih menyimpan dan telah lulus ujian pertama. Sekiranya terjadi apa-apa pada kita, 3 bulan kita boleh hidup dengan simpanan tu. Pendek kata, untuk bayar kereta, untuk makan, semuanya cukup untuk 3 bulan.
Dengan syarat, kita kena kawal duit keluar jangan lebih dari
duit masuk setiap bulan.
Kemudian lebihkan pulak simpanan jadi 6 bulan.
Orang yang simpan banyak tunai ni, akan jadi lebih yakin.
Sebab kalau jadi apa-apa pun, dia dah bersedia dengan tunai. Tunai adalah
pelampung yang boleh menyelamatkan dia kalau kena campak dalam laut walau tak
pandai berenang sekalipun.
Jadi, simpanan nak banyakkan tunai ke asset?
Sebelum tu kita senaraikan dulu apa pro dan kontra simpan
tunai.
Antara kebaikan simpan tunai:
#1. Senang nak simpan.
Bank ada di mana-mana. Senang nak simpan
dan jugak senang nak keluar. Masih ada lagi ke yang simpan di bawah bantal?
#2. Kecairan tinggi
#2. Kecairan tinggi
Dah namanya tunai jadi kecairan memang sangat tinggi. Kalau jadi apa-apa kecemasan, kita tak perlu jual saham, tak perlu pajak emas, tak perlu jual rumah, tunai dah di depan mata. Pergi bank, keluarkan saja dan guna.
#3. Ada dividen
Tunai yang disimpan dalam akaun tabung haji,
atau simpanan tetap, akan membolehkan kita dapat dividen. Jumlahnya tak banyak,
2-3% saja setahun. Tapi lebih baik dari disimpan di rumah. Paling baik, guna
untuk bisnes. 200-300% pulangan dari modal tu adalah biasa.
Antara keburukan simpan tunai
#1. Kalau simpan lama, nilainya dimakan inflasi.
#2. Cukup setahun duit tak bergerak, zakat simpanan kena
keluarkan.
#3. Kalau ada kejatuhan mata wang macam zaman jepun,
menangis tak berlagulah kita.
Jadi macam mana?
Pada saya, simpanan tunai lebih sesuai untuk jangka pendek.
Tiga (3) bulan simpanan gaji biarlah dalam bentuk tunai. Senang nak guna bila ada kecemasan.
Untuk tiga (3) bulan lagi dan selebihnya, saya cadangkan simpan dalam bentuk lain, yang susah sikit kita nak keluarkan, tapi boleh lindung nilai tunai yang kita simpan iaitu aset.
Maksud saya pelindung nilai tu adalah pelindung dari nilai inflasi. Setiap tahun inflasi dilaporkan Bank Negara dianggarkan sekitar 3%-5%.
Kadang-kadang rasa tak percaya, sebab pada hakikatnya harga barang naik melambung-lambung lebih dari itu, mungkin sekitar 8%-9%, malah kadar tol pun ada yang naik 30%!
Jadi kenalah simpan kat tempat yang boleh lawan inflasi tu. Kalau inflasi naik 4% setahun, letaklah wang kita di tempat yang boleh bagi pulangan lebih dari tu.
Ini pengetahuan umum.
Contohnya yang paling biasa orang buat, simpan kat tabung haji (5%) atau amanah saham (7%-15%). Walaupun masih dalam kategori ‘tunai’, tapi setiap tahun kita dapat dividen.
Sekurang-kurangnya terlindung juga dari inflasi. Takdelah rugi sangat. Dapat dua dalam satu. Sebagai simpanan tunai dan jugak untuk dapat dividen seandainya duit tu tak dikeluarkan dalam setahun.
Banyak mana nak simpan?
Yang ni bergantung pada keperluan diri sendiri. Sebabnya, setiap orang tak sama keperluan dan kehendak dia. Antara sebab kenapa lebih elok kalau simpan tunai jangka pendek:
1 #1. Nak kahwin – Tak perlu buat personal loan.
Membazir.
2 #2. Nak buat downpayment rumah
3 #3. Nak berhenti kerja, untuk hidup sementara beberapa
bulan cari sumber pendapatan baru
Jadi aset pulak macam mana? Apa jenis aset yang elok untuk buat melabur?
Nantikan entri seterusnya.
Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
11 Februari 2014
10 Rabi'ul Akhir 1435H
Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
11 Februari 2014
10 Rabi'ul Akhir 1435H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!