Penatnya dalam seminggu ni. Walaupun cuti semester tapi susah juga nak cari masa sendiri. Kerja banyak tapi sikit je sempat buat. Selebihnya, main-main, tidur, baca komik dan banyak lagilah! (ada pulak masa?)
Selain tu aku jadi cikgu free untuk adik aku yang akan mengambil PMR hujung tahun ni.
Sedar tak sedar, separuh masa kedua semester aku bakal bermula! Esok aku akan kembali ke Penang dengan bas. Kesibukan akan kembali menjengah diri aku. Antaranya:
- Final Year Project yang dah lama aku tinggal. Tak tahu macam mana nak mula balik.
- Projek bisnes
belutikan pelik kami yang aku sendiri tak tahu kat mana nak rujuk praktikal penternakan dia. - Kelas tuisyen yang aku mengajar anak-anak kenalan aku UPSR dan PMR (ini untuk pendapatan sampingan).
- Presentation
- Test-test yang berkenaan.
- Nota-nota yang aku dikehendaki copy kan untuk budak-budak.
- Lab report - penat-penat perah otak, orang copy aje.
Penat rupanya jadi student ni, tapi kalau kerja lagi penat, kan?
Semester ni adalah semester terakhir untuk aku buktikan kemampuan sebenar aku selepas 5 semester yang lalu, aku lebih banyak bermain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!