Empayar kerajaan Islam yang kita semua pernah belajar di sekolah dulu ada 3, iaitu Umayyah, Abbasiyah dan Turki Uthamniyyah. baru-baru ni ada terbaca tentang Turki Uthamniyyah, jadi kali ni kita tengok pasal ni.
Turki Uthmaniyyah (Ottoman Empire) ialah kerajaan yang paling lama antara 3 tersebut dengan tempoh pemerintahan 1299–1923 iaitu lebih kurang 624 tahun.
Tamatnya empayar ini ialah pada tahun 1923. Masih baru jika kita bandingkan dengan sejarah yang telah tertulis selama hampir 624 tahun itu. Sultan terakhirnya, Sultan Abdul Hamid mengalami episod sedih setelah dibuang dari pemerintahan semata-mata kerana pemimpin Turki liberal yang lain mahukan pemodenan. Secara ringkas boleh baac di Saifulislam.com.
Kejayaan terbesar yang dicatatkan oleh Empayar ini semestinya merupakan penaklukan kota Konstantinopal (Istanbul) pada 29 Mei 1423.
Kota yang dikuasai oleh orang Byzantine itu ditakluk oleh tokoh yang bernama SultanMuhammad Al-Fateh. Orang Turki menggelarnya Mehmed II. Baginda lahir di Edirne pada 1432 dan meninggal dunia pada 1481 sewaktu berusia 49 tahun.
Pada ketika baginda berusia 12 tahun, ayahandanya Sultan Murad II yang ke Anatolia menyerahkan takhta kepadanya. Pada waktu itu tanah airnya diserang lalu Sultan Muhammad Al Fateh meminta bapanya pulang untuk memegang kembali tampuk kuasa namun Sultan Murad II menolak.
Lalu Sultan Muhammad Al-Fateh menulis surat kepada ayahandanya yang berbunyi:
Kalau ayahanda adalah Sultan, kembalilah dan ketuai tentera ayahanda. Jika beta adalah Sultan, dengan ini beta arahkan ayahanda untuk mengetuai tentera beta.
Itulah yang dilakukannya sewaktu berusia 12 tahun. Waktu berumur 12 tahun, aku adalah kanak-kanak yang masih suka bermain dan menonton pokemon...
Sultan Muhammad Al-Fateh lah orang yang bertanggungjawab menawan Konstantinopal.
Sewaktu penaklukan itu baginda cuma berusia 21 tahun 2 bulan. Kalau dilihat dunia sekarang umur seusia itu kita masih lagi seorang remaja yang hidupnya pada dunia semata-mata.
Sewaktu penaklukan berbagai-bagai cara telah difikirkannya tetapi yang paling hebat antaranya ialah:
1. Mengarahkan pemuda bernama Urban (ada yang menyebut Orban – tak kisahlah janji bunyi dekat-dekat) membina meriam (waktu itu meriam masih belum wujud) untuk menembak peluru seberat lebih 300kg sejauh sebatu.
2. Mengarahkan supaya dibina sebuah menara bergerak yang lebih tinggi dari tembok kota Konstantinopal untuk memudahkan tenteranya masuk ke dalamnya.
3. Membina tembok Rumelli Hisarri bagi memantau pergerakan kapal serta menjadi pelindung kota. Baginda sendiri membuka serban dan menyingsing lengan untuk sama-sama membina tembok ini sehinggakan para menteri dan ulama terpaksa membantu sekali.
4. Ada satu rantai yang dibina maharaja Konstantin merentangi perairan di antara konstantinopal dengan turki bagi menghalang kapal perang Turki yang masuk ke perairannya. Lalu baginda memerintahkan supaya kapal perangnya sebanyak 70 buah melalui jalan darat untuk dipindahkan ke perairan sebelah sana.
Bagaimana agaknya kita fikir nak tarik kapal perang yang sebesar itu melalui jalan darat? Muhammad Al-Fateh ada jawapannya.
5. Sebaik saja berjaya menawan Konstantinopal, baginda menukar gereja Hagia Sophia menjadi masjid yang bernama Aya Sophia. Inilah masjidnya yang sekarang sudah ditukar menjadi muzium oleh seorang mangkuk yang bernama Mustafa Kamal Attaturk.
Semua pencapaian ini berlaku ketika baginda berusia 21 tahun.
p/s: Pada usia 21 tahun ini, apakah yang telah aku lakukan dan sumbangkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!