Sewaktu draf entri ini ditulis, aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus dengan menaiki bas shuttle UiTM yang disediakan untuk pelajar yang menetap di luar kawasan kampus. Rumah aku terletak lebih kurang 2km dari kampus. Bas yang aku naik ni selalunya akan tunggu penuh, baru jalan. Penantian itu mengambil masa kebiasaannya dalam 15 minit (paling kurang).
Bas ni jugak akan lalu Bandar Perda dulu sebelum sampai ke kawasan rumah aku. Oleh sebab itu, jarak 2km pun ambil masa 20 minit. Lama? Inilah student's life. Kadang-kadang malas tunggu bas, aku jalan kaki je. Itu pun makan masa 20 minit + berpeluh la sikit.
Hari ini, rata-rata pelajar ada kenderaan yang mampu ditunggang ke mana-mana. Motor? Itu normal. Lebih baik daripada tu, kebanyakannya ada kereta yang selalunya diberi oleh ibu bapa masing-masing untuk berulang alik dari kampus ke rumah atau kolej dan ke tempat-tempat lain (kemana agaknya....?).
Masa pun dapat dijimatkan, tak payah menunggu berpuluh-puluh minit untuk satu bas yang akan bawak kita tak sampai 5 minit pun ke tempat tujuan. Dan (paling penting), mereka yang ada kereta ini secara automatiknya akan mempunyai ramai kawan.
Pernah aku suarakan tentang ini kepada kedua ibu bapaku. Bapaku yang juga alumni UiTM (ITM pada zaman tersebut) dengan spontan cerita pada aku betapa susahnya beliau waktu itu. Bertukar-tukar bas, ulang alik, kalau cuaca sejuk takpe lagi, tapi kalau panas, tahan la. Sebijik macam apa yang aku lalui sekarang.
Tapi cabaran di setiap zaman tetap berbeza. Ibuku yang dulu menuntut di Universiti Malaya (UM) pula hanya mampu diberikan RM 20 - RM 30 setiap bulan oleh datukku dulu. Aku faham perasaan itu. Hidup ni bukan mudah. Dan itulah apa yang mereka cuba nak terapkan dalam hati anak-anak ni (adik-beradik aku la tu).
Setelah 3 tahun jauh dari family aku, macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Ini termasuklah yang bergaya di usia muda seperti di atas. Mungkin kalau setakat kereta lama, kira okaylah kan..Ni kereta yang masyuk, RM 40 ribu keatas, mengalahkan pensyarah (pensyarah yang kata ni tau).
Katalah ibu bapaku tukar fikiran tiba-tiba, nak bagi aku kereta waktu peringkat diploma ni, aku akan menolak. lagipun, bila fikir balik, apa yang aku nak ceritakan pada anak-anakku nanti tentang betapa susahnya aku dulu, kan?kan?kan? Nanti takde modal pulak. Moga mereka nanti akan jadi orang yang bersyukur.
Jadi aku putuskan, biarlah dulu..
Last sekali, ayat pedih dari lecturer aku iaitu 'Madam A':
"student tu, buatlah cara student.."
* Gambar kredit to Ifwat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!