*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Khamis, 12 Februari 2009

Nak anak cemerlang?

Isu ini sudah lama ingin aku sentuh. Akhirnya setelah lama mengikuti blog bapa salah seorang kawanku, aku putuskan untuk menulis tentang ini.

Begini, sahabatku yang sorang ni memang seorang yang bagus. Di peringkat sekolah berbagai-bagai jawatan sudah disandangnya, cuma ahli politik sahaja belum lagi. Namun dia pernah bercita-cita begitu semasa kami sama-sama di Tingkatan 1.

Waktu itu, permainan jentik-jentik pen atas meja popular di kelasku. Pen setiap orang akan dijentik bergilir gilir di atas meja. Pen lawan yang dijentik jatuh dari meja, kalah. Dan itu menjadi permainan kegemaranku bersama geng-geng yang lain. Kalau takde pen, duit syiling 50 sen pun jadi. Manisnya kenangan dulu.

Peperiksaan pertengahan tahun, aku berkongsi kedudukan dengannya, no 4 dalam kelas. Dia yang pada masa tu seorang yang rajin, datang pada aku, lalu berkata,

"kau ni main jentik-jentik pen pun, dapat no sama dengan aku jugak".
Pada waktu tu biasa lah aku budak-budak, mana fikir sangat tentang study. Apa yang aku tahu, pergi sekolah, pastu balik. Study tak study, belakang kira. Akhir tahunnya, aku diumumkan pelajar terbaik form 1 waktu itu, daripada 512 yang lain.

Aku terlalu gembira sehinggalah aku berduka di Tingkatan 2. Zaman aku berlalu, aku jatuh teruk. Dan dia jadi ketua pengawas sesi petang. Sebabnya dia lebih bagus.

Dipendekkan cerita, ketika Tingkatan 3 sebelum PMR, kami sama-sama ke Medan MARA untuk ambil (beli sebenarnya = RM 20) borang kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Syarat utama, keputusan mesti cemerlang, Sains dan Matematik mesti A. Akhirnya kami senasib. Sama-sama dapat 7A dan 1B. Cuma dia B dalam Sains, manakala aku Bahasa Melayu (Aku sering dimainkan oleh adik-adikku sebab ni).

Kiranya dia ni adalah salah seorang pelajar cemerlang waktu tu. Aku tolak tawaran MRSM tu. Kesilapan terbesar hidup aku.

Tahun berikutnya, iaitu 2004 semasa kami form 4, dia diuar-diuarkan untuk memegang jawatan ketua murid pulak. Disebabkan taknak pegang jawatan tu, macam-macam kesalahan disiplin dia buat. Dari tak buat homework sampai la pernah ponteng sekolah walaupun sehari dua. Namun ketokohan terserlah, jadi jugak la penolong ketua pengawas. Tahniah aku ucapkan. SPM, dia dapat 5A dan aku 6A. Haluan kami berbeza, aku teruskan dalam bidang sains (Kejuruteraan Elektrik) manakala dia melompat ke bidang lain (ekonomi).

Aku lihat, keluarganya cukup bahagia. Ayah dia masih romantik lagi (puji sikit ni), dan cukup sporting (bertempat la jugak) di samping ada skil-skil yang disenangi orang. Kerja pun kukuh. Adik-adik dia boleh kata semua straight A's dalam exam baik UPSR atau pun SPM. Crite panjang-panjang, kesimpulan dia pendek je.

Keluarga bahagia faktor utama kejayaan anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!