*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Selasa, 21 Januari 2014

Nak hidup di Korea

Masuk bulan ini, sudah bulan ke 5 saya ditugaskan bekerja ke Korea.

Dan hari ni saya nak kongsi pengalaman saya kat sini sebelum balik Malaysia lagi 2-3 bulan. Rindunya nak makan nasi lemak, roti canai, teh tarik dan yang paling penting, DAGING! 

Mana tahan hari-hari sayur dengan kimchi!

p/s: kimchi pun sayur juga




#1 Agama

Umum mengetahui, Korea bukannya negara orang Islam. Mereka yang ada kat sini terpecah kepada beberapa agama dan fahaman. Antara yang popular dan telah dipraktikkan sejak zaman dulu ialah Confucianisme. 

Namun sekarang ni dah ramai yang jadi Kristian, sama ada Katolik atau pun Protestan. Selain tu, hampir setengah penduduk Korea ni masih tak beragama. Yelah, Confucianisme atau Buddhisme tu cuma fahaman, bukannya agama.

Jadi oleh kerana mereka tak punya identiti agama sendiri, maka mudahlah mereka menyesuaikan diri untuk menerima ajaran agama lain, atau pun kita boleh kata budaya agama-agama lain. Dan sebenarnya, mereka ada krisis identiti untuk mencari diri sebenar, oleh sebab itu, mereka terikut-ikut. 

Orang sambut Halloween, dia pun sambut.
Sambut Krismas, dia pun sambut.

Hari Raya? Belum ada sebab Islam di sini tak sampai 1%, dan dari 1% tu pulak, 95% adalah golongan pendatang - Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia dan jugak Malaysia.


Saya bersyukur dilahirkan Islam. Alhamdulillah.

Di sini, saya adalah satu-satunya Muslim. Untuk bersolat, tak ada tempat disediakan, tapi boleh guna bilik mesyuarat sebagai ruang solat jika tak digunakan. Hampar sapu tangan, solat ajelah macam biasa.

Untuk wudhu, kena bawa air sendiri sebab tandas di Korea tak ada paip air waima untuk istinjak sekalipun. Jaga-jaga jangan sampai basah lantainya.

#2 Budaya Kerja

Yang saya salute tentang orang Korea, mereka adalah bangsa yang rajin - seperti jirannya Jepun. Dari segi kerja, memang produktif habis. Masuk kerja 8 pagi, balik kerja 11 malam. Esoknya ulang rutin yang sama. Syarikat konglomerat Korea, atau orang sini panggil "chaebol", sangat suka praktikkan budaya ni. Dan mereka kerja seolah-olah tiada hari esok. Contoh syarikat ni ialah SK,Samsung, Lotte, Hyundai....dan sebagainya.

Saya tak pasti ini baik, atau pun tidak. Pada pendapat saya adalah lebih baik kerja macam biasa. Kadang-kadang mereka yang kerja sampai malam ni jenis yang work hard, tapi tak work smart. 

Kalau si A buat 10 kerja dari 8 sampai 11, dan si B buat 10 kerja dari 8 sampai 5pm dan balik awal, yang mana lebih produktif?

Saya akan kata si B. Cuma takrifan komited tu lain sikit. Si A yang sanggup balik lambat, dialah yang nampak komited sedangkan outputnya kurang berbanding si B.

Adakah saya pun terikut?

Tidak.

Saya kerja dengan syarikat Jerman, syarikat Eropah selalunya lebih longgar dan setakat ni saya takdelah kena balik sampai 10 malam walaupun kadang-kadang ada rakan sekerja yang balik jam 12 sekalipun. Ini adalah kerana budaya Korea yang sangat lembut pada orang asing. Saya adalah orang asing, dan layanan orang asing adalah lebih baik berbanding layanan kepada warga sendiri. Seolah-olah kita ni tetamu. Walaupun begitu itu bukan alasan untuk mengambil kesempatan.

Umumnya pekerja di hirarki bawah akan sangat hormat pegawai atasan, walaupun atasan tu lebih muda. Dan mereka tak panggil nama, sebaliknya panggil gelaran seperti "Tuan Pengurus, Tuan Pengarah". Mereka yang baru masuk akan hormat orang yang dah lama, walaupun yang lama tu masih muda.

Di sini saya paling muda tapi masih okay. Balik Malaysia pun paling muda jugak. Nanti kena buli balik.

Oleh sebab sikap terlalu hormat ni, biasanya lepas kerja dalam seminggu sekali, akan ada sesi makan minum (get together) antara bos dan pekerja. Masa nilah pekerja akan luahkan perasaan mereka pada bos-bos (biasanya semasa mabuk) dan semua orang akan minum. Selalunya masa ni saya cabut sebab awal-awal dah pesan, 

"As a Muslim I am prohibited to drink." kata saya.

"But I have a few Muslim friends, they drink a lot!" jawab mereka.

Sudah! Ni siapa punya kerja ni? Huhu.


#3 Jenayah

Jenayah di sini secara umumnya hanya berlaku sendiri-sendiri. Macam mana nak terang ni eh? Sendiri-sendiri tu maksudnya tak libatkan orang lain. Contoh, kalau ada masalah kewangan, orang sini tak akan mencuri. Mereka akan selesaikan hal ni sendiri. 

Seawal jam 7-8malam, kadang-kadang dah ada yang mabuk. Tapi mabuk-mabuk pun mereka tak kacau orang. Dan serius saya cakap, seorang perempuan boleh berjalan sorang-sorang tengah malam tanpa diganggu. InsyaAllah selamat. Mereka tak kacau orang - lebih lagi bangsa asing.

Laptop yang ditinggalkan dalam kereta, akan masih berada di situ selepas beberapa lama. Mereka tak kacau hak orang lain. Kalau di Malaysia? Anda tahu jawapannya.

Mereka bukannya bangsa meminta. Kalau ada masalah mereka akan tanggung sendiri, lalu akhirnya bunuh diri. Ya, bunuh diri - tak kacau orang lain. Macam saya kata tadi, mereka tak ada agama. Pada siapa nak mengadu?


Korea di tangga ketiga. Sumber dari Wikipedia.

#4 Makanan

Yang ni payah sikit nak adjust. Saya syorkan siapa yang datang melawat Korea, bawalah stok makanan lebih sikit. Untuk sekali dua tak apa nak cuba makanan Korea. Kalau dah duduk sini lama, tak lalu jugak.

Harga makanan di kedai biasa lebih kurang KRW 5,000-8,000 iaitu RM 15-24 harga makanan kita. Harga di restoran halal adalah sekitar KRW 10,000- 20,000 iaitu RM 30-60. Memang mahal. Itu pasal saya kurus kat sini.

Sumber makanannya lebih kepada pemakanan sihat. Hampir 70% menu akan ada sayur. Dan minyak yang mereka gunakan juga sangat minima. Kebanyakan menu adalah berbentuk sup.

Sebab tu jarang kita tengok orang Korea gemuk. 

Dan 80% dari sumber protein di sini adalah babi sebab babi murah. Daging yang lain seperti ayam dan lembu adalah agak mahal. 

Daging yang halal lebih mahal. Jadi umumnya nak dapat makanan halal kat sini sangatlah susah melainkan di Itaewon iaitu di mana Masjid terletak. 


Itaewon terletak jauh juga dari tempat saya, dalam 30-40minit. Jadi pilihan yang ada terpaksalah masak sendiri. Selalunya lunch saya masak sendiri atau tak makan langsung.

Kadang-kadang kalau dah diajak makan dengan bos atau klien, terpaksalah makan sayur dan ikan aje. Pilih menu yang tak ada daging. Kedai campur periuk atau kuali? Boleh rujuk mana-mana buku fiqh luar negara.

Islam memudahkan, bukan menyusahkan.

#5 Bahasa

Seperti juga Jepun, mereka adalah bangsa yang bangga dengan bahasa sendiri. Pergilah ke mana-mana, walaupun kita orang asing, mereka akan tetap bercakap kepada kita dalam bahasa Korea. Dari ahjumma (wanita berkahwin) kepada agassi (wanita belum berkahwin), semuanya akan cakap Korea pada anda melainkan mereka pandai cakap Inggeris.

Jadi adalah berguna kalau boleh cakap Korea sikit-sikit. Pernah beberapa kali bila naik teksi, akhirnya kena turun semula sebab pemandu tak boleh cakap Inggeris. Padahal alamat tempat nak pergi tu saya dah tulis dalam bahasa Korea.

Kalau tak tahu cakap, tahu baca pun dah cukup bagus.

Kalau tak mampu jugak, gunalah bahasa isyarat aje. :)

Akan bersambung di entri yang lain, insyaAllah.

Zarin
Seodaemun-gu,
Seoul 120-837, South Korea
21 Januari 2014
19 Rabi'ul Awal 1435H



21 ulasan:

  1. salam.
    saya sangat berminat dengan tulisan kamu. dan saya ingin bertanyakan tentang pekerjaan di korea. blhkah mulakan email di sachafame@gmail.com?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera. Saya ingin bertanya lebih lanjut tentang bagaimana nak tinggal lama di Korea nanti(sambung belajar, kerja). Adakah encik masih kerja di sana? Boleh email sya di sphinx_water@yahoo.com.my

    Info yang sangat2 berguna apabila pergi ke sana nanti. Diharap boleh email sya nanti ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam. Saya nak tahu pasal bekerja di korea. Boleh tak email saya bybiiefifie@gmail.com

    BalasPadam
  5. Saya skrg berada di Australabuat Farm Job. Setakat ni sudah 9bulan. Memang seronok kerja di Oz ni, tp saya merancang nak cari pengalaman baru di Korea awal/pertengahan tahun depan(2017)... Boleh email saya? salman.sanusi88@gmail.com

    BalasPadam
  6. Saya berminat utk kerja di sana lebih atau stay di sana lebih Dari 3 bulan. Boleh email saya? Ahchong44@gmail.com

    BalasPadam
  7. sy berminat untuk bekrja di korea. ad abasic bahasa korea. jika ada maklumat boleh maklumkan kepada saya? -kerja yg sesuai untuk perempuan muslim. tarbiyahmuindah@gmail.com

    BalasPadam
  8. Sya berminat hendak tinggal d korea dan berkrja d snaa..jika ada perkrjaan yg sesuai pls email huda5036@gmail.com

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. Saya baru shj pulang dari korea dan menetap di busan selama sebulan krn bercuti . Saya berminat untuk bekerja di korea dan merancang utk kerja di korea pd tahun depan.sy boleh berbahasa, menulis dan membaca hangeul. boleh kongsikan bagaimana cara utk dptkan pekerjaan di korea ?boleh emailkan kpd sy nurul_fashiha92@yahoo.com .tq

    BalasPadam
  10. Salam. Sy brminat nk cari pngalaman kerja di Korea. Klu ade pkerjaan yg ssuai dlm bidang engineering bleh email sy.
    khaidir.adhar@yahoo.com

    BalasPadam
  11. Assalam..saya berminat nak ke korea..kalau boleh saya nak menetap dan bekerja di korea..boleh saya tahu prosedur untuk bekerja di korea? Boleh email kepada saya : audyyaya4@gmail.com

    BalasPadam
  12. Saya berminat bekerja di korea. Kalau Ada kerja yang sesuai dengan saya. Boleh email kepada saya: roycocktail3888@gmail.com

    BalasPadam
  13. Salam. Sy juga berminat berkerja di korea. Kalau ada kerja yg sesuai dlm bidang quantity survey ataupun lain2, boleh email kan kepada sy. Terima kasih. 😊
    ciknuramalina@yahoo.com

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Saya berminat nk kerja di sana sbb sya jurusan electronic. Boleh emailkan kat saya fathrzn@gmail.com

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    saya suka dengan penulisan awak dan saya ingin tanya tentang pekerjaan di korea, bolehkah email saya di electroboyz215@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kepada yg berminat untuk work di korea boleh hubungi sy 0175486460

      Padam
    2. Berapa modal yang di perlukan..

      Padam
  16. Berminat nak berkerja di korea?blh email sy safrysafwa91@gmail.com..atau wasap terus sy 0136925393

    BalasPadam
  17. assalamualaikum, saya berminat dengan penulisan anda sebagai anak Malaysia bekerja di bumi Korea. Saya ingin bertanya lebih lanjut boleh email saya (faris2565@gmail.com)

    BalasPadam

Apa kata anda? Jom kongsi!