*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Isnin, 3 Februari 2014

Soalan selepas soalan?

Hidup ni tak boleh nak lari dari soalan.
Tak kira dari diri sendiri, atau pun dari orang lain.

Kalau ikut pengalaman saya sebagai seorang manusia, soalan yang famous sejak 2-3 tahun ni ialah seperti di bawah. Kalian pun mesti lebih kurang juga kan.

Masa tengah belajar, selalunya orang akan tanya:

“Bila nak habis belajar?”

Dah habis belajar, dalam tempoh menganggur tu:

“Bila nak kerja?”

Selepas dapat kerja, tak sampai berapa lama:

“Bila nak kahwin?”

Setelah bertemu jodoh, lepas cukup setahun:

“Bila nak bertiga?”

Dah bertiga:

“Bila nak berempat?”

Soalan ni semuanya tak habis-habis. Selepas satu, satu yang datang. Kadang-kadang memang merimaskan, terutama bagi kaum wanita, lebih-lebih lagi kalau usia dah nak masuk 3 series.

Nasib baik saya lelaki. Tu pun tak dapat lari juga. 

Tapi kalau dilihat dari sudut positif, sebenarnya bagus kalau ada banyak soalan. Sebab kita 
akan cuba cari jawapan. Dan soalan-soalan ni sebenarnya adalah target atau gol dalam hidup ni. 

Kalau rasa sesat, hilang arah tujuan hidup, tanyalah diri sendiri. Apa yang kita mahu?

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang patut semua orang ada. 

Dalam kerjaya:

1. Nak kerja apa?

2. Apa target jawatan dalam 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun?

3. Berapa lama nak kerja? Bersara awal, atau kerja sampai pencen?

Dalam kewangan/pengurusan harta:

1. Berapa pendapatan sebulan nak dapat?

2. Berapa jumlah wang keluar?

3. Berapa jumlah simpanan? Dalam tempoh berapa tahun?

4. Umur berapa nak beli rumah?

Untuk diri sendiri:

1. Umur berapa nak kahwin, dengan siapa?

2. Berapa orang anak?

3. Umur berapa nak pergi haji?

4. Berapa kali nak ke masjid dalam seminggu?

Soalnya, semua kat atas ni berkait rapat dengan disiplin. Dan rasanya ibu kepada semua soalan di atas ialah:

Apa yang harus dibuat untuk capai target-target ni?

Soalan-soalan ni memang penting, tapi yang lebih penting adalah jawapan. Jawapan yang kita bagi tu lah target sebenar. Soalan-soalan ni cuma pendorong aje.

Dan kalau kita perasan, banyak soalan yang saya contohkan tu berkait rapat dengan UMUR,
iaitu MASA. Sebabnya, makin lama kita berlengah, makin lama masa yang kita rugi, dan makin jauh lah target tu dengan kita. 

Jadi rancanglah dari sekarang, sementara masih muda. Sementara masih ada tenaga.

Sebab hidup ini sangat singkat, dan masa yang ada pun tak lama, dan tak akan menunggu kita.

Pejam celik pejam celik, tahu-tahu esoknya kita dah nak mati.

Soalan terakhir, dah sedia ke kita untuk mati?



Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
3 Februari 2014
2 Rabi'ul Akhir 1435H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!