*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Selasa, 7 Januari 2014

Ini semua bukan saya punya

Harta, dalam kehidupan seharian, dari zaman dulu sampailah ke masyarakat moden hari ini, adalah satu ukuran kejayaan bagi kebanyakan orang.

Betul atau tak, terpulang pada pendapat masing-masing.

Saya bukan kaya sangat, dan jugak bukan miskin sangat. Saya sederhana. Tipulah kalau saya kata saya tak cemburu, lihat kawan-kawan yang pada umur 25 tahun macam saya ni dah berjaya macam-macam. Saya tumpang gembira, dan tanam azam saya pun nak berjaya macam mereka.


Ada yang berjaya dalam bisnes, ada yang berjaya dalam kerjaya makan gaji, ada yang berjaya kahwin awal dan dah ada anak 1-2 orang (ini pun rezeki dan harta tak ternilai!).

Tapi bila fikir balik, harta yang kita cari, tak akan kita rasa puas walaupun satu dunia diberikan kepada kita. Sentiasa rasa nak lagi, lagi dan lagi.

Saya sendiri, sedang dalam proses untuk berkata cukup dengan apa yang ada, dan yang paling penting BERSYUKUR. Benda ni Allah dah janji dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah keras.” (Ibrahim [14]: 7)

Cara untuk 'rasa' bersyukur

Kita selalu je rasa tak cukup, lebih-lebih lagi dengan kehidupan sekarang yang terlalu mendesak. Kadang-kadang, kat mulut je kata bersyukur, tapi kat hati? Kita je yang tahu perasaan sebenar, kan?

Tapi tak apa. Itulah permulaan untuk pupuk rasa bersyukur. "Aku bersyukur atas semua ini." Cakap hari-hari. Dari lidah, lama-lama turun ke hati sebab kita cakap (dan doa) dengan diri sendiri, yang tak langsung kita dah latih diri kita untuk bersyukur.

Cara kedua, lihatlah orang yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Serta merta kita rasa cukup. 

Kalau kita naik kereta kecik sekalipun, kita akan jumpa orang yang naik motor, bawak anak dua orang atas motor tu. Malah ada yang sampai 3 (naik motor berlima) kerana mereka tak mampu! Tapi kita? Kita naik kereta!

Kalau kita cuma naik motor, tengok makcik-pakcik dah tua naik basikal tengah panas, serta merta hati kita akan tersentuh. Berapa banyak lagi yang kita mahu, sedangkan orang lain tak punya apa-apa?

Sebenarnya, nikmat hidup ni bukan sekadar harta

Tapi jugak kelapangan hidup walaupun hakikatnya kita sempit, ketenangan fikiran, anak-anak yang baik dan selalu doakan kita (passive income sewaktu dah mati).

Dan, semua nikmat yang kita rasa tu, bukan kita punya! Itu semua cuma pinjaman dari Allah, malah sebagai ujian, tengok kat mana, buat apa, macamana kita dapat semua tu. Siapa yang lulus ujian, beruntunglah dunia akhirat. Siapa yang gagal ujian, dapatlah cuma dunia, tapi akhirat tak dapat. Yang lebih celaka kalau gagal ujian, tapi dunia tak dapat, akhirat pun melepas.

Dan kita, mesti bersyukur dengan semua yang Allah beri. Masih ada ibu bapa untuk saya jumpa dan sayang, masih ada adik beradik, masih ada kerja, ada sedikit harta, dan untuk semua ini, syukur alhamdulillah..


Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
7 Januari 2014
5 Rabi'ul Awal 1435H

5 ulasan:

  1. ..hehe. besday December. Kira 25 lagi lah. Hujung tahun ni baru 26.

    BalasPadam
  2. Takde makna nya.kalau isi form u will need to write 26 i/o 25. Face the reality.:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Kat Malaysia camtu.

      Kat west, umur kita ikut birthday. Selagi belum birthday, 25 y.o la walaupun tahun ni patut 26.

      Kat Korea, lain. umur 26 kena tambah 1 / 2 tahun lagi. Jadi kat Korea jadi 28.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!