30 Julai 2010 ni aku akan ke hospital lagi.
Asyik-asyik hospital. Bosan dah doktor tu tengok muka hensem aku ni.
Tadi aku goreng telur untuk makan malam. Bab bubuh garam aku masih fail lagi. Jadi telur dadar tadi sedikit tawar pada bapaku tapi tidak pada aku. Aku suka tawar-tawar sikit. Pada dia tawar sangat, pada aku sedang elok saja.
Lalu aku terfikir sesuatu.
Kata seorang yang rapat denganku, mungkin aku yang sakit ini akan hidup lebih lama daripada orang lain yang sihat.
Aku kata soal usia bukan hal kita untuk tentukannya. Tapi kata-katanya logik juga.
Aku fikir, mungkin dengan sakit ni, aku lebih sedar dan conscious dengan kesihatan sendiri. Pemakanan aku jaga. Masin-masin sangat aku elak, minuman manis aku tak suka.
Lagipun, setiap 6 bulan kesihatan aku akan diperiksa semula secara berkala. Bukankah itu lebih baik dari mereka yang sihat tapi tak pernah buat medical checkup?
Dan setiap pagi selepas bangun aku akan buat push up 20 kali untuk kekalkan stamina
Ke kelas aku berjalan kaki. 3 ke 4 km pergi dan balik. Kelas di tingkat 13 aku naik tangga kerana lif selalu lambat. Turun juga guna tangga.
Minum, menu pilihan ialah air suam. Lagipun hanya dengan air suam saja yang kita boleh nampak sama ada kedai makan itu menggunakan air bersih atau tidak. Lagipun tempat aku selalu makan tu air suam dia bagi free.
Tapi itu semua ikhtiar sahaja, namun lebih baik menjaga kesihatan daripada tidak.
p/s: Health is wealth – money is not.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!